Sunday, November 10, 2013

KEM PEMUKIMAN REMAJA DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH,PENANG











ALHAMDULILLAH...TUGASAN KAMI DI DAMAI PARK RESORT,MERBOK SELESAI DENGAN JAYANYA..BERSAMA DENGAN 40 PESERTA SEKITAR DAERAH PERMATANG PASIR,PULAU PINANG. KEBANYAKAN PESERTA KAMI ADALAH PELAJAR TINGKATAN 4 YANG BAKAL MENDUDUKI SPM PADA TAHUN HADAPAN.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEJABAT TANAH & DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH YANG DIKEMUDIKAN OLEH TUAN PENGHULU SUHAIDI YANG MENGAMBIL INISIATIF MENGANJURKAN PROGRAM INI.

TEAM KAMI ( KONSULTAN JANA INSAN ) TELAH DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MEMIMPIN,MEMBIMBING,MENYUNTIK SEMANGAT DAN MEMBERIKAN MOTIVASI KEPADA PELAJAR2 TERSEBUT.

ALHAMDULILLAH,PROGRAM YANG BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI 2 MALAM TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA.PELBAGAI AKTIVITI YANG DISUSUN SEBEGITU RAPI TELAH BERJAYA DIJALANKAN DENGAN CEMERLANG.

PALING MENARIK PERHATIAN DAN MENIMBULKAN MOOD CERIA PESERTA IALAH AKTIVITI EDU XPLORE RACE YANG DIJALANKAN SEKITAR KOMPLEKS LEMBAH BUJANG ( MUZIUM ARKEOLOGI ) YANG BERADA BERDEKATAN DENGAN LOKASI TRAINING KAMI .

INSYA-ALLAH,PROGRAM SEBEGINI MAMPU MEMBERI RANSANGAN MINDA KEPADA PELAJAR DAN MAMPU MERUBAH CORAK PEMIKIRAN PELAJAR2 YANG BAKAL MENJADI PEMIMPIN MASA DEPAN.

SEKALI LAGI UCAPAN TERIMAKASIH KAMI TUJUKAN KEPADA TUAN PEGAWAI DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH YANG SUDI HADIR UNTUK MAJLIS PENUTUPAN RASMI PADA 10.11.2013 ( AHAD ).

SALAM SUKSES DAN SALAM KECEMERLANGAN

`YANG SENTIASA BERSEDIA MEMIKUL AMANAH`

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR RUNDING MOTIVASI & INSPIROR DIRI
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH DARUL AMAN
019-4741209 @ 04-4246033

No comments: