Saturday, May 18, 2013

MOTIVASI MELANGKAUI TARAF PENDIDIKAN,BIDANG TUGAS,SKOP KERJA,POLA PEMIKIRAN & STATUS HIDUP !


SEMALAM TANGGAL 18.5.2013 - DIBENTANGKAN LAPORAN KURSUS MOTIVASI PENINGKATAN KUALITI PENGURUS KOPERASI KUALA MUDA MELALUI AKHBAR KOSMO ! TERIMAKASIH & TAHNIAH KEPADA KOSMO KERANA BERJAYA MEMAPARKAN CERITA TENTANG KEJAYAAN SKM MENGANJURKAN KURSUS MOTIVASI UNTUK PARA PENGURUS KOPERASI WILAYAH KUALA MUDA..SAYA SELAKU PERUNDING MOTIVASI & SPEAKER JEMPUTAN JUGA MERASA `BERTUAH` & `BANGGA` DENGAN LAPORAN TERSEBUT !

SEBENARNYA KURSUS MOTIVASI TERSEBUT TELAH DIADAKAN PADA 12 & 13.5.2013 YANG LALU DI MERDEKA BEACH RESORT,KUALA MUDA ,SUNGAI PETANI.

SEPANJANG  BERSAMA DENGAN PENGURUS-PENGURUS & WAKIL KOPERASI YANG TERLIBAT BANYAK YANG DAPAT SAYA SIMPULKAN TENTANG KEPERLUAN MOTIVASI,LATIHAN & SUNTIKAN SEMANGAT YANG BERTERUSAN PERLU DILAKUKAN OLEH SESEBUAH ORGANISASI SAMADA BADAN KERAJAAN,GLC,SWASTA & NGO.

KURSUS MOTIVASI MELANGKAU TARAF PENDIDIKAN,TARAF PEMIKIRAN,STATUS SOSIO EKONOMI,POLA PEMIKIRAN DAN STATUS HIDUP.


SEMUA ORANG PERLUKAN SUNTIKAN SEMANGAT & MOTIVASI YANG BERTERUSAN.TIDAK KIRA SIAPA DIRI DIA ! DARI SERENDAH-RENDAH TARAF PENDIDIKAN HINGGALAH SETINGGI-TINGGI PENCAPAIAN DALAM BIDANG AKADEMIK.

YANG MISKIN PERLUKAN MOTIVASI UNTUK BERUBAH MENJADI SENANG..YANG KAYA PERLUKAN MOTIVASI UNTUK SENTIASA MENYEMARAKKAN NILAI SYUKUR DAN BERKONGSI DENGAN ORANG LAIN. YANG LEMAH PERLUKAN MOTIVASI UNTUK MENJADI KUAT ! YANG KUAT PERLUKAN SUNTIKAN MOTIVASI AGAR MAMPU PERGI JAUH DALAM BIDANG YANG DICEBURI & MAMPU MENYUMBANGKAN SESUATU UNTUK BANGSA,MASYARAKAT,AGAMA & NEGARA !

GURU-GURU PERLUKAN SUNTIKAN SEMANGAT & MOTIVASI YANG BERTERUSAN AGAR TERUS MAMPU BERTAHAN DENGAN KERJAYA & KARIER YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN MENCABAR !

PELAJAR-PELAJAR PERLUKAN SUNTIKAN SEMANGAT & MOTIVASI YANG BERTERUSAN AGAR TERUS AMPUH MENGHADAPI CABARAN-CABARAN DALAM BELAJAR & MAMPU MELIHAT POTENSI DIRI MEREKA,SEKALIGU S MAMPU MENCIPTA KEJAYAAN YANG GEMILANG DALAM HIDUP !

BOS-BOS ATAU PIHAK PENGURUSAN PERLUKAN SUNTIKAN MOTIVASI BAGI MEMASTIKAN MEREKA MAMPU MENJANA PULANGAN KEPADA SYARIKAT DAN MAMPU MENGGERAKKAN ORANG BAWAHAN MENJADI PEKERJA YANG LEBIH BERKUALITI,EFISEN,CEKAP,AMANAH DAN BERINTEGRITI TINGGI !

PENDEK KATA,SEMUA ORANG PERLUKAN SUNTIKAN SEMANGAT & MOTIVASI DALAM MENJANA POTENSI DIRI MEREKA !

SO,TERUSKAN MENYOKONG USAHA-USAHA UNTUK MEMOTIVASIKAN DIRI & ORGANISASI AGAR KEJAYAAN TERUS DIRAIH DAN KECEMERLANGAN DIRI TERUS DIMILIKI !

MOTIVASI ASET SEPANJANG HAYAT !

SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI YUSOF
CEO & MASTER TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SP
19.5.2013 ( AHAD - 7.56 AM )

No comments: