YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Tuesday, July 31, 2012

ANTARA IMPIAN,HARAPAN & KEHENDAK

SEMUA ORANG PUNYAI IMPIAN..IMPIAN ADALAH SATU `HARAPAN` SAMADA IANYA MAMPU DIRAIH ATAU `GAGAL` DIMILIKI.BAGI MERAIH SEBUAH IMPIAN AGAR MENJADI KENYATAAN IANYA BERGANTUNG KEPADA BANYAK FAKTOR. IMPIAN MAMPU MENJADI KENYATAAN JIKA JALAN-JALAN MENUJU KEARAH ITU KITA SEMPURNAKAN SEBAIK MUNGKIN.BERPEGANGLAH KEPADA PRINSIP:

1.KEJAYAAN TAKKAN HADIR TANPA USAHA. BERHARAP SAHAJA TIDAK MUNGKIN MELAHIRKAN KEJAYAAN.
2.SIKAP ADALAH PENENTU SEGALANYA.JIKA MILIKI SIKAP YANG BAIK ,SUDAH PASTI IMPIAN BAKAL BERUBAH MENJADI SEBUAH KENYATAAN.
3.USAHA YANG KERAS PASTI MAMPU MENZAHIRKAN IMPIAN MENJADI KENYATAAN.JANGAN CEPAT MERASA PENAT UNTUK BERUSAHA,KERANA HANYA USAHA `FORMULA` KEJAYAAN.
4.PENGORBANAN JUGA PENTING.BERKORBANLAH APA SAHAJA DEMI MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG DALAM HIDUP.
5.PUNYAI TAHAP `MOTIVASI` DIRI YANG TINGGI. MOTIVASI YANG PALING BERKESAN ADALAH MOTIVASI DARI DALAM DIRI SENDIRI.
6.NIAT YANG BAIK,DISELARIKAN DENGAN USAHA YANG BAIK SUDAH PASTI AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG BAIK.
7. KOMITMEN..IANYA JUGA SATU FORMULA YANG AMAT PERLU DALAM MEMASTIKAN KEJAYAAN SESEORANG DALAM APA JUA BIDANG YANG DIA CEBURI.
8.BERANI..BERANI GAGAL,BERANI MENCUBA,BERANI MEMULAKAN DAN APA JUA `BERANI` ADALAH AMAT PERLU DALAM MEMASTIKAN IMPIAN KITA BAKAL MENJADI KENYATAAN.
9. JANGAN PEDULIKAN `KRITIKAN`..KERANA TERLALU FIKIRKAN TENTANG KRITIKAN,IA AKAN MEMBUNUH SEMANGAT DAN MOTIVASI DIRI KITA.
10.JANGAN TERLALU RISAU PADA KEPUTUSAN YANG BAKAL KITA TERIMA..BUAT DAHULU,BARU SERAHKAN SEGALANYA PADA TAKDIR.

JANGAN BIARKAN IMPIAN KITA BERKUBUR BEGITU SAHAJA...GANDAKAN USAHA DAN BUATLAH KEPUTUSAN YANG BETUL DALAM HIDUP...
BERDOA DAN TAWAKKAL PADA ALLAH SWT..INSYA-ALLAH,IMPIAN KITA BAKAL MENJADI KENYATAAN.
SEMOGA KEJAYAAN BAKAL MENGIRINGI HIDUP KITA..AMIN YA RABBAL ALAMIN

YANG IMPIKAN KEBAHAGIAN

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER/COACH/SPEAKER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN
12 RAMADHAN 1433
 

Monday, July 30, 2012

TALQIN PEPERIKSAAN BUAT SEMUA AUDIENS KU ( CALON PMR,SPM & STPM )


Talkin Peperiksaan Buat calon PMR,SPM&STPM

Wahai Calon-calon PMR,SPM,STPM , Wahai Calon-calon PMR,SPM,STPM , Wahai Calon-calon PMR,SPM,STPM ,

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji guru-guru kamu
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama ilmu yang kau pelajari selama ini daripada mereka
Sekarang kamu telah menuju masuk ke zon peperiksaan
Kamu telah mengaku & berjanji bahawa kamu ingin ciptakan kejayaan
Dengan sebenar-benar kesungguhan & komitmen
Dan bahawasanya janji kalian itu akan dituntut
Ingatlah wahai calon-calon PMR,SPM,STPM
Apabila datang kepada kamu soalan-soalan peperiksaan yang kamu nantikan
Iaitu soalan-soalan yang pelbagai bentuk,pelbagai aras,pelbagai subjek ,
maka janganlah kamu berasa gentar dan takut
Janganlah kamu merasa berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu merasa susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai Wahai Calon-calon PMR,SPM&STPM , Wahai Calon-calon PMR,SPM&STPM ,
Wahai Calon-calon PMR,SPM&STPM ,
Bahawasanya pengawas peperiksaan itu juga makhluk seperti kamu
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk didewan peperiksaan
Maka duduklah dengan tertib dan sopan
Mereka akan berkata:

mana kad pengenalan kamu?
mana pensil kamu?
mana slip peperiksaan kamu?
jangan bawa perkara yang dilarang !
tinggalkan apa yang dlarang diluar dewan !
Apakah persediaan kamu?
Semak soalan kamu dengan tertib !
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan peperiksaan
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:




matematik aku suka
bahasa inggeris pun aku suka,
Bahasa Melayu pun aku suka
Sejarah & geografi pun aku suka,
Semua subjek aku suka,

Aku tetap akan berkata ` AKU PASTI BOLEH`

Wahai calon –calon SPM & STPM… tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar dalam hidupmu
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang berada  zon peperiksaan
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan didedahkan segala keputusan peperiksaan kamu

Insaflah & sedarlah wahai  calon-calon PMR,SPM & STPM
Bahawasanya peperiksaaan ini adalah benar
Semua Soalan peperiksaan  ini adalah benar
Pengawas peperiksaan itu adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di dalam Dewan peperiksaan itu  adalah benar
Ditanya dan disoal  segala ingatan pelajaran kamu adalah benar
matematik itu  adalah penting
Bahasa melayu adalah penting
Sejarah juga penting
Geografi pun juga penting
Semua subjek adalah penting
Di akhirnya kami semua para guru ,ibu-bapa,ahli keluarga,ucapkan selamat berjuang
Dan selamat tinggal kamu didalam Dewan peperiksaan
Semoga Tuhan akan memberi ketenangan kepada kamu
Tuhan jualah  yang berhak menerangkan hati- hati kamu
Kamu sekalian cuba-cubalah  berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menerangkan hati –hati kamu yang kelam & gelap
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berjuang dengan diri sendiri di dalam Dewan peperiksaan ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi kejayaan & kecemerlangan buat kamu
Dan mengangkat kedudukan kamu serta memuliakan diri kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya kejayaan,kecemerlangan dan kehebatan tetap menjadi milik penghuni Dewan peperiksaan ini .

Sunday, July 29, 2012

PERANCANGAN ITU PENTING..PENTINGNYA SATU PERANCANGAN...

TERLALU PENTINGNYA SEBUAH PERANCANGAN...UNTUK MELAKUKAN SESUATU TUGASAN @ KERJA,MAKA PERANCANGAN PERLULAH TERLEBIH DAHULU DIBUAT SECARA RAPI & TELITI! JANGAN GAGAL UNTUK MERANCANG,KERANA `KEGAGALAN `MERANCANG MAKA KITA SEBENARNYA SUDAH MERANCANG UNTUK GAGAL..

SESUATU PROGRAM YANG BESAR,PROJEK YANG BESAR,AKTIVITI YANG BESAR MAKA KITA PERLULAH TERLEBIH DAHULU MEMBUAT PERANCANGAN YANG SEBEGITU RAPI,AGAR HASILNYA NANTI MAMPU MENGGEMBIRAKAN HATI KITA & HATI2 ORANG LAIN DISEKELILING !

PERNAH TAK KITA DENGAR,PROGRAM YANG DILAKUKAN TIDAK BERJAYA @ TIDAK MEMBUAHKAN HASIL SEPERTI YANG DIHARAPKAN..SEBENARNYA IANYA DILAKUKAN TANPA PERANCANGAN YANG RAPI & SISTEMATIK !CUBA KAJI,SEMAK DAN BUAT ANALISIS SWOT @ SOIF. KITA PASTI AKAN KETEMU JAWAPANNYA !

KITA MESTI MERANCANG SETIAP PROGRAM,AKTIVITI,PROJEK ATAU APA JUA KERJA YANG INGIN KITA LAKUKAN,BAGI MENCAPAI OBJEKTIF YANG DISASARKAN.

JIKA KITA GAGAL UNTUK MERANCANG,MAKA KESANNYA SEPERTI BERIKUT :

1. PROJEK TAK DAPAT DIJALANKAN MENGIKUT JADUAL
2. PROJEK AKAN GAGAL @ TAK MENEPATI KEHENDAK KLIEN
3. KITA MEMBAZIRKAN MASA KITA & MASA ORANG LAIN
4. KITA MENGUNDANG RASA TIDAK PUAS HATI ORANG LAIN
5. KERJA YANG DILAKUKAN `LAST MINUTE`PASTI TIDAK `HEBAT` HASILNYA
6. KERJA TANPA PERANCANGAN SUDAH MESTI ADA CACAT CELANYA
7. KERJA YANG DILAKUKAN TANPAN PERANCANGAN 80 % KURANG BERJAYA
8. KEPERCAYAAN ORANG LAIN PADA KITA AKAN TERHAKIS
9. SUKAR UNTUK BEKERJASAMA DENGAN ORANG LAIN PADA MASA MENDATANG
10.MENYUSAHKAN PIHAK KEDUA & PIHAK KETIGA

SO,KENAPA GAGAL UNTUK MERANCANG DENGAN BAIK ? FIKIRKAN TERLEBIH DAHULU APA,BILA,DIMANA,BAGAIMANA HENDAKLAH MENJALANKAN SESUATU PROGRAM.

ORANG YANG `HEBAT` MERANCANG,SEBENARNYA DIA MERANCANG UNTUK JADI `HEBAT`

SELAMAT MERANCANG UNTUK MENJADI HEBAT !

SANG PERANCANG
TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR/LECTURER
KONSULTAN JANA INSAN
019-4741209

Saturday, July 28, 2012

MOTIVASI & TRAINING TETAP BERJALAN DIBULAN RAMADHAN 1433


BULAN RAMADHAN BUKANLAH BULAN UNTUK BEREHAT SAHAJA ..
PROGRAM MOTIVASI & TRAINING MASIH DAN TERUS RANCAK BERJALAN SEPERTI BIASA

TERKINI : 28.7.2012
HARI : SABTU
JENIS PROGRAM : SEHARI PENUH ( 8.30 AM -4.30 PM )
TEMPAT : KOLEJ POLYTECH MARA ALOR SETAR
STATUS : AMAT BERJAYA


Thursday, July 26, 2012

MEMBURU IMPIAN & KEJAYAAN

JADILAH `PEMBURU` BUKAN `PENUNGGU` ! Maksud `pemburu` disini ialah memburu kejayaan dalam hidup. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak datang dengan sendiri !Bak kata pepatah Melayu, `Yang bulat takkan datang bergolek,Yang pipih takkan datang melayang ! Tiada kejayaan tanpa usaha ! Tiada kemenangan tanpa penat lelah..Tiada Kecemerlangan tanpa Komitmen..Kejayaan,kecemerlangan,Kehebatan dan SUKSES adalah milik mereka yang KONSISTEN dalam usaha meraih PELUANG..

Untuk berjaya sila patuhi peraturan KEJAYAAN ...Antaranya :

1. Tiada istilah kecewa dalam hidup
2. Sering mencari peluang & merebut peluang
3. Semangat tak pernah luntur
4. Idea tak pernah kering
5. Mencuba & mencuba hingga berjaya
6. Belajar dan terus belajar 
7. Usaha tanpa jemu 
8. Mencipta peluang-peluang
9. Tak menoleh kebelakang lagi
10.Ada target,misi dan visi hidup

Usahlah hanya menjadi `PENUNGGU`..kerana kejayaan takkan hadir sebgitu senang dan mudah !
Teruskan berusaha dan kejar apa yang dihajati..Doa dan Tawakkal pada Allah SWT..Insya-Allah,kejayaan pasti kita miliki. Allah SWT itu Maha Pemberi ...DIA akan memberi kepada sesiapa yang meminta dan berusaha..Percayalah pada janji Allah SWT..

Sekian, Selamat Memburu Kejayaan,,

Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan

TARIK & CIPTA KEJAYAAN MELALUI KUASA `EQ`

SYUKUR pada YANG MAHA MEMBERI kerana telah menganugerahkan kepada diri kita dengan kehebatan EQ yang menjadi FORMULA hebat dalam menjana kejayaan dalam kehidupan. EQ berkait rapat dengan emosi,sikap,perasaan,tingkahlaku,akhlak dan perlakuan seseorang. Menurut pakar2 psikologi dan pakar motivasi ternama, kejayaan seseorang banyak ditentukan oleh kemampuan EQ yang tinggi,bukannya hanya tertakluk pada kemampuan IQ. Malah menurut mereka, IQ hanya mewakili 10 % @ 20 % punca kejayaan seseorang. Manakala EQ pula mewakili 80 % @ 90 % kejayaan seseorang. Ini bermakna sikap,perlakuan,akhlak,cara bertindak,perasaan dan moral seseorang memainkan peranan penting dalam menggerakkan kejayaan sesorang.

Tak semua orang memiliki daya IQ yang tinggi.IQ yang tinggi adalah satu anugerah kepada individu yang terpilih. Manakala EQ yang baik & tinggi,boleh dikatakan semua orang punyai tahap EQ yang baik. Maka menjadi tanggungjawab kepada semua orang bercita-cita ingin berjaya dalam apa jua lapangan dan bidang perlu memupuk,memelihara dan menggerakkan potensi EQ yang mereka miliki dengan baik.

EQ merujuk kepada banyak perkara,antaranya :

1. Moral yang baik
2. Sikap sabar,tekun,konsisten dan bermotivasi tinggi
3. Daya @ kuasa menangkis segala ancaman,cabaran & halangan
4. Tidak mudah mengalah
5. Bersikap empati
6. Kesungguhan dalam kerja & tugas
7. Punyai Komitmen 
8. Sikap menghargai orang lain
9. Sikap mengambil peluang secara bijaksana & berhemah
10. Yakin kepada potensi diri.

Sebenarnya banyak lagi sikap @ perasaan @ moral yang merujuk kepada EQ. Menjadi tanggungjawab kita memelihara anugerah EQ ini sebaik mungkin agar kejayaan,kecemerlangan dan SUKSES tetap menjadi milik kita ,disamping usaha,doa dan tawakkal kepada Allah SWT.

Salam ESQ 165

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan
7 Ramadhan 1433 ( 27.7.2012 )

Wednesday, July 25, 2012

PECUTAN TERAKHIR MEMANG ADA `KESAN` !

Alhamdulillah,puji dan syukur padaMu ya Allah kerana dengan izinMu,diri ini masih lagi kuat dan punyai daya tenaga untuk terus menyumbang bakti dalam dunia Training & Motivasi yang sangat ku cintai ini..Semangat anak-anak pelajar ini perlu kita suntik..Motivasi mereka perlu kita sematkan..
Bagi yang punyai ibu & ayah yang mengambil berat tentang anak-anak mereka,tiadalah masalah buat mereka.Tetapi bagi mereka yang kurang bernasib baik,hanya pihak sekolah melalui usaha keras Guru Kaunseling sahaja Program Motivasi dapat dijalankan.Dengan adanya program Motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah,barulah anak-anak pelajar golongan `pertengahan` dan golongan `miskin` ini mampu untuk tersuntik semangat mereka melalui kehadiran golongan yang dipanggil `Trainer`/ `Speaker @ Motivator seperti saya.Kerja orang seperti saya adalah menyuntik semangat pelajar-pelajar ini untuk terus mencipta kejayaan. pelajar-pelajar ini akan dipandu arah oleh kami ( Trainer/Motivator ) untuk melihat masa depan mereka sendiri.apakah hala tuju mereka..apakah peluang-peluang yang boleh mereka perolehi ! bagaimanakah kejayaan boleh diciptakan...
Kini,bulan Julai 2012 sudah hampir kepenghujungnya..Tak lama lagi bulan Ogos akan menyusul..seterusnya bulan Sepetember..Bulan Ogos,September dan Oktober adalah bulan-bulan sibuk menjelang peperiksaan utama seperti PMR,SPM & STPM..Pujian dan Tahniah saya hamburkan buat barisan Guru Kaunseling @ kaunselor sekolah2 seluruh Malaysia yang berhempas pulas dengan penuh gigih menganjurkan program-program kecemerlangan untuk anak-anak pelajar sekolah mereka bagi menghadapi peperiksaan .Semua ini adalah bertujuan untuk memastikan anak-anak pelajar calon peperiksaan utama PMR,SPM & STPM mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Ketiga-tiga bulan ini ( Ogos,September & Oktober ) adalah bulan-bulan pecutan terakhir untuk menghadapi peperiksaan.Ketika inilah masih banyak berlangsung program2 Motivasi Pecutan Terakhir dilaksanakan.
Sebenarnya ada banyak `kepentingan` dan `faedah` program2 Pecutan Terakhir ini,antaranya :
1. Pelajar kekal bersemangat & bermotivasi tinggi untuk menghadapi peperiksaan
2. Pelajar kekal `membara`semangat mereka untuk diterjemahkan kedalam dewan peperiksaaan
3. Pelajar tidak mudah lupa segala apa yang kita sampaikan kepada mereka
4. Pelajar mampu mengekalkan `momentum` mereka
5. Pelajar masih lagi kuat daya ingatan mereka
6. Pelajar masih fresh minda & IQ mereka terhadap apa yang dipelajari dari Trainer/Speaker
7. Pelajar mudah aplikasikan apa yang kita ajarkan sepanjang program Motivasi
8. Pelajar mampu melakukan yang terbaik berdasarkan apa yang diperolehi sepanjang program Motivasi Pecutan Akhir
9. Pelajar takkan sia-siakan apa yang diperolehi semasa program kerana merasakan apa yang diperolehi saat akhir itu amat berguna sekali.
10. Pelajar tetap bersemangat & kekal bermotivasi tinggi hingga keakhir peperiksaan.

So,sebenarnya Program Motivasi pecutan akhir lebih `berkesan` jika dibandingkan dengan program Motivasi yang dijalankan pada peringkat awal kerana dibimbangi ianya mudah `sejuk` dan `luntur`.Apapun,ini adalah pandangan peribadi saya. Semua pihak boleh menilai & membuat pertimbangan yang wajar. Secara KONKLUSI nya,Apapun,tak kira awal,pertengahan atau saat akhir, Program Motivasi adalah suatu yang cukup BERMANFAAT,BERKESAN dan BERGUNA.
Sokonglah program-program Motivasi sebegini demi menggerakkan potensi anak-anak pelajar kita.

Salam Sukses dan Salam Motivasi

Yang berterusan memegang amanah

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan






SEJAUHMANA LEVEL KONFIDEN ANDA ?

ANDA TAK `KONFIDEN` ? SEJAUHMANAKAH TAHAP KEYAKINAN DIRI ANDA ? MASIH ADA RASA TAKUT,GEMENTAR,RISAU,GEMURUH DAN GELABAH ?
JANGAN RISAU..KONFIDEN BOLEH DIBENTUK ! KEYAKINAN DIRI BOLEH DIPUPUK DAN DI`BENIHKAN` DALAM DIRI !
CUBA CARI ,SELIDIKI DAN KAJI,APAKAH YANG MENYEBABKAN ANDA TIDAK YAKIN  DIRI @ KURANG `KONFIDEN` !

ADAKAH ANDA PUNYAI MASALAH BERIKUT ?

1. TAK YAKIN UNTUK MENDUDUKI EXAM ( CALON PEPERIKSAAN UTAMA )
2. TAK YAKIN UNTUK BERDEPAN DENGAN ORANG RAMAI ( BERUCAP @ BUAT PERSEMBAHAN )
3.TAK YAKIN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KETUA ( BAKAL KETUA DIJABATAN KERAJAAN @ SWASTA )
4. TAK YAKIN BOLEH MENJADI KETUA KELUARGA YANG BAIK ! ( BAKAL PENGANTIN )
5.TAK YAKIN BOLEH MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN JIKA BUAT PELABURAN ( ORANG YANG INGIN MENAMBAH PENDAPAT & MENJANA PULANGAN )
6. TAK YAKIN UNTUK MEMULAKAN BISNES ( BAKAL USAHAWAN )
7. TAK YAKIN DENGAN PROMOSI YANG DILAKUKAN BOLEH MENARIK PELANGGAN ( MARKETING )
8. TAK YAKIN MAMPU MENCAPAI CITA-CITA PERIBADI ( PELAJAR UNIVERSITI /KOLEJ)
9. TAK YAKIN UNTUK BERDIKARI ( PELAJAR ASRAMA )
10. TAK YAKIN UNTUK BERKOLABORASI & BEKERJASAMA DENGAN RAKAN KONGSI YANG BARU ( TAKUT GAGAL @ DITIPU )

KEYAKINAN BOLEH DIPUPUK ! BUAT PERSEDIAAN YANG SEWAJARNYA...CUNGKIL RAHSIA DARIPADA ORANG-ORANG YANG TELAH BERJAYA..BELAJAR UNTUK BERUBAH ! HADIRI KURSUS PERSEDIAAN YANG RAPI..BERKAWAN DENGAN ORANG-ORANG HEBAT !
MINTA PANDANGAN DARIPADA PAKAR..JANGAN PERLEKEHKAN DIRI SENDIRI !
BINA SIKAP POSITIF ! BUANG SIFAT-SIFAT BURUK..FOKUS APA YANG DIINGINKAN..USAHA SECARA BERGANDA UNTUK MENCAPAI APA YANG DIHAJATI..INSYA-ALLAH,KEJAYAAN AKAN JADI MILIK KITA !

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN

Tuesday, July 24, 2012

IMPIAN & HARAPAN 2012

IMPIAN ? ANGAN-ANGAN ? Persoalan yang perlu difikirkan sebaik-baiknya ! apakah ada beza antara impian dan angan-angan ?bagi penulis sendiri,impian adalah bertitik tolak dari angan-angan..angan-angan yang mencetuskan impian diri kita ! Semua orang punyai angan-angan semasa kecil yang kemudiannya bertukar menjadi impian ! Contohnya,semasa kecil kita berangan-angan menaiki @ memiliki kereta mewah @ kereta sport..
kemudian bila kita semua telah dewasa, dan punyai pekerjaan,kita simpan `impian` untuk memiliki kereta mewah tersebut! Impian dan angan-angan ini sebenarnya suatu yang cukup `baik` dan ianya mampu menjadi `motivasi` untuk kita maju dalam bidang yang kita ceburi..Untuk memiliki `impian` yang kita pendamkan sekian lama sejak kecil,sudah pasti kita berusaha sedaya upaya untuk mencapai dan menggapai `impian` kita itu. Bagi memastikan `impian`kita tercapai,sudah pasti usaha yang gigih perlu kita miliki.

Ramai manusia yang pada peringkat awalnya susah,miskin dan hidup dalam keadaan dhaif,tetapi disebabkan dia punyai `impian` dan `cita-cita` yang tinggi untuk berjaya dan memiliki apa yang dihajati,maka dia `berazam` & `bertekad` untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayan yang cemerlang,seterusnya menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi dan seterusnya mampu menjawat jawatan yang tinggi yang menjanjikan gaji yang lumayan,seterusnya mampu memiliki apa yang dihajati selama ini !

So,memang tidak salah sama sekali untuk `berangan-angan` dan punyai `impian` yang tinggi,janji angan-angan dan impian kita mesti selari dengan usaha yang gigih untuk mencapai apa yang diidamkan dan di`impikan ` selama ini. 

So,semua orang boleh berangan-angan dan punyai `impian `yang tinggi untuk berjaya.Kejayaan,kekayaan,sukses,kehebatan dan kebahagiaan bermula daripada angan-angan dan `impian`.Saya sendiri pun punyai banyak impian dan hasrat yang masih belum tertunai,tetapi saya `optimis` ianya tetap akan saya capai dan saya miliki berkat usaha gigih sama.Kejayaan dan impian itu sudah kian hampir dengan diri saya..hanya sedikit masa lagi diperlukan untuk menggapai `impian` tersebut !

Jom ! sama-sama kita berazam & bertekad untuk menggapai segala impian dan cita-cita kita. 

SUKSES ITU MILIK KITA ! KITA MAMPU BERUBAH !



SEKIAN...SALAM MOTIVASI

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN

Monday, July 23, 2012

BENTUK DIRI MENJADI INSAN BERPRESTASI TINGGI

SIAPA KITA ? APA KERJA KITA ? APA BIDANG TUGAS KITA ? DIMANA STANDARD KUALITI KERJA KITA ? APAKAH `KPI` KITA ? APAKAH BANCHMARK @ PETUNJUK PRESTASI KUALITI YANG ADA PADA DIRI KITA ? SEJAUHMANA KITA TELAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK BOS DAN ORGANISASI KITA ?

Semua soalan yang dikemukakan diatas adalah berkait rapat dengan prestasi dan kualiti diri kita.Kualiti diri kita,kita yang tentukan. Jika positif yang kita zahirkan & serlahkan,maka positiflah pandangan,persepsi dan penilaian orang lain pada diri kita.

Berikut adalah beberapa petunjuk yang meletakkan diri kita dalam kategori manusia berprestasi tinggi :

1. Mendahului Masa ( melakukan sesuatu kerja mendahului masa yang sepatutnya )
2. Mendahului arahan (melakukan kerja dan tugasan tanpa menunggu arahan daripada pihak atasan)
3. Kualiti kerja melebihi sasaran dan melangkaui batas `kebiasaan`
4. Tidak bertangguh dan berlengah-lengah dalam bertindak
5. Sentiasa positif dalam apa jua tindakan
6. Menyokong Bos dan peraturan syarikat secara bijaksana bukan membabi buta
7. Menerima pandangan,pendapat dan nasihat orang atasan secara `terbuka` dan `berlapang dada`
8. Tidak `melenting` secara melulu..berfikir dulu sebelum bertindak
9. Menganggap sesuatu yang BARU itu sebagai `Pencetus`kejayaan diri,organisasi dan masyarakat
10. Konsisten dalam pencapaian.Graf Pencapaian Peribadi sentiasa `mencacak`.

Sebenarnya banyak lagi petunjuk prestasi dalam menentukan sejauhmana KUALITI diri kita..
Cuba renungkan..buat refleksi diri dan Nilailah diri sendiri..Dimanakah kategori diri kita ?..Insan LEMAH,Insan yang BIASA2 je,Insan KEBANYAKAN,Insan BAGUS,Insan CEMERLANG @ Insan yang BERPRESTASI TINGGI..

INGATLAH ! KUALITI DIRI KITA YANG YANG `TENTUKAN`

Sekian, Salam Motivasi & Salam Sukses

Yang Sentiasa Berusaha Menjadi Manusia Berprestasi Tinggi

Tn.Syeikh Ghani AlGanuni
Trainer/Speaker/Motivator/Lecturer
Konsultan Jana Insan

PANJATKAN SYUKUR,HINDARI KUFUR

Alhamdulillah,puji dan syukur pada Allah SWT kerana berkat dengan keizinan,limpah rahmat dan kurniaNya kerana diberi kesempatan untuk menikmati `indahnya` Ramadhan 1433 hijrah.Hari ini genap 4 hari kita berpuasa ..alhamdulillah Allah SWT masih lagi memberi kesihatan dan umur yang panjang untuk terus meraih anugerah Allah yang tidak terhingga dalam bulan Ramadhan kali ini.
Syukur padaMu yang Maha Agung,Maha Kaya dan Maha Pemberi kerana masih lagi SETIA menganugerahkan nikmat buat kami sekeluarga.Pesan saya buat diri sendiri,ahli keluarga dan sanak saudara,jomlah kita sama - sama meningkatkan rasa syukur pada Allah SWT dan berusahalah untuk menjauhi `sifat kufur nikmat`..

Semarakkanlah rasa syukur kita pada Allah SWT dengan cara :

1. Melafazkan rasa syukur melalui lidah.lisan,perbuatan dan amal ibadat
2. Berkongsi rezeki dengan orang lain yang memerlukan( anak yatim,ibu tunggal,fakir miskin )
3. Bersederhana dalam tindakan
4. Berbelanja secara sederhana dan berhemah
5. Tidak membazir
6. Mengingati Allah dalam apa jua tindakan,masa dan tempat
7. Memahami perasaan orang lain yang tidak bernasib baik( miskin,merana,merempat,dhaif,hina)
8. Mengingati Orang yang berjasa kepada kita ( ibu-ayah/ahli keluarga/Bos kita )
9. Infaq pada jalan Allah SWT dengan bersedekah pada masjid,memberi makan pada yang memerlukan dan membantu menyumbang dana pembinaan surau,masjid,sekolah agama dll.
10. Jangan lupa berzakat

Sebenarnya banyak lagi kaedah,bentuk dan cara bersyukur. Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk menterjemahkan rasa syukur itu pada Yang Maha Memberi

Sekian,Salam Ramadhan

Yang menjalankan amanah Allah

Syeikh Ghani AlGanuni
Trainer/Speaker/Motivator/Lecturer
Konsultan Jana Insan.

Wednesday, July 18, 2012

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN YA RAMADHAN - DIALU-ALUKAN KEBAIKAN & KEBERKATAN

Alhamdulillah..Puji & Syukur kepada Allah swt kerana masih lagi `setia`mengurniakan nikmat rezeki,iman,hayat yang panjang dan ruang untuk kita mencari & mengejar seribu kebaikan di bulan Ramadhan yang bakal kita jengah pada esok @ lusa ( jumaat @ sabtu ).Mengikut perkiraan ,kemungkinan besar kita akan mula menyambut Ramadhan kareem pada hari sabtu nanti.
Semua orang tahu dan amat arif bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang Mulia.Didalamnya terkandung seribu kebaikan ,keberkatan dan rahmat. Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini kita `dihidangkan` dengan pelbagai `peluang` dan `ruang` untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
Disiang hari kita menahan lapar dan dahaga serta mengelakkan diri kita daripada pelbagai unsur yang boleh mencacatkan iman kita,manakala dimalam harinya kita diberi peluang untuk menambahbaik amalan kita dengan bertarawikh,bertadarus,berqiamulail dan lain-lain ibadat .
Terkandung pelbagai `mesej` dan `didikan` didalam ruang lingkup Ramadhan yang bakal kita tempuhi nanti,antaranya:
1. Puasa mengajar kita erti `sabar`
2.Puasa mendidik kita erti `kesetiaan`..( setia pada Yang Esa )
3.Puasa mengajar kita erti `pengorbanan` ( berkorban segala segi )
4.Puasa mengajar kita makna `perkongsiaan`- berkongsi kesenangan,berkongsi kesusahan dan berkongsi nikmat.
5.Puasa mengajar kita erti `kemanusiaan`- mengenang rakan-rakan kita yang berkurun hidup dalam kesusahan diseluruh pelusuk dunia.
6. Puasa mengajar kita erti `jimat` dan `berpada dengan apa yang ada`- didik diri kita agar memanfaatkan rezeki secera efisen dan berhemah.
7.Puasa mengajar kita erti `menghargai`- hargai nikmat,hargai kasih sayang Allah swt,hargai persaudaraan,hargai keamanan,hargai kedamaian.
8.Puasa mengajar kita erti `adil`- adil pada diri,adil pada keluarga,adil pada ahli keluarga,adil pada jiran-jiran & adil pada masyarakat..
9.Puasa mengajar kita erti `memahami`- memahami kehendak agama,memahami kehendak ahli keluarga,memahami keperluan orang lain,memahami orang yang susah ,memahami rakan2 seagama dan masyarakat seluruhnya.
10.Puasa mengajar kita erti `persahabatan` dan ` jalinan ukhuwah`- merapatkan kembali hubungan sesama kita dan menghargai persahabatan kita dengan masyarakat bukan Islam.

sebenarnya banyak lagi mesej yang terkandung didalam `tarbiah ` ramadhan tersebut.Jom,sama-sama kita menghayati pengertian dan `ROH` ramadhan. Semoga kita digolongkan kedalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Tn.Syeikh Ghani Al Ganuni
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan

Sunday, July 15, 2012

PROGRAM GERAK MINDA UPSR SK MUTIARA PERDANA





TARIKH : 15.7.2012
HARI : AHAD
LOKASI : SK MUTIARA PERDANA
JUMLAH AUDIENS : 100 PELAJAR TAHUN 6
MODUL : AKU STUDENT SUPER ( ASUS )
STATUS PROGRAM : BERJAYA DENGAN CEMERLANG

Wednesday, July 11, 2012

MASIHKAH ADA SINAR BUAT DIRI KITA ?

SINAR KEBAHAGIAAN ! itulah yang sering dinantikan dan didambakan oleh semua orang. Tiada sesiapa pun atas muka bumi ini yang inginkan kesusahan,kecelakaan,kegawatan dan kesempitan ! tanyalah pada semua orang, tak kira siapa pun status dirinya..orang kaya,orang miskin,orang dewasa,orang muda,orang dah berkahwin,orang bujang,fakir miskin,anak yatim,janda,ibu tunggal & golongan geladangan..mereka pasti menjawab inginkan SINAR KEBAHAGIAAN dalam hidup mereka !
Bagaimanakah nasib mereka yang tak pernah menemui SINAR KEBAHAGIAAN dalam kehidupan mereka ? Sudah pasti mereka merintih,menangis dan meratapi nasib yang menimpa diri mereka ! Carilah sinar kebahagiaan dimana jua,asalkan ia menepati kehendak syarie..Apakah yang dimaksudkan dengan SINAR KEBAHAGIAAN itu ?
SINAR KEBAHAGIAAN merujuk kepada pelbagai maksud dan luas ruang lingkupnya !
Ada yang menganggap memiliki kekayaan itu adalah SINAR KEBAHAGIAAN ..
Ada yang menganggap memiliki kesihatan yang baik itu adalah SINAR KEBAHAGIAAN...
Ada yang beranggapan mempunyai keluarga yang bahagia itu adalah SINAR KEBAHAGIAAN
Ada yang mengakui memiliki apa yang dihajati oleh adalah SINAR KEBAHAGIAAN buat diri mereka ..

Apapun pandangan,pengertian dan persepsi tentang makna SINAR KEBAHAGIAAN,terpulanglah kepada individu itu untuk meng`interpretasi` makna mengikut keperluan dan kehendak diri mereka.
Semua orang berhak untuk BAHAGIA ! Carilah KEBAHAGIAAN ...asalkan ianya menepati kehendak tuntutan agama dan melintasi batas-batas budaya,norma dan adat resam kita..

Semoga kita mampu menemui sinar kebahagiaan ....InsyaAllah..amin

Yang meniti saat-saat bahagia kini

Tn.Syeikh Ghani AlGanuni
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan

KENA BIJAK BUAT KEPUTUSAN !

Seringkali kita berada dipersimpangan dilema dalam membuat keputusan..apatah lagi jika ianya melibatkan masa depan kita! Jangan sesekali tersilap dalam membuat percaturan dalam menentukan keputusan..jika benar dan tepat keputusan yang dibuat,maka penghujungnya kita akan mencapai kejayaan dan kegembiraan dalam hidup.Begitulah juga sebaliknya..jika tersilap membuat percaturan hidup dan tersasar dalam menentukan keputusan,maka kesannya amat buruk..kehidupan tidak boleh diundur kembali..masa yang lalu takkan kembali..

Buatlah keputusan yang wajar dalam menentukan hala tuju hidup anda .

1. Jika seorang PELAJAR,buatlah keputusan yang amat bijak dan wajar dalam menentukan sekolah mana,universiti mana yang harus dipilih untuk meneruskan kecemerlangan akademik.
2.Jika seorang anak teruna,buatlah KEPUTUSAN yang amat bijak dan wajar dalam menentukan siapakah pilihan hati untuk dijadikan SURI HIDUP anda,kerana kehidupan berkeluarga banyak cabarannya.
3.Jika seorang DARA,buatlah keputusan yang bijak dan wajar dalam menentukan siapakah lelaki yang bertuah yang bakal menjadi calon SUAMI yang soleh yang mampu memimpin diri kita dunia & akhirat.
4.Jika anda seorang bakal PEKERJA,buatlah keputusan yang amat bijak dan wajar dalam menentukan apakah kerja yang sesuai dengan jiwa anda,kerana jika tiada keserasian,kesannya amat buruk.

Apa jua keputusan yang anda perlu buat,maka fikirlah semasak-masaknya...Buatlah pertimbangan yang wajar agar keputusan yang dibuat mampu memberi kesan yang baik dan mampu membahagiakan kita hingga ke penghujung nyawa.

Selamat membuat keputusan yang bijak dalam menentukan masa depan anda..

Semoga berbahagia...wassalam

yang mendoakan kebahagian kalian

Syeikh Ghani Alganuni
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan

Monday, July 9, 2012

PENAWAR TENSION !

Jiwa yang tenang adalah kurniaan Allah SWT. hati yang tenang sering didambakan oleh semua orang.Semua orang inginkan kedamaian.Tapi..tak semestinya apa yang diharapkan akan kita miliki. Panas kepetang yang kita harapkan,rupa-rupanya hujan ditengahari.

Kekadang jiwa kita akan diganggu..seringkali perasaan kita berkecamuk. Pelbagai masalah yang menimpa diri kita. Ketika masalah datang bertimpa-timpa,ketika inilah kita diganggu oleh TENSION...

Semua orang pernah mengalami situasi ini.Bagaimanakah cara yang terbaik untuk menangani masalah TENSION.

Sebagai seorang yang mempunyai iman yang tinggi kita seharusnya berjaya mengawal perasaan kita mengikut gasis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Hadapilah rasa TENSION anda dengan cara sebegini :

1.Bertenang dengan semaksima mungkin
2.Beristighfar sebanyak mungkin
3.Bersegera mengambil wudhuk
4.Bersangka baik pada diri sendiri dan orang disekeliling anda
5.Membaca Al-Quran bagi menenangkan jiwa yang `lara`
6.Menyerahkan masalah pada yang Maha Mendengar
7.Minta nasihat daripada pakar & rakan2 yang boleh `dipercayai`
8.Usah `pendek akal` @ cepat melatah
9.Bertindak secara waras,wajar dan terarah
10.Ingatlah,bukan kita sahaja yang punyai masalah..orang lain pun seperti kita juga...

Amalkan petua dan tips diatas.Semoga anda mampu menguruskan tekanan dan rasa TENSION anda dengan cemerlang.

Hidup anda pasti kembali tenang dan ceria..

Sekian,wassalam

Tn.Abd.Ghani bin Yuso
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan