Tuesday, July 28, 2015

MOTIVASI PT 3 & SPM DALAM MOOD RAYA @SM SAINS MIRI








ALHAMDULILLAH..SAMBUTAN AIDIL FITRI TAHUN INI AGAK MERIAH KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DENGAN FAMILI DI SARAWAK & BRUNEI DARUS SALAM.

KALI INI DAPAT MENIKMATI JUADAH ISTIMEWA LAGI EKSOTIK DARI BUMI KENYALANG SEPERTI KELUPIS,KEK LAPIS DAN TAK LUPA MAKANAN TRADISI SARAWAK..APA LAGI MEE KOLOK & LAKSA SARAWAK.

TANGGAL 24.7.2015 ( KHAMIS ) BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA SEK.MEN.SAINS.MIRI SAYA TELAH BERPELUANG MEMOTIVASIKAN PELAJAR2 KELAS PEPERIKSAAN IAITU PT 3 & SPM .

WALAUPUN MASIH HANGAT DALAM SUASANA RAYA AIDIL FITRI ( HARI RAYA KE 7 ),PELAJAR-PELAJAR SM SAINS MIRI CUKUP BERSEMANGAT DAN TERUJA MENGIKUTI PROGRAM YANG SAYA LAKSANAKAN.

PROGRAM BERMULA SEAWAL JAM 8.15 PAGI TELAH BERAKHIR PADA JAM 12.30 TENGAHARI. TERLALU BANYAK TIPS2 & PESANAN2 YANG DILONTARKAN KEPADA PELAJAR2 & PESERTA PROGRAM.

ALHAMDULILLAH,RESPON YANG DITERIMA DARIPADA PESERTA2 & PARA KAUNSELOR SEKOLAH, CUKUP MEMBERANGSANGKAN DAN MENJADI TITIK TOLAK KEPADA SAYA UNTUK MELEBARKAN SAYAP KE BUMI BORNEO UNTUK MASA2 MENDATANG,INSYAALLAH.

SEMOGA ANAK-ANAK PELAJAR SM SAINS MIRI MAMPU MENYERAP APA YANG SAYA SAMPAIKAN SELAMA 5 JAM ( SETENGAH HARI ) TERSEBUT. SEMOGA MEREKA SEMUA BERJAYA MENJADI ANAK-ANAK PELAJAR YANG TERBILANG.

SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
CATATAN : 28.7.2015 ( 12 SYAWAL 1436 HIJRAH )




No comments: