FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Thursday, March 30, 2023

DIDIKAN AL-QURAN MERUPAKAN DIDIKAN TERBAIK BUAT KITA

 

Al-QURAN merupakan kitab suci bagi seluruh umat yang beragama Islam. Ia juga sebagai panduan hidup seluruh umat manusia yang dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, sewajarnya Al-Qur`an perlu diterapkan ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal yang demikian, adalah diharapkan agar anak-anak ini terpelihara dari segi sahsiah dan rohaninya.

 

Bagi keluarga yang memang hidup berlandaskan Al-Qur`an dan As-sunnah ianya sangat beruntung kerana hidup mereka pastinya lebih teratur , terjamin dan diberkati. Sebaliknya, amatlah rugi bagi seorang individu Muslim yang hidupnya jauh tersasar dan tiada usaha untuk menjadikan Al-Quran sebagai rutin bacaan harian apatah lagi tidak mahir membacanya serta menguasainya.

 


Seperti Sabda Rasulullah SAW:

“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)

 

 Daripada hadis di atas, dapat dilihat bahawasanya terdapat banyak kelebihan yang Allah berikan kepada ibubapa yang mengajarkan anak-anak mereka membaca al-Qur`an sejak kecil. Dewasa ini, ramai ibubapa telahpun mengambil inisiatif untuk menghantar anak-anak mereka belajar al-Qur`an sejak kecil. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat bagus,baik dan perlu dikekalkan khususnya dalam konteks untuk melahirkan generasi yang berakhlak tinggi dan berkeperibadian mulia. Mengikut pengalaman penulis sendiri, anak-anak kecil lebih mudah diajar dan mudah mengingat setiap huruf dan ayat dalam Iqra`.

 


 Oleh yang demikian, masyarakat harus cakna dengan kepentingan memupuk minat menbaca al-Qur`an sedari kecil. Selain dari membaca Al-Qur`an, sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk tadabbur ayat-ayat Al-Qur`an. Secara tidak langsung kefahaman tentang makna ayat al-`Quran tersebut lebih mendalam dan kita dapat menghayati dan memahami setiap bait-bait ayat tersebut dengan lebih jelas.

 

Di samping itu, kebolehan dan kemampuan membaca Al-Quran dengan baik beserta hukum Tajwid yang betul adalah seperti lorong,jalan atau jambatan kepada memahami intisari & intipati surah dan sebagai satu platform kepada pelaksanaan tuntutannya dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh pancaroba. Hasilnya, kita dapat lihat kehidupan seharian kita bagaikan diatur, dicukupkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.

 


Generasi muslim perlu dididik sejak dari kecil dengan kesungguhan dan kebolehan membaca Al-Quran dengan baik sehingga ianya sebati dalam kehidupan seharian. Pelbagai teknik dan cara yang pratikal serta relevan boleh digunakan bagi mengalakkan anak-anak kecil ini supaya cinta dan berminat untuk membaca al-Qur`ansetiap hari.

 

 Sebagai contoh, untuk menambah lagi minat anak-anak, ibubapa boleh mula memperkenalkan kad-kad interaktif sebagai asas pengenalan kepada huruf hijaiyyah. Selain itu, boleh juga memanfaatkan sistem ganjaran (reward) kepada anak yang berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki. Sebagai contoh, apabila anak khatam Iqra’ 1 atau anak berjaya menghafal surah Al-Fatihah tanpa kesalahan besar, berikan mereka hadiah yang mereka inginkan. Oleh yang demikian, secara tidak langsung, ia dapat memotivasikan mereka untuk terus menghafaz dan cintakan al-Qur`an.

 

Kita dapat melihat bahawa anak-anak



yang disulami dan dididik sejak awal untuk mencintai al-Qur`an, akhlaknya lebih baik dan mempunyai keperibadian yang luhur. Tidak dinafikan, pelbagai cabaran yang tidak dapat difikir dek akal yang berlaku pada masa ini memaksa ibubapa untuk menghantarkan anak-anak kecil ke sekolah agama untuk pada seawal usia 4 atau 5 tahun semata-mata bagi mendapat Pendidikan agama dengan sempurna. Namun, perlu diingat bahawa Pendidikan awal perlu bermula dari rumah. Yang bermaksud ibubapa itu sendiri perlu manjalankan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai Islam dan al-Qur`an.

 


Selain itu, Al-Qur`an merupakan kitab suci yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ianya sangat relevan untuk diamalkan pada setiap masa serta sepanjang zaman. Justeru itu, selamilah jiwa anak-anak dengan al-Qur`an agar mereka sentiasa terpelihara dari perkara-perkara yang negatif dan terhindar dari anasir-anasir luar. Suburkan jiwa mereka dengan keindahan ayat-ayat al-Qur`an setiap hari agar jiwa mereka sentiasa tenang dan mudah untuk menerima ilmu. Akhir kalam, jika kita tidak mulakan dari sekarang, bila lagi? Tepuk dada tanya iman masing-masing. Anak-anak kecil ini seperti kain putih yang bersih. Kita, sebagai ibubapa yang mencorakkan anak-anak tersebut samada menjadi insan yang soleh solehah atau sebaliknya.

Jika ada mana2 sekolah,IPTA,IPTS,agensi kerajaan atau swasta yang nak buat program motivasi bolehlah hubungi kami ditalian 019 4741209@0194001209 untuk bertanyakan tentang modul,tarikh,masa dan bayaran program tersebut.Kami bersedia memberikan Impak yang cukup positif buat anak2 pelajar & masyarakat diluar sana,InsyaAllah


yang bersedia memberi khidmat bakti


Tn Syeikh Ghani Alganuni
Motivator/Speaker/Trainer/Lecturer
Konsultan Jana Insan@Dinamika Diri Training
Sg.Petani,Kedah
019 4741209

Sunday, March 26, 2023

DARJAT PUASA KITA DIMANA?

 

3 Darjat@kedudukan Puasa Menurut Imam Al-Ghazali

Berpuasa di bulan Ramadan adalah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan bagi umat Islam yang berkemampuan. Definisi puasa dari sudut syarak pula ialah menahan dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, seperti menahan diri dari makan, minum, maksiat serta perkara-perkara lain yang membatalkan puasa.

 

Selain merupakan bulan yang diwajibkan bagi umat Islam berpuasa, bulan Ramdan ini juga bulan yang CUKUP istimewa kerana pada bulan inilah kitab Suci Al-Quran diturunkan. Dan seperti yang kita tahu bulan ini juga istimewa kerana Ramadan adalah bulan dimana pintu2 syurga dibuka seluas-luasnya dan ditutup pintu neraka.

 


Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

 

Maksudnya: “ Tatkala datang bulan Ramadhan, maka akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu dengan rantai “

 

Riwayat Muslim

 

Darjat Puasa menurut Imam Al-Ghazali

Imam Ghazali RA mengklasifikasikan darjat puasa ini kepada tiga bahagian iaitu:

 

1. Puasa al-Umum iaitu hanya menahan perut dan Syahwatnya daripada tuntutan nafsunya sahaja. Puasa ini adalah puasa golongan puasa awwam yang sekadar menahan diri dari makan, minum serta menjaga kemaluannya.

 

2. Puasa al-Khusus iaitu puasa bagi golongan para solihin. Mereka yang berada pada darjat kedua ini akan menjaga pendengaran, penglihatan, percakapan serta seluruh panca inderanya daripada melakukan kemaksiatan dan dosa.

 


Mereka ini menundukkan pandangan daripada apa yang membalikkan hatinya daripada mengingati Allah SWT. Menjaga percakapan daripada berbohong, mengumpat, mencela dan memaki. Dan mereka selalu memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan membaca al-Quran.

 

Terdapat 6 cara untuk mencapai tingkat Puasa al-khusus iaitu:

 

Menjaga pandangan

Menjaga Lidah

Menjaga pendengaran

Menjaga anggota badan dari melakukan maksiat

Tidak banyak makan ketika berbuka

Wujudkan rasa takut dan khauf ketika berbuka

 

3. Puasa al-Khusus iaitu puasa yang menjaga hatinya daripada mengingati hal keduniaan. Dan menumpukan sepenuh hatinya hanya kepada Allah SWT dan hari akhirat serta memikirkan dunia hanya untuk tuntutan agama sahaja. Puasa ini merupakan puasa para Anbia’, Sadiqin dan Muqarrabin.

 

 

Ramadan bulan membina tabiat @amal kebaikan baru

Bagi orang awam, tentunya bukan perkara yang mudah untuk mencapai tahap ketiga iaitu tahap puasa khusus al khusus, namun di sinilah titik permulaannya. Kita berlatih menjadi lebih baik meskipun tidak sehebat spiritual para nabi dan salafus soleh.

 

Hikmah Allah mendidik manusia untuk berpuasa adalah untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan. Orang yang berpuasa perlu sedaya upaya menahan diri daripada melakukan maksiat selama 30 hari. Mereka digalakkan untuk tidak membalas kejahatan, mengurangkan makan untuk mengawal hawa nafsu, menjaga pandangan mata dan pendengaran dan sebagainya.

 


Charles Duhigg dalam bukunya The Power of Habits telah memberitahu bahawa membentuk tabiat memerlukan tempoh masa kerana perubahan tidak dapat berlaku secara tiba-tiba. Dan menurut Duhigg, tempoh yang sesuai untuk berlatih perubahan sekurangnya 30 hari. Sesuai dengan Ramadan yang berlangsung selama 30 hari, umat Islam juga sebenarnya sedang melalui madrasah latihan membentuk tabiat baru.

 


Rasulullah SAW bersabda: “Puasa adalah perisai, maka orang berpuasa janganlah berbuat kotor dan jangan pula berbuat perkara bodoh. Apabila ada orang yang mengajaknya berkelahi atau menghinanya maka katakanlah aku sedang berpuasa dua kali” (Riwayat al-Bukhari).

 

Justeru, ayuh manfaatkan sebaiknya Ramadan yang kita sedang tempuhi ini untuk mencapai redha Allah dan bertaqarrub denganNya. Moga kita sentiasa direzekikan bangun malam dan dipermudahkan mengawal hawa nafsu.


Jika ada mana2 sekolah,IPTA,IPTS dan syarikat awam/swasta nak buat program bicara Motivasi Ramadhan,bolehlah hubungi talian : 019 4741209 atau 019 4001209 untuk bertanyakan modul,masa,hari & tempat program.

Kita bersedia memenuhi jemputan luar jika sesuai dengan kelapangan masa & waktu kami.insyaAllah.amin


yang menjadi penyampai amanah Allah


Tn Syeikh Ghani Alganuni
Motivator/Speaker/Trainer/Lecturer
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
019 4741209

 

Wednesday, March 22, 2023

RAMADHAN TIBA LAGI.APA PERSEDIAAN KITA ?

 

Ramadan Bulan Yang Cukup Istimewa

 

Tahukah kita bahawa antara anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita selaku umat Nabi Muhammad SAW dan ianya tidak dianugerahkan kepada umat lain?

 

Tidak lain Tidak bukan..ialah Anugerah Ramadan dan keistimewaan yang ada di dalamnya. Mereka yang melaksanakan ibadat di dalam bulan Ramadan ini akan memperolehi pelbagai kelebihan dan keistimewaan.Ini janji Allah SWT

 


Pelbagai gelaran dan nama diberikan untuk bulan Ramadan berdasarkan kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan, antaranya:

 

1.  Saiyidus Syuhur (Penghulu Sekalian Bulan)

2.  Syahrul Maghfirah (Bulan Keampunan)

3.  Syahrul Rahmah (Bulan dibuka pintu rahmah)

4.  Syahrul Mubarak (Bulan penuh barakah atau kebaikan)

5.  Syahrul Syiam (Bulan berpuasa)

6.  Syahrul Sadakah / Jud (Bulan menderma / Murah hati)

7.  Syahrul Quran (Bulan al-Quran)

8.  Syahrul Sabr (Bulan Kesabaran)

9.  Syahrul Taqwa (Bulan Taqwa)

10.  Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka)

 


Pelbagai kelebihan dan keistimewaan ini khusus untuk umat Nabi Muhammad SAW. Alangkah ruginya jika kita membiarkan Ramadan berlalu begitu sahaja. Rasulullah SAW bersabda:

 

عَن عَبْدِ الرَّحْمَن بْنِ عَوْف رَضِي الله عَنهُ: أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ شَهْرَ رَمَضَانَ شَهْر فَرَضَ اللهُ عَلَى الْمُسْلِمِينَ صِيَامَهُ وَسَنَنْتُ لَكُمْ قِيَامَهُ فَمَنْ صَامَهُ وَقَامَهُ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا خَرَجَ مِنَ الذُّنُوبِ كَيَوْم وَلَدَتْهُ أُمُّهُ.

 

Daripada Abdul Rahman bin ‘Auf RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Ramadan, bulan di mana orang Islam difardhukan berpuasa oleh Allah dan aku sunnahkan melakukan qiam (solat tarawih) pada malamnya. Sesiapa berpuasa dan qiamnya dilakukan penuh keimanan dan keikhlasan maka dihapus dosa-dosanya sepertimana dia dilahirkan oleh ibunya. (HR Tabrani no: 1331)

 


Bulan yang di dalamnya ada satu malam yang barang siapa beribadat pada malam tersebut, ganjarannya melebihi 1000 bulan! Iaitu malam lailatul qadar.

 

Marilah kita bersungguh-sungguh merebut peluang beramal di  bulan istimewa ini. Mungkinkah Ramadan tahun ini terakhir buat kita?

 


Ramadan Aku Kembali Mendamba Redha Ilahi.JOM kita rebut sebanyak-banyaknya anugerah & kelebihan yang Allah berikan kepada kita didalam bulan Ramadhan ini yer.

Jika ada mana2 sekolah,IPTA,IPTS,agensi kerajaan atau Swasta yang nak buat program Motivasi Ramadhan@kuliah Ramadhan,bolehlah hubungi kami ditalian 019 4741209@0194001209.bercakap dgn Tn Syeikh Ghani Alganuni untuk tetapkan tarikh,masa dan hari untuk dijalankan program tersebut.


Sekian,Salam Motivasi Ramadhan


yang bersedia berbicara


Tn Syeikh Ghani Alganuni
Motivator/Speaker/Lecturer
Dinamika Diri Training & Services
Sg.Petani,Kedah D.Aman

019 4741209@0194001209


Monday, March 20, 2023

MENGURUS SISTEM PERSEKOLAHAN ANAK2 DISESI 2023

 

SALAM PERSEKOLAHAN BUAT ANAK 2 PELAJAR SESI 2023

Tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula 19 Mac dan 20 Mac ini, sebaliknya ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek, kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

 

"Fokus hari pertama persekolahan sebelum ini adalah kepada akademik tetapi langkah yang diambil pada sesi 2023/2024 ini adalah melaksanakan pendidikan didik hibur dan pembelajaran berasaskan projek mudah," katanya dalam sidang media sempena amanat pembukaan sesi persekolahan 2023/2024, hari ini.



Sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi negeri Kumpulan A, manakala 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi negeri Kumpulan B.

 

Kumpulan A membabitkan Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.


Semalam adalah hari pertama persekolahan buat negeri2 kumpulan A dan hari ini pula hari pertama buat sekolah2 negeri Zon B.



Sudah pasti banyak momen2 indah yang bakal dicatatkan semalam dan hari ini.Mesti ramai ibu bapa muda yang susah untuk melepaskan anak2 mereka untuk berdikari.Namun segalanya perlu dibiasakan.Alam persekolahan amat wajar kita sokong sepenuhnya.


Inilah didikan untuk masa depan anak-anak kita.Berilah mereka peluang untuk belajar dan membina masa depan sendiri.Hanya akademik yang cemerlang dan tersusun sahaja mampu membina masa depan mereka.

Bantulah anak2 kita mencapai cita cita mereka.bantulah mereka membina masa depan mereka yang gemilang.Ajari mereka ciri-ciri seorang pelajar yang hebat dan berdisiplin tinggi.Sokong segala usaha murni mereka untuk mendapatkan seberapa banyak pengajaran & pembelajaran disekolah.

 


Jika ada mana2 sekolah yang anjurkan Ceramah Motivasi pelajar ,ianya amat2 lah dialu-alukan.Kami bersedia memberi bimbingan sewajarnya untuk anak-anak pelajar diluar sana.Pengalaman selama 30 tahun dalam bidang akademik dan 20 tahun sebagai motivator amat2lah berbaloi untuk saya bercakap sebagai perunding motivasi pelajar.

 

Boleh hubungi kami ditalian 019 4741209 @0194001209 untuk menetapkan tarikh,hari,masa dan jadual perjalanan program kalian diluar sana.InsyaAllah.Sama-sama kita bangunkan potensi anak2 didik kita diluar sana.Kejayaan mereka adalah tanggungjawab & peranan kami.

 

Sekian,Salam Motivasi & Salam Sukses

 

Yang bersedia berkhidmat

 

Tn Syeikh Ghani Alganuni
Motivator Pelajar & Perunding Potensi Remaja
Dinamika Diri Training & Services
Sg.Petani,Kedah D.Aman
0194741209

Wednesday, March 15, 2023

7 KEMAHIRAN BASIC YANG MENJAMIN MASA DEPAN GEMILANG

 

7 Kemahiran Yang Menjamin Kerjaya Masa Depan

 

Sebagai ibu, bapa, guru, dan pendidik, kita sudah pasti sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kemahiran lazim seperti membaca, menulis, dan mengira adalah antara kemahiran yang kita rasakan amat penting untuk mereka belajar dan kuasai. Manakala nilai-nilai seperti kerjasama, pemikiran kreatif, sifat ingin tahu, dan tidak mudah putus asa juga adalah antara nilai yang baik untuk diterapkan di dalam diri mereka.

 


Semua ini dilakukan dengan harapan supaya suatu hari nanti, anak-anak kita ini akan dapat ‘survive’ di dalam dunia yang kian & semakin mencabar di masa hadapan. Namun begitu, adakah kemahiran-kemahiran yang kita ajar dan terapkan kepada mereka sekarang ini masih relevan kepada mereka untuk 10 hingga 20 tahun akan datang? Atau mungkin persoalan yang lebih rasional untuk dijawab; adakah perkara yang diajar kepada kita 10 tahun lalu, masih layak untuk diajar kepada anak-anak kita sekarang?

 

Seorang penyelidik dari Harvard University yang bernama Tony Wagner telah membuat kajian berkenaan ‘survival skills’ yang wajib dimiliki bagi mendepani arus dunia abad ke-21. Di dalam kajiannya, beliau telah menemu ramah beratus-ratus CEO daripada pelbagai industri seperti perniagaan sehinggalah kepada organisasi ‘non-profit’ dan institusi pendidikan. Dan hasilnya, beliau telah menyenaraikan 7 kemahiran yang sentiasa diperlukan dan akan kekal relevan di dalam abad ke-21 ini.

 

1) Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah

 

Critical Thinking and Problem Solving

 

Seseorang yang memiliki sifat ataupun kemahiran ini mampu untuk melihat apa sahaja situasi dari pelbagai sudut yang berbeza. Lantas dia mampu untuk mencari formula penyelesaian yang terbaik bagi menghadapinya. Tanpa mengira bidang yang diceburi, orang yang mempunyai kemahiran ini akan sentiasa memiliki ‘advantage’ di dalam kerjayanya. Bagi mengasah kemahiran ini, para pelajar perlu dilatih untuk mencari dan meneroka penyelesaian mahupun jawapan mereka sendiri, tanpa kekangan daripada skema jawapan ataupun daripada pendidik itu sendiri. Dengan ini, pelajar akan dilatih untuk memiliki pemikiran kreatif, dan belajar membuat keputusan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

 


2) Kerjasama Melalui Rangkaian & Pengaruh Kepimpinan

 

Collaboration Across Networks and Leading by Influence

 

Bukan semua orang dilahirkan dengan sifat semula jadi untuk menjadi pemimpin. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk memimpin adalah satu aset yang sangat bernilai untuk dimiliki oleh seorang yang ingin berjaya di dalam kerjaya. Di samping itu, sifat kepimpinan ini harus bergerak seiring dengan kemahiran kerjasama untuk bekerja secara berpasukan. Cara yang terbaik untuk melatih kemahiran ini adalah dengan menggalakkan aktiviti dan perbincangan di dalam kumpulan, di mana setiap ahli perlu memainkan peranan yang tersendiri di dalam kumpulan tersebut. Di sini, pendidik perlu bijak untuk mengatur peranan para pelajar supaya setiap orang berpeluang untuk menjadi pemberi ataupun penerima arahan, dan juga mampu bekerja secara harmoni di dalam kumpulan.

 

3) Ketangkasan & Kesesuaian

 


Agility and Adaptability

 

Lihatlah bagaimana dunia hari ini telah yang terlalu jauh berubah, dan lihatlah pula kepada diri kita. Adakah kita juga mampu untuk beradaptasi dengan perubahan yang berlaku disekeliling kita. Bagi seorang yang ingin berjaya, perubahan sentiasa dilihat sebagai suatu peluang dan bukan ancaman kepada masa depan mereka. Oleh itu, persekitaran dunia yang dinamik ini hendaklah diwujudkan oleh pendidik di dalam pembelajaran sehari-hari. Kaedah, strategi, alat bantuan, malah ruang pembelajaran juga perlu dipelbagaikan agar para pelajar sentiasa bersedia untuk mengadaptasikan fikiran mereka terhadap sebarang perubahan yang berlaku, dan mereka juga sentiasa bersedia untuk keluar daripada ‘comfort zone’ masing-masing.

 

4) Inisiatif & Keusahawanan

 


Initiative and Entrepreneurship

 

Sebagai pemimpin dan penggerak di masa hadapan, pelajar kini seharusnya memiliki inisiatif tersendiri untuk memberi sumbangan kepada dunia. Inisiatif ini mungkin boleh bermula dengan perkara-perkara yang kecil seperti peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga, sekolah, dan komuniti setempat. Dengan ini, anak-anak yang masih kecil ini akan dapat mempelajari pengalaman yang sangat bermakna bahawa setiap orang di dunia ini mampu untuk memberikan impak yang besar lagi positif kepada dunia, jika inisiatif itu lahir dari kesungguhan yang berterusan.

 

5) Komunikasi Melalui Tulisan dan Percakapan Secara Efektif

 


Effective Oral and Written Communication

 

Walaupun dengan perkembangan teknologi komunikasi pada hari ini dan masa akan datang, kemahiran komunikasi verbal secara bersemuka akan sentiasa menjadi skill yang sangat penting. Ini adalah salah satu faktor yang akan menjadikan seseorang itu kelihatan lebih berkarisma dan berkeyakinan tinggi. Dan faktor inilah yang mungkin akan menjadi pendorong utama yang dapat menentukan kebolehpasaran para pelajar di masa akan datang. Namun begitu, kemahiran ini tidak datang secara semula jadi. Ia perlu diajar dan diasah secara berterusan sehinggalah kemahiran ini menjadi sebahagian daripada diri mereka. Elemen-elemen seperti kelancaran, sebutan, tempo, kekuatan, ‘pitching’, gerak tubuh, ‘eye-contact’, dan sebagainya adalah antara elemen yang perlu dilatih supaya kemahiran komunikasi dikalangan pelajar menjadi lebih mantap.

 

6) Mencapai & Menganalisis Maklumat

 


Accessing and Analyzing Information

 

Dunia pada masa kini adalah dunia tanpa sempadan. Segala informasi dapat diperolehi dengan mudah, hanya dihujung jari kita. Internet merupakan salah satu sumber yang mampu diakses oleh sesiapa sahaja dan ianya dapat memberikan informasi mengenai pelbagai perkara, termasuklah perkara-perkara yang mejurus ke arah keburukan. Sebagai ibubapa dan pendidik, anak-anak kita haruslah diajar sejak kecil untuk membezakan antara perkara yang baik dan buruk mengikut acuan agama, moral, budaya, dan kemanusiaan. Di samping itu, mereka juga perlu diajar supaya mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap apa sahaja aktiviti yang dilakukan di dalam talian. Ini termasuk menjauhi gejala-gejala yang negatif seperti ‘hacking’, mencuri identiti,  penipuan, plagiarism, perjudian, dan sebagainya.

 

7) Rasa Ingin Tahu & Imaginasi Yang Tinggi

 


Curiosity and Imagination

 

Kanak-kanak secara semula jadinya diahirkan dengan sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka juga memiliki daya imaginasi yang sangat luas; sehingga mampu membuahkan perkara-perkara yang tidak tercapai oleh akal fikiran orang dewasa. Oleh itu, tugas kita yang sebenar bukanlah untuk mengajar sifat ini kepada mereka, tetapi peranan yang perlu kita mainkan adalah untuk membimbing kelebihan yang dimiliki oleh mereka ke arah yang positif, dan turut memberi galakan yang berterusan untuk mereka menggunakan daya kreativiti yang ada di dalam kehidupan seharian dan aktiviti pembelajaran. Bayangkanlah potensi yang bakal dihasilkan jika imaginasi anak-anak ini dapat diterjemahkan kepada sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh dirinya dan orang disekelilingnya.

 

Anak-anak pada hari ini perlu disiapkan dengan kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka ‘survive’ di dalam dunia yang semakin mencabar. Dan seharusnya, peluang untuk mempelajari ‘survival skills’ ini dicari dengan sebaik mungkin agar benihnya dapat ditanam di dalam diri mereka sejak kecil lagi.

 

Seperti yang kita tahu, sekolah bukanlah satu-satunya tempat untuk anak-anak kita menuntut ilmu dan mempelajari kemahiran yang berguna ini. Malah, telah terbukti bahawa pembelajaran di luar bilik darjah dapat memberikan kesan yang lebih memberi impak yang tinggi terhadap perkembangan pemikiran dan jati diri para pelajar.

CARILAH MOTIVATOR@SPEAKER YANG BERKEMAHIRAN TINGGI DALAM MELONJAKKAN POTENSI PELAJAR2 ANDA.

 

Daya pemikiran kritis, kebolehan menyelesaikan masalah, kolaborasi dan kepimpinan, nilai dinamik, keusahawanan, kemahiran komunikasi, analisis, dan sifat ingin tahu. Kesemua elemen-elemen ini, jika dipraktikkan di dalam pembelajaran, ianya pasti akan membuahkan hasil diluar jangkaan. Lebih-lebih lagi jika aktiviti pembelajaran tersebut turut melibatkan elemen-elemen teknologi terkini seperti pengaturcaraan komputer, robotik, dron, dan elemen penciptaan inovasi seperti animasi, game, fotografi, dan sebagainya.

Mana2 sekolah,ipta,ipts dan kolej yang ingin adakan seminar motivasi & pemikiran kritis ,blehlah menjemput saya ditalian 019 4741209 untuk berbincang tentang modul,haro & tempat program.

 

Sekian, Salam Motivasi dan salam Sukses

 

Tn Abd Ghani Yusof
Konsultan Training/motivator/speaker
Dinamika Diri Training & Services
Sg.Petani,Kedah D.Aman
019 4741209

Monday, March 13, 2023

MENGURUS EPISOD PEKERJA `BERMASALAH` DALAM SYARIKAT@ORGANISASI

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULAHHI WABARAKATUH

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES BUAT SEMUA BOS & JUGA PEKERJA SYARIKAT2 DIMALAYSIA.

MACAMANA DENGAN PRESTASI SYARIKAT@ORGANISASI. DIHARAPKAN SEMUANYA BERJALAN LANCAR.

TOPIK HANGAT MINGGU INI DARIPADA SAYA SELAKU TRAINER KORPORAT& SYARIKAT TENTANG PRESTASI PEKERJA.

Adakah anda sebagai bos@majikan pernah berhadapan dengan soal pekerja yang bermasalah dalam organisasi? Jika ya anda harus mengatasi & menguruskan masalah ini sebelum ia menjadi nanah dalam organisasi anda.

 


Memang cukup sakit bila melihat ada pekerja yang bermasalah dalam organisasi anda. Pekerja bermasalah ini selalunya ponteng kerja, lewat masuk kerja, tidak memberi komitmen terhadap tugasan, tidak mematuhi arahan ketua, tidak menghormati ketua, tidak amanah, suka menganiaya pekerja lain,memburukkan nama organisasi diluar dan berbagai lagi kesalahan yang boleh memberikan tekanan serta kesan kepada organisasi.

 

 


Sememangnya pekerja bermasalah wujud di mana-mana organisasi, tidak kira sama ada kecil atau besar. Pekerja bermasalah pula tidak semestinya terdiri daripada mereka yang berpangkat rendah tetapi juga melibatkan golongan atasan.

 

Untuk menangani pekerja yang bermasalah bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, ia harus dibendung secepat mungkin oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana ia boleh membuat organisasi itu sendiri kehilangan pekerja yang komited dengan tugas mereka, dek kerana bosan berurusan dengan pekerja yang sering memberi masalah kepada mereka.

 


Sebagai seorang ketua & bos syarikat yang mahukan perubahan supaya pekerjanya disiplin dan komited dengan kerja, ia perlu mengetahui cara untuk mengatasi masalah ini, seperti :

 

1. Berbincang Dan Bersemuka Dengan Pekerja itu Sendiri

 

Lakukan perbincangan secara bersemuka(F2F) dengan individu tersebut, dan mencari punca yang menyebabkan individu tersebut melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, khususnya ponteng kerja dan melaksanakan tugas dengan sambil lewa tanpa rasa bertanggunjawab sebagai seorang pekerja di sesebuah organisasi. Apakah perkara utama atau masalah utama yang membuatkan mereka melakukan kesalahn tersebut. Mulakan perbualan atau perbincangan secara formal dan bersendirian tanpa melibatkan individu lain, agar pekerja tahu bahawa ini adalah perbincangan mengenai isu penting dan dapat menyelami isi hati pekerja secara lembut tanpa paksaan.

 


2. Lakukan Pemantauan Awal & berkala Terhadap Pekerja Anda

 

Walau sesibuk manapun tugas anda sebagai ketua pejabat@bos organisasi, luangkan sedikit masa untuk selalu berjumpa pekerja-pekerja anda tidak kira pekerja yang bermasalah dan tidak bermasalah dengan berkomunikasi dengan mereka, supaya jurang antara bos dengan pekerja dapat dikurangkan dan pekerja cukup selesa untuk berkongsi permasalahan mereka. Hal ini kerana, keadaan ini akan mewujudkan suasana yang sihat & ceria dalam sesebuah organisasi tersebut.

 


3. Cipta Satu Sistem Ganjaran Pekerja/Reward Pekerja kita

 

Organisasi harus melaksanakan atau memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat dengan cemerlang mengikut kemampuan organisasi itu sendiri, seperti memberi bonus, anugerah ataupun pakej percutian kepada pekerja, cuti atau sebagainya yang relevan, mengikut kategori seperti kedatangan pekerja itu cemerlang, perkhidmatan pekerja cemerlang dan sebagainya .

 

4. Sediakan Suasana Kerja Yang Santai & Ceria

 

Elakkan daripada memberi tekanan melampau kepada pekerja untuk melakukan tugasan yang diberi. Beri ruang dan waktu untuk mereka menlaksanakan tugasan yang diberi sebelum ini dahulu, atau jika tugasan itu penting maka berikan sedikit kelonggaran kepada pekerja tersebut untuk menangguhkan dahulu tugasan yang sebelumnya.. Mungkin harus melakukan aktiviti seperti Ice Breaking sebelum memulakan kerja.

 


5. Sediakan Ruang Kenaikan Pangkat/Gaji Kepada Pekerja

 

Sediakan ruang kenaikan pangkat atau gaji kepada pekerja yang berpotensi dan cemerlang dalam organisasi anda. Kaedah ‘reward’ merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh sesebuah syarikat bagi mengelakkan pekerja mereka yang cemerlang, berpindah ke syarikat lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada mereka.Para pekerja akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas mereka jika ada ‘reward’ yang sedang menanti mereka. Selain itu, secara tidak langsung persaingan sihat akan wujud dalam organisasi anda.

 JIKA ADA MANA-MANA SYARIKAT@ORGANISASI AWAM SERTA SWASTA YANG NAK JEMPUT SAYA MENGURUSKAN TRAINING@KURSUS BAGI MENGURUSKAN PEKERJA YANG BERMASALAH ATAU MEMANTAPKAN LAGI PENGURUSAN ORGANISASI KALIAN,BOLEHLAH HUBUNGI MR ABD GHANI@MR AGY UNTUK HANDLE PROGRAM TERSEBUT.INSYAALLAH,JIKA DIBERI PELUANG KITA AKAN CUBA MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN SYARIKAT@ORAGNISASI KALIAN.


HUBUNGI SAYA DITALIAN : 019 4741209 ATAU PA SAYA ( PN EFFA) DITALIAN:0194001209 UNTUK BERTANYAKAN TARIKH DAN MODUL YANG SESUAI.INSYALLAH ,BAYARAN YANG DIKENAKAN HANYA SEDIKIT SAHAJA BERBANDING IMPAK YANG BAKAL DITERIMA.INSYAALLAH.


SEKIAN SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES


YANG BERUSAHA MENGUBAH POSISI SYARIKAT KALIAN


TN ABD GHANI YUSOF AL GANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019 4741209

 

Wednesday, March 1, 2023

PERLU BIJAK DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI BUAT SEMUA

5 Strategi yang Mesti Dilakukan Saat Mengambil Keputusan

Membuat keputusan apatah lagi untuk hal@perkara yang besar bukanlah satu perkara yang mudah. Terlebih lagi jika keputusan yang Anda buat nantinya akan memberi kesan pada orang ramai. Lantas, bagaimana cara membuat keputusan yang tepat untuk mengelak kesan buruk yang mungkin muncul? jom ikuti berbagai tips berikut ini.

 


Tips untuk membuat keputusan dengan tepat

Agar keputusan yang Anda buat semakin mantap, berikut beberapa tips yang perlu Anda ikuti, iaitu:

 

1.Buatlah keputusan saat sedang fokus dan tidak terburu-buru

Jjangan sekali-kali memutuskan sesuatu ketika Anda dalam keadaan yang agak kalut dengan fikiran bercabang. Seburuk apapun keadaannya dan sesempit apapun waktunya Anda harus berusaha untuk fokus sejenak.

 

Dr. Jeremy Nicholson, psikolog sosial dan keperibadian sekaligus pembantu di Behavioral Economics Department, The Chicago School of Professional Psychology, menyatakan bahwa waktu terbaik untuk membuat keputusan yang besar dan penting iaitu saat sedang dalam keadaan santai, fokus, dan berenergi.

 


Hal ini kerana pemikiran yang kompleks memerlukan perhatian, motivasi, dan juga kemampuan mengendalikan diri yang baik. Nah ketika Anda sedang kalut dan banyak fikiran maka fikiran sulit tak fokus kerana tubuh sudah letih dan tidak bermaya

Untuk itu, ada baiknya untuk mengambil keputusan di pagi hari saat Anda baru saja hendak memulai aktiviti hidup. Dengan begitu, Anda mampu mempertimbangkan sisi baik dan buruk dari keputusan yang akan dibuat secara fokus tanpa pikiran yang berbelah bagi. Jangan pernah membuat keputusan secara terburu-buru kerana Anda tidak akan mampu berfikir secara logok & teratur.

2. Mengumpulkan fakta sebanyak-banyaknya

 

Anda takkan mampu membuat keputusan hanya kerana mengambil informasi & makulmat dari satu pihak saja. Meskipun Anda memiliki banyak waktu dan berada dalam kondisi fokus tetapi jika informasi yang Anda miliki hanya sedikit sebelum membuat ia takkan Berjaya.

 

Apalagi jika ternyata informasi yang Anda miliki hanya dari pendapat persorangan tanpa didukung fakta yang jauh lebih kuat. Untuk itu, sebelum Anda memutuskan sesuatu, ada seharusnya & sebaiknya untuk mengumpulkan semua fakta dan informasi yang berkaitan dengan keputusan yang Anda buat.

 


Mengumpul kelengkapan informasi yang sudah biasa dipastikan kebenarannya akan membantu Anda mengurangi ketidakpastian dalam sesuatu pilihan. Dengan begitu Anda mampu membuat pilihan terbaik dari yang baik.

 

3. Tetap terbuka untuk semua kemungkinan yang ada

Saat data mulai terkumpul, Anda mulai boleh meletakkannya sesuai dengan masalah yang ada. Dalam proses ini, berbagai fakta mulai dari yang diharapkan hingga yang sama sekali tidak Anda harapkan akan muncul di depan mata. Saat menghadapi hal ini, selalu ingat dan fikirkan kesan & akibat apa yang akan terjadi selanjutnya.

 


Jangan menutup mata terhadap berbagai fakta yang Anda temukan. Sebaliknya, Anda perlu bersikap terbuka untuk semua kemungkinan yang ada, termasuk yang tidak Anda sukai sekalipun. sebabnya, sering kali orang terus menyimpulkan pandangan sesuai dengan yang ia inginkan, bukan dari fakta yang ditemukan.

 


Dengan tetap fikiran terbuka untuk semua kemungkinan yang ada, Anda akan terhindar dari keputusan yang hanya akan memberikan kesam “menyenangkan” untuk sementara waktu tetapi ia ternyata beri kesan buruk untuk jangka panjangnya.

4. Jangka kesan positif dan negatif yang akan diterima

Sebuah keputusan pasti akan memberikan kesan, baik positif mahupun negatif. Jika Anda tidak pasti mana yang akan dipilih di antara beberapa pilihan. yang menurut Anda baik cuba lakukan hal ini. Tulislah senarai kesan positif dan negatif yang akan Anda terima pada setiap pilihan keputusan yang akan diambil dalam sehelai kertas.

 

Sekarang cuba bandingkan, kira-kira mana yang paling banyak membawa keuntungan tetapi minimakan risiko di antara pilihan keputusan tersebut. Jika sudah menemukannya, maka Anda bisa memilih pilihan lainnya terutama yang minima keuntungan tetapi besar risikonya.

 

5. Cuba ubah pandangan menjadi orang lain

Saat keputusan yang akan Anda buat sudah semakin menjurus pada satu hal, maka yang perlu dilakukan iaitu menilai kembali. semak kembali apakah keputusan ini telah menjawab permasalahan yang sedang Anda hadapi.

 

Penelitian dalam jurnal Psychological Science menemukan fakta ketika Anda mampu meletakkan diri sebagai orang lain, maka kecenderungan orang lain untuk membuat pilihan yang kurang bijak akan berkurang.


JIKA ADA MANA MANA SEKOLAH,UNIVERSITI,IPTA,IPTS ,AGENSI KERAJAAN ATAU SWASTA YANG MEMERLUKAN TENAGA PENCERAMAH MOTIVASI UNTUK PROGRAM YANG DIADAKAN ,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN 019 4741209 UNTUK BERTANYAKAN TENTANG MODUL,TARIKH,HARI DAN TEMPAT YANG SESUAI DIADAKAN PROGRAM TERSEBUT.

KAMI DI DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES BERSEDIA MEMBANTU MEMBERIKAN IDEA & CADANGAN UNTUK MEREALISASIKAN HAJAT ANDA.


SEKIAN, SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI


SYEIKH GHANI AL GANUNI
MOTIVATOR/SPEAKER/TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
DINAMIKA DIRI TRAINING & SERVICES
SG.PETANI,KEDAH DARUL AMAN
019 4741209@019 4001209

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...