FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, August 28, 2012

KEMBALI BERSEMANGAT SELEPAS AIDIL FITRI..

Alhamdulillah,hari ini genap 10 hari kita merayakan sambutan Aidil-fitri bagi meraikan kemenangan kita menghadapi pelbagai dugaan,cubaan,godaan dan cabaran sepanjang Ramadhan 1433 hijrah. Puji dan syukur kepada Allah SWT yang Maha Pemberi kerana telah mengurniakan kesempatan dan peluang untuk kita terus meraikan Idil-Fitri ini dengan penuh rasa syukur,bahagia dan ceria bersama ahli keluarga,sanak saudara dan rakan taulan. Dalam kegembiraan yang berganda ini kita jangalah terlalu obses dengan sambutan hari Raya kerana ditakuti kita terlalu `seronok` & `lalai` hinggakan terlupa tentang tanggungjawab kita kepada tugasan kita sebagai pelajar,pekerja,Bos,tauke dan penggerak masyarakat. Dalam keseronokan kita menghadiri rumah terbuka,janganlah pula terlupa tentang tugas dan tanggungjawab kita kepada kerja kita.
Jom,semarakkan kembali semangat kerja kita dalam keseronokan kita meraikan Aidil Fitri ini. `Raya-raya jugak tapi kerja mesti diteruskan dan memenuhi standard kualiti yang telah ditetapkan`.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1433 Hijrah..maaf zahir batin

yang terus kekal memperingatkan orang lain

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan

Thursday, August 9, 2012

MOTIVASI & FALSAFAH RAMADHAN - SUATU YANG TERLEPAS PANDANG..

Alhamdulillah..puji dan syukur pada Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang untuk menneruskan hidup dibumi pinjaman ini. Hari ini tanggal 21 Ramadhan 1433 Hijrah, kita sudah melangkaui 2 fasa ramadhan,yang tinggal kini fasa terakhir iaitu Fasa Pembebasan.

Apakah pengajaran yang telah kita perolehi daripada Ibadah Ramadhan yang telah kita laksanakan selama 21 hari ini ? Apakah didikan yang telah kita lalui sepanjang 21 hari ini ? Adakah kita merasai ada perubahan dalam diri kita ? Apakah telah berlaku `Transformasi Diri` secara maksima & drastik dalam bulan Ramadhan ini ? Kita saja yang mampu untuk menjawabnya ! Kita yang sepatutnya menjawab segala persoalan diatas !

Kepada yang menghayati Ibadah Puasa ini,sudah pasti merasai ada sedikit perubahan dalam diri,kalaupun tidak banyak yang diperolehi,sekurang-kurangnya Ibadah Puasa yang telah kita lalui selama 21 hari ini memberi sedikit peluang untuk berubah & meningkat potensi diri kita !

Samada secara sedar @ tidak,sebenarnya Ibadah Puasa punyai banyak `Falsafah` & `Motivasi` yang terkandung didalamnya . Sebagai seorang Perunding Motivasi,saya ingin melihat & menghuraikan sedikit sebanyak tentang Falsafah Ramadhan diruang yang terhad ini .

Antara Falsafah Ramadhan yang terselit didalamnya nilai Motivasi Diri ialah :

1. Puasa menitikberatkan soal kesungguhan & komitmen- komitmen dan kesungguhan dalam menunaikan arahan & perintah.
2.Puasa mengajar erti taat & kesetiaan - Setia pada Yang Maha Kuasa dan mentaati segala apa yang telah diperturunkan oleh Allah SWT.
3.Puasa membentuk peribadi yang lasak & tahan cabaran - keletihan & kelaparan bukanlah penghalang untuk terus meraih kejayaan dalam bulan Ramadhan ini.
4. Puasa adalah cerminan sifat diri - Orang yang berpuasa akan berusaha menjaga peribadi & tingkah lakunya agar selari dengan tuntutan agama.
5. Puasa adalah medium mencabar kemampuan diri menghadapi segala rintangan,kesusahan,keperitan,ancaman & godaan- orang yang mampu menghadapi semuanya itu adalah Insan yang hebat lagi Cemerlang !
6. Puasa adalah satu bentuk Training & Latihan Intensif membentuk jiwa & moral Insan agar sentiasa menjadi yang terbaik.
7. Puasa adalah satu `lorongan` dan `jalan yang lurus` menuju jalan2 kejayaan samada didunia dan diakhirat.
8. Puasa adalah `latih tubi` untuk menggerakkan nilai-nilai yang baik yang masih terpendam dalam diri insan yang selama ini belum `dikeluarkan` @ `dizahirkan`.
9.Puasa menyerlahkan ketrampilan diri agar menjadi lebih baik,lebih mulia,lebih teratur,lebih tersusun dan lebih `memukau`pada pandangan Sang Pencipta.
10.Puasa medan yang paling baik untuk menilai potensi & kemampuan diri sendiri- gunakan medan Ramadhan ini sebagai `PUSAT` kecemerlangan diri,keluarga,masyarakat dan umat islam seluruhnya,

Janganlah lagi dipersiakan saki baki Ramadhan yang masih lagi tinggal 8 @ 9 hari lagi sebelum 1 Syawal 1433 menjengah kita pada 19.8.2012 ( Ahad ).Manfaatkanlah ruang dan peluang yang tersedia ini untuk terus memperbaiki diri kita.Semoga segala amalan kita selama sebulan ini diterima Allah SWT..Didikan Ramadhan yang kita perolehi ini bakal mampu untuk memperbaiki diri kita agar menjadi yang kebih baik daripada semalam dan hari-hari berikutnya..

Salam Ramadhan & Salam Idul Fitri

Insan Kerdil Disisi Tuhan

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi MODID
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
21 Ramadhan 1433 Hijrah.
019-4741209 @ 04-4246033

Tuesday, August 7, 2012

PERJUANGAN VS IMPIAN YANG MUSNAH

Alkisahnya..Emas yang dinantikan oleh jutaan rakyat Malaysia,akhirnya kembali semula ke Tembok Besar negeri China yang dibawa pulang oleh panglimanya yang bernama Lin Dan..Rakyat China sudah pasti berbangga dengan prestasi pahlawannya itu..Strategi,taktik,teknik dan skill `peperangan`digelanggang telah berjaya melemahkan musuh tradisi yang berasal dari bumi Malaysia yang bergelar Dato`.China berbangga dengan prestasi atlitnya terutama Lin Dan yang membuktikan keunggulannya sebagai pemain No.1 dunia.
Rakyat malaysia termasuk saya juga berbangga dengan semangat juang dan semangat melawan yang ditunjukkan oleh panglima terbilang kita,Dato`Lee Chong Wei. Walaupun kecundang digelanggang final,tetapi persembahan yang dipamerkan amat memukau..Sedar @ tidak ? Panglima kita,Dato`Lee Chong Wei baru sahaja pulih dari kecederaan yang agak serius..tak sampai 2 bulan,beliau mampu bangkit meneruskan kecemerlangan ..satu demi satu pakar badminton dunia dikalahkannya..hinggalah keperhitungan terakhir melawan pahlawan terbilang China, Lin Dan...Adat perlawanan..adat pertarungan..ada yang kalah & ada yang menang..Yang menang tak semestinya terus menang..yang kalah tak semestinya terus kalah..Disebalik kekalahan,kita sebenarnya ada kemenangan...Dato Lee Chong Wei telah menyatukan semua rakyat Malaysia diatas nama sukan badminton. Biarpun hanya pingat perak yang kita raih,tetapi semangat yang ada terus bernilai `emas`..Lee Chong Wei adalah `emas` & `permata` kita semua ! Hingga kini,kita masih lagi terkial-kial mencari penggantinya ! BAM,MSN,KBS dan Kerajaan Malaysia perlu melakukan sesuatu ! kita perlu lahirkan ramai lagi atlit yang berjiwa `emas` seperti Dato Lee Chong Wei.Biarpun ada suara-suara nakal & sumbang mempertikaikan kekalahan Dato Lee Chong Wei,tetapi secara peribadi saya masih menganggap beliau adalah wira sebenar dan sukar dicari ganti.Beliau adalah atlit `emas` Malaysia..Jiwanya pada malaysia..Semangatnya tetap pada negara tercinta..Patriotiknya dia...Biarlah kita kecundang tetapi kita kecundang dipentas final yang cukup mencabar...Kecundang secara bermaruah..Kita masih boleh terus memasang impian..kerana kita mampu lakukan..Kalau orang lain boleh...kenapa kita tidak boleh ? Jadilah hero kepada diri sendiri,hero kepada masyarakat dan hero kepada negara !
Teruskan `PERJUANGAN` dan lupakanlah `IMPIAN YANG TELAH MUSNAH`...Teruskanlah memasang impian kerana bermula dengan impianlah,kita bakal meraih sejuta kejayaan...Go Malaysia Go..Kita mampu lakukannya...Percayalah pada diri sendiri...Yakin Boleh......

Sekian..

Salam Sukses & Salam Motivasi

yang terus berjuang dimedan motivasi

Tn.Abd.Ghani Yusof
Master Trainer
Konsultan Jana Insan
19 Ramadhan 1433 Hijrah.

Sunday, August 5, 2012

BIAR KITA MENGUKIR NAMA ....

UKIRLAH NAMA SELAMA MANA ANDA BERPELUANG MELAKUKANNYA...
BIAR JASA JADI KENANGAN....

Friday, August 3, 2012

MOTIVASI MEMANG PERLU & KEPERLUANNYA MEMANG TAK BOLEH DIPERTIKAIKAN...

Bila mengenangkan zaman persekolahan saya dahulu disekitar tahun 70an ( sekolah rendah ),80an ( sekolah menengah ) dan awal 90an ( peringkat tinggi STPM & Universiti ),budaya & trend motivasi ni memang tiada..Kaunselor pun tiada..Pakar Motivasi pun tak pernah ada & tak pernah muncul dikaca TV @ media2 lain.Memang masa tu,keinginan untuk berjaya itu datangnya dari dalam diri sendiri..Jika ada pun dari orang lain,ianya datang dari ibu-bapa kita yang `mencabar` diri kita supaya jadi orang pandai dan merubah hidup kita agar menjadi lebih baik ! Ibubapa kita sememangnya tak mahu kita mengikut jejak langkahnya menjadi seorang petani,nelayan atau kerja2 buruh yang lain.
Contoh yang paling dekat adalah diri saya sendiri . Saya lahir di pendalaman Hulu Terengganu..disebuah perkampungan yang jauh dari kemodenan & pembangunan..tiada pekan besar,tiada bandar besar,tiada kompleks niaga dan tiada kemudahan 2 lain seperti kini. Ayah saya adalah seorang tukang gunting kampungan.pelanggannya hanya masyarakat kampung & warga felda disekitarnya.Adik beradik saya 10 orang kesemuanya.Hanya dengan hasil gunting rambut yang tidak seberapa itulah kami dibesarkan.Emak saya hanyalah seorang surirumah sepenuh masa.Semangat dan motivasi yang diterapkan oleh ibu-bapa kami itulah yang membuatkan kami terus bersemangat untuk berjaya didalam pelajaran.Ketegasan dan kesungguhan ibu-bapa kami mendidik saya adik beradik telah memungkinkan kami adik beradik berjaya dalam pelajaran.
Bagi kami, `AYOH` ( gelaran bapa di Terengganu )adalah sebenar-benar MOTIVATOR yang telah menyuntik semangat dan motivasi untuk kami berjaya dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam hidup.Alhamdulillah,berkat kesungguhan AYOH dan MOK mendidik kami,kami kini semuanya berjaya.Akhirnya saya sendiri ABD.GHANI BIN YUSOF kini telah lahir sebagai seorang MOTIVATOR yang kini telah mencipta nama diseluruh pelusuk negara,hinggakan menarik minat pihak TV 3 & TV 1 untuk menjemput saya sebagai Perunding Motivasi jemputan dalam program Motivasi Pagi ( TV 3 ) dan Rancangan Generasi Y-Musim Baru ( TV 1 ).Semuanya ini adalah berkat doa mak dan ayah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya !
Bila menyentuh tentang keperluan MOTIVASI, saya dengan seikhlas hati mengatakan bahawa MOTIVASI adalah perlu dan cukup penting dalam menggerakkan potensi sesiapa sahaja termasuklah student,anak-anak,pekerja,para waris & ibubapa,pihak pengurusan sesuatu organisasi..Lahirnya Perunding Motivasi adalah untuk mengggerakkan potensi manusia. So,sama-samalah kita menyokong program Motivasi kerana ianya cukup perlu & amat perlu. Syabas kepada penganjur program latihan & motivasi kerana melihat program sebegini amat penting dan dapat membantu potensi sumber manusia.
Kepentingan Motivasi melangkaui keperluan berikut :
1. Membangunkan Potensi Manusia
2. Menggerakkan Potensi & kemajuan para pelajar,pekerja & sumber manusia yang lain
3. Menggerakkan kemajuan organisasi
4. Memastikan Output sesebuah syarikat meningkat
5. Melonjakkan prestasi syarikat & organisasi
6. Menaikkan graf prestasi peribadi & organisasi
7. Memperbaiki prestasi akademik pelajar
8. Memperbaiki kualiti diri,sahsiah & moral pelajar
9. Meningkat hasil keluaran sesebuah syarikat
10.Melahirkan pekerja-pekerja yang berdaya saing & efisen

Sebenarnya ini hanyalah sebahagian sahaja kepentingan Motivasi,banyak lagi yang belum dijelaskan.Apapun,MOTIVASI dan Latihan adalah amat perlu.Ianya kena diteruskan tanpa mengira masa,kos,budget dan tempat. Rancanglah program Motivasi sebaik mungkin,semoga ianya mampu menggerakkan potensi insan yang berada disekeliling kita.

Salam Motivasi & Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan
14 Ramadhan 1433 Hijrah
( 4.8.2012 )

PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PENONTON GENERASI Y - MUSIM BARU @ RTM TV 1





JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...