YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Sunday, July 20, 2014

KEMBARA MOTIVASI MERENTAS BENUA- MRSM SANDAKAN,AKU DATANG..






ALHAMDULILLAH..PERJALANAN YANG PANJANG BERMULA DARI PENANG INTERNATIONAL AIRPORT MENUJU KE KOTA KINABALU DAN SETERUSNYA FLY LAGI KE SANDAKAN SABAH,AKHIRNYA TIBA KEDESTINASI.

TANGGAL 19.7.2014 SAYA BERKESEMPATAN MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG DI MRSM SANDAKAN,SABAH SELAMA SEHARI PENUH ,BERMULA JAM 8.00 PAGI SEHINGGA 4.30 PETANG.

WALAUPUN BERPUASA,KUDRAT & TENAGA YANG ADA TELAH DIJANA SEMAKSIMA MUNGKIN BAGI MEMASTIKAN `IMPAK`NYA DAPAT DIRASAI OLEH PARA PELAJAR SEMAKSIMA MUNGKIN.

TAHNIAH & SYABAS KEPADA PELAJAR2 MRSM SANDAKAN YANG SEMEMANGNYA HEBAT & AWESOME.SEPANJANG SEHARI BERPROGRAM MEREKA SEMUA TERUJA,SERONOK DAN CERIA. KOMITMEN YANG DITUNJUKKAN OLEH MEREKA SEMUA AMAT-AMAT TINGGI.

SEBENARNYA INI KALI KEDUA SAYA DIJEMPUT ! JEMPUTAN PERTAMA TIDAK DAPAT DIPENUHI KERANA BERTEMBUNG DENGAN PROGRAM YANG LAIN.NAMUN REZEKI & JODOH SAYA TETAP ADA DENGAN MRSM SANDAKAN,SABAH. THANKS TO MR KAUNSELOR,JOLIFULIZAN YANG SETIA MENGHUBUNGI SAYA DALAM MEMASTIKAN PROGRAM INI DAPAT DIJALANKAN DENGAN SEMPURNA !

SELAMA SEHARI PENUH ( 6 JAM LEBIH ) SAYA TELAH BERKONGSI BEBERAPA TIPS DAN TOPIK PENTING,ANTARANYA :

1- JANGAN TOLEH KEBELAKANG LAGI : HIDUPKU BERMATLAMAT & MATLAMAT HIDUPKU
2- MENJEJAK MASA DEPAN YANG GEMILANG BERPANDUKAN ANALISIS DIRI & IMAGINASI DIRI.
3- KUASA MATLAMAT & KUASA KEMAHUAN : INI JALAN YANG KITA PILIH

SAYA CUKUP TERHARU DENGAN PENERIMAAN & PENGHARGAAN YANG TINGGI DARI PELAJAR2 MRSM SANDAKAN SABAH .BAGI SAYA,MEREKA SEMUA ADALAH MODAL INSAN YANG TERBAIK ,YANG PERLU DIGILAP SEBAIKNYA OLEH PIHAK PENGURUSAN MRSM SANDAKAN SABAH.

SEMOGA PELAJAR-PELAJAR MRSM SANDAKAN INI MAMPU MUNCUL MENJADI PELAJAR HEBAT DAN CEMERLANG PADA MASA-MASA MENDATANG SEKALIGUS MAMPU MENJADI IKON KEPADA PELAJAR -PELAJAR LAIN DILUAR SANA !

SEMOGA MEREKA MAMPU MENGUNGGULI DUNIA PENDIDIKAN YANG KIAN MENCABAR !

SALAM SUKSES ! MRSM ADALAH WADAH MENCUNGKIL PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA HEBAT DISELURUH MALAYSIA.

YANG BERSEDIA BERBAKTI

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER & SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN,SP
019-4741209 @ 04-4246033

Wednesday, July 16, 2014

PROGRAM PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN AMAT PERLU & BERIMPAK TINGGI


PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN ( UPSR/PT 3/SPM & STPM )

DIKALA HAMPIR SEBULAN PARA PELAJAR KELAS PEPERIKSAAN `TERBUAI` & `TERLALAI` DEK PENANGAN PIALA DUNIA,SEHINGGAKAN MEREKA SANGGUP BERSENGKANG MATA MELAYAN PERLAWANAN BOLASEPAK YANG MELIBATKAN PASUKAN KEGILAAN MEREKA & SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI PADA AKHIR BULAN OGOS HINGGA MENGANJUR KEBULAN SEPTEMBER, MAKA TAHAP KESEDARAN & MOTIVASI DIRI PELAJAR AGAK KURANG SERTA MENURUN.

ATAS DASAR INGIN MENYUNTIK KEMBALI SEMANGAT & MOTIVASI DIRI PELAJAR,PIHAK KAMI BERSEDIA `MEMBAKAR` KEMBALI SEMANGAT PELAJAR YANG KIAN PADAM DENGAN MODUL MOTIVASI `AKU STUDENT SUPER : LANGKAH KANAN KE DEWAN PEPERIKSAAN` .

MODUL INI BOLEH DIJALANKAN SELAMA SETENGAH HARI  ( BERMULA JAM 8.30 AM SEHINGGA 1.00 TENGAHARI ) ATAUPUN JUGA DIJALANKAN SELAMA SEHARI PENUH ( BERMULA DARI 8.30 AM SEHINGGA 4.30 PETANG ).

ANTARA PENGISIAN PROGRAM :

1- SLOT CERAMAH SANTAI BERIMPAK TINGGI : `AKU TAKKAN TOLEH KEBELAKANG LAGI`- TIPS KESEDARAN TINGGI UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN .

2- SLOT 2 : MERANCANG MASA DEPAN YANG CEMERLANG BERDASARKAN TARGET DIRI.

3- SLOT 3 : IKRAR,AKU JANJI & SESI KATARSIS ( RECALL KESEDARAN ) BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN YANG BAKAL MENJELANG.

BAYARAN :

PROGRAM SETENGAH HARI : RM 1,800 ( NEGERI WILAYAH UTARA ) & RM 2,000 ( NEGERI PANTAI BARAT & PANTAI TIMUR )

PROGRAM SEHARI PENUH : RM 2,500 ( NEGERI WILAYAH UTARA ) & RM 3,000 ( NEGERI PANTAI BARAT & PANTAI TIMUR )

BAGI SEKOLAH AGAMA,KITA MEMBERIKAN DISKAUN 10 % KERANA PERUNTUKAN SEKOLAH AGAMA AGAK KURANG .

BAYARAN PROGRAM BOLEH DIRUNDING JIKA BENAR2 SERIUS INGIN MELAKSANAKAN PROGRAM YANG DICADANGKAN.

JIKA BERMINAT & BENAR2 BERHAJAT,JANGAN TANGGUHKAN LAGI KERANA TARIKH2 BULAN OGOS & SEPTEMBER KIAN PENUH.

SILA HUBUNGI KAMI DITALIAN : 019-4741209 @ 04-4246033


YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PENGARAH URUSAN/MASTER TRAINER/SPEAKER.MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH D.AMAN
019-4741209 @ 04-4246033