YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Monday, April 21, 2014

LADAP ( LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ) MODUL TEAM BUILDING ALA MODID-SMAASZA AKU DATANG LAGI...








ALHAMDULILLAH..SETELAH MENGHARUNGI PERJALANAN YANG PANJANG DARI UTARA MENGHALA KE BUMI KELAHIRAN TERCINTA,TERENGGANU DARUL IMAN SELAMA HAMPIR 7 JAM, AKHIRNYA TIBA JUA KEDESTINASI YANG DITUJU DENGAN SELAMATNYA.

SEPERTI YANG DIRANCANG & DIJADUALKAN, 18.4.2014 ( JUMAAT ) & 19.4.2014 ( SABTU ) BERLANGSUNGNYA PROGRAM TEAM BUILDING WARGA KERJA SMAASZA,SEKOLAH KLUSTER BERPRESTASI TINGGI TERULUNG DITERENGGANU ,BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA SMAASZA.

INILAH KALI PERTAMA WARGA SMAASZA DI DEDAHKAN DENGAN PROGRAM TEAM BUILDING YANG AGAK SANTAI,SEMPOI TAPI PENUH DENGAN INPUT2 YANG BERGUNA !
ALHAMDULILLAH,SAMBUTAN YANG DITERIMA CUKUP BAIK,POSITIF DAN MENDAPAT PUJIAN SELURUH WARGA SMAASZA.

SELAIN DIHIDANGKAN DENGAN CERAMAH RINGKAS TENTANG KONSEP PEMANTAPAN PASUKAN & PENGUKUHAN PASUKAN,PARA PESERTA TERPAKSA MELALUI BERBAGAI AKTIVITI-AKTIVITI BERSAMA YANG MANA DIDALAMNYA DITERAPKAN DENGAN NILAI-NILAI TEAM BUILDING & NILAI KEBERSAMAAN YANG TINGGI.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN SEHINGGA MENGGAMATKAN DEWAN UTAMA SMAASZA IALAH :

1- LATIHAN DALAM KUMPULAN
2- PEMBINAAN SLOGAN,PESANAN DAN IKRAR KUMPULAN
3- AKTIVITI TEAM BUILDING YANG MENYERONOKKAN
4- BINA LEGASI KITA ( BINA BINAAN MENGGUNAKAN BULUH LIDI & PLATESIN )
5- UJI IQ TEST
6- INI BUMI KITA
7- OMBAK MENYATUKAN KITA
8- MENJUNJUNG MARUAH
9- TIADA DUSTA ANTARA KITA
10- SESI REFLEKSI

ALHAMDULILLAH,RESPON DARI KAUNSELOR,PENGETUA CEMERLANG SMAASZA,TN.HJ.HASHIM EMBONG DAN SEMUA PESERTA AMAT MEMBERANGSANGKAN YANG TELAH MELONJAKKAN LAGI SEMANGAT & MOTIVASI DIRI SAYA UNTUK TERUS MENYUMBANG BAKTI KEPADA UMMAH.

SESUNGGUHNYA SAYA & TEAM MODID AKAN TERUS BERJUANG MENINGKATKAN KUALITI UMMAH PADA MASA-MASA MENDATANG SELAGI MANA KAMI DIPERLUKAN.

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER & SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SP,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

Tuesday, April 15, 2014

MODUL `TEKNIK MEMIKAT PELANGGAN ` BERJAYA DISEMPURNAKAN -JAKEL











ALHAMDULILLAH..PADA 14.4.2014 BERTEMPAT DI INSPIN,ALOR SETAR BERLANGSUNG SEMINAR` SEHARI PENINGKATAN KUALITI PEKERJA KORPORAT `ANJURAN PENGEDAR TEKSTIL DAN KAIN TERBESAR DISEBELAH UTARA `JAKEL`

PROGRAM BERMULA SEAWAL JAM 8.30 PAGI DAN BERAKHIR PADA JAM 4.30 PETANG. SEBANYAK 3 SLOT TELAH DISAMPAIKAN ( 6 JAM ). SLOT-SLOT TELAH DIKENDALIKAN SECARA PROFESIONAL OLEH TRAINER SAYA USTAZ ZHOF DAN SAYA SENDIRI SELAKU MASTER TRAINER.

ANTARA KANDUNGAN MODUL `TEKNIK MEMIKAT PELANGGAN SECARA PROFESIONAL` IALAH :

1- KREDIBILITI SEORANG LEADER KORPORAT `JAKEL`
2- AURA & KUALITI SEORANG KETUA KORPORAT 
3- TEKNIK MEMIKAT PELANGGAN SECARA PROFESIONAL
4- TEKNIK MEMUJUK PELANGGAN
5- TEKNIK MEMPENGARUHI MOOD & EMOSI PELANGGAN
6- MENANGANI SIKAP PELANGGAN YANG EGO
7- TEKNIK MEMENANGI SEMULA PELANGGAN YANG LARI & BERPALING TADAH
8- TEKNIK MEMUKAU PELANGGAN DENGAN SKILL KOMUNIKASI TERANCANG
9-  TEKNIK MENGEMBALIKAN SEMULA KEYAKINAN PELANGGAN YANG KIAN PUDAR
10- TEKNIK MENEGUR PEKERJA BAWAHAN YANG BERMASALAH

ALHAMDULILLAH,RESPON YANG DITERIMA CUKUP POSITIF. DIFAHAMKAN PENGARAH URUSAN JAKEL MEMOHON UNTUK DIADAKAN LAGI KURSUS INI SECARA BERSIRI BAGI MENINGKATKAN LAGI KUALITI PENYAMPAIAN PARA JURUJUAL JAKEL YANG TELAH SAYA JENAMAKAN SEMULA SEBAGAI `EKSEKUTIF JUALAN`.

SEMOGA PERKONGSIAN SELAMA SEHARI ITU MAMPU MENINGKATKAN KUALITI DIRI DAN SEMANGAT YANG ADA PADA DIRI PETUGAS JAKEL.

SEMOGA SYARIKAT `JAKEL ` YANG SAHAMNYA SERATUS PERATUS MILIK BUMIPUTERA INI MAMPU BERSAING DIPERSADA PERNIAGAAN DAN MAMPU MUNCUL ANTARA PEMBEKAL & PENGEDAR TEKSTIL BERTARAF DUNIA,INSYAALLAH.

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO & MASTER TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
019-4741209 @ 04-4246033

Friday, April 11, 2014

MODUL `SENI MEMPENGARUHI PELANGGAN` - KHUSUS BUAT KORPORAT


ALHAMDULILLAH..PERMINTAAN DARI SYARIKAT-SYARIKAT KORPORAT SEMAKIN MENINGKAT . KEPERCAYAAN KEPADA MODUL `MODID` TERUS BERTAMBAH DARI SEHARI KE SEHARI.

KINI TERCIPTA & TERBINA SATU LAGI MODUL `BERPENGARUH` DAN `BERIMPAK TINGGI` YANG MAMPU MENARIK PELANGGAN KORPORAT . 

SEBENARNYA MODUL INI TERHASIL DISEBABKAN PERMINTAAN OLEH SYARIKAT GERGASI PENGEDAR TEKSTIL `JAKEL ` ALOR SETAR.

ATAS KOMITMEN TINGGI KAMI DALAM MEMBANTU SYARIKAT-SYARIKAT KORPORAT UNTUK MERAIH SOKONGAN PELANGGAN & MENCIPTA KEJUTAN BUAT PELANGGAN,MAKA TERHASILLAH MODUL YANG CUKUP BERPENGARUH INI.

MODUL INI DIBERI NAMA `TEKNIK MEMPENGARUHI PELANGGAN SECARA PROFESIONAL`.ANTARA KANDUNGAN MODUL INI IALAH :

1- BAGAIMANA MERAIH SOKONGAN PELANGGAN ( TIPS BERPENGARUH MENARIK PELANGGAN )
2- BAGAIMANA MENCIPTA PELUANG MERAIH KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN
3- BAGAIMANA MENGATASI MASALAH PERSAINGAN DARI JENAMA LAIN
4- BAGAIMANA KAEDAH TERBAIK MEMIKAT & MEMUJUK PELANGGAN
5- BAGAIMANA MENCIPTA REPUTASI YANG BAIK TERHADAP KUALITI BARANGAN & KUALITI SYARIKAT
6- BAGAIMANA KAEDAH TERBAIK MENANGANI KERENAH PELANGGAN YANG PELBAGAI
7- BAGAIMANA CARA TERBAIK UNTUK TERUS MENGEKALKAN PELANGGAN YANG ADA
8- BAGAIMANA KAEDAH @ CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN KUALITI JUALAN
9- BAGAIMANA UNTUK KEKAL MENJADI PILIHAN UTAMA ,TANPA TERGUGAT OLEH PERSAINGAN
10- PELBAGAI TIPS MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN

DENGAN TERBINANYA MODUL INI,DIHARAPKAN IANYA DAPAT MEMBANTU SYARIKAT-SYARIKAT JUALAN BARANGAN @ MANA-MANA KORPORAT BERDIRI SAMA TINGGI DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT YANG SUDAH ADA NAMA & GAH !

MODUL INI BOLEH DITERJEMAHKAN DALAM SEMINAR SEHARI YANG MEMAKAN MASA SELAMA 6 JAM ( 3 SLOT UTAMA ) ,BERMULA JAM 8.30 AM SEHINGGA 4.30 PETANG.

JIKA ANDA MERASAKAN SYARIKAT @ ORGANISASI ANDA PERLU DIMOTIVASIKAN DAN INGIN MENINGKATKAN JUALAN,BOLEHLAH MENGGUNA PAKAI MODUL YANG TERSEDIA INI.

JANGAN RISAU PASAL BAYARAN KHIDMAT KONSULTAN,KERANA IANYA CUKUP BERBALOI DAN KOMPETETIF.

BERMINAT ? SILAKAN BERTANYA KEPADA YANG PAKAR !

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER & SENIOR SPEAKER
FOUNDER MODUL MODID
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH D.AMAN
019-4741209 @ 04-4246033

Thursday, April 10, 2014

MODUL BARU `TEKNIK PENGARUHI STUDENT`-HOW TO TACKLE @ INFLUENCE YOUR STUDENT`

MASA TERUS BERUBAH ! APAKAH KAEDAH PENGAJARAN KITA TERUS BERUBAH @ MASIH DITAKUK LAMA ?

PENDIDIK,GURU @ PENSYARAH YANG HEBAT AKAN SENTIASA MEMBUAT REFLEKSI DIRI DALAM MENINGKATKAN KUALITI DIRI & KUALITI PENGAJARAN SUPAYA PELAJAR2 MAMPU MENERIMA APA YANG DIAJAR.

PELBAGAI MODUL,KAEDAH & TEKNIK TELAH DIPERKENAL UNTUK MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN !

KINI ,SAYA TELAH MENGHASILKAN SATU MODUL `MAGNETIK` & `BERPENGARUH` UNTUK DIGUNA PAKAI OLEH GOLONGAN PENDIDIK DALAM MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN,SEKALIGUS MAMPU MENARIK MINAT PARA PELAJAR UNTUK TERUS KEKAL MENERIMA KITA SEBAGI TENAGA PENGAJAR MEREKA !

ANTARA KANDUNGAN MODUL `HOW TO INFLUENCE YOU STUDENT` IALAH :

1- KAEDAH MENJADI GURU BERPENGARUH
2- KAEDAH MENANGANI PELAJAR MALAS & BERMASALAH
3- KAEDAH & TIPS BERPENGARUH UNTUK MENJADI PENDORONG KEPADA PELAJAR
4- TIPS MERANGSANG PELAJAR
5-TIPS MENINGKATKAN SEMANGAT BELAJAR DIKALANGAN PELAJAR
6- TIPS BERPENGARUH MENJADI GURU YANG DISAYANGI
7- TIPS MENEGUR YANG LEBIH FEISEN & BERHEMAH
8- TIPS MENJADI GURU YANG PENUH `AURA`
9- TIPS MEMOTIVASIKAN PELAJAR SECARA PROFESIONAL
10-TIPS MELAHIRKAN PELAJAR2 CEMERLANG

MODUL INI AMAT SESUAI UNTUK DIJADIKAN MODUL PROGRAM SEHARI `LADAP` BAGI WARGA PENDIDIK DAN JUGA BOLEH DIJADIKAN SEMINAR SEHARI UNTUK MELENGKAPKAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN !

JIKA BERMINAT,APA TUNGGU LAGI ! HUBUNGI KAMI SEBELUM PERTENGAHAN TAHUN ! JANGAN BIARKAN PELAJAR2 KITA DIMOMOKKAN DENGAN TEKNIK,STAIL DAN KAEDAH LAPUK DALAM SISTEM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KITA !

ANDA BERMINAT,KAMI HARGAI !

HUBUNGI KAMI :
TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER & SENIOR COACH
MODUL `MODID`
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

Saturday, April 5, 2014

KAREKTOR MOTIVATOR BERPRESTASI TINGGI

Ciri-ciri Motivator & Speaker Berpengaruh :
1- Jaga penampilan agar nampak pro
2- Lontaran suara yang lantang & gemersik
3- Karektor yang mengkagumkan
4- Bicara yang menyentuh perasaan
5- Mampu merubah suasana & mood ( contoh mood sedih tukar mood gembira )
6- Mampu berinteraksi cemerlang dengan audiens
7- Menguasai pentas dengan cukup bijak
8- Memek wajah & riak muka yang cukup meyakinkan audiens
9- Mampu mengubah tone suara ikut kesesuaian mood & emosi peserta
10-Pelbagai kemahiran dimiliki - Multiskills

Jika anda miliki ciri-ciri ini,Anda jangan toleh kebelakang lagi....