YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Tuesday, July 28, 2015

MOTIVASI WARGA JKM - PEGAWAI ICT JKM SELURUH MALAYSIA







ALHAMDULILLAH..TANGGAL 27.7.2015 ,SEKEMBALINYA DARI BUMI KENYALANG TERUS ADA TUGASAN MENANTI SAYA DI BUMI BERTUAH SEMENANJUNG MALAYSIA.KALI INI BERTEMPAT DI HOTEL GRAND SEAVIEW TANJONG TOKONG,PENANG SAYA DIBERIKAN AMANAH MENGANDALIKAN SESI MOTIVASI BERSAMA 25 PEGAWAI ICT JKM SELURUH MALAYSIA.

SEBANYAK 3 SLOT TELAH DISEDIAKAN UNTUK SAYA. WALAUPUN BARU SAMPAI KE LOKASI,MEREKA TERUS KE DEWAN UTAMA BERMULA JAM 4.00 PETANG DAN BERAKHIR JAM 10.30 MALAM.

SLOT-SLOT YANG DISEDIAKAN UNTUK SAYA IALAH BERKAITAN COMMUNICATION SKILL,SLOT GROUP PRESENTATION & SLOT TERAKHIR IAITU SLOT TEAM WORK SPIRIT PADA SEBELAH MALAMNYA.

TERIMAKASIH KEPADA MANUSIA HEBAT YANG BERNAMA TUAN AMIR AMIDI,PENOLONG PENGARAH YANG BERSTATUS OKU ( BISU ) YANG SUDI MEMBERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA SAYA.

TIDAK LUPA JUGA KEPADA PN TUAN AZRINIE YANG MENJADI ORANG TENGAH ( JURUBAHASA ) YANG MENGHUBUNGKAN SAYA DENGAN TUAN AMIR AMIDI.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU DISERAP DAN DIGUNA PAKAI OLEH PARA PESERTA YANG SEMUANYA AWESOME BELAKA.

SEMOGA JKM TERUS SUKSES.

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209

MOTIVASI PT 3 & SPM DALAM MOOD RAYA @SM SAINS MIRI








ALHAMDULILLAH..SAMBUTAN AIDIL FITRI TAHUN INI AGAK MERIAH KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DENGAN FAMILI DI SARAWAK & BRUNEI DARUS SALAM.

KALI INI DAPAT MENIKMATI JUADAH ISTIMEWA LAGI EKSOTIK DARI BUMI KENYALANG SEPERTI KELUPIS,KEK LAPIS DAN TAK LUPA MAKANAN TRADISI SARAWAK..APA LAGI MEE KOLOK & LAKSA SARAWAK.

TANGGAL 24.7.2015 ( KHAMIS ) BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA SEK.MEN.SAINS.MIRI SAYA TELAH BERPELUANG MEMOTIVASIKAN PELAJAR2 KELAS PEPERIKSAAN IAITU PT 3 & SPM .

WALAUPUN MASIH HANGAT DALAM SUASANA RAYA AIDIL FITRI ( HARI RAYA KE 7 ),PELAJAR-PELAJAR SM SAINS MIRI CUKUP BERSEMANGAT DAN TERUJA MENGIKUTI PROGRAM YANG SAYA LAKSANAKAN.

PROGRAM BERMULA SEAWAL JAM 8.15 PAGI TELAH BERAKHIR PADA JAM 12.30 TENGAHARI. TERLALU BANYAK TIPS2 & PESANAN2 YANG DILONTARKAN KEPADA PELAJAR2 & PESERTA PROGRAM.

ALHAMDULILLAH,RESPON YANG DITERIMA DARIPADA PESERTA2 & PARA KAUNSELOR SEKOLAH, CUKUP MEMBERANGSANGKAN DAN MENJADI TITIK TOLAK KEPADA SAYA UNTUK MELEBARKAN SAYAP KE BUMI BORNEO UNTUK MASA2 MENDATANG,INSYAALLAH.

SEMOGA ANAK-ANAK PELAJAR SM SAINS MIRI MAMPU MENYERAP APA YANG SAYA SAMPAIKAN SELAMA 5 JAM ( SETENGAH HARI ) TERSEBUT. SEMOGA MEREKA SEMUA BERJAYA MENJADI ANAK-ANAK PELAJAR YANG TERBILANG.

SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
CATATAN : 28.7.2015 ( 12 SYAWAL 1436 HIJRAH )