Sunday, July 20, 2014

KEMBARA MOTIVASI MERENTAS BENUA- MRSM SANDAKAN,AKU DATANG..






ALHAMDULILLAH..PERJALANAN YANG PANJANG BERMULA DARI PENANG INTERNATIONAL AIRPORT MENUJU KE KOTA KINABALU DAN SETERUSNYA FLY LAGI KE SANDAKAN SABAH,AKHIRNYA TIBA KEDESTINASI.

TANGGAL 19.7.2014 SAYA BERKESEMPATAN MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG DI MRSM SANDAKAN,SABAH SELAMA SEHARI PENUH ,BERMULA JAM 8.00 PAGI SEHINGGA 4.30 PETANG.

WALAUPUN BERPUASA,KUDRAT & TENAGA YANG ADA TELAH DIJANA SEMAKSIMA MUNGKIN BAGI MEMASTIKAN `IMPAK`NYA DAPAT DIRASAI OLEH PARA PELAJAR SEMAKSIMA MUNGKIN.

TAHNIAH & SYABAS KEPADA PELAJAR2 MRSM SANDAKAN YANG SEMEMANGNYA HEBAT & AWESOME.SEPANJANG SEHARI BERPROGRAM MEREKA SEMUA TERUJA,SERONOK DAN CERIA. KOMITMEN YANG DITUNJUKKAN OLEH MEREKA SEMUA AMAT-AMAT TINGGI.

SEBENARNYA INI KALI KEDUA SAYA DIJEMPUT ! JEMPUTAN PERTAMA TIDAK DAPAT DIPENUHI KERANA BERTEMBUNG DENGAN PROGRAM YANG LAIN.NAMUN REZEKI & JODOH SAYA TETAP ADA DENGAN MRSM SANDAKAN,SABAH. THANKS TO MR KAUNSELOR,JOLIFULIZAN YANG SETIA MENGHUBUNGI SAYA DALAM MEMASTIKAN PROGRAM INI DAPAT DIJALANKAN DENGAN SEMPURNA !

SELAMA SEHARI PENUH ( 6 JAM LEBIH ) SAYA TELAH BERKONGSI BEBERAPA TIPS DAN TOPIK PENTING,ANTARANYA :

1- JANGAN TOLEH KEBELAKANG LAGI : HIDUPKU BERMATLAMAT & MATLAMAT HIDUPKU
2- MENJEJAK MASA DEPAN YANG GEMILANG BERPANDUKAN ANALISIS DIRI & IMAGINASI DIRI.
3- KUASA MATLAMAT & KUASA KEMAHUAN : INI JALAN YANG KITA PILIH

SAYA CUKUP TERHARU DENGAN PENERIMAAN & PENGHARGAAN YANG TINGGI DARI PELAJAR2 MRSM SANDAKAN SABAH .BAGI SAYA,MEREKA SEMUA ADALAH MODAL INSAN YANG TERBAIK ,YANG PERLU DIGILAP SEBAIKNYA OLEH PIHAK PENGURUSAN MRSM SANDAKAN SABAH.

SEMOGA PELAJAR-PELAJAR MRSM SANDAKAN INI MAMPU MUNCUL MENJADI PELAJAR HEBAT DAN CEMERLANG PADA MASA-MASA MENDATANG SEKALIGUS MAMPU MENJADI IKON KEPADA PELAJAR -PELAJAR LAIN DILUAR SANA !

SEMOGA MEREKA MAMPU MENGUNGGULI DUNIA PENDIDIKAN YANG KIAN MENCABAR !

SALAM SUKSES ! MRSM ADALAH WADAH MENCUNGKIL PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA HEBAT DISELURUH MALAYSIA.

YANG BERSEDIA BERBAKTI

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER & SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN,SP
019-4741209 @ 04-4246033

No comments: