YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Sunday, September 29, 2013

MENABUR BAKTI DIBUMI KELAHIRAN - KEM PERKASA DIRI SMA KHAIRIAH,KUALA TERENGGANU





ALHAMDULILLAH...Segala Puji & Syukur padaMu Tuhan kerana masih lagi mencurahkan kasih sayangMu pada diri ini..
Kesihatan & Kudrat yang masih ada ini mampu menggerakkan Potensi,Bakat,Kecenderungan & Motivasi Diri orang lain.
Semalam,tanggal 29.9.2013 ( Ahad ) bertempat di Dewan B Kompleks Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,berlangsung satu seminar yang dianjurkan oleh SMA Khairiah,Kuala Terengganu yang memfokuskan persediaan pelajar-pelajar SPM untuk menghadapi peperiksaaan.
Selaku Motivator yang diundang khas,saya telah mengajak peserta2 saya untuk menilai kembali diri sendiri,sejauhmanakah persediaan yang telah dibuat bagi menghadapi SPM.Analisis SWOT & SOIF telah digunakan sebagai medium untuk menilai kekuatan,kelemahan,peluang dan ancaman yang dimilik oleh keseluruhan calon SPM 2013 sekolah tersebut.
Selama sehari suntuk saya berkongsi idea,pandangan,tips dan rahsia kejayaan buat pelajar-pelajar SMA Khairiah.Semoga 3 slot utama yang berjaya disampaikan itu mampu melonjakkan potensi pelajar-pelajar SPM SMA Khairiah. InsyaAllah.
Seterusnya esok 30.9.2013 bakal meneruskan jihad Motivasi di lapangan sekolah lama saya ,Sekolah Berprestasi Tinggi SMAASZA ,Batu Buruk.
Jumpa saya disana ya !

Salam Motivasi & Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan
( Master Trainer/Speaker/Motivator )
019-4741209 @ 04-4246033

Sunday, September 22, 2013

SARJANA - MEDAN MELAHIRKAN MODAL INSAN SEIMBANG DUNIA & AKHIRAT





Alhamdulillah..puji & syukur padaMu Tuhan kerana masih lagi terus menyayangi diri ini..Kesihatan,Kudrat dan Keyakinan tinggi yang Engkau telah limpahkan kepada diri ini terus dimanfaatkan untuk mengangkat martabat Ummah & memandaikan bangsaKu.

Semalam,tanggal 22.9.2013( Ahad )  telah berlangsung dengan jayanya Program Motivasi Pecutan Terakhir untuk pelajar-pelajar PMR Sek.Men.Dr.Raja Nazrin Shah ( SARJANA ) Kg.Gajah,Perak.
Program sehari yang mengandungi 3 Slot Utama itu bermula dari 8.30 am sehingga 4.45 petang telah berjaya dilaksanakan dengan penuh komitmen & kerjasama yang cukup cemerlang dari para pelajar SARJANA.

Terasa cukup Puas dihati saya selaku Motivator Jemputan, bila melihat anak-anak pelajar SARJANA begitu yakin,begitu komited dan begitu responsif terhadap apa yang saya sampaikan selama sehari suntuk ! Tahniah buat mereka,ibu bapa mereka,guru-guru mereka & pihak pengurusan SARJANA.

Walaupun seharian bersama mereka,tetapi terlalu singkat dirasakan ruang masa bersama mereka.Masih terasa banyak lagi input-input yang ingin disampaikan dan dikongsikan dengan mereka.Namun apakan daya,masa yang diberi hanya sehari suntuk sahaja.Namun begitu ,diharapkan 3 slot Utama yang membahaskan tentang Kuasa Kehendak,Pengaruh Kemahuan & Keinginan Untuk Berjaya itu mampu melonjakkan motivasi diri mereka untuk memperolehi kejayaan didalam PMR nanti.


Inilah yang saya mahukan dan inilah yang kita semua mahu lihat ! Majoriti anak-anak pelajar SARJANA bijak,yakin,beriman,aktif dan cukup sporting ! Pelajar-pelajar SARJANA ini wajar terus digilap potensi mereka,agar mereka semua mampu menjadi Sumber Modal Insan Berkelas Dunia suatu hari nanti.

InsyaAllah..saya akan terus menantikan peluang untuk bersama mereka lagi !Semoga Allah terus memberi peluang keemasan buat diri saya dan mereka untuk berkongsi tips dan pengalaman dilain2 program pada masa akan datang.

Salam Sukses & Salam Motivasi

Tn.Abd.Ghani binYusof
Pakar Perunding Motivasi Pelajar
Konsultan Jana Insan.
Tel: 019-4741209 @ 04-4246033
Email : fahanie_793@yahoo.com.my
           modid.ghani@yahoo.com

Friday, September 20, 2013

MENCARI FORMULA KEJAYAAN YANG TELAH HILANG

SEMUA ORANG INGIN BERJAYA ! SEMUA ORANG INGIN SUKSES DALAM KEHIDUPAN MEREKA ! SEMUA ORANG INGIN BAHAGIA ! APAKAH ERTI `BAHAGIA` PADA PANDANGAN PERIBADI ANDA ? ADAKAH PANDAI ITU BAHAGIA ? ADAKAH PUNYAI HARTA YANG MELIMPAH RUAH ITU BAHAGIA ? ADAKAH PUNYAI PULUHAN KERETA MEWAH ITU BAHAGIA ? ERTI BAHAGIA CUKUP `LUAS` DAN `ABSTRAK` .
APAPUN,UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAN DALAM HIDUP ,KITA PERLUKAN FORMULA & RESEPI YANG AMPUH LAGI MAPAN.

DISINI SAYA INGIN BERKONGSI SEDIKIT TIPS RAHSIA UNTUK MENCARI BAHAGIA DAN KEJAYAAN DALAM HIDUP.

1- TENTUKAN APA YANG ANDA MAHUKAN
2- TETAPKAN KENAPA ANDA MAHUKAN
3- BINA RANCANGAN UNTUK MENCAPAI APA YANG ANDA MAHUKAN
4- CARI SESEORANG YANG BERJAYA DAN MENCAPAI APA YANG KITA KEHENDAKI-CUNGKIL & PELAJARI DARI MEREKA
5- RANCANG SEBEGITU TELITI DAN SEIMBANGKAN APA YANG PERLU
6-ANALISA APA YANG TELAH DILAKUKAN
7- KALAU PERLU LAKUKAN PERSONAL COACHING @ LATIHAN BERKALA
8- KALAU TIDAK BERJAYA ,BUAT ANALISA `SWOT` & `SOIF`
9- CUBA ULANGI KAEDAH & FOKUS KEPADA APA YANG DIINGINKAN
10- KALAU PERLU UBAH STRATEGI,UBAHLAH DEMI SEBUAH KEJAYAAN

INI HANYALAH SEBAHAGIAN KECIL LANGKAH-LANGKAH MEMBURU KEJAYAAN DALAM HIDUP SAMADA DARI SUDUT PEKERJAAN,KEBENDAAN,KARIER,FAMILI DAN SEBAGAINYA.

ANDA MAMPU PERGI LEBIH JAUH DALAM KEHIDUPAN & KERJAYA ANDA JIKA ANDA MAMPU MEMCIPTA `SKRIP KEJAYAAN` & MELAKARKAN PELAN STRATEGIK DIRI UNTUK 5 TAHUN,10 TAHUN ATAU 15 TAHUN AKAN DATANG !

KEJAYAAN ANDA,ANDA YANG WAJIB & WAJAR TENTUKAN..ORANG LAIN SEKADAR MEMBERI LORONGAN,DORONGAN,SOKONGAN & BIMBINGAN SAHAJA...

MASA DEPAN ANDA,MILIK ANDA...

PASTIKAN MASA DEPAN KITA SECEMERLANG DAN SEGEMILANG YANG KITA INGINKAN !

SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MOTIVATOR,INSPIROR,TRAINER & SUCCESS COACH
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033






Wednesday, September 18, 2013

SEJAUHMANA KUKUHNYA `JENAMA` KITA !

KEPERCAYAAN PENGGUNA KEPADA SESUATU BARANGAN BANYAK DIPENGARUHI OLEH JENAMA @ BRAND ! JENAMA @ BRAND YANG KUKUH SECARA NORMALNYA MENGGAMBARKAN KUALITI !

APAKAH JENAMA @ BRAND ANDA ? APAKAH YANG ANDA INGIN SAMPAIKAN MELALUI JENAMA @ BRAND ANDA ! ADAKAH BRAND @ JENAMA YANG ANDA PERJUANGKAN MENJADI BRAND YANG UNGGUL & DIKENALI !

BRAND @ JENAMA SESEORANG MERUJUK KEPADA KUALITI DIRI KITA ! SEMUA ORANG DIKENALI ATAS SESUATU ASPEK,SIFAT,KAREKTOR @ PEMBAWAANNYA !

SELAKU PERUNDING MOTIVASI @ PAKAR MOTIVASI,BRAND YANG SAYA PERJUANGKAN IALAH `MODID` SINGKATAN KEPADA `MOTIVASI DINAMIKA DIRI` YANG BERNAUNG DIBAWAH SYARIKAT MOTIVASI & LATIHAN KESAYANGAN SAYA `KONSULTAN JANA INSAN`

BRAND `MODID` & `KONSULTAN JANA INSAN` MERUJUK KEPADA :

1- PERKHIDMATAN YANG CEKAP,EFISEN,BERKESAN & BERKUALITI
2- BARISAN MOTIVATOR YANG BERPENGALAMAN YANG LUAS
3- MODUL YANG DIPERJUANGKAN MENEPATI KEHENDAK KLIEN
4- PRODUK MOTIVASI & LATIHAN YANG DITAWARKAN KOMPETETIF
5-BAYARAN PERKHIDMATAN YANG SEPADAN & KOMPETETIF
6-PERJALANAN PROGRAM YANG TERANCANG & SISTEMATIK
7-PERKHIDMATAN PERUNDINGAN YANG BERDAYA SAING
8-KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN

MAKA,PELIHARALAH BAIK-BAIK BRAND @ JENAMA YANG KITA PERJUANGKAN,SEMOGA IA MENJADI JENAMA YANG UNGGUL & MENEPATI KEHENDAK PELANGGAN.

Friday, September 6, 2013

TRAINING,COUNCELLING,MOTIVATING & INSPIRING : MY LIVE..BEAUTIFUL & MEANINGFUL



ANTARA ORGANISASI YANG SEDANG MENANTI UNTUK DIMOTIVASIKAN & DIJANA POTENSI MEREKA :

6 & 7 .9.2013 : JABATAN BELIA DAN SUKAN PENANG (LOKASI :PENARAK BAMBOO )
12.9.2013       : PROGRAM UUM & SMK PENDANG : ( DEWAN MUNSHI ABDULLAH )
22.9.2013       : SEK.MEN.AGAMA DR RAJA NAZRIN SHAH ( PASIR SALAK )
19.9.2013       : KOLEJ LATIHAN PERTANIAN MALAYSIA ( BUKIT TANGGA,JITRA )
29.9.2013       : SEK.MEN.AGAMA KHAIRIAH,KUALA TERENGGANU ( MAIDAM,TRG )
30.9.2013       : SEK.MEN.UGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN ( B.BURUK,KTRG )
1&2.10.2013  : WARGA PDRM,BUKIT AMAN KL ( PRINZPARK HOTEL ,K.TRG )
3,4 & 5.10.13 : UMT ( WARGA PELAJAR BERPRESTASI RENDAH ) - SETIU AGRO RESORT

SEDANG MENANTI PENGESAHAN :

1- PEJABAT SUK KEDAH
2- PEJABAT SUK PENANG ( DATO MALIK HASSAN )
3- MAJLIS DAERAH YAN
4- UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
5- WARGA JKK SEBERANG PERAI UTARA


KAMI BERIKAN TIPS UNTUK CEMERLANG,ANDA PRAKTIKKAN & ANDA BUKTIKAN

SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH D.AMAN
019-4741209 @ 04-4246033

Thursday, September 5, 2013

NAMA,KREDIBILITI & SUMBANGAN....PUAS !

NAMA : PELIHARALAH NAMA BAIK KITA SEADANYA
KREDIBILITI : PELIHARALAH KREDIBILITI KITA DENGAN MELAKUKAN TUGASAN SECARA EFISEN & BERKESAN
SUMBANGAN : BERIKANLAH SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT SEMAKSIMA & SEKERAP MUNGKIN.

CARILAH `KEPUASAN` DALAM HIDUP DENGAN MENYAMPAIKAN & MEMBERI !

SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO KONSULTAN JANA INSAN
SP.