YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Wednesday, November 23, 2011

KEMBARA MOTIVASI INI TIADA PENGHUJUNG..


Alhamdulillah..puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana masih lagi memanjangkan usiaku ..Nikmat umur yang panjang dan tahap kesihatan yang `agak baik` ini akan terus saya gunakan untuk berjuang di medan Motivasi dan Training ini. Biarpun kehidupanku semakin sibuk,namun hati ini tidak pernah puas dalam mengejar impian & cita-citaku untuk menjadi seorang Trainer /Speaker/ Motivator hebat yang mampu menggerakkan potensi pelajar,remaja dan belia dinegara ini.
Selagi hayat dikandung badan & selagi nadi berdenyut,tugasan ini tetap akan ku teruskan jua. Semoga Allah terus memberi kesihatan yang baik dan terus memanjangkan usia ku..Semoga cita-cita & hasrat murniku ini akan terus diredhai oleh Allah SWT.
Terimakasih yang tak terhingga ku ucapkan buat isteri tercinta ( Pn.Halifah Kadri ) dan 2 puteriku yang sentiasa memahami diriku..( Syaza Aieman Hanani & Dara Farhanie )..Berkat dorongan kalian bertiga, abah berjaya merealisasikan cita-cita murni ini..
Semoga Allah merahmati kehidupan kita ..Insya-Allah..amin...

Tuesday, November 22, 2011

MODUL `INDOOR TEAM BUILDING` YANG `MENGGAMATKAN`





PROGRAM `PEMBINAAN KUMPULAN` @ TEAM BUILDING ADALAH SATU MODUL YANG CUKUP PENTING BAGI SESEBUAH ORGANISASI.IANYA BERTUJUAN MERAPATKAN HUBUNGAN DIANTARA AHLI ORGANISASI DISAMPING MEMBINA SATU GABUNGAN TENAGA KERJA YANG HEBAT,BERKEYAKINAN TINGGI DAN MAMPU MEMBERI SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI YANG DIWAKILI.

ANTARA MODUL TEAM BUILDING YANG PIHAK KONSULTAN JANA INSAN SEDIAKAN MERANGKUMI :
1- KORPORAT TEAM BUILDING
2- LEADERSHIP TEAM BUILDING
3- BUSINESS TEAM BUILDING
4- TEAM WORK SPIRIT
5- SPORT TEAM BUILDING

AKTIVITI - AKTIVITI AKAN YANG DIJALANKAN CUKUP MENARIK,SERONOK DAN `MENGGAMATKAN` ANTARANYA :
1- AKTIVITI `PEJAM MATAMU`
2-TITIAN HARAPAN / MENITI TITIAN USANG
3-`KUTAHUKAUTAHU`
4-SPIDER WEBS
5-KAKIKUKUAT
6-SNOOKER SKILLS
7-KITA SERUPA
8-TEGAKKAN PAKSI KITA
9- BALLOON BUST
10-CATERPILLAR BALLOON
11-MENARA KEMBAR PETRONAS
12- F1 TEAM SPIRIT
13- OFFICE IMPIAN KITA
14- `HEADWIND`
15- BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG

SEBENARNYA BANYAK LAGI AKTIVITI2 YANG MENARIK MENANTI ANDA DAN AHLI ORGANISASI ANDA...

HUBUNGILAH KAMI UNTUK MEMBANTU MEMBINA KUMPULAN ANDA YANG CUKUP DINAMIK DAN CEMERLANG...

YES..ANDA PASTI HEBAT..

Monday, November 21, 2011

BERSAMA TUAN PENGARAH JBS KEDAH YANG `COOL` & SPORTING




TEAM BUILDING WARGA JBS KEDAH @ JEREJAK RAINFOREST RESORT








Alhamdulillah..perjalananku ke Jerejak Raonforest Resort berjalan lancar. Mula menaiki bot dari jeti jam 1.10 petang dan sampai ke jeti Pulau Jerejak pada jam 1.45 petang. Disambut oleh pegawai JBS Kedah,Pn Salwa Senawi selaku Urusetia dan terus dibawa ke Dewan makan untuk menikmati Lunch ( enak ) dan selesai lunch terus menunaikan solat Zohor di Surau Resort pada jam 2.15 .
Jam 2.20 terus bergerak ke Chempaka Ballroom untuk handle Program @ Kursus Team Building para pegawai JBS Kedah. Alhamdulillah,selama 3 jam 1/2 pelbagai aktiviti dan program telah dipersembahkan pada peserta2 kursus. Sambutan yang diberikan cukup `hebat`, `sporting` dan `supportive` . Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kedah, Tn Hj Aziz sendiri cukup sporting dan supportive .Selama hampir 4 jam bersama peserta, terlalu cepat dirasakan masa berlalu kerana daripada 15 aktiviti yang ingin disampaikan,cuma 5 aktiviti sahaja sempat dilaksanakan.
Terasa berat untuk meninggalkan para peserta kursus yang masih lagi belum puas untuk mendengar celoteh,gurauan,lawak spontan dan kata2 hikmat dariku. Semoga apa yang disampaikan mampu untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
Jam 6.00 petang aku terpaksa bergegas ke Jeti Jerejak Rainforest Resort kerana bot untuk keseberang sedang menunggu. Aku diiringi oleh Tn Pengarah sendiri keJeti bersama-sama dengan   6 orang pegawai lain yang sudi membawa segala beg & alatan yang telah ku bawa naik ke bot.Semoga kita dapat berjumpa dilain hari,dilain tempat dan dilain kursus. Semoga Sukses selamanya.

PROGRAM PENYEGARAN JATI DIRI BELIA DAERAH JAWI PENANG




FORUM KESUKARELAWAN BELIA PENANG








Alhamdulillah..Program Training & Motivasi terus bergerak lancar. Tanggal 12.11.2011 bertempat di Kompleks Rakan Muda Jawi,berlangsung satu Forum Kesukarelawanan Belia Penang. Saya juga telah dipilih sebagai salah seorang ahli panel Forum dalam program tersebut bersama-sama dengan  orang kuat GPMS Penang . Alhamdulillah , program berjalan dengan lancar.