FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, May 31, 2023

KEBAHAGIAAN YANG KITA DAMBAKAN: SEJAUHMANA KITA MAMPU BAHAGIA ?

Bagaimana Tanda Bahagia? Bahagia yang kita cari.


Semua orang mengharapkan kebahagiaan. Bahagia yang didambakan bukan hanya di dunia malah yang lebih penting adalah kebahagiaan di hari akhirat.



Terdapat pelbagai tanda kebahagiaan, antaranya:


a. Jika diberi kenikmatan maka ia bersyukur

b. Jika diuji dengan ditimpa musibah ia bersabar

c. Jika melakukan dosa ia segera beristighfar (bertaubat).



1. Bersyukur Dengan Nikmat


Allah SWT berfirman dalam Surah al-Dhuha:


وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ


“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya”. (Ad-Dhuha: 11)


Imam Al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Sebarkanlah apa yang Allah SWT kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut pelbagai nikmat Allah dan mengiktiraf nikmat tersebut adalah satu bentuk kesyukuran.” (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 20/102)



2. Bersabar Dengan Ujian dan Musibah


وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ  وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah : 155)


Syeikh Abu Bakar al-Jazairi menyebut, Allah SWT pasti menguji hamba-hamba-Nya agar terlihat jelas siapa yang jujur hatinya dan siapa yang dusta, siapa yang sabar dan siapa yang berkeluh-kesah. Ia merupakan sunnatullah yang berlaku pada hamba-hamba-Nya (Aisar al-Tafasir, 1/65)



3. Bertaubat Daripada Dosa


Firman Allah S.W.T:


وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ 


“Dan mereka itu (golongan bertakwa) apabila melakukan perbuatan keji atau telah menzalimi diri mereka sendiri, mereka terus mengingati Allah dan beristighfar terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka itu tidak berterusan dalam melakukan apa yang telah mereka kerjakan dalam keadaan mereka mengetahuinya. (Aali Imran: 135)


Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ


“Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat” (HR Ibn Majah No: 4392)


Mari kita menjadi orang yang bersyukur, sabar dan sentiasa bertaubat.


JOM KITA PAKAT2 BAHAGIAKAN DIRI ORANG LAIN SEBELUM KITA BAHAGIAKAN DIRI KITA.

SAYA BAHAGIA BILA DAPAT BERKONGSI ILMU & KEPAKARAN DENGAN INSAN2 LAIN DILUAR SANA. JIKA ADA MANA2 ORGANISASI,JABATAN KERAJAAN,AGENSI SWASTA,SEKOLAH & IPTA YANG BERCADANG NAK BUAT PROGRAM DAN PERLUKAN PENCERAMAH,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN : 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN TENTANG MODUL,TARIKH,MASA & TEMPAT PROGRAM.

SAYA CUKUP MERASA BAHAGIA BILA DAPAT BERKONGSI DENGAN ANDA & KALIAN SEMUA.


YANG BERSEDIA BERKONGSI

TN ABD GHANI YUSOF
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
DINAMIKA DIRI TRAINING &SERVICES
SG.PETANI,KEDAH

019 4741209


Tuesday, May 30, 2023

USAH MENGUMPAT: KEBURUKANNYA CUKUP BANYAK

 Kalimah Mengumpat Umpama Membusukkan Seluruh Air Laut



عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم حَسْبُكَ مِنْ صَفِيَّةَ كَذَا وَكَذَا قَالَ غَيْرُ مُسَدَّدٍ تَعْنِي قَصِيرَةً ‏.‏ فَقَالَ ‏"‏ لَقَدْ قُلْتِ كَلِمَةً لَوْ مُزِجَتْ بِمَاءِ الْبَحْرِ لَمَزَجَتْهُ ‏"‏ ‏.‏ قَالَتْ وَحَكَيْتُ لَهُ إِنْسَانًا فَقَالَ ‏"‏ مَا أُحِبُّ أَنِّي حَكَيْتُ إِنْسَانًا وَأَنَّ لِي كَذَا وَكَذَا ‏"‏

Daripada ‘Aisyah RA dia berkata : Aku berkata kepada Nabi SAW : Cukuplah bagimu dari keburukan Safiyah seperti ini. Berkata sebahagian perawi : Dia (‘Aisyah) mengisyaratkan bahawa Safiyah itu rendah. Baginda bersabda: “Sesungguhnya engkau telah mengucapkan suatu kalimah yang mana jika dicampurkan (kalimah itu) dengan air laut nescaya akan tercampurlah (rosaklah dan bertukarlah) ia.”

 ‘Aisyah berkata : Aku menceritakan kepada baginda mengenai seseorang, baginda berkata : “Tidaklah aku suka bercerita mengenai seseorang walaupun aku diberi itu dan ini (dari benda-benda keduniaan).”




 (Sunan Abu Daud No: 4875) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Mengikut Imam Ghazali, mengumpat itu ialah engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya sekiranya sampai perkara itu kepadanya, sama ada kekurangan pada tubuh badannya, keturunannya, akhlaknya, perbuatannya, perkataannya, agamanya, atau dunianya termasuk pakaiannya, rumahnya atau haiwannya’.
 (Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma’rifah)



2.  Mengumpat boleh terhasil dengan perkataan, penulisan, isyarat, gelaran dan lain-lain, walau sekecil mana pun perkara itu, ia dikira mengumpat. 



3.  Cukuplah hadis ini menerangkan betapa buruknya mengumpat. Hanya dengan satu perkataan, bahkan dalam hadis di atas ‘Aisyah RA hanya mengisyaratkan sahaja bahawa Safiyah RA itu rendah (pendek), maka ia cukup untuk mengotorkan air laut seluruhnya.
 
4.  Berkata al-Nawawi: Makna ‘tercampurlah ia’ dalam hadis di atas ialah air itu bercampur dengan kalimah itu sehingga bertukar rasanya atau baunya disebabkan buruknya perkataan mengumpat  itu.



5.  Ramai pengguna laman sosial hari ini sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja menulis seakan gembira mempersenda mana-mana tokoh figura yang tidak digemari tanpa disedari perilaku tersebut sebahagian dari cemuhan dan umpatan yang ditegah agama. Sama ada melalui pelbagai posting juga gambar yang dimuat naik serta yang di tularkan.



6.  Moga kelak kita di akhirat, tidak termasuk dari kalangan orang-orang yang berkata:

يَٰحَسۡرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِي جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّخِرِينَ ٥٦

“Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan” [al-Zumar: 56].

Kepada mana-mana organisasi,jabatan atau institusi yang tengah mencari motivator,speaker atau trainer,bolehlah hubungi kami ditalian 019 4741209 untuk bertanyakan tentang modul,pengisian,tarikh & tempat untuk diadakan training tersebut yer.

Kami bersedia menguruskan training & bicara motivasi untuk organisasi anda.InsyaAllah. kalian adalah tempat kami lontarkan idea & semangat untuk terus kuat,ampuh dan kukuh dalam persaingan dunia yang makin hebat sekarang ini.

Kami sudi & akan membantu anda & organisasi anda dengan sebaik mungkin.insyaAllah.amin ya rabbal alamin.

yang bersedia memikul amanah

Tn Abd Ghani Yusof
Motivator/Speaker/Trainer
Dinamika Diri Training & Services
Sg.Petani,Kedah
0194741209@0194001209

Sunday, May 28, 2023

MOTIVATOR JUGA ADA PASANG SURUT: REDHA & HARGAI

 ALHAMDULILLAH,

PUJI DAN SYUKUR PADA ALLAH SWT KERANA MASIH LAGI MENGURNIAKAN REZEKI YANG BANYAK BUAT KITA SEMUA.WALAUPUN KITA DIUJI SELAMA 2 TAHUN DENGAN ANCAMAN COVID,MASIH ADA LAGI JEMPUTAN MENGENDALIKAN PROGRAM2 TRAINING & CERAMAH MOTIVASI DISANA SINI.



CUMA DITAHUN INI 2023 ,MASIH BERKURANG AKAN JEMPUTAN MENGENDALIKAN PROGRAM.CUMA KITA TAK TAHU DIMANA SILAPNYA YER? MUNGKIN JUGAK ASAYA TAK AKTIF KAT TIK TOK KOT. CUMA PESANAN SAYA KEPADA PEGAWAI2 LATIHAN DILUAR SANA,KALAU NAK JEMPUT MOTIVATOR @TRAINER,CARILAH YANG BETUL2 ADA PENGALAMAN SEKALIPUN MEREKA TAK AKTIF DALAM TIK TOK.

KITA TENGOK TREND TERKINI IALAH MEREKA YANG RAMAI FOLLOWER KAT TIK TOK MENJADI PILIHAN.ADA SETENGAH DARIPADA MEREKA MEMANG MENCARI REZEKI MELALUI TIK TOK.



SAYA MENGAKUI TIK TOK TU TAK SEMUANYA TAK BAGUS,ADA JUGAK YANG BAGUS TAPI YANG TAK BAGUS TU AKAN MELINTAS KAT WALL KITA DAN IA MENCETUSKAN DOSA YANG TAK DIUNDANG. SO,SAYA TAK BERCADANG NAK TERUSKAN DENGAN AKAUN TIK TOK. SAYA DINASIHATKAN OLEH ISTERI SUPAYA TERUS TUTUP AKAUN TIK TOK.MAKA TERTUTUPLAH AKAUN TIK TOK SAYA ( MAAFKAN SAYA YER )



SEKARANG SAYA CUMA ADA AKAUN FACEBOOK,TWITTER DAN INSTAGRAM JER.BOLEH FOLLOW FB,INSTA DAN TWITTER SAYA YER. SAYA AMAT MENYARANKAN PENYEDIA LATIHAN AGAR MELIHAT KEMBALI PERANAN MOTIVATOR/TRAINER ATAU SPEAKER BUKAN SEKADAR MEMILIH MEREKA BERDASARKAN RAMAI FOLLOWER KAT TIK TOK TAPI LIHATLAH PENGALAMAN MEREKA & KEBOLEHAN MEREKA.




JIKA ADA MANA 2 ORGANISASI YANG INGINKAN PERANAN KHIDMAT BAKTI MOTIVATOR @TRAINER BOLEHLAH MEMILIH MEREKA BERDASARKAN PENGALAMAN MEREKA DAN SEJARAH PERKHIDMATAN MEREKA YER.


SAYA BERSEDIA MENERIMA JEMPUITAN CERAMAH MOTIVASI @ MENGENDALIKAN PROGRAM TRAINING DIMANA JUA TEMPAT,JIKA DIJEMPUT DENGAN KADAR BAYARAN YANG MUNASABAH & MAMPU BAYAR ,INSYAALLAH.


YANG BERSEDIA BERKHIDMAT


TN ABD GHANI YUSOF
MOTIVATOR/TRAINER/SPEAKER
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG.PETANI,KEDAH

0194741209

Thursday, May 18, 2023

Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang: AUDIT DIRI SENDIRI JER

 Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:  

"Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." 

(HR Bukhari No: 5604) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:


1.  Orang beriman dilarang menaruh prasangka buruk kepada orang lain kerana ia akan mendorong kepada perbuatan menuduh tanpa bukti yang menjadi dosa besar. Ibnu Sirin berkata: “Jika sampai kepadamu berita yang tidak kamu sukai tentang saudaramu, maka carilah uzur untuknya. Jika kamu tidak mendapati uzur maka katakan, barangkali dia memiliki uzur yang aku tidak mengetahuinya.



2.  Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita dengan mencegah atau menasihat dengan hikmah mengikut kemampuan. 


3.  Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain. Lebih-lebih lagi isu atau kelemahan itu ditulis dan ditularkan di media elektronik seperti Tiktok, FB, Whatsapp, telegram dan sebagainya hingga mengaibkan peribadi seseorang. 



4.  Setiap kita juga,dilarang saling mendengki saling membelakangi, serta saling membenci. Raikanlah perbezaan yang ada pada kita dengan saling bermaafan.


5.  Setiap Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim. 



Menjaga persaudaraan itu wajib seperti wajibnya solat dan puasa dengan  menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan dan aib orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia dari melakukan maksiat.

JIKA ADA MANA2 SEKOLAH,IPTA,IPTS,KOLEJ SWASTA,SEKTOR KORPORAT DAN SEKTOR AWAM YANG TERCARI CARI MOTIVATOR/SPEAKER ATAU PERUNDING MOTIVASI UNTUK PROGRAM2 KENDALIAN MEREKA,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN MODUL,TARIKH,HARI DAN TEMPAT YANG SESUAI UNTUK DIJALANKAN PROGRAM.

KAMI BERSEDIA MENGENDALIKAN PROGRAM ANDA DENGAN JAYANYA & CEMERLANG.INSYAALLAH.AMIN

YANG BERSEDIA BERKHIDMAT

TN ABD GHANI YUSOF
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG.PETANI,KEDAH
019 4741209

Thursday, May 11, 2023

ELAKKAN PERMUSUHAN SEKALIPUN BERBEZA PANDANGAN & PENDAPAT

 

Jangan Saling Bermusuh: KEMBALI BERTAUT

 

 

Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

"Janganlah kamu saling membenci, jangan saling iri hati, saling bermusuhan, saling memutuskan hubungan dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari"

(Sahih Bukhari No: 5718) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

 


Pengajaran:

 

1.  Umat Islam dilarang saling membenci sesama mereka apatah lagi bermusuhan sekali[pun berbeza pandangan & pendapat

 

1.  Sifat iri hati dan cemburu akan kelebihan yang ada pada orang lain perlu dijauhi. Elakkan saling berdengki sesama Muslim

 

2.  Sifat bermusuhan dengan sesama Muslim adalah dilarang kerana setiap Muslim adalah bersaudara.

 


 

Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:

Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka bermusuh" 

Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

 

3.  Muslim boleh berbeza pandangan namun perlu saling memaafkan & MENDAMAIKAN

 

4.  Elakkan diri daripada tidak bertegur atau menjauhi saudara Muslim melebihi tiga hari.

 


Jauhi sikap bermusuh, benci dan dengki. Binalah ukhuwah melalui sifat saling berkasih sayang.


SAYANGI ANAK-ANAK KITA.KASIHI KELUARGA KITA.SANTUNI PEKERJA2 KITA.RESPECT BOS2 KITA SEMUA.


JIKA ADA MANA2 ORGANISASI YANG MEMERLUKAN TENAGA MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER UNTUK PROGRAM2 MEREKA,BOLEHLAH MENGHUBUNGI KAMI DITALIAN : 019 4741209@0194001209 UNTUK BERTANYAKAN TENTANG MODUL,PENGISIAN.TARIKH & TEMPAT BERLANGSUNGNYA PROGRAM


HUBUNGI KAMI DITALIAN : 019 4741209 ( TN ABD GHANI YUSOF ) MASTER TRAINER KONSULTAN JANA INSAN SEDIA MELAYANI PERTANYAAN KALIAN.INSYAALLAH


YANG BERSEDIA BERKHIDMAT


TN ABD GHANI YUSOF
MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES

SG.PETANI,KEDAH 

Sunday, May 7, 2023

WALAUPUN UPSR & PT3 DAH TIADA,MOTIVASI TETAP MASIH DIPERLUKAN

 ASSALAMUALAIKUM WARHAMATULLAHI WABARAKATUH


KITA DAH PUN MASUK 15 SYAWAL HARI INI. SUASANA HARI RAYA MASIH LAGI DIRASAKAN.KAT SEKOLAH PUN MASIH ADA JAMUAN & SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI.



SEKOLAH PUN TAK LAMA LAGI AKAN BERCUTI LAGI PADA 26.5.2023 NANTI. BEGUITULAH JUGA DENGAN KOLEJ MATRIKULASI KPM. PELAJAR2 AKAN BERCUTI PENUH SEBELUM PELAJAR SESI BARU 23/24 AKAN MASUK PADA JULAI NANTI. SAYA SELAKU LECTURER KAT SINI PUN AKAN BERCUTI PANJANG KALI INI.



INILAH PELUANG & RUANG UNTUK SAYA MENEREUSKAN KERJAYA SAMBILAN SAYA SEBAGAI PERUNDING MOTIVASI & MOTIVATOR UNTUK MANA 2 MAJLIS YANG DIKENDALIKAN OLEH SEKOLAH,UNIVERSITI,AGENSI KERAJAAN DAN JUGA SWASTA.



PROSES MENGAJAR & MENYAMPAIKAN ILMU BUKAN SETAKAT DIDALAM BILIK KELAS,TUTORIAL DAN DEWAN KULIAH SAHAJA.SAYA AKAN TERUS MENERIMA JEMPUTAN DARIPADA PELBAGAI SEKTOR DAN AGENSI DISEPANJANG CUTI SEMESTER AKHIR SAYA SELAMA SEBULAN LEBIH TERSEBUT.



CUMA YANG PELIK BAGI SAYA KENAPA SEKOLAH2 ATAU UNIVERSITI AGAK KURANG MENGADAKAN PROGRAM ATAU AKTIVITI YANG MELIBATKAN PELAJAR SEJAK SELEPAS COVID MELANDA NEGARA KITA SEJAK 2 TAHUN LEPAS.




SEKOLAH TERUTAMANYA.SEJAK UPSR & PT 3 DIBUBARKAN,TIADA LAGI PROGRAM2  MOTIVASI PELAJAR DIADAKAN. JEMPUTAN KEPADA SAYA PUN JUGAK AGAK KURANG SEJAK 2 TAHUN LEPAS. MOTIVASI SEBENARNYA AMAT2 DIPERLUKAN APATAH LAGI DUNIA SIBER MAKIN MENJADI2 SEKARANG.



MOTIVASI BUKAN SETAKAT UNTUK KECEMERLANGAN AKADEMIK SEMATA2 JER.DUNIA PEMBENTUKAN PERIBADI & PROFIL MENARIK PELAJAR JUGA MEMERLUKAN SUNTIKAN SEMANGAT & MOTIVASI DARIPADA PERUNDING MOTIVASI & MOTIVATOR.



SAYA SENDIRI PUNYAI BEBERAPA MODUL HEBAT UNTUK DIKONGSI DENGAN PELAJAR & KAUNSELOR 2SEKOLAH DALAM MELAHIRKAN PELAJAR2 BERPOTENSI HEBAT DALAM PEMBINAAN KAREKTOR DAN JUGA KOMUNIKASI CEMERLANG SEBAGAI SEORANG REMAJA.



JIKA INGIN MODUL2 TERSEBUT DIJALANKAN DISEKOLAH2 TAU UNIVERSITI TEMPAT KALIAN MENGAJAR,BOLEHLAH HUBUNGI PIHAK KAMI DITALIAN 019 4741209@019 4001209.


SAYA BERSEDIA MENERIMA JEMPUTAN MENYAMPAIKAN KURSUS,CERAMAH MOTIVASI & PARENTING SKILLS DIMANA SAHAJA PROGRAM TERSEBUT DIADAKAN WALAUPUN DINEGARA JIRAN KITA TERMASUKLAH INDONESIA & JUGA BRUNEI DARUSSALAM JIKA ADA JEMPUTAN.

SEMOGA KITA SEMUA DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH SWT UNTUK MENJADI MANUSIA YANG HEBAT LAGI CEMERLANG DUNIA AKHIRAT. HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK MEMENUHI JADUAL BULAN JUN & JULAI NANTI YER.


SOAL BAYARAN & HONORARIUM BOLEH KITA BINCANGKAN SECARA DETAIL DISINI.JANJI IANYA MAMPU MELEGAKAN KEDUA BELAH PIHAK.AMIN YA RABBAL ALAMIN


YANG BERSEDIA BERKONGSI TIPS KEJAYAAN


TN SYEIKH GHANI ALGANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH D.AMAN

019-4741209@0194001209

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...