FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, July 18, 2012

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN YA RAMADHAN - DIALU-ALUKAN KEBAIKAN & KEBERKATAN

Alhamdulillah..Puji & Syukur kepada Allah swt kerana masih lagi `setia`mengurniakan nikmat rezeki,iman,hayat yang panjang dan ruang untuk kita mencari & mengejar seribu kebaikan di bulan Ramadhan yang bakal kita jengah pada esok @ lusa ( jumaat @ sabtu ).Mengikut perkiraan ,kemungkinan besar kita akan mula menyambut Ramadhan kareem pada hari sabtu nanti.
Semua orang tahu dan amat arif bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang Mulia.Didalamnya terkandung seribu kebaikan ,keberkatan dan rahmat. Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini kita `dihidangkan` dengan pelbagai `peluang` dan `ruang` untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
Disiang hari kita menahan lapar dan dahaga serta mengelakkan diri kita daripada pelbagai unsur yang boleh mencacatkan iman kita,manakala dimalam harinya kita diberi peluang untuk menambahbaik amalan kita dengan bertarawikh,bertadarus,berqiamulail dan lain-lain ibadat .
Terkandung pelbagai `mesej` dan `didikan` didalam ruang lingkup Ramadhan yang bakal kita tempuhi nanti,antaranya:
1. Puasa mengajar kita erti `sabar`
2.Puasa mendidik kita erti `kesetiaan`..( setia pada Yang Esa )
3.Puasa mengajar kita erti `pengorbanan` ( berkorban segala segi )
4.Puasa mengajar kita makna `perkongsiaan`- berkongsi kesenangan,berkongsi kesusahan dan berkongsi nikmat.
5.Puasa mengajar kita erti `kemanusiaan`- mengenang rakan-rakan kita yang berkurun hidup dalam kesusahan diseluruh pelusuk dunia.
6. Puasa mengajar kita erti `jimat` dan `berpada dengan apa yang ada`- didik diri kita agar memanfaatkan rezeki secera efisen dan berhemah.
7.Puasa mengajar kita erti `menghargai`- hargai nikmat,hargai kasih sayang Allah swt,hargai persaudaraan,hargai keamanan,hargai kedamaian.
8.Puasa mengajar kita erti `adil`- adil pada diri,adil pada keluarga,adil pada ahli keluarga,adil pada jiran-jiran & adil pada masyarakat..
9.Puasa mengajar kita erti `memahami`- memahami kehendak agama,memahami kehendak ahli keluarga,memahami keperluan orang lain,memahami orang yang susah ,memahami rakan2 seagama dan masyarakat seluruhnya.
10.Puasa mengajar kita erti `persahabatan` dan ` jalinan ukhuwah`- merapatkan kembali hubungan sesama kita dan menghargai persahabatan kita dengan masyarakat bukan Islam.

sebenarnya banyak lagi mesej yang terkandung didalam `tarbiah ` ramadhan tersebut.Jom,sama-sama kita menghayati pengertian dan `ROH` ramadhan. Semoga kita digolongkan kedalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Tn.Syeikh Ghani Al Ganuni
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...