YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Wednesday, January 29, 2014

SUPER WORKERS : KERJA KITA ,WAJAH KITA & IMEJ KITA - MENJANA POTENSI PEKERJA




ReTune Our Action : Ramai dari kalangan Majikan @ Bos mengadu tentang prestasi Buruk & kurang efisen para pekerja mereka. Ramai dari pekerja mereka kerja sambil lewa,tiada semangat,tidak amanah ,buang masa & tiada rasa bertanggungjawab terhadap kerja /organisasi. Dari sekecil2 syarikat hinggalah sebesar2 Syarikat @ Organisasi..

Maka atas dasar prihatin & rasa ingin membantu,terhasillah Modul :` 


PEKERJA DINAMIK - KERJA KITA,WAJAH KITA & IMEJ KITA `

 
Program Sehari Penuh : Hanya dilaksanakan pada Sabtu @ Ahad sahaja ( SUPAYA TIDAK MENGGANGGU WAKTU KERJA SYARIKAT @ ORGANISASI )


3 Slot Utama : 6 Jam
1- 1st Slot : `Syukuri,Nikmati` : Kerja Amanah Yang Terpikul
2- 2nd Slot : Analisis Diri : Kualiti,Integriti,Akauntabilit
i & Persepsi
3- Last Slot : Hijrah Minda,Hijrah Sikap Formula Perubahan


Masalah bukan untuk diungkit !
Masalah bukan untuk dijaja !
Masalah bukan untuk disimpan !
Masalah bukan untuk dibiarkan !

Masalah bukan Untuk diperbesarkan !
 
Masalah perlu diselesaikan bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan Organisasi anda !
Syarikat yang hebat dibarisi Kepimpinan hebat ! Dianggotai Barisan Pengurusan yang hebat ! Dijana oleh para pekerja yang Hebat !


SIAPA YANG PERLU,WAJAR & WAJIB HADIR ? 

1- Pekerja Baru yang tiada pengalaman
2- Pekerja-pekerja lama yang Graf pencapaian peribadi menurun
3- Pekerja-pekerja Senior yang sudah agak selesa & tidak mahu berubah
4- Pekerja-pekerja yang berprestasi Rendah
5- Pekerja-pekerja yang tiada daya saing,tiada motivasi & lemah daya tahan
6- Pekerja bahagian pengeluaran yang tidak memberi Impak & kelebihan kepada Organisasi @ Syarikat
7- Pekerja yang hanya tahu makan Gaji sahaja
8- Pekerja-pekerja yang tiada kemahuan yang tinggi Untuk berubah 

Organisasi Mana yang Perlu,Wajar & Wajib laksanakan Kursus Sebegini ?

1- Syarikat-syarikat Baru yang kurang memberangsangkan
2- Syarikat-syarikat Besar yang punyai pekerja yang lemah & tidak berkualiti
3- Syarikat Gergasi yang inginkan peningkatan dalam hasil pengeluaran
4- Syarikat Korporat yang miliki ramai tenaga pekerja yang berbilang generasi & berbilang kategori
 5- Syarikat @ Organisasi yang mengeluarkan Produk makanan,produk kecantikan,produk keperluan semasa seperti kain,bahan binaan,barangan elektrik dan sebagainya
6- Syarikat @ Organisasi yang sudah lama bertapak dalam perniagaan tetapi hasilnya kurang memberangsangkan
7- Organisasi yang memberikan perkhidmatan kepada orang ramai
8- Syarikat-syarikat yang berkaitan pelancongan,perhotelan dan berurusan dengan orang ramai
9- Syarikat yang berkaitan dengan  kepentingan dana awam
10-GLC,GOC & Badan Berkanun yang punyai target yang tinggi dalam hasil pengeluaran @ capaian target tahunan
11- Atau,mana-mana Organisasi yang ingin bangkit dari kelemahan & kegagalan lampau disebabkan kurang efisen dalam pengurusan Sumber manusia.


Bila semuanya HEBAT,maka terhasillah PRODUK yang HEBAT !

Motivasi Dinamika Diri -Modul De Bomb
ada Modul,Style,Kepakaran dan Skill yang Hebat dalam menjana pekerja yang DINAMIK....


KAMI NANTIKAN JEMPUTAN ANDA,KAMI BERSEDIA MENJANA POTENSI PEKERJA ANDA !
KECEMERLANGAN ORGANISASI ANDA ADALAH TANGGUNGJAWAB KAMI. 

Talian hotline : 019-4741209 @ 04-4246033

Monday, January 27, 2014

MODUL `BERBISA` & `BERBEKAS` BUAT PEKERJA SEKTOR SWASTA & KORPORAT






MODUL KURSUS :  ( MOTIVASI PEKERJA ) : ` KURSUS MOTIVASI ANJAKAN PARADIGMA PEKERJA`
NAMA KURSUS
`KURSUS MOTIVASI ANJAKAN PARADIGMA PEKERJA`
TEMA : `KERJA KITA,WAJAH KITA,IMEJ KITA`

TEMPOH KURSUS 
TRI - PILIHAN ( PILIHAN PENGANJUR ) :
     1-     SEHARI PENUH ( BERMULA 8.30 AM – 4.30 PM ) – 3 SLOT ( 6 JAM )
     2-     PAKEJ SETENGAH HARI( 8.30 AM – 1.00 TGH ) - 2  SLOT UTAMA
( 4 JAM )
     3-     PAKEJ 2 HARI PENUH : 6 SLOT ( 12 JAM )


  






KANDUNGAN MODUL   KURSUS   
(IMPAK & KESAN )
     1. KEPENTINGAN PERUBAHAN SIKAP & PARADIGMA PEKERJA
     2. TRANSFORMASI SIKAP MENJANA TRANSFORMASI AGENSI
     3. BAGAIMANA MENJANA SIKAP YANG POSITIF DIKALANGAN PEKERJA
     4. KAEDAH TERBAIK MEMUPUK DISIPLIN YANG TINGGI DIKALANGAN PEKERJA
      5.  BAGAIMANA PENDEKATAN YANG CEMERLANG DALAM MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN PEKERJAAN
     6.  MENDIDIK PARA PEKERJA MENJIWAI WATAK SEBAGAI PEMEGANG AMANAH ORGANISASI
       7.   MENYUNTIK SEMANGAT & MENCETUSKAN MOTIVASI YANG TINGGI DIKALANGAN PEKERJA BAGI MENGGERAKKAN ORGANISASI YANG DIWAKILI
      8.  MENILAI KEMBALI SUMBANGAN PEKERJA TERHADAP ORGANISASI YANG DIWAKILI
      9.  MUHASABAH DIRI & PENILAIAN KENDIRI MELALUI ANALISIS `SWOT` BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN
     10.   MENDIDIK JIWA AKAN CINTAKAN PEKERJAAN SELARI DENGAN TUNTUTAN AGAMA



 OBJEKTIF KURSUS
1.      MELAHIRKAN PEKERJA YANG MEMPUNYAI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH PUDAR
2.      MELAHIRKAN PEKERJA YANG MEMPUNYAI MOTIVASI YANG TINGGI DALAM DIRI SERTA MAMPU MENGGERAKKAN ORANG LAIN UNTUK CEMERLANG
3.      MELAHIRKAN PEKERJA YANG BERKUALITI MELALUI DISIPLIN DIRI YANG TINGGI
4.      MELAHIRKAN PEKERJA YANG MAMPU MENJADI ASET BERHARGA BUAT ORGANISASI


PENDEKATAN KURSUS
( ISI KANDUNGAN KURSUS)     
      1.      CERAMAH INTERAKTIF YANG CUKUP INFORMATIK
      2.      LATIHAN DALAM KUMPULAN
      3.      SESI SUMBANG SARAN
     4.      SESI PEMBENTANGAN
     5.      NYANYIAN LAGU2 MOTIVASI
      6.      TAYANGAN VIDEO BERINFORMATIK
      7.      SESI KATARSIS ( RECALL )
       8.      PENILAIAN KENDIRI MELALUI SOAL SELIDIK




KEKUATAN KURSUS
1. PENYAMPAIAN YANG BERTENAGA,HEBAT DAN PENUH INFORMATIK
2. PENYAMPAIAN YANG SEGAR,MENGHIBURKAN & TIDAK MEMBOSANKAN
3.LATIHAN DALAM KUMPULAN YANG MENYERONOKKAN
4.PARA MOTIVATOR & SPEAKER YANG TERLATIH,BERPENGALAMAN & HEBAT
5.BARISAN PENYAMPAI YANG CUKUP SPORTING DAN SEDIA MEMBANTU



KUMPULAN SASAR
     1.      TERBUKA ( SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN PEKERJA )
     2.      KUMPULAN SOKONGAN
     3.      KUMPULAN PENGURUSAN
     4.      PERINGKAT PENGURUSAN TERTINGGI
( BOLEH DISUSUN MENGIKUT KEPERLUAN )


SEBUTHARGA (BAYARANKONSULTAN)
1. PAKEJ SEHARI PENUH ( 8.30 AM – 4.30 PM ): RM 2,500 /HARI
2. PAKEJ SETENGAH HARI ( 8.30 AM-1.00 TGH )  : RM 2,000 /PAKEJ
3. PAKEJ 2 HARI PENUH : 6 SLOT ( 12 JAM ): RM 4,000/PAKEJ
( HANYA MELIBATKAN BAYARAN KONSULTASI SAHAJA )
*TIKET PENERBANGAN & BILIK PENGINAPAN PENCERAMAH DIURUSKAN OLEH PENGANJUR *

Saturday, January 25, 2014

TIPS PENJIMATAN PENGANJURAN PROGRAM MOTIVASI 2014-KESAN LANGKAH PENJIMATAN KERAJAAN



Tips mengendalikan program Motivasi,Seminar @ Kursus dikala langkah penjimatan & pemotongan Budget oleh kerajaan :

1- Kalau sebelum ini kursus buat kat hotel berbintang2..lepas ni buat kat hotel tanpa bintang
2- Kalau sebelum ini ambil Konsultan bertaraf dunia & bertaraf `selebriti` yang mahal2,lepas ni ambil Motivator & Konsultan yang bertaraf kebangsaan yang hanya mengenakan bayaran `minima` & `berbaloi`..janji Terbaeek...
3- Kalau sebelum ni buat selama 3 hari 2 malam,lepas ni buat 2 je ke @ 1 hari yang padat
4- Kalau sebelum ni makan & minum mewah dengan hidangan ayam & daging,lepas ni hidangan hanya ikan kembung & telur goreng je...sayur kangkung dialu-alukan ( sebab dah turun rege )..jangan gatal2 nak hidangkan sayur Brocoli @ Salad...
5- Kalau sebelum ni,buat kat dewan beraircond,lepas ni cari dewan yang ada kipas sahaja..pasti bayaran sewanya lebih murah.
6-Kalau sebelum ni,fail kursus warna warni & berkilat2,lepas ni guna fail kertas yang murah ( 1 colour je )
7- Kalau sebelum ni,satu bilik 2 orang,lepas ni sharing bilik 3 @ 4 orang je..
8- Banner buat kecil sahaja,janji menarik & berkesan memukau pandangan
9- Cari hotel murah atau resort2 baru yang perkenalkan pakej murah @ diskaun gile2.
10-T Shirt atau beg kursus beli dari China,pasti murah...tak payah ada brand mahal2 ..janji ada T Shirt.

Kendalikan kursus @ seminar mengikut kemampuan kita..jangan tak buat langsung...Ada berani ?


 Kami di KONSULTAN JANA INSAN menyediakan pakej perkhidmatan Motivasi & Training dengan harga yang cukup `KOMPETETIF ` dan `BERBALOI-BALOI`..

Hubungi kami,kami sedia memberikan yang terbaik

Yang bersedia memikul amanah Ummah

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
CEO Konsultan Jana Insan
Sungai Petani,Kedah
019-4741209 @ 04-4246033

Sunday, January 19, 2014

SEMARAKKAN MOTIVASI DIRI PELAJAR- KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI ?



Alhamdulillah,sesi persekolahan 2014 dah masuk minggu ke 3..Semoga segala perancangan para Guru,pihak Pengurusan Sekolah,para Kaunselor,PIBG,para ibu-bapa dan para pelajar sendiri mampu diterjemahkan dalam bentuk kejayaan. walaupun ianya hanya kejayaan kecil sahaja ! Ingatlah,kejayaan-kejayaan kecil bakal memberi impak & kesan dalam membentuk kejayaan2 yang lebih besar & gemilang pada masa-masa mendatang !

Biar siapa pun kita,kita wajar memainkan peranan dalam menggerakkan potensi pelajar2 kita !
Anak-anak pelajar yang bakal kita bimbing sebenarnya berpotensi besar menjadi :

1- Insan Hebat yang bakal merubah dunia suatu hari nanti
2- Menjadi Pemimpin yang hebat & mampu mengambil alih pemerintahan nanti
3- Menjadi penyumbang kepada kejayaan bangsa & negara kita
4- Menjadi penyambung kecemerlangan warisan negara kita
5- Menjadi anak-anak yang Hebat dambaan ibu-bapa
6- Menjadi golongan profesional yang mampu memacu negara kearah kecemerlangan 
7- Menjadi Ulama Profesional yang mampu merubah sistem yang sedia ada agar mendapat keredhaan Allah SWT
8- Menjadi pakar-pakar dalam bidang tertentu yang mampu menggerakkan negara 
9- Menjadi Ikon-Ikon hebat dalam bidang tertentu yang mampu menjadi contoh kepada orang lain
10- Menjadi Sumber Rujukan & Pakar dalam bidang2 tertentu yang mampu menggerakkan potensi orang lain

So,jangan kita ambil mudah terhadap potensi pelajar yang sentiasa kita dampingi,yang kita didik dan yang kita asuh.

Suntiklah semangat mereka ! Motivasikan diri mereka sekerap mungkin ! Tunjukkan jalan buat mereka ! Sedarkan diri mereka ! Semoga mereka mampu bangkit dan menjadi Insan Hebat Yang bakal merubah dunia !

Kami di Konsultan Jana Insan punyai pelbagai modul yang mampu melonjakkan prestasi pelajar2 anda !

Kami hargai setiap amanah yang bakal kami pikul ! Kecemerlangan pelajar2 Anda adalah tanggungjawab & komitmen kami..

Salam Sukses & Salam kecemerlangan

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi MODID
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah
019-4741209 @ 04-4246033

Wednesday, January 15, 2014

BELIEVE SYSTEM : SEJAUHMANA KEPERCAYAAN KITA TERHADAP KEMAMPUAN DIRI KITA ?




SIKAP PERCAYA AMAT PENTING UNTUK KEMAJUAN & KECEMERLANGAN DIRI KITA ! SEJAUHMANAKAH ANDA SEMUA PERCAYA KEPADA KEMAMPUAN ANDA ? ADAKAH HANYA SEPARUH SAHAJA `PERCAYA` DAN SEPARUH LAGI` TIDAK PERCAYA` KEPADA KEMAMPUAN DIRI KITA ?

UNTUK MENJADI INSAN HEBAT LAGI BERJAYA,KITA WAJAR MILIKI SIFAT `PERCAYA` KEPADA KEHEBATAN & KEMAMPUAN DIRI KITA ! KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI ? JIKA ORANG LAIN DILUAR SANA PERCAYA BAHAWA KITA MAMPU LAKUKAN & MENJADI YANG TERBAIK,KENAPA TIDAK DENGAN DIRI KITA SENDIRI ?

PERCAYALAH ! SETIAP INSAN PUNYAI KEBOLEHAN DAN KEMAMPUAN TERSENDIRI UNTUK MENJADI YANG TERBAIK & HEBAT !

BIAR SIAPA PUN ANDA,ANDA MESTI YAKIN & PERCAYA BAHAWA ANDA MAMPU MENJADI YANG TERBAIK BUAT DIRI ANDA SENDIRI,BUAT FAMILI ANDA,BUAT PASANGAN ANDA,BUAT ANAK-ANAK ANDA DAN BUAT MASYARAKAT ANDA !
PERCAYALAH ! ANDA MAMPU LAKUKAN DAN MENJADI YANG TERBAIK BUAT DIRI SENDIRI DAN JUGA ORANG LAIN.

SISTEM KEPERCAYAAN PERLU KEKAL MANTAP DALAM DIRI KITA BAGI MENJAMIN KELANGSUNGAN KECEMERLANGAN DIRI KITA !

LIHATLAH PADA TOKOH-TOKOH HEBAT YANG MENJULANG NAMA MEREKA SENDIRI DENGAN MEMILIKI PELBAGAI KEJAYAAN & KEHEBATAN,TIDAK KIRA SIAPAKAH DIRI MEREKA,SAMADA AHLI POLITIK,AHLI SUKAN,AHLI PERNIAGAAN,AHLI KORPORAT,AHLI NEGARAWAN DAN JUGA AHLI MOTIVASI & TRAINING,MEREKA SEMUANYA MEMILIKI NILAI DAN SISTEM KEPERCAYAAN DIRI YANG CUKUP HEBAT !

PERCAYALAH DENGAN SEBENAR-BENAR PERCAYA BAHAWA KITA BOLEH LAKUKAN YANG TERBAIK DALAM HIDUP KITA. APA YANG KITA INGINKAN PASTI MENJADI KENYATAAN JIKA KITA PUNYAI `SISTEM KEPERCAYAAN `DIRI YANG UTUH & MANTAP !

PERCAYALAH ! BAHAWA ANDA SEMUA MAMPU :

1-LAKUKAN YANG TERBAIK BUAT DIRI ANDA & KELUARGA ANDA
2- LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK STAF & ORGANISASI ANDA
3- LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK MASYARAKAT & NEGARA ANDA
4- LAKUKAN ANJAKAN PARADIGMA DIRI YANG DRASTIK UNTUK MENJADI YANG TERBAIK
5- LAKUKAN PERUBAHAN EMOSI & SIKAP BAGI MENJAMIN KELANGSUNGAN KECEMERLANGAN DIRI ANDA
6- LAKUKAN PEMBAHARUAN DALAM KEHIDUPAN ANDA
7- LAKUKAN TRANSFORMASI DIRI,TRANSFORMASI FAMILI DAN TRANSFORMASI ORGANISASI
8- LAKUKAN PENINGKATAN GRAF PENCAPAIAN PERIBADI ANDA
9- LAKUKAN PENINGKATAN PENCAPAIAN ORGANISASI & WARGA STAF ANDA
10- LAKUKAN PENCAPAIAN YANG TERBAIK DALAM SEJARAH HIDUP ANDA

KEMBALILAH MEMPERCAYAI DIRI SENDIRI.KEMBALILAH PERCAYA KEPADA KEHEBATAN DIRI ANDA ! KEJAYAAN & KECEMERLANGAN DIRI KITA BERMULA DENGAN `KEPERCAYAAN KEPADA DIRI SENDIRI`.

PERCAYA & TERUS PERCAYA BAHAWA ANDA MAMPU MENJADI YANG TERBAIK DALAM HIDUP ANDA !

YANG TERUS PERCAYA KEPADA KEMAMPUAN DIRI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF ( AGY )
PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI ( MODID )
KOSNULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH D.AMAN
019-4741209 @ 04-4246033



Monday, January 6, 2014

HUKUMAN BUKANNYA SOLUSI-DIDIKAN & BIMBINGAN SEMPURNA ADALAH SOLUSI



ALHAMDULILLAH ..PUJI & SYUKUR PADA ALLAH SWT YANG MASIH LAGI MEMBERIKAN KEKUATAN,KESIHATAN & UMUR YANG PANJANG BAGI MEMBOLEHKAN KITA SEMUA MENERUSKAN AGENDA HIDUP MASING-MASING. TAHUN 2014 BARU MEMULAKAN LANGKAHNYA..SESI PERSEKOLAHAN SUDAHPUN BERMULA...

MAKA BERMULALAH BUKU BARU & EPISOD BARU BAGI PELAJAR-PELAJAR YANG MENYAMBUNG PENGAJIAN & PELAJARAN MEREKA. BEGITU JUGA DENGAN GURU-GURU YANG BARU SAHAJA MEMULAKAN TUGAS UNTUK SESI BARU 2014. SEMOGA CUTI YANG PANJANG MAMPU MELONJAKKAN MOTIVASI DIRI PARA PELAJAR DAN PARA GURU.

BILA MENYENTUH TENTANG SESI PERSEKOLAHAN,SUDAH PASTI FIKIRAN KITA TERARAH KEPADA KEMAMPUAN PARA PELAJAR UNTUK MENERIMA PELAJARAN DAN DIDIKAN SECARA LANGSUNG DARI PARA GURU. JUGA,BILA BERCERITA TENTANG SESI PERSEKOLAHAN KITA SEMUA PASTI TERFIKIR TENTANG ISU DISIPLIN PELAJAR AKHIR-AKHIR INI YANG AGAK MEROSOT.

BENAR !,BUKAN SEMUA PELAJAR MEMPUNYAI DISIPLIN DIRI YANG `MEROSOT`. HANYA SEBAHAGIAN KECIL SAHAJA YANG BERMASALAH & MEMPUNYAI REKOD DISIPLIN YANG KURANG BAIK. NAMUN YANG `KECIL` & `SEGELINTIR` INILAH YANG MAHU KITA PERBETULKAN DAN PERBAIKI.

SUDAH PASTI PARA GURU MAHUKAN PELAJAR-PELAJARNYA MEMPUNYAI TAHAP DISIPLIN YANG TINGGI,SEKALIGUS MAMPU MELONJAKKAN PRESTASI AKADEMIK MEREKA. MASALAH DISIPLIN BUKAN HANYA MAMPU DIATASI DENGAN HUKUMAN YANG BERAT ! MALAH,HUKUMAN BUKANLAH SATU-SATUNYA JALAN TERBAIK UNTUK MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR TERMASUK MASALAH SIKAP & MASALAH AKHLAK.

PELAJAR-PELAJAR KINI LEBIH `SENANG` ATAU `MUDAH TERIMA` TEGURAN,NASIHAT,BELAIAN DAN PUJUKAN BERBANDING DENGAN HUKUMAN KERAS YANG DIKENAKAN TERHADAP MEREKA.APATAH LAGI UMUR MEREKA PUN SUDAH MENCECAH BELASAN TAHUN.JADI MEREKA MEMPUNYAI TAHAP `RASA MALU` YANG AGAK TINGGI. JIKA HUKUMAN YANG DIJALANKAN BOLEH MEMALUKAN MEREKA,MEREKA PASTI TIDAK BOLEH MENERIMA HUKUMAN YANG BERAT APATAH LAGI HUKUMAN YANG BOLEH MEMALUKAN MEREKA DIHADAPAN RAKAN-RAKAN SEKOLAH.

BAGI SAYA SELAKU PERUNDING MOTIVASI & PENCETUS KEJAYAAN PELAJAR YANG SUDAH LAMA BERGELUMANG DENGAN MASALAH PELAJAR ,HUKUMAN BUKANNYA SATU `SOLUSI` YANG TERBAIK UNTUK MEMPERBAIKI & MERUBAH TAHAP KUALITI DISIPLIN PELAJAR.

DISINI SAYA MENCADANGKAN BEBERAPA PENDEKATAN `BERHIKMAH` UNTUK MEMPERBAIKI TAHAP KUALITI DISIPLIN PELAJAR ,ANTARANYA:

1- BIMBINGLAH PELAJAR KITA DENGAN BAIK SEPERTI KITA MELAYAN ANAK-ANAK SENDIRI
2- TEGURLAH MEREKA SECARA BERHEMAH & PENUH DIPLOMASI AGAR MEREKA MERASA DIRI MEREKA DIHARGAI
3- JANGAN MEMARAHI MEREKA DENGAN NADA YANG CUKUP KERAS 
4- GUNAKAN PENDEKATAN PUJUKAN YANG LEMBUT YANG MAMPU MENYENTUH HATI PELAJAR
5- GUNAKAN SKILL KOMUNIKASI YANG BAIK & LEMBUT
6- HATI-HATI DENGAN PENGGUNAAN BAHASA & ISTILAH YANG DIGUNAKAN AGAR MUDAH DITERIMA OLEH PELAJAR YANG TERLIBAT
7- JANGAN SESEKALI MENGUNGKIT KETURUNAN & ASAL USUL MEREKA
8- JANGAN SESEKALI MERENDAHKAN MARTABAT MEREKA YANG DITEGUR DENGAN CARA MENGHINA & MENCACI MEREKA
9- GUNAKANLAH PENDEKATAN YANG AGAK `DIPLOMASI` AGAR SESI RUNDINGAN MAMPU MENGHASILKAN NATIJAH YANG TERBAIK.
10- LAYANI MEREKA SEPERTI ORANG `DEWASA` YANG SUDAH MATANG DAN PUNYAI PERASAAN YANG CUKUP SENSITIF.

SEMOGA DENGAN SEDIKIT PERKONGSIAN INI MAMPU MEMPERBAIKI TAHAP KUALITI PELAJAR KITA. TUGAS INI ADALAH TUGAS KITA SEMUA ! BUKANNYA TUGAS IBU BAPA SEMATA-MATA. TUGAS INI BUKANNYA TUGAS PARA GURU SEMATA-MATA. TUGAS INI BUKANNYA SEMATA-MATA TUGAS PARA KAUNSELOR SAHAJA ! TUGAS INI JUGA MERUPAKAN TUGAS SAYA SEBAGAI `MOTIVATOR`, `INSPIRATOR`,INSPIROR,PENYUNTIK SEMANGAT & PENCETUS NALURI MULIA PARA PELAJAR. SAYA MENYAHUT CABARAN INI SAMPAI BILA-BILA !

KAMI DI KONSULTAN JANA INSAN,PUNYAI PELBAGAI MODUL YANG MAMPU MERUBAH KUALITI AKHLAK & SAHSIAH PARA PELAJAR DILUAR SANA. JANGAN GIVE UP DAN HANYA MENYERAH SAHAJA DALAM MENANGANI ISU INI. KITA HARUS ,MALAH WAJIB BERUSAHA MEMPERBAIKI KUALITI DIRI PELAJAR-PELAJAR KITA,APATAH LAGI MEREKA SEBANGSA DAN SEAGAMA DENGAN KITA.

AYUH,JANGAN BIARKAN PELAJAR KITA TERUS HANYUT DAN SESAT DALAM DUNIA CIPTAAN MEREKA SENDIRI ! KITA SEGERA PERBAIKI KUALITI MORAL, SAHSIAH DAN PERIBADI MEREKA. SEMOGA DENGAN TERBINANYA KUALITI AKHLAK & MORAL YANG TINGGI MAMPU MELONJAKKAN LAGI PRESTASI AKADEMIK MEREKA.
INI TUGAS KITA ! MAKA,JALANKAN TUGAS KITA SEBAIK MUNGKIN..MUNGKIN DENGAN SEDIKIT SENTUHAN DARIPADA KITA SEMUA ,DISAMPING IRINGAN DOA YANG BERTERUSAN DARI KITA SEMUA,KITA BAKAL MAMPU MELIHAT KUMPULAN PELAJAR-PELAJAR YANG HEBAT BAKAL MUNCUL !

SAYA AKAN TERUS MENYOKONG USAHA KALIAN SEMUA DILUAR SANA DALAM MEMBANGUNKAN POTENSI PELAJAR & ANAK-ANAK REMAJA KITA.

SEKIAN,SALAM SUKSES DAN SALAM CEMERLANG

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI REMAJA
KONSULTAN JANA INSAN
SP,KEDAH.
019-4741209 @ 04-4246033




Saturday, January 4, 2014

TUGASAN PERTAMA DIMINGGU PERTAMA TAHUN BARU 2014








ALHAMDULILLAH....WALAUPUN DIJEMPUT DALAM TEMPOH 2 MINGGU SAHAJA, PROGRAM MOTIVASI WARGA PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB ) WILAYAH UTARA TETAP BERJALAN DENGAN LANCAR DAN CEMERLANG.

SEMALAM TANGGAL 4.1.2014 ( SABTU ), BERTEMPAT DI HOTEL FLAMINGO,TANJUNG BUNGA,PULAU PINANG SAYA TELAH BERKESEMPATAN MENYAMPAIKAN BICARA MOTIVASI SAYA SELAMA SEHARI PENUH KEPADA WARGA PEMASARAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD ( PNMB ) WILAYAH UTARA.

BERMULA JAM 8.30 AM SEHINGGALAH JAM 4.30 PETANG,SAYA BERSAMA 20 ORANG PEGAWAI-PEGAWAI PEMASARAN PNMB YANG BERSIDANG DEMI MENINGKATKAN PENGELUARAN & PRODUKTIVITI PNMB BAGI TAHUN 2014.

ANTARA INTIPATI BICARA MOTIVASI KERJA SAYA IALAH :

1- KEPERLUAN KEPADA PERUBAHAN SIKAP,KUALITI DAN SEMANGAT KERJA
2- KEPERLUAN KEPADA PENINGKATAN DAYA SAING
3- MENINGKATKAN KUALITI PENYAMPAIAN
4- KEPERLUAN MENINGKATKAN KUALITI SKILL KOMUNIKASI
5- PERLUNYA SENTIASA MEMBUAT UNJURAN KEPADA PENCAPAIAN PERIBADI & ORGANISASI
6- ANALISIS SWOT
7- MENYEMARAKKAN BUDAYA KREATIF & PEMIKIRAN KREATIF
8- KEPELBAGAIAN KEMAHIRAN MENGUNDANG PENCAPAIAN YANG MEMBERANGSANGKAN
9- KERJA KITA,WAJAH KITA & IMEJ KITA
10- SENTIASA MEMPERBAIKI AZAM & TEKAD DALAM KEHIDUPAN

WALAUPUN PERTAMA KALI BERKOLABORASI DENGAN PIHAK PNMB,DIRASAKAN KALI PERTAMA INI MAMPU MELONJAKKAN SEMANGAT PARA PEKERJA PNMB DEMI PENCAPAIAN YANG LEBIH GEMILANG PADA TAHUN 2014.

NAMPAK JELAS KESUNGGUHAN PARA PEKERJA PNMB INGIN MEMPERBAIKI DIRI DAN KUALITI PENYAMPAIAN MEREKA.INI TERSERLAH DALAM SESI PEMBENTANGAN DAN SESI ANALISIS SWOT YANG DIJALANKAN OLEH MEREKA SEWAKTU SESI KETIGA SEBELAH PETANG ( SESI SUMBANG SARAN & SESI PEMBENTANGAN ).

SEMOGA PNMB MAMPU MENONGKAH ARUS ,MENANGANI PERMASALAHAN DENGAN BIJAK DAN MAMPU BERGERAK DENGAN LEBIH JAUH DALAM ARUS PERCETAKAN NEGARA.

SAYA MENDOAKAN MEREKA SEMUA MAMPU MENYERAP APA YANG SAYA SAMPAIKAN SELAMA SEHARI DAN MAMPU MENGGUNA PAKAI APA JUGA SARANAN YANG SAYA SAMPAIKAN.

SEKIAN, SALAM SUKSES DAN SALAM CEMERLANG

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH UMMAH

TN.ABD.GHANI BIN YSUOF
PAKAR MOTIVASI MODID
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

Wednesday, January 1, 2014

ORANG TAK TAHU APA YANG KITA RANCANG,TAPI MEREKA INGIN TAHU APA YANG KITA BUAT...JUST DO IT !

 
TAHUN 2014 SUDAH MASUK HARI KE 2..HARI INI,TANGGAL 2.1.2014 ( KHAMIS ) RAMAI DARIPADA  KITA SUDAH MEMULAKAN RUTIN HARIAN YANG PERNAH DILAKUKAN PADA TAHUN 2013 YANG LALU. SETIAP ORANG PUNYAI PERANAN MASING-MASING. SETIAP DARIPADA KITA PASTI MAHU MENJADIKAN TAHUN 2014 SEBAGAI TAHUN YANG CEMERLANG BAGI MEREKA.

SAMADA TAHUN 2013 YANG LALU MENINGGALKAN MOMEN INDAH & TERBAIK BUAT KITA ATAU TUDAK,ITU CERITA LAMA.TAHUN 2014 KITA BUKA CERITA BARU..KITA BUKA LEMBARAN BARU..KITA CIPTA KEJAYAAN -KEJAYAAN BARU..KITA BINA REPUTASI BARU.KITA CIPTA REKOD BARU.

YANG BERLALU,BIARKAN BERLALU..YANG MENDATANG KITA HADAPINYA DENGAN PENUH KEYAKINAN & SEMANGAT YANG BARU.

BIAR APAPUN YANG KITA RANCANG,KITA TIDAK MAHU PERANCANGAN TINGGAL PERANCANGAN ..KITA TAK MAHU NIAT ,TINGGAL NIAT..KITA TAK MAHU HARAPAN TINGGAL HARAPAN...

ORANG TIDAK MAHU TAHU APA YANG KITA RANCANG  TETAPI ORANG INGIN TAHU & LIHAT APA YANG KITA BUAT !

SIAPA PUN KITA,KITA MESTI BUAT YANG TERBAIK...SAMADA KITA PENJAWAT AWAM,GURU-GURU,KAUNSELOR,PEGAWAI HUMAN RESOURCE,PELAJAR IPT,PELAJAR SEKOLAH MENENGAH  MAHUPUN PELAJAR SEKOLAH RENDAH,KITA MESTI BUAT ANJAKAN DALAM HIDUP KITA. HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM,ESOK MESTI LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.

APAPUN STATUS KITA,KITA MESTI BUAT YANG TERBAIK DALAM HIDUP KITA. SAMADA KITA REMAJA,TERUNA ,BUJANG  ATAU SUDAH BERKAHWIN,KITA MESTI MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM HIDUP KITA.

BERMULA TAHUN 2014 INI, LAKUKAN SARANAN INI DENGAN SEBAIK MUNGKIN :

1- PERBAIKI PRESTASI LALU DENGAN SEGERA
2- TERUSKAN KEJAYAAN-KEJAYAAN LALU
3- CIPTA KEJAYAAN BARU YANG TIDAK PERNAH TERFIKIR OLEH ORANG LAIN
4- CIPTA HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN ORANG LAIN
5- CIPTA REPUTASI YANG BAIK
6- KEKALKAN IMEJ YANG BAIK
7- TERUSKAN MOMENTUM KEJAYAAN ANDA
8- SENTIASA MEMBUAT UNJURAN PENCAPAIAN DIRI
9- JANGAN MUDAH TERLEKA DENGAN KEJAYAAN LALU YANG MERUPAKAN SATU PERMULAAN YANG BAIK BUAT KITA
10-BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG HEBAT LAGI BERPENGARUH

KAMI DI KONSULTAN JANA INSAN DENGAN BERPAKSIKAN MODUL MOTIVASI DINAMIKA DIRI ( MODID ) INGIN BERKONGSI PELBAGAI` RAHSIA KEJAYAAN HIDUP` BUAT MEREKA YANG MEMERLUKANNYA DILUAR SANA.

AYUH ! BANGKIT ! CIPTAKAN PELBAGAI KEJAYAAN -KEJAYAAN MANIS PADA TAHUN 2014 INI SEBAGAI PENERUS KEPADA KEJAYAAN-KEJAYAAN LALU .

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI MODID
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209 @04-4246033