YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Sunday, December 18, 2016

MERANCANG STRATEGI UNTUK CEMERLANG 2017





SALAM ISNIN..HARI NI SUDAH MENCECAH 19.12.2016..BERMAKNA KITA SUDAH MENJANGKAU MINGGU KETIGA BULAN DISEMBER 2016..SEGALA PAHIT MANIS & KENANGAN 2016 BAKAL TERSEMAT RAPI DISANUBARI.

ADAKAH PENCAPAIAN ANDA DAN KALIAN SEMUA DITAHUN 2016 SUDAH MENCAPAI TARGET DAN SASARANNYA ? SEMUA ORANG AKAN MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI UNTUK DIBUAT SEMAKAN SEMULA PENCAPAIAN MASING-MASING !

2016 BAKAL MENINGGALKAN KITA SEMINGGU LEBIH LAGI..2017 BAKAL KITA NANTIKAN DENGAN PENUH DEBARAN . KITA SEMUA SUDAH PASTI MAHUKAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG PADA MASA-MASA AKAN DATANG.

TIDAK KIRA SIAPA DIRI KITA ! SAMADA KITA SEORANG STUDENTS ! SAMADA KITA SEORANG PEGAWAI @ KAKITANGAN KERAJAAN ! SAMADA KITA SEORANG PEGAWAI ATASAN ! ATAUPUN KITA SEBAGAI SEORANG YANG BERGELAR IBU& AYAH !

SUDAH PASTI KITA MAHUKAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG MELINGKARI HIDUP KITA ! KITA JUGA MAHUKAN ORANG-ORANG YANG KITA SAYANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG SAMADA DALAM BIDANG AKADEMIK,BIDANG KERJAYA,BISNES DAN JUGA RUMAHTANGGA !

BELUM TERLAMBAT UNTUK MENETAPKAN AZAM & TARGET KITA UNTUK TAHUN 2017. DRAFT,CATAT DAN SEMATKAN BAIK-BAIK AZAM KITA UNTUK TAHUN 2017 NANTI.

KEPADA PIHAK SEKOLAH,TETAPKANLAH AZAM AGAR ANAK-ANAK DIDIK SERTA PELAJAR ANDA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM AKADEMIK SERTA MEMILIKI AKHLAK/MORAL YANG UNGGUL.

KEPADA MEREKA YANG BERGELAR SEORANG AYAH ATAU IBU BAPA,BERAZAMLAH UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK ANDA MENJADI SEORANG ANAK YANG HEBAT YANG MEMILIKI SEGALA KELEBIHAN.

BUAT DIRI ANDA SENDIRI,MAKA SEMATKANLAH AZAM UNTUK MENJADI SEORANG IBU ATAU AYAH YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK ANDA.JADILAH CONTOH DAN IKON YANG `TERCOMEL` DALAM SEGALA SEGENAP SEGI.

BUAT PARA PENTADBIR,PASTIKAN PARA PEKERJA & STAF ANDA MAMPU MENJADI STAF YANG HEBAT,BERKETRAMPILAN,MEMPUNYAI DAYA SAING DAN MAMPU MELONJAKKAN KUALITI ORGANISASI ANDA.

BAGI MEREKA YANG BERGELAR SEORANG PEKERJA SAMADA ORGANISASI AWAM ATAU SWASTA/KORPORAT,MAKA SEMATKANLAH BAIK-BAIK DALAM DIRI ANDA AKAN SEBUAH `AZAM` DAN `TEKAD` UNTUK MENJADI PENYUMBANG YANG TERBAIK BUAT ORGANISASI ANDA.

2017 NANTI,MODID AKAN MEMPERKENALKAN PELBAGAI MODUL TERKINI DAN HIGH IMPACT UNTUK MELONJAKKAN POTENSI DIRI ANDA.

HUBUNGI KAMI,KAMI PASTI BERSEDIA MEMBERIKAN KHIDMAT BAKTI TERBAIK DEMI MELONJAKKAN POTENSI DAN KUALITI DIRI ANDA ! BIAR SESIAPA PUN DIRI ANDA,KAMI BERSEDIA MENGGERAKKANNYA.

SEKIAN,

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI YUSOF
SENIOR KONSULTAN
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033