FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, December 28, 2011

KALAU BUKAN DIRI SENDIRI,SIAPA LAGI ? PERCAYALAH



Alhamdulillah,syukur pada Allah keranan Tahun 2012 akan muncul 2 hari lagi ... Tahun 2011 akan kita tinggalkan dengan seribu kenangan..samada pahit@ manis, ianya tetap menjadi kenangan. Yang berlalu pasti tetap berlalu...kejayaan dan kegagalan silih berganti..Sekalung tahniah buat insan2 yang berjaya diluar sana,manakala yang kurang berjaya,janganlah memendam rasa kecewa kerana anda bukannya gagal...anda sebenarnya tersilap strategi dan tersalah langkah dalam menggapai kejayaan. Sebenarnya tiada istilah gagal dalam hidup ini..ianya cuma kejayaan yang tertangguh..masa dan ketika untuk anda mengenggam kejayaan akan tiba jua suatu hari nanti..jangan risau,ianya pasti jadi milik kita..
Hanya usaha yang gigih akan membuahkan hasil..percayalah pada potensi diri kita..percayalah kepada kebolehan diri kita..percayalah pada nasib diri kita..Biar sesiapa pun mentor kita, biar sesiapa pun trainer kita, biar sesiapa pun motivator kita...jika kita tidak berusaha,ianya tidak akan berhasil...
Percayalah pada diri sendiri..hidup kita,kita yang tentukan..nasib diri kita,kita yang tentukan...masa depan kita,kita yang tentukan..
Percayalah...kita semua berpotensi besar untuk mencipta kecemerlangan dalam kehidupan...Percayalah,hari kita bakal tiba..
Jangan disesali kegagalan lampau,kerana ianya adalah titik mula untuk kita terus mencipta kecemerlangan dalam hidup...Teruskan usaha,mantapkan gerakan,konsisten dalam tindakan...Anda pasti berjaya...Saya hanya penggerak dan penjana potensi anda..masa depan anda,sebenarnya anda yang tentukan...

TAHUN BARU 2012 BAKAL MENJELANG TIBA


Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang & ruang untuk terus menikmati kehidupan yang serba cukup,serba indah dan penuh kenikmatan ini. Dalam meneruskan kehidupan, kita tidak dapat lari dari perancangan dan ketentuan Allah SWT. Terkadang apa yang kita rancang tidak dapat kita sempurnakan. Dan,terkadang..sesuatu yang tidak dirancang terjadi kepada diri kita.Samada sesuatu yang baik atau sesuatu yang buruk. Selagi terdaya dan termampu kita seboleh-bolehnya tidak mahu yang buruk berlaku terhadap kita.
Dalam meneruskan kehidupan,kita sudah pasti ingin mencapai kejayaan dalam hidup. Kejayaan tidak akan dicapai,jika tidak disertai dengan usaha yang gigih dan berkesan.Disusuli dan diiringi pula dengan doa dan tawakkal kepada Allah SWT.
Perancangan Strategik dan Analisis SWOT perlu kita lakukan demi mencapai kejayaan,disamping mengenal pasti apakah kekuatan dan kelemahan diri kita,keluarga kita,organisasi kita dan ahli organisasi kita.
Bermula penghujung Disember 2011 ini,kita sepatutnya sudah melakukan perancangan yang rapi demi masa depan kita dan organisasi kita. Buatlah perancangan yang rapi bagi menguatkan lagi prestasi diri,prestasi organisasi dan prestasi ahli organisasi.
Mulalah merancang dari sekarang.Buat sesuatu demi kecemerlangan organisasi kita. Perbaiki kelemahan lampau,cuba cipta sebanyak mungkin kejayaan baru. Lonjakkan prestasi organisasi anda.Berbincanglan dengan pihak atasan dan ahli organisasi anda,apa yang anda dan organisasi anda inginkan.
Semoga tahun 2012 bakal mengundang seribu kejayaan buat organisasi anda. Kami bersedia membantu mencetuskan `revolusi` dan `transformasi` diri anda & organisasi anda.Sinergi dan kolaborasi yang `mantap` boleh dijalinkan atas dasar `menggerakkan` kemajuan organisasi anda. Anda jemput,kami hadir..anda pelawa,kami terima...

Sekian,

Salam Motivasi dan Selamat Tahun Baru 2012

Yang Sedia Membantu

Tuan Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer Konsultan Jana Insan

Thursday, December 22, 2011

RANCANGLAH TAQWIM PROGRAM ORGANISASI ANDA...KENA ADA PERANCANGAN STRATEGIK PEMBANGUNAN MODAL INSAN

SELAIN TARIKH2 PADA HUJUNG MINGGU ( SABTU/AHAD SETIAP MINGGU & SETIAP BULAN )..BERIKUT ADALAH TARIKH2 YANG SESUAI UNTUK DIJALANKAN PROGRAM MOTIVASI & TRAINING ( BERKEBETULAN DENGAN CUTI SEMESTER BAGI PROGRAM MATRIKULASI ):

1- 20 HB.JANUARI 2012 HINGGA 29 HB.JANUARI 2012 ( 9 HARI )- SEPANJANG HARI,SEPANJANG MINGGU ( SIANG @ MALAM )
2- 28 HB.APRIL 2012 HINGGA 20 HB MEI 2012 ( 3 MINGGU @ 21 HARI )- SEPANJANG HARI,SEPANJANG MINGGU ( SIANG @ MALAM )
JANGAN RISAU TENTANG BAYARAN..
KAMI BERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK,BAYARAN YANG TERBAIK ( KOMPETETIF & MAMPU BAYAR )

HUBUNGI KAMI..KAMI AKAN MEMBANTU ANDA

TEL : 019-4741209


Tuesday, December 6, 2011

KOLABORASI BERSAMA JABATAN STATISTIK PULAU PINANG







Alhamdulillah,puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya sekali lagi diri ini diberi kekuatan dan keupayaan untuk mengendalikan Kursus & Seminar Kualiti Kerja buat Warga Jabatan Perangkaan Pulau Pinang.Kali ini saya tidak lagi keseorangan dalam mengendalikan kursus & seminar ini kerana terikat dengan tugas rasmi sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi Penang.
Alhamdulillah, kali ini saya telah berkolaborasi dengan Tuan Fathi Alias dalam mengendalikan kursus ini yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 5 hb Disember 2011 dan berakhir pada 7 hb Disember 2011. Hari Pertama & ketiga,Kursus ini telah dihandle dengan jayanya oleh rakan strategik baru saya iaitu Tuan Fathi Alias.
Saya sendiri mengendalikan kursus ini pada hari kedua ( 6.12.2011 ) . Terdapat 3 slot utama pada hari kedua tersebut : slot 1 : Ceramah Interaktif yang berkisar tentang Pengurusan Perubahan ( Transformation Management )- jam 8.30 - 10.30 am.  Slot 2 : Ceramah Santai & Interaktif berkisar tentang Etika Kerja - jam 11.00 - 1.00 pm . Manakala Slot terakhir pada jam 2.30 - 4.30 pm .Slot ini lebih terarah kepada Team Building Games selama 2 jam yang telah berlangsung dipadang SMK Padang Polo didepan Lokasi Utama Program ( Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang ).
Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar. Terimakasih yang tidak terhingga diucapkan pada Pn.Adillah selaku Urusetia yang sudi menjemput,mempercayai,menguruskan dan melayani saya dan Tuan Fathi Alias dengan baik sepanjang kursus ini.Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah juga saya tujukan buat semua peserta kursus yang memang `sporting`,`gila-gila`,`supportive` dan `menghiburkan` .Sambutan dan kerjasama yang Cukup Cemerlang yang telah kalian tunjukkan,memberikan saya semangat baru untuk saya terus berkarya dan menyumbang bakti dalam bidang yang saya cukup minati ini. Moga dilain waktu ,dilain masa,dilain tempat diharapkan kita boleh lagi bekerjasama seperti ini.Insya-Allah.Semoga Allah mempertemukan kita kembali.

Sekian..

Salam Sukses dan Salam Motivasi

Tuan Abd.Ghani
Master Trainer
Konsultan Jana Insan

Thursday, December 1, 2011

SEMINAR PEMANTAPAN SAHSIAH WARGA KMPP 2011





Alhamdulillah puji dan syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,diri ini masih lagi diberi kekuatan untuk terus menghambakan diri dalam bidang Training & Motivasi. Sekali lagi diberi peluang & kesempatan untuk handle program Training untuk staf2 sokongan KMPP pada 30.11.2011 selama sehari di AmanPura Hotel ( Formally Known SP Inn ).

Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Alhamdulillah 3 slot Utama dapat diselesaikan.Bermula dengan Slot 1 : Sahsiah Cemerlang Pekerja Terbilang ( Ceramah interaktif ) dan diteruskan dengan slot ke2 : Membina Sikap Positif DiTempat Kerja ( 11.30 -1.00 pm ) dan Slot terakhir pada jam 2.30 -4.30 ( Slot bengkel ) yang mana setiap kumpulan diminta menyelesaikan 2 tugasan utama iaitu mencari nilai & etika yang baik berdasarkan Gambar & juga berdasarkan Video yang dipertontonkan.

Alhamdulillah,keceriaan dan kegembiraan terpancar diwajah para peserta. Semoga kandungan kursus tersebut mampu melonjakkan lagi nilai positif dan motivasi para pekerja untuk menyumbang sesuatu yang baik buat Institusi sehebat KMPP.

Sekian,
Salam Motivasi dan Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer
Konsultan Jana Insan.

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...