YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Tuesday, August 15, 2017

SEMINAR WATTAD UNIT ICT LKIM@LOST WORLD OF TAMBUN










ALHAMDULILLAH , SYUKUR PADA TUHAN KERANA MENGIZINKAN SAYA UNTUK TERUS BERBAKTI PADA UMMAH. TUGASAN KALI INI MELIBATKAN 45 PESERTA DARI UNIT ICT LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA ( SELURUH MALAYSIA ) BERTEMPAT DI THE LOST WORLD OF TAMBUN.

BERMULA JAM 2.30 PETANG DAN BERAKHIR PADA JAM 5.30 PETANG DI DEWAN MALAYANA 1 ( THE LOST WORLD OF TAMBUN ) SAYA BERKONGSI PELBAGAI TIPS2 KECEMERLANGAN SEBAGAI SEORANG PEKERJA YANG BERPRESTASI TINGGI.

MODUL YANG SAYA SAMPAIKAN IALAH MODUL `WATTAD `: WORKERS ATTITUDE ADJUSTMENT` YANG MERANGKUMI CERAMAH MOTIVASI `SUPER WORKERS` YANG HIGH IMPACT DISELANG SELI DENGAN LAWAK2 SPONTAN,INTERAKSI DENGAN AUDIENS DAN BEBERAPA TUGASAN INDIVIDU BERBENTUK HOTS ( HIGH ORDER THINKING SKILLS ) .

ANTARA INTIPATI CERAMAH MODUL `WATTAD` YANG SAYA KENDALIKAN :

1- BAGAIMANA MENJADI PEKERJA `SUPER`
2- TIPS PEKERJA CEMERLANG MENGIKUT PANDANGAN BARAT & PANDANGAN ISLAM
3- TIPS MEMPENGARUHI BOS & KLIEN
4- MEMBENTUK PASUKAN YANG BERWAWASAN
5- TIPS SAYANGI KERJAYA
6- TIPS MEMIKAT PIHAK PENGURUSAN
7- KONSEP `PERDANA` DALAM PENGURUSAN KERJAYA
8- MEMBINA KEKUATAN DALAMAN DAN PSIKOLOGI DALAM MENGURUSKAN KERJAYA
9- TIPS MENANGANI STRESS DITEMPAT KERJA
10- SUBURKAN IKLIM YANG `HARMONI` DITEMPAT KERJA

ALHAMDULILLAH,SAMBUTAN DAN KOMITMEN YANG DIBERIKAN OLEH PARA PESERTA CUKUP CEMERLANG WALAUPUN PROGRAM DIADAKAN PADA SEBELAH PETANG.

KOMEN PIHAK PENGURUSAN KURSUS :" TERBAIK,PESERTA ENJOY DAN MEREKA TERSANGATLAH SERONOK DENGAN CARA SERTA PENYAMPAIAN BERSAHAJA TUAN PENCERAMAH "

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN SELAMA 3 JAM LEBIH ITU MAMPU MELONJAKKAN KUALITI KERJA PARA JURUTEKNIK ICT LKIM DAN PIHAK PENGURUSAN LKIM. INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN

MANA-MANA ORGANISASI DILUAR SANA SAMADA SEKTOR KERAJAAN ATAU SEKTOR KORPORAT YANG INGINKAN MODUL `WATTAD` : WORKERS ATTITUDE ADJUSTMENT ` INI DEKENDALIKAN DITEMPAT MEREKA,BOLEHLAH HUBUNGI PIHAK KAMI DITALIAN 019-4741209 ( TN.ABD.GHANI YUSOF @ MR AGY ) ATAU MY PA :019-4001209 ( PN HALIFAH ).

SEMOGA USAHA KITA UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI PEKERJA DILUAR SANA DIBERKATI ALLAH SWT.INSYAALLAH.AMIN

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
FOUNDER MODID /SENIOR SPEAKER/HIGH IMPACT MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
019-4741209

Sunday, August 6, 2017

KEMBARA ILMU DIBUMI SABAH- MOTIVASI PELAJAR MRSM KOTA KINABALU









ALHAMDULILLAH ,PERANCANGAN PIHAK UBK MRSM KOTA KINABALU 5 BULAN YANG LEPAS TELAH TERLAKSANA PADA SABTU LEPAS ( 5.8.2018 ) . PERJALANAN MENAIKI PESAWAT AK 5326 SELAMA 2 JAM 40 MINIT CUKUP BERBALOI BILA BERTEMU DAN BERHADAPAN DENGAN PELAJAR-PELAJAR HEBAT MRSM KOTA KINABALU,SABAH.

2 TAHUN LEPAS SAYA TELAH MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI PELAJAR YANG HAMPIR KURANG SAMA FORMATNYA,TAPI IANYA MELIBATKAN PELAJAR2 CALON SPM . NAMUN ,KALI INI IANYA MELIBATKAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 YANG BAKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM TAHUN HADAPAN ( 2018 ).

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MR JOLIFULIZAN,SELAKU KAUNSELOR YANG BERTANGGUNGJAWAB MERANCANG,MELAKSANAKAN DAN MEREALISASIKAN PROGRAM INI.  TERIMAKASIH ATAS JEMPUTAN KALI KE 2 INI.

TANGGAL 5.8.2017 ( SABTU ) SELAMA HAMPIR 7 JAM SAYA BERSAMA PELAJAR-PELAJAR HEBAT LAGI AWESOME INI BERMULA DARI JAM 8.00 PAGI HINGGALAH JAM 5.00 PETANG. HABIS SAHAJA PROGRAM BERSAMA 140 PELAJAR INI,SAYA DIMINTA UNTUK BERTEMU MUKA PULA DENGAN BARISAN PRS ( PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ) MRSM KOTA KINABALU SELAMA HAMPIR 20 MINIT UNTUK BERKONGSI TIP2 MENJADI PRS YANG HEBAT DAN BERKUALITI.

SELAMA 7 JAM BERSAMA PELAJAR-PELAJAR INI,BANYAK YANG SAYA KONGSIKAN ANTARANYA :

- MISI " BETTER FUTURE " - CHOICE & SACRIFICE
- FORMULA 9A UNTUK GAPAI 9A
- STRATEGI UNTUK CEMERLANG SPM 2018
- FORMULA UNTUK MENJADI PELAJAR VERSATILE
- VISION BOARD PELAJAR EXCELLENT
- KITARAN MANUSIA YANG HEBAT
- FORMULA MENJADI PELAJAR YANG BERWAWASAN
- STRATEGI PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF
- PENINGKATAN KUALITI EQ ( EMOTIONAL QOUTION )

TERASA SEKEJAP SAHAJA ,WALAUPUN PROGRAM INI MEMAKAN MASA SELAMA HAMPIR 7 JAM LEBIH. PELAJAR-PELAJAR MRSM KOTA KINABALU YANG TERDIRI DARI PELBAGAI SUKU KAUM INI MEMANG ENERGETIK,SPORTING DAN VERY SUPPORTIF.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU DIREALISASIKAN DALAM KEHIDUPAN MEREKA. SEMOGA MEREKA SEMUA BERJAYA DALAM SPM 2018 NANTI. SAYA PASTI AKAN DATANG LAGI TAHUN HADAPAN UNTUK TERUS MEMACU KECEMERLANGAN MEREKA.

SEMOGA RANKING MRSM KOTA KINABALU TERUS MENINGKAT DAN MENJADI ANTARA MRSM YANG PUNYAI PENINGKATAN KUALITI AKADEMIK YANG TERBAIK.

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES


YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI PELAJAR
KONSULTAN JANA INSAN
019-4741209

Tuesday, July 18, 2017

FINAL LAP UPSR @ SK MENGKUANG,BUKIT MERTAJAM










ALHAMDULILLAH,PUJI DAN SYUKUR PADA ALLAH SWT YANG TERUS MELIMPAHKAN RAHMAT KESIHATAN,KEKUATAN,EMOSI YANG TERKAWAL DAN MOTIVASI DIRI YANG TINGGI BUAT DIRI INI UNTUK TERUS MENGHAMBAKAN DIRI DALAM BIDANG TRAINING DAN MOTIVASI YANG CUKUP DICINTAI INI.

NIKMAT SUARA DAN NIKMAT KEMAHIRAN BERCAKAP YANG DIANUGERAHKAN TUHAN INI AKAN TERUS DIEKSPLOIT UNTUK KEMAJUAN UMMAH DAN LONJAKAN POTENSI AKADEMIK ANAK-ANAK MELAYU/ISLAM KITA DILUAR SANA.

HARI INI,TANGGAL 18.7.2017 ( SELASA ) BERTEMPAT DI SK MENGKUANG,BUKIT MERTAJAM TELAH BERLANGSUNG SATU PROGRAM YANG HIGH IMPACT,IAITU PECUTAN AKHIR PERSEDIAAN PERCUBAAN UPSR DAN LONJAKAN KUALITI DIRI MENJELANG UPSR 2017.

BERTEMPAT DIBILIK SEMINAR SK MENGKUANG,BUKIT MERTAJAM SAYA TELAH MENGENDALIKAN SESI MOTIVASI PELAJAR UPSR SK MENGKUANG SELAMA 3 JAM LEBIH DALAM USAHA MENINGKATKAN KUALITI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR2 DISANA.

ANTARA INTIPATI KANDUNGAN CERAMAH MOTIVASI SAYA IALAH :

1- MISI 6A : CHOICE & SACRIFICE
2- FORMULA 6A UNTUK GAPAI RESULT 6A
3- KONSEP `SINGKIR 6A ` UNTUK CETUS RESULT 6A
4- FORMULA AMPUH UNTUK CEMERLANG
5- VISION BOARD PELAJAR CEMERLANG
6- TEKNIK BELAJAR SAAT AKHIR
7- PERSIAPAN MENTAL & FIZIKAL MENJELANG UPSR
8- KONSEP `KAIZEN` UNTUK CEMERLANG
9- TEKNIK MENGINGAT & TEKNIK FOKUS YANG EFEKTIF
10- BAGAIMANA MEMBINA `SELF TARGET` UNTUK CEMERLANG.

ALHAMDULILLAH,PENERIMAAN PELAJAR DISINI CUKUP HEBAT. MEREKA TAK BERGANJAK DARI TEMPAT DUDUK,WALAUPUN PROGRAM BERLANGSUNG SELAMA 3 JAM LEBIH TANPA HENTI.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN OLEH SAYA MAMPU DIAPLIKASI DAN DIGUNA PAKAI OLEH PELAJAR2 DISINI DALAM MISI MEMBURU KECEMERLANGAN UPSR 2017.

SAYA DOAKAN PELAJAR2 DISINI AKAN MENCIPTA REKOD PERIBADI DAN BUAT LONJAKAN KUALITI PENCAPAIAN SEKOLAH MEREKA,INSYAALLAH. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEMOGA SUKSES . SALAM MOTIVASI

PENCETUS MOTIVASI DIRI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
KONSULTAN MOTIVASI PELAJAR/TRAINER KORPORAT
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH.






Monday, July 17, 2017

PECUTAN AKHIR UPSR 2017 -SRI ALIHSANIAH TIKAM BATU






ALHAMDULILLAH,PUJI DAN SYUKUR PADA ALLAH YANG MASIH LAGI SUDI MENGURNIAKAN KESIHATAN,KEKUATAN DAN UMUR YANG PANJANG BUAT SAYA UN TUK MENERUSKAN AGENDA MEMPERKASAKAN UMMAH MELALUI MEDAN MOTIVASI DAN TRAINING.

SEMALAM,TANGGAL TARIKH 16.7.2017 BERTEMPAT DI SRI AL IHSANIAH TIKAM BATU TELAH BERLANGSUNG SATU PROGRAM BERIMPAK TINGGI MELIBATKAN 80 PELAJAR CALON UPSR 2017.

INI ADALAH KALI KE 5 SAYA DIJEMPUT KESINI UNTUK BERKONGSI ILMU DAN KEPAKARAN DENGAN ANAK2 PELAJAR BAKAL CALON PEPERIKSAAN UPSR 2017.

SELAMA 2 JAM LEBIH BERKONGSI ILMU,BANYAK TIPS PEPERIKSAAN YANG TELAH DIKONGSI DENGAN PELAJAR2 DISINI,ANTARANYA :

1- MISI 6A : CHOICE & SACRIFICE
2- KUASA PERCAYA DAN KUASA KEMAHUAN SEORANG CALON PEPERIKSAAN
3- MINDA KELAS SATU PELAJAR EXAM
4- KEJAR 6A BERLANDASKAN PRINSIP 6A
5- ELAK 6K UNTUK GAPAI RESULT 6A
6- FORMULA 6S UNTUK CEMERLANG UPSR
7- PRINSIP KAIZEN UNTUK KECEMERLANGAN
8- PERSEDIAAN MENTAL,FIZIKAL,ROHANI DAN EMOSI MENJELANG EXAM

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN SELAMA 2 JAM LEBIH ITU MAMPU MELONJAKKAN POTENSI DIRI PELAJAR DAN MAMPU MEMBERI IMPAK YANG POSITIF DALAM DIRI PELAJAR SRI AL IHSANIAH.

SEMOGA ADA PELUANG UNTUK BERKONGSI ILMU DISINI LAGI PADA MASA2 MENDATANG,INSYAALLAH.AMIN

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI PELAJAR /PENSYARAH KANAN
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
17.7.2017 

CATATAN : MOTIVATOR UTARA

Tuesday, July 11, 2017

PECUTAN AKHIR UPSR 2017-SK SEBERANG JAYA




ALHAMDULILLAH, SYUKUR DAN PUJI PADA ALLAH SWT KERANA MASIH LAGI MEMBERIKAN NIKMAT KESIHATAN,UMUR YANG PANJANG SERTA KUDRAT UNTUK MENERUSKAN LAGI TUGASAN MEMANDAIKAN UMMAH DISELURUH PELUSUK TANAH AIR.

TANGGAL 4.7.2017 YANG LALU ( SELASA ) BERTEMPAT DI SK SEBERANG JAYA ,PULAU PINANG SAYA SEKALI LAGI DIBERIKAN AMANAH UNTUK MELONJAKKAN MOTIVASI DIRI PELAJAR CALON UPSR SEKOLAH TERSEBUT.

KALI INI ,PROGRAM PECUTAN AKHIR UPSR 2017 SK SEBERANG JAYA INI MELIBATKAN SEJUMLAH 186 CALON YANG TERDIRI DARI PELBAGAI BANGSA. INI MERUPAKAN KALI KE 5 SAYA DIJEMPUT KESEKOLAH INI.

THANKS TO PN ZURINA,SELAKU KAUNSELOR SEKOLAH YANG SABAN TAHUN TAK JEMU JEMU MENJEMPUT SAYA UNTUK MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR DISEKOLAH INI SEJAK 5 TAHUN YANG LEPAS.

SEPANJANG 2 JAM SETENGAH SAYA BERSIARAN DISINI,BANYAK PERKARA DAN BANYAK SUBJEK YANG TELAH SAYA SENTUH,ANTARANYA:

1- PERANAN PELAJAR CALON PEPERIKSAAN
2- PERSEDIAAN MENTAL,FIZIKAL DAN ROHANI DALAM MENGHADAPI UPSR
3- BAGAIMANA MENCIPTA KEJAYAAN CEMERLANG
4- TEKNIK BELAJAR SAAT AKHIR MENJELANG PEPERIKSAAN
5- MENGURUSKAN JADUAL DIRI MENJELANG PEPERIKSAAN
6- MENGURUS EMOSI DAN AKHLAK SEBAGAI SEORANG CALON PEPERIKSAAN
7- BAGAIMANA CREATE VISION BOARD SEORANG PELAJAR CALON UPSR 2017
8- MENJADI PELAJAR YANG VERSATILE DAN BERKEUPAYAAN TINGGI
9- TIPS-TIPS PSIKOLOGI MENJELANG PEPERIKSAAN
10- HALA TUJU SELEPAS UPSR DAN SIAPA KITA 10 TAHUN AKAN DATANG.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN OLEH SAYA MAMPU DIADAPTASI DAN DIAPLIKASIKAN SEBAIK MUNGKIN OLEH PELAJAR2 DISINI,INSYALLAH.

SEMOGA KEJAYAAN CEMERLANG AKAN SENTIASA MENGIRINGI CALON2 PEPERIKSAAN SK SEBERANG JAYA, INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

TUGASAN YANG BAKAL MENANTI SAYA BERIKUTNYA :

16.7.2017 : SR ISLAM AL ISLAHIAH,TIKAM BATU : PECUTAN AKHIR UPSR 2017
18.7.2017 : SK MENGKUANG,BUKIT MERTAJAM : PECUTAN AKHIR UPSR 2017

INSYAALLAH,AMANAH INI AKAN TERUS SAYA PIKUL SEBAIK MUNGKIN. SEMOGA KEKUATAN DAN KESIHATAN DIRI AKAN SENTIASA MENGIRINGI HIDUP SAYA,DEMI SEBUAH PERJUANGAN MEMERTABATKAN UMMAH .INSYAALLAH.

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI PELAJAR 
KONSULTAN JANA INSAN
SP 
019-4741209

Friday, May 26, 2017

GREAT FUTURE LEADER CAMP @SMKBA SG.PETANI








ALHAMDULILLAH..MENJELANG 2 HARI SEBELUM RAMADHAN KAREEM, SAYA DAN PEMBANTU SAYA TELAH MEMENUHI JEMPUTAN MENGENDALIKAN KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK BAKAR ARANG SUNGAI PETANI,KEDAH PADA 25.5.2017.

KAMI NAMAKAN KEM KEPIMPINAN TERSEBUT DENGAN NAMA : GREAT FUTURE LEADER CAMP. IA MELIBATKAN SERAMAI 93 PENGAWAS YANG TERPILIH DARI TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5.

SELAMA SEHARI PENUH KAMI BERSAMA DENGAN PELAJAR-PELAJAR TERSEBUT BERMULA JAM 8.00 PAGI SEHINGGALAH JAM 5.00 PETANG. BANYAK YANG TELAH SAYA KONGSIKAN DALAM KEM KEPIMPINAN TERSEBUT .IA MELIBATKAN HAL-HAL KEPIMPINAN DAN KUALITI DIRI SEORANG PEMIMPIN PELAJAR.

ANTARA YANG TELAH SAYA KONGSIKAN IALAH :

1- SIAPA DIRI KITA DIMATA ORANG LAIN - WHO AM I 
2- ANALISIS S.W.O.T SEORANG PEMIMPIN PELAJAR
3- KUALITI DIRI SEORANG PEMIMPIN PELAJAR YANG HEBAT
4- TUGAS DAN KREDIBILITI SEORANG PEMIMPIN PELAJAR YANG HEBAT
5- SESI PROBLEM SOLVING,CRITICAL THINKING DAN ANALITICAL THINKING
6- FUTURISTIC THINKING AS A LEADER
7- BAGAIMANA MENJADI PEMIMPIN PELAJAR YANG ADA KUALITI
8- TEORI KEPIMPINAN YANG WAJAR KITA IKUTI

ALHAMDULILLAH. RESPON YANG DITERIMA CUKUP BAIK DAN AMAT MEMBERANGSANGKAN. SEMOGA PEMIMPIN PELAJAR YANG HEBAT INI MAMPU MENGGALAS TUGAS DENGAN BAIK DAN MAMPU MENINGKATKAN LAGI KUALITI DIRI MEREKA.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN MAMPU DITERJEMAHKAN  DALAM KEHIDUPAN MEREKA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN PELAJAR YANG HEBAT LAGI VERSATILE.

TERIMAKASIH BANYAK-BANYAK KEPADA CIKGU DIYANA DAN CIKGU RIZAL ORANG KUAT BADAN PENGAWAS DI SMK BAKAR ARANG YANG SUDI MENJEMPUT KAMI DAN MELAYANI KAMI DENGAN BAIK SEPANJANG PROGRAM KEPIMPINAN TERSEBUT.

SEKIAN,SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES


YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI & SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209 @04-4246033

Monday, May 22, 2017

MOTIVASI PARENTS VS STUDENTS @SK SG BAKAU




ALHAMDULILLAH,SYUKUR DAN PUJI PADA TUHAN YANG MENGURNIAKAN KEKUATAN AKAL.FIZIKAL DAN ROHANI BUAT KITA SEMUA. NIKMAT INI PERLU KITA SYUKURI DENGAN SEBAIK MUNGKIN

TUGASAN MEMANDAIKAN UMMAH DITERUSKAN LAGI PAGI SEMALAM ( 22.5.2017 - ISNIN ). WALAUPUN TERSANGKUT DENGAN KESESAKAN JALANRAYA YANG LUAR BIASA SELEPAS PLAZA TOL SG DUA MENGHALA KE SEBERANG JAYA,AKHIRNYA SAYA SAMPAI JUGA KELOKASI PROGRAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAKAU,NIBONG TEBAL PULAU PINANG.

TANPA BERLENGAH,SAYA TERUS MEMULAKAN BICARA MOTIVASI YANG LEBIH MENJURUSKAN KEPADA PERANAN IBU AYAH DALAM MENGGERAKKAN POTENSI ANAK-ANAK PELAJAR CALON UPSR 2017 DAN 2018. BICARA MOTIVASI SAYA BERTEMAKAN ` IBU BAPA CEMERLANG,ANAK-ANAK PASTI DIJULANG `

DISEBABKAN PROGRAM TERSEBUT MELIBATKAN DUA PIHAK IAITU PIHAK WARIS DAN JUGA PELAJAR,MAKA SAYA KENA MEMBERIKAN FOKUS KEPADA KEDUA-DUA PIHAK.

SEKEJAP SAYA BERALIH ARAH KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR DAN SEKEJAP SAYA MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA PARA IBU BAPA YANG HADIR.

ANTARA INTIPATI BICARA MOTIVASI SAYA YANG BERKAIT RAPAT DENGAN PARA WARIS IALAH :

1- PERANAN IBU BAPA DALAM MENCORAKKAN MASA DEPAN ANAK
2- MENJADI IBU BAPA YANG VERSATILE DAN BERPENGARUH
3- MENDORONG ANAK SECARA POSITIF DAN BERHIKMAH
4- BAGAIMANA MEMBENTUK KEPERIBADIAN ANAK MENEPATI KEHENDAK AGAMA
5- PERANAN IBU BAPA MENJELANG PEPERIKSAAN PENTING ANAK.

MANAKALA BICARA SAYA YANG BERFOKUSKAN PELAJAR IALAH :

1- BAGAIMANA MENJADI ANAK YANG MAMPU MENJADI GENERASI PENYEJUK MATA MEMANDANG
2- BAGAIMANA MERANGKA KEJAYAAN PERIBADI DALAM UPSR 2017 & 2018
3- KAEDAH TERBAIK MENJEJAK KEJAYAAN DALAM UPSR 2017 & 2018
4- KAEDAH BERKESAN MEMBINA POTENSI DIRI DAN MERANGKA STRATEGI KEJAYAAN
5- MENGUBAH PERSEPSI MASYARAKAT TENTANG KEMAMPUAN PELAJAR SEKOLAH LUAR BANDAR

HAMPIR 2 JAM BERSIARAN ,DIRASAKAN TERLALU SINGKAT MASA YANG DIBERIKAN.MANAKAN TIDAK ! TERLALU BANYAK ILMU DAN PESANAN YANG INGIN DISAMPAIKAN.

SEMOGA APA YANG DISAMPAIKAN ITU MAMPU DIGUNA PAKAI DENGAN SEBAIK MUNGKIN OLEH PARA WARIS DAN JUGA PARA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAKAU,INSYAALLAH.

ADA MASA KITA JUMPA LAGI DIPROGRAM YANG LAIN.INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEKIAN. SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER/SENIOR SPEAKER/HIGH IMPACT MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033