YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Friday, December 27, 2013

2013 KITA TINGGALKAN,2014 KITA CIPTA KEJAYAAN- MODID TERUS HEBAT !


HARI INI ( SABTU ) TANGGAL 28.12.2013..BERMAKNA TINGGAL LAGI 3 HARI SAKI BAKI TAHUN 2013..PEJAM CELIK,PEJAM CELIK TAHUN 2014 BAKAL MENJENGAH KITA TAK LAMA LAGI...TAHUN BARU 2014 KEMBALI MENEMUI KITA..SAMADA KITA BERSEDIA @ TIDAK BERSEDIA MENGHADAPINYA,KITA TERPAKSA MENEMPUHINYA JUGA..RAMAI ORANG TAKUT UNTUK MENGHADAPI TAHUN 2014 KERANA MEREKA BERANGGAPAN TAHUN 2014 ADALAH TAHUN` SUKAR` DENGAN SEGALA KENAIKAN KOS HARGA BARANG,KEHIDUPAN SEMAKIN RUMIT.NAMUN BEGITU,KEHIDUPAN PERLU DITERUSKAN JUGA.

PELBAGAI KENANGAN MANIS TELAH SAYA KECAPI SEPANJANG TAHUN 2013 SEBAGAI SEORANG PAKAR MOTIVASI,MOTIVATOR,TRAINER,SPEAKER DAN INSPIROR .BANYAK KEJAYAAN YANG TELAH SAYA CIPTA DAN KERJASAMA BAIK YANG TIDAK PUTUS-PUTUS DARI PELBAGAI AGENSI SAMADA KERAJAAN,SWASTA,GLC,BADAN BERKANUN DAN NGO TELAH MENYUNTIK SEMANGAT SAYA UNTUK TERUS MENYUMBANG BAKTI KEPADA BANGSA SAYA DAN NEGARA SAYA DALAM TAHUN 2014 NANTI.

UNJURAN YANG TELAH SAYA LAKUKAN PADA TAHUN 2013,TELAH SAYA CAPAI. ALHAMDULILLAH.SYUKUR PADA TUHAN MAHA PEMBERI REZEKI YANG MENGANUGERAHKAN NIKMAT SUARA & AURA YANG MAMPU MEMBANGKITKAN SEMANGAT DAN MOTIVASI KEPADA ORANG LAIN.

TERIMAKASIH YANG TIDAK TERHINGGA SAYA TUJUKAN KEPADA AGENSI2 YANG TELAH SUDI MENJADIKAN MODUL `MODID` KENDALIAN SAYA SEBAGAI ALAT PEMANGKIN PENINGKATAN MOTIVASI BUAT WARGA KERJA MEREKA.

INSYAALLAH,SAYA BAKAL MEMULAKAN KALENDER TRAINING & MOTIVASI SAYA PADA TAHUN 2014 INI SEAWAL TARIKH 4.1.2014 BERSAMA WARGA KERJA PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD ( PNMB ) DI FLAMINGO HOTEL TANJUNG BUNGAH DENGAN TEMA KURSUS ` PENINGKATAN KUALITI DIRI PEMANGKIN KECEMERLANGAN ORGANISASI`.

ANTARA MODUL-MODUL TERBAHARU YANG BAKAL MENJENGAH KLIEN SAYA & BAKAL MENJADI PILIHAN IALAH :

1- BENGKEL PENINGKATAN KUALITI PENYAMPAIAN ( PERFECT SPEAKER & PRESENTER )
2- SEMINAR PENGURUSAN TEKANAN HIDUP & PENGAWALAN KEMARAHAN
3- BENGKEL MENGURUS ANAK BERMASALAH MODUL `MODID`
4- BENGKEL DIAMBANG PERKAHWINAN BUAT BELIA & REMAJA
5- SEMINAR PERSEDIAAN KE ALAM PERSARAAN
6- BENGKEL PENGURUSAN RUMAHTANGGA BAHAGIA ALA `MODID `
7- SEMINAR PENGURUSAN PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG
8- BENGKEL PENGURUSAN PEKERJA-PEKERJA BERMASALAH
9- SEMINAR PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN SUSULAN
10-SEMINAR PENINGKATAN KUALITI HIDUP BERASASKAN NIKMAT KESIHATAN

INSYAALLAH,JIKA TIADA ARAL MODUL-MODUL INI AKAN DIKETENGAHKAN JIKA MENDAPAT PERMINTAAN DARIPADA PIHAK-PIHAK YANG MEMERLUKAN.

SEMOGA TAHUN 2014 MAMPU MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI YANG TINGGI DALAM DIRI KITA.SESUKAR MANA SEKALIPUN LALUAN HIDUP YANG TERPAKSA KITA HADAPI,KEHIDUPAN MESTI DITERUSKAN. MOTIVASI DIRI YANG TINGGI PERLU TERUS KEKAL KONSISTEN DALAM JIWA KITA AGAR KITA MAMPU MENONGKAH ARUS.

SEKIAN,SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES


YANG BERSEDIA MENGGEGARKAN TAHUN 2014

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER/SENIOR SPEAKER
( CEO KONSULTAN JANA INSAN )
SG.PETANI,KEDAH D.AMAN
28.12.2014 - TERATAK FAHANIE
019-4741209 @ 04-4246033



Monday, December 23, 2013

SEJAUHMANA KITA BERPENGARUH ? - JADILAH INSAN YANG BERPENGARUH & MAMPU MEMPENGARUHI !



MENJADI MANUSIA BERPENGARUH MENJADI IMPIAN MANUSIA YANG BERJIWA BESAR !ANDA PULA BAGAIMANA ? ADAKAH ANDA JUGA PUNYAI HASRAT & KEINGINAN YANG SAMA ? KALAU ANDA MANUSIA BERJIWA BESAR,SUDAH PASTI ANDA JUGA MAMPU MENJADI MANUSIA YANG BERPENGARUH !

ADA BANYAK DALIL & BUKTI YANG MENUNJUKKAN SESEORANG ITU PUNYAI PENGARUH & CUKUP BERPENGARUH !

ANTARA TANDA-TANDA SESEORANG ITU PUNYAI PENGARUH YANG BESAR  :

1- GAYA,STYLE,PERCAKAPAN & KAREKTOR KITA MENJADI IKUTAN ORANG LAIN
2- KATA-KATA KITA SENTIASA MENJADI RUJUKAN ORANG RAMAI
3- SENTIASA MENJADI PAKAR RUJUK KEPADA ORANG LAIN
4- SENTIASA MENJADI CONTOH DALAM SETIAP PERKATAAN & PERBUATAN
5- MAMPU MERUBAH KAREKTOR DAN TINDAK TANDUK ORANG LAIN
6- MAMPU MENGGERAKKAN ORANG LAIN 
7- MAMPU MEMPERBAIKI SESEBUAH ORGANISASI
8- BERKEUPAYAAN MEMBANGUNKAN POTENSI ORANG LAIN
9- MAMPU MEMOTIVASIKAN ORANG LAIN
10-BERKEUPAYAAN TINGGI MEMPERBAIKI KEADAAN YANG KURANG BAIK KEARAH YANG LEBIH CEMERLANG.

RAMAI TOKOH-TOKOH DUNIA YANG CUKUP BERPENGARUH SEHINGGA MAMPU MERUBAH DUNIA & MERUBAH PEMIKIRAN MASYARAKAT DUNIA. SEBUT SAHAJA NAMA NELSON MANDELA,BARRACK OBAMA,BILL CLINTON,GEORGE BUSH ,MAHATHIR DAN RAMAI LAGI SAMADA TOKOH POLITIK,TOKOH PERNIAGAAN,TOKOH MOTIVASI,TOKOH KEMASYARAKATAN DAN TOKOH KEMANUSIAAN.

ANDA JUGA MAMPU MENJADI IKON BERPENGARUH ! BAGAIMANA CARANYA ?

1- PERBAIKI KAREKTOR ANDA
2- PERBAIKI SKILL KOMUNIKASI ANDA
3- PERBAHARUI AZAM & TEKAD ANDA
4- PERTINGKATKAN KUALITI PENYAMPAIAN ANDA
5- PERBAIKI TUTUR BICARA ANDA
6- PELIHARA AKHLAK,PERIBADI DAN MARUAH ANDA
7- BUKTIKAN KEJAYAAN ANDA
8- SERLAHKAN SEGALA KEISTIMEWAAN ANDA
9- SERLAH SEGALA KEHEBATAN & POTENSI YANG ANDA MILIKI
10- TONJOLKAN HANYA YANG BAIK-BAIK SAHAJA

SIAPAPUN ANDA,ANDA MAMPU MENJADI MANUSIA YANG BERPENGARUH.

JADILAH GURU YANG BERPENGARUH ! JADILAH BOSS YANG BERPENGARUH ! JADILAH USTAZ YANG BERPENGARUH ! JADILAH BUSINESMAN YANG BERPENGARUH ! JADILAH AHLI POLITIK YANG BERPENGARUH !

JIKA ANDA BERPENGARUH,ANDA MAMPU MERUBAH DUNIA ! ANDA MAMPU MERUBAH PEMIKIRAN MASYARAKAT !

SO,BANGKIT & PERBAIKI DIRI KITA..JADILAH INSAN-INSAN HEBAT YANG MAMPU MENJADI INSAN BERPENGARUH..

SALAM PENUH PENGARUH

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH.
019-4741209 @ 04-4246033

Saturday, December 14, 2013

BICARA MOTIVASI BERSAMA WARGA TNB- BERTAMBAH LAGI KLIEN KORPORAT KAMI



TANGGAL TARIKH 13.12.3013 ( JUMAAT ) YANG LALU, BERTEMPAT DI PENANG SKILL DEVELOPEMENT CENTER ( PSDC ),BAYAN BARU,PULAU PINANG SERAMAI 300 ORANG WARGA TNB ( BAHAGIAN PENGHANTARAN ) DARI SELURUH PELUSUK TANAHAIR TELAH MENDAPAT SUNTIKAN SEMANGAT DARIPADA BICARA MOTIVASI SAYA YANG BERTEMAKAN `TRANSFORMASI DIRI PEMANGKIN KUALITI ORGANISASI`.

ALHAMDULILLAH,HASIL SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM,MAJORITI DARIPADA MEREKA MELETAKKAN SKOR 5 PADA RUANGAN KUALITI PENYAMPAIAN PENCERAMAH JEMPUTAN.

SESEKALI BICARA MOTIVASI SAYA BERNADA TEGAS,BERNADA SINIS,BERNADA MENYENTAP DISELANG SELI DENGAN LAWAK SPONTAN YANG MENYEGARKAN MATA PARA AUDIENS. RANGKUMAN INTIPATI CERAMAH YANG MENYENTUH TENTANG KUALITI YANG PERLU ADA PADA SESEORANG PEKERJA,KUALITI YANG PERLU ADA PADA PIHAK PENGURUSAN DAN JUGA TENTANG SKILL KOMUNIKASI PEKERJA TNB.

ANTARA LAIN INTIPATI DAN SKOP BICARA MOTIVASI SAYA IALAH :

1- KONSEP CEMERLANG BAGI SESEORANG PEKERJA
2- TRANSFORMASI SIKAP,PERIBADI,KUALITI KERJA DAN PENYAMPAIAN SEORANG PEKERJA
3- CIRI-CIRI PEKERJA YANG DISUKAI OLEH MAJIKAN/BOS
4- CIRI-CIRI BOS YANG DIDAMBAKAN OLEH PEKERJA
5- KONSEP KERJA BERSAMA
6- NILAI KOLABORASI & TEAMWORK DALAM ORGANISASI
7- SKILL KEMAHIRAN KOMUNIKASI SEORANG PEKERJA KORPORAT
8- HALA TUJU ORGANISASI & SYARIKAT
9- KEKANGAN & HALANGAN KONSEP KERJA BERPASUKAN
10-HALA TUJU SYARIKAT & STAIL KERJA ORANG KORPORAT.

SEMUA ASPEK YANG DISAMPAIKAN OLEH SAYA ADALAH BERDASARKAN KEPADA  KEPERLUAN  TRANSFORMASI @ PERUBAHAN TAHAP KUALITI KERJA YANG DIMILIKI OLEH ORGANISASI YANG BERTERASKAN KORPORAT.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN OLEH SAYA SELAMA 2 JAM ITU MAMPU MENJADI TITIK TOLAK KEPADA PERUBAHAN DRASTIK ORGANISASI HEBAT SEPERTI TNB.

DIHARAPKAN TNB MAMPU MENGEKALKAN MOMENTUM SEDIA ADA & KUALITI KORPORAT SEPERTIMANA SYARIKAT-SYARIKAT GERGASI YANG LAIN DIMALAYSIA.INSYAALLAH.

SEKIAN,SALAM CEMERLANG & SALAM SUKSES

YANG BERSEDIA MENGGERAKKAN POTENSI MANUSIA


TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH AMAN.
019-4741209 @ 04-4246033

Monday, December 2, 2013

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS - AKU DATANG






Alhamdulillah..puji dan syukur pada Allah SWT yang masih lagi setia memberikan kasih sayangNya pada diri ini..Kudrat,kesihatan & emosi yang stabil masih lagi menjadi milik diri ini.

Tembok kukuh badan korporat yang agak sukar ditembusi selama ini,akhirnya mampu saya tembusi.
Tanggal 28.11.2013 lalu,bertempat di Bilik Seminar 8 ,Universiti Teknologi Petronas,saya telah diberikan amanah selama sehari untuk memotivasikan & menyuntik semangat barisan tenaga kerja Non Executive Universiti Teknologi Petronas seramai 40 orang peserta.

Program bermula dengan ucaptama & kata-kata aluan daripada Penasihat SITDG yang Berbahagia Prof.Madya Dr Bablir Singh yang banyak menyentuh tentang semangat kerja berpasukan dan kualiti sebagai seorang pekerja.

Alhamdulillah,sepanjang sehari tersebut,saya telah menyentuh beberapa aspek penting sebagai seorang pekerja iaitu :

1- Perlunya Transformasi Diri sebagai Pemangkin Kualiti Organisasi
2- Semangat Kerja Berpasukan
3- Pemikiran Kreatif sebagai Seorang Pekerja
4- Perlunya Semangat Setiakawan Dalam sesebuah Organisasi
5- Daya Juang & Daya Saing yang Tinggi Dalam Diri Seorang Pekerja

Alhamdulillah, semangat yang ditunjukkan oleh para pekerja UTP  cukup hebat.Mereka sememangnya pekerja2 yang hebat lagi cemerlang.Ini dapat dilihat pada komitmen yang ditunjukkan sepanjang kursus & seminar tersebut dijalankan.

Terimakasih yang tak terhingga saya tujukan kepada Puan Noorasidah & Puan Azwa selaku orang KUAT SITDG UTP,Tronoh Perak yang sudah sekian lama menghubungi saya sejak April lalu bagi memastikan program ini berjalan lancar dan mampu direalisasikan.

Semoga apa yang saya sampaikan selama sehari bermula jam 9 pagi sehingga jam 5.00 petang itu mampu direalisasikan dalam kehidupan mereka sebagai seorang pekerja di Organisasi yang hebat dan GAH seperti Universiti Teknologi Petronas yang merupakan ASET paling bernilai di negeri PERAK.

Sekian, wassalam

yang bersedia memikul amanah

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi Dinamika Diri ( MODID )
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
019-4741209 @ 04-4246033

Tuesday, November 26, 2013

2014 BAKAL KEMBALI SIBUK - KEPERCAYAAN AGENSI KERAJAAN & KORPORAT TERUS MENINGKAT






ALHAMDULILLAH..TAHUN 2013 MASIH LAGI BERBAKI SEBULAN LAGI..BANYAK PENGALAMAN SUKA DUKA MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI & LATIHAN SEPANJANG 11 BULAN YANG LALU.

TERLALU RAMAI AUDIENS YANG SAYA JUMPA DAN PELBAGAI KERENAH PELANGGAN YANG TERPAKSA SAYA HADAPI.ADA YANG POSITIF & ADA YANG NEGATIF.NAMUN,SEMUANYA ITU MEMATANGKAN JIWA SAYA. THINK POSITIVE !
INSYA-ALLAH,DALAM BULAN 12 NANTI PUN MASIH ADA LAGI JEMPUTAN UNTUK MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI & TRAINING.

SYUKUR PADA ALLAH YANG MEMBERI REZEKI KERANA TERUS MENCETUSKAN ILHAM DIDADA & MINDA PENGANJUR PROGRAM UNTUK MENJEMPUT SAYA DAN MEMBERIKAN AMANAH KEPADA SAYA DALAM MENGGERAKKAN POTENSI PARA PEKERJA & STAF MEREKA.

ALHAMDULILLAH,PENGARUH SAYA & MODUL `MODID`YANG SAYA PERJUANGKAN SEKIAN LAMA TERUS MENDAPAT TEMPAT DIHATI PARA KAUNSELOR,PEGAWAI HUMAN RESOURCE,PEGAWAI PSIKOLOGI DAN PENGANJUR PROGRAM MOTIVASI & KURSUS.

BANYAK NAMA-NAMA BESAR( ORGANISASI BESAR ) YANG TELAH MENDAPATKAN KHIDMAT BAKTI SAYA DAN TEAM MODID ( KONSULTAN JANA INSAN ) DALAM MENGGERAKKAN POTENSI PELAJAR,STAF,PIHAK PENGURUSAN DAN WARGA KERJA MEREKA.

DIANTARA ORGANISASI BESAR YANG PERNAH MENDAPATKAN KHIDMAT KAMI & BAKAL TERUS MENDAPATKAN KHIDMAT BAKTI KAMI IALAH :

1. TENAGA NASIONAL BERHAD ( TNB )
2. LEMBAGA HASIL ( LHDN )
3. KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU ( TATI UC )
4. MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG
5. RTM
6. TV3
7.POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM )
8.UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( UMT )
9. UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS ( UTP,TRONOH PERAK )
10. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

SEBENARNYA BANYAK LAGI ORGANISASI KERAJAAN,SWASTA DAN BADAN KORPORAT YANG TELAH,SEDANG DAN BAKAL MENGGUNAKAN KHIDMAT BAKTI KAMI DALAM MENGGERAKKAN POTENSI WARGA PEKERJA MEREKA ( TERLALU BANYAK UNTUK DINYATAKAN DISINI ).

ALHAMDULILLAH SEKALI LAGI DIPANJATKAN KEPADA YA RAZZAQ TUHAN PEMBERI REZEKI KERANA TERUS MELIMPAHKAN RAHMAT,REZEKI DAN KEJAYAAN BUAT DIRI SAYA DALAM MENGGERAKKAN POTENSI MANUSIA MELALUI MODUL KESAYANGAN SAYA - MOTIVASI DINAMIKA DIRI ( MODID ).

DOA DAN HARAPAN SAYA,SEMOGA SAYA TERUS SIHAT,KUAT DAN ADA KUDRAT UNTUK MENERUSKAN KERJA2 MULIA INI SELAGI DIPERLUKAN.INSYAALLAH.


YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI MODID
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

Sunday, November 10, 2013

EDU EXPLORE RACE CHALLENGE ALA MODID @ DAMAI PARK RESORT,MERBOK














KEMBARA MOTIVASI KAMI BERMUKIM DI DAMAI PARK RESORT,MERBOK KEDAH SELAMA 3 HARI 2 MALAM ( 8 -10.11.2013 ).

ANTARA YANG PALING MENCURI PERHATIAN,MENARIK MINAT PESERTA DAN MENCABAR MINDA,FIZIKAL & FOKUS IALAH AKTIVITI EDU EXPLORE RACE CHALLENGE YANG BERMULA PADA SEBELAH PETANG ( 2.45 PETANG )
PARA PESERTA DIBEKALKAN DENGAN KOLEKSI SOALAN-SOALAN TREASURE HUNT YANG BERKAITAN DENGAN KOMPLEKS CANDI LEMBAH BUJANG.

MEREKA TERPAKSA BERJALAN HAMPIR 2 KILOMETER UNTUK MENCARI SEGALA MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN.

ANTARA CABARAN YANG MENANTI PESERTA IALAH TERPAKSA MENDAKI ANAK BUKIT DAN TERPAKSA MENGIRA JUMLAH ANAK TANGGA YANG MENGHUBUNGKAN CANDI-CANDI YANG BERADA DIKOMPLEKS TERSEBUT.

ANTARA OBJEKTIF AKTIVITI EDU EXPLORE RACE CHALLENGE INI IALAH:

1- MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA ANTARA AHLI TEAM
2- MEMUPUK SEMANGAT KERJA BERPASUKAN
3- MEMUPUK SEMANGAT SETIAKAWAN
4-MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
5- MENGUJI MINDA & FIZIKAL PARA PESERTA
6- MENGUJI KEMAMPUAN MENTERJEMAHKAN APA YANG BERADA DISEKELILING KITA
7- MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN SIBJEK SEJARAH
8- MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME
9- MENGUJI KEMAMPUAN MENGOLAH,MENCARI & MENGUMPULKAN FAKTA PENTING
10- MENDIDIK PARA PESERTA TENTANG PERI PENTINGNYA MENGEKALKAN KESAN SEJARAH.

TERNYATA AKTIVITI INI MAMPU MERANGSANG MINDA PELAJAR. TERNYATA MEREKA SEMUA PUAS & TERUJA DENGAN AKTIVITI INI. WAJAH RIANG JELAS TERPANCAR DIWAJAH PARA PESERTA.

SAYA & TEAM MODID ( KONSULTAN JANA INSAN ) JUGA TERNYATA PUAS & TERUJA DENGAN SAMBUTAN YANG DIBERIKAN OLEH PARA PESERTA KURSUS `KEM PEMUKIMAN REMAJA DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH,PULAU PINANG INI.

DIHARAPKAN DILAIN PROGRAM,KAMI MAMPU MENYEDIAKAN AKTIVITI YANG LEBIH MENCABAR BUAT KLIEN & PESERTA PROGRAM KAMI.

JIKA ADA ORGANISER LAIN DILUAR SANA YANG MAHUKAN KAMI URUS & HANDLE PROGRAM SEBEGINI RUPA,BOLEHLAH MERANCANG,MENGATUR,MENYUSUN DAN MEMBUAT PERANCANGAN TELITI BAGI MEMASTIKAN IA MENJADI REALITI PADA TAHUN 2014 NANTI.

ANDA MINTA,KAMI SEDIAKAN.

YANG BERSEDIA MENGGERAKKAN POTENSI ANDA DILUAR SANA

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI MODID
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

KEM PEMUKIMAN REMAJA DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH,PENANG











ALHAMDULILLAH...TUGASAN KAMI DI DAMAI PARK RESORT,MERBOK SELESAI DENGAN JAYANYA..BERSAMA DENGAN 40 PESERTA SEKITAR DAERAH PERMATANG PASIR,PULAU PINANG. KEBANYAKAN PESERTA KAMI ADALAH PELAJAR TINGKATAN 4 YANG BAKAL MENDUDUKI SPM PADA TAHUN HADAPAN.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEJABAT TANAH & DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH YANG DIKEMUDIKAN OLEH TUAN PENGHULU SUHAIDI YANG MENGAMBIL INISIATIF MENGANJURKAN PROGRAM INI.

TEAM KAMI ( KONSULTAN JANA INSAN ) TELAH DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MEMIMPIN,MEMBIMBING,MENYUNTIK SEMANGAT DAN MEMBERIKAN MOTIVASI KEPADA PELAJAR2 TERSEBUT.

ALHAMDULILLAH,PROGRAM YANG BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI 2 MALAM TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA.PELBAGAI AKTIVITI YANG DISUSUN SEBEGITU RAPI TELAH BERJAYA DIJALANKAN DENGAN CEMERLANG.

PALING MENARIK PERHATIAN DAN MENIMBULKAN MOOD CERIA PESERTA IALAH AKTIVITI EDU XPLORE RACE YANG DIJALANKAN SEKITAR KOMPLEKS LEMBAH BUJANG ( MUZIUM ARKEOLOGI ) YANG BERADA BERDEKATAN DENGAN LOKASI TRAINING KAMI .

INSYA-ALLAH,PROGRAM SEBEGINI MAMPU MEMBERI RANSANGAN MINDA KEPADA PELAJAR DAN MAMPU MERUBAH CORAK PEMIKIRAN PELAJAR2 YANG BAKAL MENJADI PEMIMPIN MASA DEPAN.

SEKALI LAGI UCAPAN TERIMAKASIH KAMI TUJUKAN KEPADA TUAN PEGAWAI DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH YANG SUDI HADIR UNTUK MAJLIS PENUTUPAN RASMI PADA 10.11.2013 ( AHAD ).

SALAM SUKSES DAN SALAM KECEMERLANGAN

`YANG SENTIASA BERSEDIA MEMIKUL AMANAH`

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR RUNDING MOTIVASI & INSPIROR DIRI
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH DARUL AMAN
019-4741209 @ 04-4246033

Monday, November 4, 2013

MOTIVASI BASMI KEMISKINAN @ PULAZA : KEMISKINAN BUKAN UNTUK DIWARISI




ALHAMDULILLAH..JEMPUTAN DARI PIHAK PEJABAT TANAH & DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG UNTUK MENGENDALIKAN SEMINAR & BENGKEL `PEMULIHAN KOMUNITI MISKIN` DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG  BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN ZAKAT ( PULAZA ) ,PANTAI ACHEH ,PULAU PINANG TELAH SAYA SEMPURNAKAN DENGAN JAYANYA PADA 2.11.2013.

TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA PIHAK PEJABAT TANAH & DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG DIATAS USAHA MURNI MEREKA UNTUK MENYUNTIK SEMANGAT PENDUDUK DAERAH BALIK PULAU YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI MISKIN.KEBANYAKAN MEREKA YANG TERPILIH ADALAH RAKYAT MISKIN BERPENDAPATAN DIBAWAH RM 500 SEBULAN.

SAYA SELAKU PAKAR MOTIVASI & INSPIROR ( KONSULTAN JANA INSAN ) TELAH DIJEMPUT UNTUK MENYUNTIK SEMANGAT MEREKA ( KATEGORI MISKIN ) SUPAYA MEREKA SEMUA SEDAR DAN MAMPU BANGKIT DARI BELENGGU KEMISKINAN.

ALHAMDULILLAH,SAYA CUKUP TERUJA DAN MERASA BERTUAH KERANA DIBERI PELUANG UNTUK BERKONGSI TIPS & RAHSIA UNTUK MENJADI LEBIH HEBAT,LEBIH BERJAYA ,LEBIH CEMERLANG DAN LEBIH BERMAKNA KEHIDUPAN.

SEMOGA KEHADIRAN SAYA DAN CERAMAH SAYA MAMPU UNTUK MEMBANGKITKAN SEMANGAT MEREKA UNTUK KELUAR DARI KEPOMPONG KEMISKINAN. HARAPAN SAYA MEREKA SEMUA ( PESERTA KURSUS ) MAMPU MENGAPLIKASIKAN APA YANG TELAH SAYA SAMPAIKAN.

AKHIRKATA,SAYA BENAR-BENAR MENGHARAPKAN MEREKA SEMUA MAMPU MERAIH KEJAYAAN YANG BERMAKNA PADA TAHUN2 YANG MENDATANG.

`KEMISKINAN BUKAN UNTUK DIWARISI,TETAPI IANYA ADALAH PEMANGKIN KEPADA KEJAYAAN YANG LEBIH BERMAKNA.`

YANG BERSEDIA MENGGERAKKAN POTENSI MANUSIA

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI ( MODID )
KONSULTAN JANA INSAN,SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
019-4741209 @ 04-4246033