FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, July 30, 2012

TALQIN PEPERIKSAAN BUAT SEMUA AUDIENS KU ( CALON PMR,SPM & STPM )


Talkin Peperiksaan Buat calon PMR,SPM&STPM

Wahai Calon-calon PMR,SPM,STPM , Wahai Calon-calon PMR,SPM,STPM , Wahai Calon-calon PMR,SPM,STPM ,

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji guru-guru kamu
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama ilmu yang kau pelajari selama ini daripada mereka
Sekarang kamu telah menuju masuk ke zon peperiksaan
Kamu telah mengaku & berjanji bahawa kamu ingin ciptakan kejayaan
Dengan sebenar-benar kesungguhan & komitmen
Dan bahawasanya janji kalian itu akan dituntut
Ingatlah wahai calon-calon PMR,SPM,STPM
Apabila datang kepada kamu soalan-soalan peperiksaan yang kamu nantikan
Iaitu soalan-soalan yang pelbagai bentuk,pelbagai aras,pelbagai subjek ,
maka janganlah kamu berasa gentar dan takut
Janganlah kamu merasa berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu merasa susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai Wahai Calon-calon PMR,SPM&STPM , Wahai Calon-calon PMR,SPM&STPM ,
Wahai Calon-calon PMR,SPM&STPM ,
Bahawasanya pengawas peperiksaan itu juga makhluk seperti kamu
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk didewan peperiksaan
Maka duduklah dengan tertib dan sopan
Mereka akan berkata:

mana kad pengenalan kamu?
mana pensil kamu?
mana slip peperiksaan kamu?
jangan bawa perkara yang dilarang !
tinggalkan apa yang dlarang diluar dewan !
Apakah persediaan kamu?
Semak soalan kamu dengan tertib !
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan peperiksaan
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:




matematik aku suka
bahasa inggeris pun aku suka,
Bahasa Melayu pun aku suka
Sejarah & geografi pun aku suka,
Semua subjek aku suka,

Aku tetap akan berkata ` AKU PASTI BOLEH`

Wahai calon –calon SPM & STPM… tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar dalam hidupmu
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang berada  zon peperiksaan
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan didedahkan segala keputusan peperiksaan kamu

Insaflah & sedarlah wahai  calon-calon PMR,SPM & STPM
Bahawasanya peperiksaaan ini adalah benar
Semua Soalan peperiksaan  ini adalah benar
Pengawas peperiksaan itu adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di dalam Dewan peperiksaan itu  adalah benar
Ditanya dan disoal  segala ingatan pelajaran kamu adalah benar
matematik itu  adalah penting
Bahasa melayu adalah penting
Sejarah juga penting
Geografi pun juga penting
Semua subjek adalah penting
Di akhirnya kami semua para guru ,ibu-bapa,ahli keluarga,ucapkan selamat berjuang
Dan selamat tinggal kamu didalam Dewan peperiksaan
Semoga Tuhan akan memberi ketenangan kepada kamu
Tuhan jualah  yang berhak menerangkan hati- hati kamu
Kamu sekalian cuba-cubalah  berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menerangkan hati –hati kamu yang kelam & gelap
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berjuang dengan diri sendiri di dalam Dewan peperiksaan ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi kejayaan & kecemerlangan buat kamu
Dan mengangkat kedudukan kamu serta memuliakan diri kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya kejayaan,kecemerlangan dan kehebatan tetap menjadi milik penghuni Dewan peperiksaan ini .

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...