YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Friday, March 28, 2014

MODID LEBARKAN SAYAP KE NEGERI 9 - KOLABORASI BERSAMA STUDENT KING GEORGE V,SEREMBAN






Alhamdulillah..Bertempat di Pusat Dakwah Paroi,Negeri Sembilan pihak kami Konsultan Jana Insan & warga MODID telah diberi peluang serta kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan adik-adik pelajar Hebat,Genius & Mantap dari SMK King George V Seremban dalam Modul `ASUS `

Selama 2 hari berkampung disana pada 24 & 25.3.2014 yang lalu,pelbagai tips2 & ilmu telah kami kongsikan bersama dengan pelajar-pelajar hebat ini !

Antara kandungan Modul ASUS yang telah dipersembahkan oleh Team MODID ialah :

1- Student Super VS Student Ordinary
2- Future Planning
3- Life Script Of Success
4- Strategic Planning
5- Time management
6- Motivasi Melalui Lagu Ciptaan sendiri
7- Slot IQ Test Games
8- Slot Presentation /Self Esteem Build Up
9- Future Leader..We Must achieve It..
10-Strategi Belajar Efektif

Sememangnya pelajar-pelajar KGV ,Seremban Terbaik..
Terlalu seronok dirasakan bersama mereka..kepetahan,kepandaian,kerjasama & sikap sporting mereka menjadikan diri saya lebih bersemangat untuk berkongsi ilmu dengan mereka semua.

InsyaAllah,ini adalah permulaan yang baik buat saya & team MODID melebarkan sayap ke negeri2 sebelah Zon Selatan.

Yang pasti,program kami memberikan Impak yang Cukup Besar & Positif buat semua peserta.

Kami sedia menyahut Cabaran !

Tn.Abd.Ghani Yusof
Pakar Motivasi & Senior Inspiror
Konsultan Jana Insan
Sungai Petani,Kedah
019-4741209 @ 04-4246033

Friday, March 14, 2014

SUPER WORKERS BERSAMA WARGA PELANTAR MINYAK PETRONAS @ BUKIT GAMBANG RESORT







Alhamdulillah..Puji & Syukur pada Allah SWT yang masih lagi sudi memberikan kekuatan & kudrat kepada saya untuk terus berkarya & berkongsi dipentas Motivasi & Training. Kali ini bersama warga Technicion Operator Platform Minyak Kerteh,Terengganu @ Warga Petronas CariGali Sdn.Bhd.

Perjalanan yang jauh dari kediaman saya di Bandar Puteri Jaya,Sungai Petani menghala ke Bukit Gambang Resort,Kuantan Pahang yang memakan masa selama hampir 7 jam dengan menaiki kenderaan rasmi  saya AGY 568 ( Honda Stream Kesayangan ) rasa berbaloi apabila tempat Training & Kursus yang disediakan penganjur cukup selesa & menyenangkan.

Tanggal tarikh 13.3.2014 ( Khamis ) saya bersama trainer saya Tn .Hj.Omar Farouk telah mengendalikan seminar `SUPER WORKERS : KERJA KITA,WAJAH KITA & IMEJ KITA` dengan jayanya.

Alhamdulillah,sambutan yang diberikan amat memberangsangkan,terutama sekali slot terakhir iaitu slot analisa SWOT. Dalam slot terakhir ini pelbagai luahan hati & perasaan telah diterjemahkan oleh peserta yang terdiri dari warga Operator Pengeluaran Minyak di pelantar.

Antara kandungan pengisian Modul SUPER WORKERS yang saya kendalikan ini ialah :

1- Kerja Kita adalah Imej & Gambar peribadi diri kita
2- Kerja sebagai satu Ibadah
3- Konsep Syukur dalam Bekerja
4- Tips menjadi Pekerja yang SUPER lagi HEBAT
5- Membuat analisa diri dan analisa organisasi

Seminar kendalian saya telah berakhir pada Jam 4.30 petang. Sejurus habis mengendalikan Program tersebut ,saya & Tn,Hj.Omar Farouk tersu bergegas pulang ke Utara. Alhamdulillah,semuanya selamat ! Kami tiba di Sg.Petani pada Jam 10.30 malam.

Hari ini pula ( 15.3.2014 ) saya akan bergegas pula ke Awana Porto Malai yang kini lebih dikenali dengan Resort World Langkawi untuk mengendalikan Bicara Motivasi Pekerja bersama Warga KLCC Projeks Services Sdn.Bhd ( Juga sebuah anak Syarikat Petronas Malaysia ) ,Kuala Lumpur.

Alhamdulillah & terimakasih kepada korporat & GLC yang terus menanam kepercayaan yang tinggi kepada kami di Konsultan Jana Insan yang terus memperjuangkan Modul MODID ( Motivasi Dinamika Diri ). Semoga sumbangan kecil kami ini mampu menggerakkan potensi para pekerja di Malaysia.

Sekian, wassalam.

Salam Motivasi & Salam Sukses

Terus bersedia memikul amanah

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi Pekerja
Konsultan Jana Insan,SP
019-4741209 @ 04-4246033



Monday, March 10, 2014

MEMOTIVASIKAN PEKERJA SECARA MAKSIMA - PROGRAM TRANSFORMASI PEKERJA


Tip-tips Berguna & Efisen untuk Meningkatkan Motivasi dikalangan Kakitangan Syarikat & Pekerja Sesebuah Organisasi:

Sebagai seorang Trainer,Speaker & Motivator yang banyak mengendalikan kursus-kursus Kecemerlangan Organisasi Dan Budaya Kerja Cemerlang, langkah-langkah yang saya sering cadangkan  kepada pengurusan sesebuah Organisasi,Jabatan @ Syarikat dalam usaha untuk meningkatkan motivasi kakitangan mereka adalah seperti berikut :

Pertama – Cubalah Kenalpasti punca-punca sebenar mengapa kakitangan @ staf di dalam organisasi kita kurang atau hilang SENGAT motivasinya. Hal ini amat penting agar kita tidak melakukan sesuatu langkah yang tidak bersesuaian dengan realiti sebenar organisasi. Untuk tujuan itu, kita boleh melakukan satu tinjauan @ kajian ringkas mengenai tahap motivasi kakitangan dan mengapa tahap motivasi mereka menjadi sedemikian rupa . Hasil tinjauan @ kajian ringkas tersebut akan dibuat analisa . Maka punca-punca sebenar masalah motivasi dikalangan pekerja disenaraikan.

Berdasarkan teori-teori Motivasi Psikologi Organisasi, antara punca yang mungkin menyebabkan kekurangan motivasi dikalangan kakitangan @ staf sesebuah organisasi adalah:
  • Keperluannya di tempat kerja (seperti jaminan keselamatan dan peluang latihan serta kursus kompetensi ) tidak dipenuhi,
  • Kurang @ sedikitnya ganjaran positif (kenaikan gaji atau pangkat, bonus, pengiktirafan dan penghargaan),
  • Ganjaran tidak setaraf @ tidak berbaloi dengan usaha yang dicurahkan.
Kedua – Kenalpasti keperluan atau harapan kakitangan kita yang boleh meningkatkan motivasi mereka. Ini penting agar langkah meningkatkan kualiti motivasi kakitangan kita lebih berkesan kerana ianya selari dengan aspirasi mereka dan dapat memuaskan hati mereka. Kajian terdahulu mendapati kepuasan seseorang turut mempengaruhi tahap motivasinya.

Ketiga – Kenalpasti kaedah meningkatkan motivasi kakitangan berdasarkan teori-teori yang dikemukakan oleh ahli psikologi industri dan organisasi. Di samping itu, kita digalakkan menggunakan pendekatan Islam ( Islamic Modul ) bagi meneguhkan langkah-langkah yang telah diambil.

Keempat – Melakukan kajian keberkesanan terhadap pelaksanaan kaedah motivasi tersebut. Ini penting untuk memastikan tindakan yang diambil benar-benar berkesan.

Cadangan Meningkatkan Motivasi Kakitangan:

Berdasarkan perbincangan yang telah dikemukakan di atas, lima cadangan berikut telah dikenalpasti dan disokong dengan rujukan dari pengamalan syarikat yang telah melaksanakannya serta konsep motivasi dalam Islam:

1. Mengurangkan jurang antara pegawai dan kakitangan bawahan agar komunikasi lebih berkesan.

Syarikat Air Asia juga mengurangkan halangan komunikasi dengan melenyapkan jurang antara kakitangannya. Mereka tidak bersaing sesama sendiri, sebaliknya bekerjasama bagi mencapai matlamat organisasi. Pekerja dan majikan boleh makan bersama untuk berbincang idea dan bertukar-tukar fikiran. Dengan yang demikian juga, sebarang ketidakpuasan boleh dibincang bersama. Ia boleh membuatkan pekerja rasa pendapat mereka dihargai.

Di syarikat-syarikat besar Jepun @ Korea , pengurusan tertinggi banyak bertindak sebagai fasilitator @ pembimbing berbanding sumber autoriti. Informasi dan inisiatif mengalir dari bawah ke atas. Secara tidak langsung kaedah ini membuka ruang seluas-luasnya untuk pekerja mengemukakan pandangan dan idea.

Dalam Islam pula, tiada jurang antara pangkat atau darjat di dunia. Manusia yang terbaik adalah manusia yang lebih baik keimanan dan ketaqwaannya. Justeru, program-program peningkatan ketaqwaan perlu diterapkan dalam organisasi.

2. Mewujudkan semangat berpasukan dan cintakan organisasi.
Orang Jepun sanggup bekerja lebih masa kerana kesetiaan dan komitmen mereka kepada syarikat. Kesetiaan pekerja Jepun terhadap organisasi bukan berasaskan ganjaran dan upah semata-mata tetapi berasaskan semangat kekitaan dalam organisasi tempat mereka bekerja.

Di syarikat Petronas, program mengkomunikasikan jenama syarikat yang boleh memenangi hati dan minda kakitangannya dijalankan secara terancang di seluruh peringkat jabatannya. Akhirnya, setiap kakitangan Petronas akan ada perasaan bangga menjadi sebahagian daripada syarikat tersebut.

Kumpulan kualiti ( KMK ) wajar diwujudkan bagi membolehkan pekerja bersama-sama menyumbang (idea) dalam pengurusan organisasi. Kumpulan ini terdiri daripada 6-10 orang dan diberi amanah membincang dan mengemukakan penambahbaikan secara berterusan. Justeru, ganjaran juga diberi kepada pencapaian pasukan, bukan pencapaian individu.

Dalam Islam pula, semangat berpasukan ( Amal Jamai ) diterapkan dalam solat melalui solat berjemaah. Hubungan antara kakitangan akan lebih erat jika sering bersolat berjemaah bersama.

3. Pemberian ganjaran berdasarkan prestasi kerja.

Sejak tahun 1995, sebahagian besar  daripada syarikat  gergasi Jepun memberi ganjaran berdasarkan kemahiran atau prestasi berbanding senioriti. Honda juga membayar bonus kehadiran secara harian kepada pekerja yang bekerja selama 30 hari berturut-turut. Ini didapati menimbulkan semangat bekerja dalam kalangan pekerja mereka. Kakitangan yang yakin apabila prestasi kerja yang dihasilkan akan mendapat ganjaran setimpal akan terus bermotivasi meningkatkan prestasi kerjanya.

Motivasi dalam Islam hadir dalam bentuk ganjaran di dunia dan akhirat. Setiap pekerjaan yang baik dan diniatkan kerana mencari keredhaan Allah akan mendapat pahala dan kebajikan. Kakitangan hendaklah sentiasa diingatkan agar bekerja kerana mencari keredhaan Allah dan selaku seorang Muslim hendaklah sentiasa melakukan kerja sebaik mungkin.

4. Menggalakkan pengupayaan kakitangan.

Pekerja perlu ada autonomi agar merasa bertanggungjawab terhadap kerja mereka. Syarikat Jepun mengamalkan sistem Ringi, iaitu pengurusan pertengahan mengemukakan cadangan yang kemudiannya akan diedar kepada semua pengurus di bahagian yang berkaitan. Setelah cadangan dipersetujui, individu yang mengemukakan cadangan tersebut diberi kepercayaan menjalankan cadangannya di dalam organisasi.

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah membenarkan para pemuda yang dirasakan berkelayakan memimpin tentera Islam walaupun ada panglima perang yang lebih senior dan berpengalaman. Ini bermakna kepimpinan dalam Islam bukan berbentuk horizontal tapi bulat, pemimpin tidak sentiasa berada di atas dan pengikut tidak sentiasa berada di bawah.

5. Meraikan idea dan inovasi. 

Setiap tahun pekerja cemerlang diberi anugerah inovasi bagi menggalakkan pekerja mengetengahkan idea baru serta bagi melibatkan mereka dalam proses pengurusan secara bersama. Misalnya, di kilang pemasangan Toyota, Georgetown, 80,000 cadangan penambahbaikan telah dikemukakan dalam hanya satu tahun dimana 99% daripadanya dilaksanakan. 

Dalam konteks Sirah Islami, Rasulullah s.a.w. juga sering merujuk kepada para sahabat dalam membuat keputusan, terutama dalam sesuatu perkara yang bukan kepakaran baginda. Contohnya, baginda telah meraikan cadangan Salman al-Farisi & sahabat-sahabat yang lain dalam Perang Khandak.

JOM !, sebagai penggerak kepada peningkatan kualiti pekerja ,seseorang Bos atau pihak pengurusan mesti & wajar melipat gandakan usaha untuk menggerakkan potensi pekerja. Antara kaedah yang terbaik :

1- Penganjuran kursus-kursus peningkatan kualiti pekerja
2- Penganjuran program family day untuk merapatkan hubungan diantara pekerja sesebuah organisasi
3- Penganjuran Program Team Building yang mantap dalam meningkatkan semangat kerjasama & Team spirit dikalangan ahli Organisasi
4- Penganjuran Makan Malam Penghargaan untuk Staf & kakitangan dalam usaha meningkatkan semangat & motivasi pekerja
5- Sentiasa memberi ruang untuk para pekerja untuk memberikan Idea & pandangan dalam menggerakkan sesebuah Organisasi 

Kami di Konsultan Jana Insan,bersedia mental,fizikal & emosi dalam memikul amanah untuk menggerakkan potensi pekerja syarikat & Organisasi tuan/puan diluar sana.

Hubungi kami di talian :

Tn.Abd.Ghani bin Yusof 
Perunding Motivasi Kualiti Pekerja
019-4741209 @ 04-4246033

Sunday, March 9, 2014

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MH 370 -ANTARA HARAPAN & PENERIMAAN

PELIK,MISTERI & MENGHAIRANKAN ! ITULAH YANG BOLEH SAYA KATAKAN TENTANG KEHILANGAN PESAWAT MAS BOEING 777 - MH 370 MILIK SYARIKAT PENERBANGAN NEGARA ( MAS ).

HARI INI DAH MASUK HARI KEDUA & MELEPASI TEMPOH 48 JAM SEJAK IA HILANG PADA HARI SABTU YANG LALU.

PELBAGAI ANDAIAN  TELAH DILAKUKAN OLEH PAKAR2 AERONAUTIK,PAKAR PENERBANGAN,PAKAR KRISIS DAN PAKAR KECEMASAN,BEGITU JUGA DENGAN YANG TIDAK PAKAR JUGA MENGAMBIL PELUANG MEMBUAT ANALISA ! SEMUANYA MENUNJUKKAN SIKAP INGIN TAHU,PRIHATIN DAN AMBIL KISAH !
PELBAGAI TEORI2 PELIK MUNCUL ,ANTARANYA :

1- MUNGKIN JATUH TERHEPAS
2- MUNGKIN DIHEMPAS ANGIN @ RIBUT KENCANG
3- MUNGKIN DIRAMPAS OLEH PENJENAYAH
4- MUNGKIN MENGALAMI KEROSAKAN ENJIN
5- MUNGKIN GANGGUAN BURUNG MIGRASI
6- MUNGKIN  ADA `BERMUDA TRIANGLE ` WUJUD DIASIA TENGGARA ( SEPERTI KATA SALAH SEORANG AHLI POLITIK )
7- MUNGKIN BERPATAH BALIK ( KEMANA ? )
8- MUNGKIN ADA KAITAN DENGAN DUNIA `LUAR KEBIASAAN ` ( ALAM GHAIB )

WALAUPUN PELBAGAI ANDAIAN & TEORI MUNCUL SEJAK BERLAKU PADA SABTU LALU,IANYA MASIH LAGI BELUM DIJUMPAI !

DARI SUDUT MOTIVASI,SAYA NAK MENGAJAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA MELIHAT PERISTIWA & INSIDEN INI SEBAGAI SATU MEDAN UNTUK MUHASABAH DIRI & MEMBUAT REFLEKSI DIRI :

1- 2 PENUMPANG LUAR MENGGUNAKAN PASPORT ORANG LAIN - SEJAUHMANAKAH KETAT & RIGIDNYA KAWALAN KESELAMATAN DI KLIA ( KHUSUS ) & DI MALAYSIA ( AMNYA )

2- SEJAUHMANAKAH RELEVAN PENGGUNAAN PESAWAT BOEING 777 YANG BERUSIA LEBIH 10 TAHUN UNTUK TERUS DIGUNAKAN !

3- APAKAH PENYELENGGARAAN BERKALA YANG DILAKUKAN TERHADAP PESAWAT - PESAWAT MAS MENCAPAI STANDARD YANG DIKEHENDAKI ANTARABANGSA ?

4- APAKAH SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA ( MAS ) TERUS RELEVAN DIMASA-MASA MENDATANG ?

5- APAKAH KRITERIA2 PILOT YANG DIBERI AMANAH UNTUK MENERBANGKAN PESAWAT KELUAR NEGARA ?

6- APAKAH KERUGIAN YANG BERTERUSAN MELIBATKAN MAS AKAN TERUS MEMBERIKAN IMPAK KEPADA PENERBANGAN NASIONAL INI ? 

APA PUN YANG BERLAKU ,KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH JANGAN BERPUTUS HARAP ! TERUSKAN BERDOA DAN TERUS BERUSAHA MERUNGKAI MISTERI YANG TERUS MEMBELENGGUI DIRI KITA !

JOM ! SAMA-SAMA KITA BERDOA UNTUK WARGA PENUMPANG MH 370 !



Saturday, March 8, 2014

JANGAN RISAU & GUNDAH GULANA - SEGALANYA PASTI KEMBALI OK !

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES DARI SAYA ...

MASALAH,PROBLEM,KESUKARAN,KERUMITAN,KECELARUAN,KEGUSARAN DAN KEKALUTAN SERING MELANDA DIRI KITA ! ITU NORMAL .KALAU TIADA MASALAH,ITU BUKAN MANUSIA NAMANYA !
KENAPA KITA SEMUA SERING MERUNGUT JIKA BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI MASALAH,KERUMITAN & KESUKARAN ?

TUHAN TELAH ANUGERAHKAN KITA DENGAN AKAL YANG CUKUP HEBAT POTENSINYA ! DENGAN AKAL KITA MAMPU MENYELESAIKAN SEGALA MASALAH YANG MELANDA DIRI KITA !

DENGAN AKAL FIKIRAN JUALAH,KITA MAMPU MEMPERBAIKI KUALITI DIRI KITA !
JANGAN BIARKAN MASALAH BERSARANG & MEMBIAK DALAM DIRI KITA ! SELESAIKAN SEGALA MASALAH YANG KITA HADAPI SECEPAT MUNGKIN.

SEBENARNYA ADA BANYAK ` IMPAK POSITIF `YANG BERTITIK TOLAK DARI MASALAH YANG MELANDA DIRI KITA !

JOM,CUBA KITA POSITIFKAN DIRI KITA SEMAKSIMA MUNGKIN !
MASALAH ADALAH TITIK SENTUHAN UNTUK MELAKUKAN SESUATU PERUBAHAN ! KITA LIHAT,APAKAH DIA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN IMPAK POSITIF DARI MASALAH YANG KITA HADAPI :

1- MASALAH AKAN MEMBANGUNKAN @ MENYEDARKAN KITA DARI SIFAT LEKA & ALPA
2- BERMULA DENGAN MASALAH,KITA AKAN CUBA BANGKIT UNTUK MENYELESAIKAN SEGALA MASALAH -KAN POSITIF TU !
3- DENGAN ADANYA MASALAH,BARULAH KITA DAPAT TAHU DIMANAKAH KELEMAHAN & KEKUATAN DIRI KITA SELAMA INI
4- BERMULA DENGAN MASALAH,KITA PASTI AKAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH KITA ! ITULAH `USAHA` NAMANYA
5- BERMULA DENGAN ADANYA MASALAH,KITA AKAN CUBA PERBAIKI DIRI KITA DAN KITA AKAN CUBA UNTUK BERUBAH 
6- DENGAN ADANYA MASALAH,BARULAH KITA DAPAT TAHU SETAKAT MANA KEKUATAN MENTAL,FIZIKAL & EMOSI KITA BILA BERHADAPAN DENGAN MASALAH
7- MASALAH BUKANNYA PENAMAT ! MASALAH ADALAH `STARTING POINT` UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK PADA MASA-MASA MENDATANG
8- MASALAH,BUKAN UNTUK DIUNGKIT TETAPI MASALAH UNTUK DISELESAIKAN.
9- DENGAN ADANYA MASALAH,KITA AKAN CUBA CARI JALAN PENYELESAIANNYA.PROSES MENCARI JALAN PENYELESAIAN ADALAH SATU PROSES MENGGERAKKAN MINDA YANG POSITIF
10- MASALAH ADALAH `BANCHMARK & KAYU UKUR` TAHAP PENGUASAAN EMOSI  DIRI KITA

SO,LIHATLAH MASALAH DARI SUDUT YANG POSITIF !

KEPADA MANA-MANA ORGANISASI YANG MEMERLUKAN KHIDMAT BAKTI KAMI DALAM PROSES MENYELESAIKAN MASALAH YANG BERSANGKUT PAUT DENGAN ISU PEKERJA,STAF,PENGURUSAN DAN KUALITI ORGANISASI ANDA,KAMI BERSEDIA BERKONGSI PELBAGAI TIPS BERGUNA & BERKESAN DENGAN ANDA !

MASALAH ANDA ADALAH KOMITMEN JITU KAMI ! JOM ! KITA PAKAT-PAKAT BANGKIT DARIPADA  KEGAGALAN & KEKECEWAAN !

JIKA ANDA MAMPU TANGANI MASALAH,ANDA SEBENARNYA INSAN HEBAT !

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI MODID
KONSULTAN JANA INSAN
SP.
019-4741209 @ 04-4246033

Wednesday, March 5, 2014

BIJAKSANA & BERHIKMAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

SAAT YANG PALING SUKAR DALAM HIDUP KITA IALAH MEMBUAT KEPUTUSAN PENTING,DISAAT YANG PENTING BAGI MENENTUKAN MASA DEPAN KITA ! ADAKAH IANYA BERBALOI ATAUPUN IANYA BAKAL MENGUNDANG MASALAH DIPENGHUJUNG JALAN  NANTI ! KEBIJAKSANAAN DALAM MENENTUKAN KEPUTUSAN ,BAKAL MEMBERI IMPAK YANG BESAR DALAM KEHIDUPAN KITA !

KEGAGALAN DAN KECUAIAN DALAM MENENTUKAN KEPUTUSAN PASTI MENGUNDANG IMPAK NEGATIF YANG BAKAL MENGGANGGU PERJALANAN HIDUP KITA !

DIANTARA KEPUTUSAN- KEPUTUSAN PENTING YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN YANG SERIUS :

1- KEPUTUSAN UNTUK MENENTUKAN SIAPA PASANGAN KITA 
2- KEPUTUSAN UNTUK MENERIMA TAWARAN KERJA
3- KEPUTUSAN MENERIMA LAMARAN SESEORANG UNTUK MENJADI TEMAN HIDUP
4- KEPUTUSAN UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN SAMADA DIPERINGKAT SEKOLAH MAHUPUN IPT/KOLEJ
5- KEPUTUSAN MENERIMA TAWARAN KENAIKAN PANGKAT 
6- KEPUTUSAN MENERIMA TAWARAN PERTUKARAN KERJA
7- KEPUTUSAN UNTUK BERPISAH ( BAGI YANG MENGALAMI KRISIS RUMAHTANGGA )
8- KEPUTUSAN UNTUK BERHENTI KERJA MAKAN GAJI 
9- KEPUTUSAN UNTUK BEKERJA SENDIRI ( TIDAK MAHU BERGANTUNG KEPADA KERJA DIBAWAH TEKANAN )
10- KEPUTUSAN UNTUK MELEPASKAN ANAK KESAYANGAN KITA BERPISAH JAUH KERANA TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN ATAU MENDIRIKAN RUMAHTANGGA

SEMEMANGNYA SUKAR UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN ,APATAH LAGI IANYA MELIBATKAN MASA DEPAN KITA,MASA DEPAN KERJAYA KITA,MASA DEPAN KELUARGA KITA DAN MASA DEPAN EKONOMI KITA !

DALAM MENENTUKAN KEPUTUSAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TETAP,KITA PERLULAH :

1- BERFIKIR SECARA MATANG & RASIONAL
2- JANGAN TERPENGARUH DENGAN CAKAP2 MEREKA YANG TIDAK PUNYAI PENGALAMAN & AUTORITI
3- BERFIKIRLAH SECARA BERULANG KALI,WALAUPUN IANYA TERPAKSA MELIBATKAN MASA YANG PANJANG
4- BERFIKIRLAH SECARA `ORANG DEWASA`
5- BERFIKIRLAH SECARA KOLEKTIF & MINTA PANDANGAN ORANG LAIN
6- BERI MASA KEPADA DIRI SENDIRI & MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN KITA MENENTUKAN HALA TUJU KITA & MEREKA YANG HIDUP BERSAMA DENGAN KITA( FAMILI & ANAK )
7- TENANGKAN FIKIRAN,JANGAN MUDAH GELABAH & BERSIKAP PROFESIONAL
8- JANGAN GELOJOH & GOPOH GAPAH DALAM MEMBUAT PERKIRAAN & KEPUTUSAN
9- BERIKAN MASA KEPADA DIRI SENDIRI & PERCAYA KEPADA DIRI SENDIRI
10-PERCAYALAH..SETIAP MASALAH PASTI ADA JALAN PENYELESAIAN

DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN,BEBERAPA PERKARA & SITUASI PERLU DIELAKKAN,ANTARANYA :

1- JANGAN MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM KEADAAN EMOSI TERGANGGU
2- JANGAN BUAT KEPUTUSAN KETIKA `ANGIN` KURANG BAIK
3- JANGAN BUAT KEPUTUSAN KETIKA SEDANG MENGALAMI KRISIS DENGAN PASANGAN
4- JANGAN TERGOPOH GAPAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN KETIKA MANA KITA BELUM BERSEDIA SEBENARNYA UNTUK BERBUAT DEMIKIAN
5- JANGAN MEMBUAT KEPUTUSAN KETIKA TAHAP KESIHATAN KITA KURANG SEMPURNA @ TERGANGGU
6- JANGAN SESEKALI MEMBUAT KEPUTUSAN KETIKA KITA MENGHADAPI KEKUSUTAN FIKIRAN YANG AGAK LAMA
7- JANGAN MEMBUAT KEPUTUSAN PENTING DIKALA KITA SERING `LALAI` & `LUPA`
8- JANGAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG PENTING ,KETIKA MANA KITA BARU PULIH DARI `KESERABUTAN` & `KECAMUK` FIKIRAN
9- JANGAN MEMBUAT KEPUTUSAN PENTING KETIKA MANA KITA BARU PULANG DARI OUT- STATION @ PERJALANAN YANG JAUH
10- JANGAN MEMBUAT KEPUTUSAN PENTING KETIKA MANA HUBUNGAN KITA DENGAN ORANG LAIN MENGHADAPI MASALAH ( FAMILI,RAKAN SEKERJA,JIRAN TETANGGA & MASYARAKAT SEKITAR )

NASIHAT SAYA,PANDAI-PANDAILAH MENENTUKAN MASA DEPAN KITA DENGAN `MENGESAHKAN` KEPUTUSAN YANG TEPAT,TERBAIK DAN UNTUNG BUAT MASA DEPAN KITA,MASA DEPAN KELUARGA KITA,MASA DEPAN KERJAYA KITA DAN MASA DEPAN EKONOMI KITA !

JIKA KITA BIJAK MENGURUSKAN EMOSI KITA,KITA PASTI MAMPU MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT LAGI TERBAIK !

SEMOGA MASA DEPAN KITA TERUS GEMILANG DENGAN KEPUTUSAN YANG TEPAT !

SALAM SUKSES & SALAM CEMERLANG

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI MODID
KONSULTAN JANA INSAN
019-4741209 @ 04-4246033


Saturday, March 1, 2014

KEJAYAAN BERMULA DARI BAWAH - POSITIFKAN MINDA & MOTIVASIKAN DIRI

KEJAYAAN ,KEBAHAGIAAN,KECEMERLANGAN & SUKSES SEBENARNYA BERMULA DARI BAWAH.
SEMUA ORANG INGIN BERJAYA ! BETUL TAK ?
SEMUA ORANG INGINKAN KECEMERLANGAN DALAM HIDUP MEREKA !
SEMUA ORANG INGINKAN KEBAHAGIAAN !
ANTARA TANDA-TANDA HIDUP BAHAGIA :

1- PERASAAN & EMOSI SENTIASA STABIL
2- MASALAH DAPAT DISELESAIKAN DENGAN BIJAK
3- KEWANGAN SENTIASA KUKUH
4- PERHUBUNGAN DENGAN ORANG SENTIASA BAIK
5- SENTIASA POSITIFKAN DIRI
6- TIDAK MUDAH GENTAR DENGAN CABARAN
7- SENTIASA BERSEDIA MENGHADAPI KEMUNGKINAN
8- SENTIASA REDHA DENGAN APA YANG BERLAKU
9- SENTIASA INGINKAN PERUBAHAN DALAM HIDUP
10-SENTIASA SENYUM DAN MENERIMA BAIK PANDANGAN ORANG LAIN

KEJAYAAN HIDUP PERLUKAN PENGORBANAN ! KEJAYAAN PERLUKAN KOMITMEN !
KEJAYAAN BUKANNYA SESUATU YANG MUDAH UNTUK DICAPAI,TETAPI IANYA TIDAK MUSTAHIL UNTUK DICAPAI !

SIAPA PUN KITA ! PELAJAR,PENUNTUT IPT,SEORANG WARGA KERJA SAMADA SEKTOR AWAM ATAU SEKTOR SWASTA,KITA PASTI INGINKAN KEJAYAAN DALAM HIDUP KITA !

KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN ADALAH SUATU BENTUK KEJAYAAN !
KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA JUGA ADALAH SATU BENTUK KEJAYAAN !
NAIK PANGKAT JUGA ADALAH SATU BENTUK KEJAYAAN !
DITERIMA OLEH ORANG LAIN JUGA SATU BENTUK KEJAYAAN !

INGATLAH ! KEJAYAAN BERMULA DARI BAWAH. SETIALAH DENGAN KOMITMEN DIRI KITA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN !

KAMI SEDIA BERKONGSI CERITA,TIPS,SEMANGAT & ROH KEJAYAAN BUAT ANDA SEMUA !

SALAM SUKSES & SALAM KEJAYAAN

YANG BERSEDIA MENGGERAKKAN POTENSI ANDA

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI ( MODID )
KONSULTAN JANA INSAN
SP,KEDAH D.AMAN
019-4741209 @ 04-4246033