Wednesday, July 11, 2012

KENA BIJAK BUAT KEPUTUSAN !

Seringkali kita berada dipersimpangan dilema dalam membuat keputusan..apatah lagi jika ianya melibatkan masa depan kita! Jangan sesekali tersilap dalam membuat percaturan dalam menentukan keputusan..jika benar dan tepat keputusan yang dibuat,maka penghujungnya kita akan mencapai kejayaan dan kegembiraan dalam hidup.Begitulah juga sebaliknya..jika tersilap membuat percaturan hidup dan tersasar dalam menentukan keputusan,maka kesannya amat buruk..kehidupan tidak boleh diundur kembali..masa yang lalu takkan kembali..

Buatlah keputusan yang wajar dalam menentukan hala tuju hidup anda .

1. Jika seorang PELAJAR,buatlah keputusan yang amat bijak dan wajar dalam menentukan sekolah mana,universiti mana yang harus dipilih untuk meneruskan kecemerlangan akademik.
2.Jika seorang anak teruna,buatlah KEPUTUSAN yang amat bijak dan wajar dalam menentukan siapakah pilihan hati untuk dijadikan SURI HIDUP anda,kerana kehidupan berkeluarga banyak cabarannya.
3.Jika seorang DARA,buatlah keputusan yang bijak dan wajar dalam menentukan siapakah lelaki yang bertuah yang bakal menjadi calon SUAMI yang soleh yang mampu memimpin diri kita dunia & akhirat.
4.Jika anda seorang bakal PEKERJA,buatlah keputusan yang amat bijak dan wajar dalam menentukan apakah kerja yang sesuai dengan jiwa anda,kerana jika tiada keserasian,kesannya amat buruk.

Apa jua keputusan yang anda perlu buat,maka fikirlah semasak-masaknya...Buatlah pertimbangan yang wajar agar keputusan yang dibuat mampu memberi kesan yang baik dan mampu membahagiakan kita hingga ke penghujung nyawa.

Selamat membuat keputusan yang bijak dalam menentukan masa depan anda..

Semoga berbahagia...wassalam

yang mendoakan kebahagian kalian

Syeikh Ghani Alganuni
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan

No comments: