YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Thursday, October 31, 2013

KITA SUDAH `SUPER` SEJAK DILAHIRKAN !

Alhamdulillah..pejam celik,pejam celik kita dah pun nak sampai ke penghujung tahun.Hari ini tanggal 1 hb November 2013,maka bermulalah fasa terakhir kita melunaskan kerja-kerja kita yang masih berbaki 2 bulan lagi. Samada suka atau tidak suka,kita mesti membuat penilaian semula terhadap apa yang telah kita lakukan di 10 bulan yang lepas ! Samada berjaya,kurang berjaya atau gagal,ianya bergantung kepada kesungguhan,komitmen,usaha,doa dan tawakkal kita pada Allah SWT.

SUPER satu perkataan yang merujuk kepada makna HEBAT,CEMERLANG,MANTAP dan BERKUALITI TINGGI. Semua orang ingin menjadi manusi Super ! samada berstatus anak..berstatus pelajar..berstatus Guru..berstatus penjawat awam,berstatus IBu-Bapa dan apa juga jawatan & kedudukan yang kita pegang,kita mahu diiktiraf sebagai INSAN SUPER !

Sebenarnya sejak dilahirkan kita sudah berstatus SUPER..Jika dilihat pada kejadian manusia sendiri,daripada berjuta sperma yang mampu menerobos masuk kedalam Ovum / dinding rahim adalah hanya 1 sahaja .Inilah benih yang TERBAIK,Paling Hebat,Paling Cemerlang dan Paling SUPER.Maka terbukti lah,kita sebenarnya sudahpun berstatus SUPER sejak bergelar bayi.

Cuma untuk memastikan tahap keSUPERan kita itu terus kekal,maka peranan perlu dimainkan oleh semua pihak termasuklah ibu-bapa kita ( proses mendidik secara cemerlang ),Guru-guru kita disekolah ( mentarbiah & mendidik kit secara Cemerlang ),seterusnya diri kita sendiri apabila meningkat dewasa ( proses mengekalkan tahap SUPER kita )..

Maka tahap SUPER kita itu perlu dijana,dikembangkan,dibangunkan dan dilonjakkan semaksima mungkin agar ia terus kekal menjadi SUPER hingga keakhir hayat.
Jom,bersama-sama dengan pihak kami di KONSULTAN JANA INSAN untuk membangunkan minda,fizikal dan rohani agar terus kekal menjadi manusia SUPER dengan berlandaskan modul MODID yang penuh variasi dan mampu melonjakkan prestasi kita.

Sekian,Sambutlah Salam SUPER dari kami di KONSULTAN JANA INSAN

yang bersedia membangunkan Insan Super

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi & Master Trainer
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah
019-4741209 @ 04-4246033

Saturday, October 19, 2013

KITA WAJIB MERUBAH DIRI KITA - KESEMPURNAAN & KEHEBATAN PERLU DICARI..





SEMALAM...Tanggal 19.10.2013 ( Sabtu ) berkelana ke Bumi Taiping Perak bagi memotivasikan pelajar2 calon SPM 2013 bagi Kolej Vokasional Taiping buat julung2 kalinya. Sebenarnya sudah lama pihak Kaunselor & pengurusan Kolej Vokasional Taiping berusaha membawa saya & jenama motivasi MODID kendalian saya ke KVT ,hanya kali ini berpeluang merealisasikannya..Alhamdulillah,syukur pada Tuhan kerana menjadikan Impian bertukar menjadi kenyataan.

Program sehari suntuk ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.45 petang. Sebanyak 3 slot Utama telah ditonjolkan dalam program ini :

1. Slot 1 ( 8.30 am - 10.30 am ) : Ceramah Motivasi Utama yang penuh Informatik,energetik,dramatik & BERAPI yang bertemakan : Jangan Toleh KeBelakang Lagi - Hidupku Bermatlamat,Matlamat Hidupku...

2. Slot 2 ( 11.00 am - 1.00 pm ) : Ceramah Motivasi kedua yang lagi menghangatkan & menceriakan bertemakan : Super Student VS Normal Student : Mana pilihan Kalian ?

3. Slot 3 ( 2.30 pm - 4.30 pm ) : Sesi Cungkil Potensi,Bakat & Gali Kualiti Diri : Himpunan aktiviti Uji minda ,IQ,Nyanyian lagu motivasi,sesi interaktif dan diakhiri dengan sesi Katarsis...

Alhamdulillah,respon cukup memberangsangkan dan memberi impak yang positif buat pelajar2 SPM Kolej Vokasional Taiping.

Semoga kita berjumpa lagi dilain-lain program pada masa akan datang,InsyaAllah..Thanks to Mr Kaunselor Tn Kamalul Zaman yang setia menghubungi saya sejak awal tahun lagi untuk menempah diri saya sebagai Motivator Utama bagi program tersebut !

Jasa anda,penghargaan anda dan penghormatan anda buat saya,akan saya kenang sampai bila-bila..

Salam Sukses dan Salam Motivasi

Tn.Abd.Ghani Yusof
Master MODID & Senior Motivator
Konsultan Jana Insan
SP,Kedah.
019-4741209 @ 04-4246033

Thursday, October 17, 2013

KEJAYAAN MILIK SEMUA - SEMUA ORANG BERHAK UNTUK BERJAYA

KEJAYAAN ! PASTI MEMBAHAGIAKAN..
KEJAYAAN ! PASTI MENCERIAKAN..
KEJAYAAN ! PASTI MEMBANGGAKAN..
KEJAYAAN ! PASTI MENGUNDANG KESERONOKAN
KEJAYAAN ! PASTI MENJADI KENANGAN TERINDAH ...

KEJAYAAN MILIK SEMUA ORANG !
KEJAYAAN MILIK MEREKA YANG BERUSAHA !
KEJAYAAN MILIK MEREKA YANG KONSISTEN !
KEJAYAAN MILIK MEREKA YANG SABAR !
KEJAYAAN MILIK MEREKA YANG KONSISTEN !
KEJAYAAN MILIK MEREKA YANG TIDAK PERNAH KENAL ERTI KEGAGALAN !
KEJAYAAN MILIK MEREKA YANG INGIN BERUBAH !
KEJAYAAN MILIK MEREKA YANG MAHUKAN ANJAKAN DALAM HIDUP !

KEJAYAAN BUKAN HANYA MILIK ORANG KAYA SAHAJA !
KEJAYAAN BUKANNYA MILIK MEREKA YANG HEBAT-HEBAT SAHAJA !
KEJAYAAN BUKAN HANYA MILIK MEREKA YANG BERKEDUDUKAN TINGGI SAHAJA !
KEJAYAAN BUKAN HANYA MILIK MEREKA YANG SEMPURNA SIFAT SAHAJA !
KEJAYAAN BUKAN HANYA MILIK MEREKA YANG CANTIK,LAWA & HANDSOME SAHAJA !
KEJAYAAN BUKAN HANYA MILIK MEREKA YANG GLAMOUR SAHAJA !

KEJAYAAN MILIK SEMUA !
KEJAYAAN MILIK ANAK KAMPUNG !
KEJAYAAN MILIK ANAK PETANI !
KEJAYAAN MILIK ANAK PEKEBUN !
KEJAYAAN MILIK ANAK NELAYAN !
KEJAYAAN MILIK ANAK PESARA !
KEJAYAAN MILIK ANAK TUKANG GUNTING !
KEJAYAAN MILIK ANAK ORANG MISKIN !
KEJAYAAN MILIK ORANG YANG KURANG SEMPURNA !'
KEJAYAAN MILIK SESIAPA SAHAJA !

AYUH..KITA SAMA-SAMA KITA KEJAR KEJAYAAN TANPA MENGIRA SIAPA KITA & STATUS KITA !

INGATLAH ! KEJAYAAN ADALAH MILIK SEMUA !

YANG BERSEDIA MENGGERAKKAN POTENSI ORANG LAIN

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO & MASTER TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH.
019-4741209 @ 04-4246033

Saturday, October 5, 2013

KITA ADA KUASA,PENGARUH & KEKUATAN- KITA MAMPU JADI LEBIH HEBAT





SEBENARNYA KITA MILIKI SEGALANYA UNTUK MENJADI LEBIH HEBAT & BERKEMAMPUAN..
KITA PUNYAI AURA TERSENDIRI
KITA PUNYAI SEMANGAT 
KITA PUNYAI KEMAHUAN
KITA PUNYAI NIAT YANG BAIK
KITA PUNYAI NALURI
KITA PUNYAI MINDA YANG HEBAT
KITA PUNYAI KEINGINAN
KITA PUNYAI DORONGAN
KITA PUNYAI MOTIVASI
KITA PUNYAI CETUSAN IDEA
KITA PUNYAI SEGALANYA
JANGAN LABEL DIRI ANDA DENGAN LABEL YANG NEGATIF
SEMARAKKAN AURA POSITIF & CAS-CAS POSITIF
AKAL TERUS KEKAL BERTENAGA & BERKUASA
ANDA BERHAK UNTUK JADI HEBAT !

MODUL MOTIVASI MODID MAMPU UNTUK MENGGERAKKAN POTENSI ANDA SEMUA !

YES ! KITA MAMPU MERUBAHNYA

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

Friday, October 4, 2013

TERUS KONSISTEN MENYAMPAIKAN AMANAH - PROGRAM BERSAMA PDRM BUKIT AMAN




ALHAMDULILLAH..KEPERCAYAAN DARIPADA ORGANISASI,JABATAN,KEMENTERIAN & BADAN BERKANUN TERUS DITERIMA. KALI INI PULA BERSAMA WARGA PDRM BUKIT AMAN. SETELAH 2 HARI BERCAKAP TENTANG KEJAYAAN DIDALAM EXAM BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SPM SMA KHAIRIAH & SMAASZA BATU BURUK PADA 29.9.2013 & 30.9.2013,KOMITMEN DITERUSKAN LAGI DI BUMI KELAHIRAN SAYA TERENGGANU. KALI INI ( 1 & 2.10.2013 ) SAYA BERSAMA WARGA PDRM BUKIT AMAN DI PRINZPARK HOTEL & RESORT BATU BURUK,KUALA TERENGGANU.

KURSUS YANG DIJENAMAKAN DENGAN `SEMINAR TRANFOSRMASI DIRI PENJANA KUALITI ORGANISASI ` TELAH MENCAPAI KEJAYAAN YANG CUKUP MEMBERANGSANGKAN. KOMITMEN & KESUNGGUHAN YANG DITUNJUKKAN OLEH PSESERTA KURSUS CUKUP MEMBANGGAKAN SAYA.

ANTARA KANDUNGAN MODUL KURSUS YANG TELAH SAYA UTARAKAN :

1- TRANSFORMASI DIRI vs TRANSFORMASI ORGANISASI
2- KERJA VS KELUARGA
3- SEMANGAT KERJA BERPASUKAN
4- MENGURUS TEKANAN SECARA BIJAKSANA
5- BUDAYA KERJA CEMERLANG

ALHAMDULILLAH, SEMUA PESERTA CUKUP TERUJA,CERIA DAN SPORTING SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN.

TERIMAKASIH SAYA UCAPKAN KEPADA PIHAK PDRM BUKIT AMAN TERUTAMANYA TUAN INSPEKTOR RAHIZ SELAKU PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGURUSKAN KURSUS TERSEBUT KERANA SUDI MENJEMPUT DAN PERCAYA DENGAN KUALITI,KREDIBILITI DAN PENGARUH YANG ADA PADA DIRI SAYA.

SEMOGA DILAIN MASA KITA BOLEH LAGI BEKERJASAMA DALAM KURSUS-KURSUS YANG LEBIH ADVANCE.

SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER & CEO 
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

KEMBALI MENABUR BAKTI DI SMAASZA ( SEKOLAH KLUSTER )- PULANG KE LUBUK





SETELAH SEHARIAN BERCAKAP TENTANG KEJAYAAN & SUKSES BERSAMA PELAJAR SPM SEK.MEN.AGAMA KHAIRIAH DI YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU PADA 29.9.2013 YANG LALU,KEESOKANNYA PULA ( 30.9.2013 ) MEMENUHI JEMPUTAN SEKOLAH LAMA SAYA SMAASZA BATU BURUK. KETIBAAN SAYA DISAMBUT OLEH 2 ORANG PEGAWAI JPN TERENGGANU & PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI SMAASZA TERMASUK PENGETUA CEMERLANG TN HJ HASHIM EMBONG.

ALHAMDULILLAH KESEMPATAN SELAMA 3 JAM TELAH DIMANFAATKAN UNTUK MENYUNTIK SEMANGAT PELAJAR-PELAJAR SPM SMAASZA.
BEBERAPA FOKUS UTAMA TELAH SAYA UTARAKAN DALAM SESI CERAMAH TERSEBUT,ANTARANYA:

1- BANDING BEZA ANTARA IQ & EQ DALAM MENENTUKAN KEJAYAAN SESEORANG
2- PENGARUH DAN KUASA YANG ADA PADA DIRI KITA
3- KUASA KEHENDAK & KEMAHUAN MENENTUKAN KEJAYAAN
4- TIPS SEBAGAI SEORANG PELAJAR CEMERLANG
5- LINGKARAN & KITARAN SANG `PEMENANG` & SI `GAGAL`

ALHAMDULILLAH,WALAUPUN HANYA 3 JAM MASA YANG DIPERUNTUKKAN,NAMUN NAMPAKNYA ADA RIAK WAJAH `TERKESAN` DAN `TERMOTIVASI` DEK PENANGAN CELOTEH GARANG,LAWAK,SINIS,SEDIH ,GEMERSIK DAN LUNAK DARI SAYA.

SEMOGA PELAJAR-PELAJAR SMAASZA BATU BURUK TERUS CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KO AKADEMIK.SEMOGA MEREKA SEMUA BERJAYA DIDUNIA & AKHIRAT ! AMIN YA RABBAL ALAMIN.

YANG MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI
019-4741209 @ 04-4246033