YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Monday, October 22, 2012

BERSAING & PERSAINGAN

BERSAING & PERSAINGAN...Ia adalah lumrah kehidupan..Untuk berjaya,kita perlu bersaing dengan orang lain..Untuk maju,kita perlu bersaing dengan insan lain..Untuk Cemerlang,kita perlu sedia untuk bersaing. Dalam persaingan untuk menjadi yang terbaik,kita jangan gunakan Taktik & Teknik yang kotor..
Berikan perkhidmatan terbaik..Serlahkan Komitmen kita yang terbaik..Tunjukkan bahawa kita adalah pilihan yang terbaik...Biar orang lain yang menilai..Tugas kita hanya memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Begitu jualah dengan tugas saya selaku MOTIVATOR,TRAINER dan SPEAKER..setiap kali mendapat tempahan @ jemputan,saya pasti berjanji pada diri saya sendiri,akan saya lakukan yang terbaik agar kesannya nanti KEKAL,NAMPAK dan BERBEKAS dihati..Saya takkan lakukan kerja sambil lewa..kalau sebulan lagi tarikh jemputan,saya pasti menyiapkan segala keperluan untuk program itu selama sebulan lebih awal.

Saya tak pernah menganggap diri saya adalah yang TERBAIK tetapi saya akan cuba lakukan yang TERBAIK jika diberi kesempatan. walaupun jutaan pujian telah saya terima,namun hati kecil saya masih belum puas dengan apa yang saya persembahkan selama ini. Saya terus berjanji pada diri saya sendiri,akan laksanakan segala tugas,kerja dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada diri saya dengan CEMERLANG mungkin.

Saya nak dan saya ingin orang lain melihat saya sebagai manusia yang TAK PERNAH PUAS dan sentiasa ingin CEMERLANG dalam kerja yang dilakukan.YANG PASTI,saya ingin orang lain,penganjur program,peserta program yang bakal saya temui merasa TERSANGAT PUAS HATI dengan penyampaian saya dan hasil kerja saya. Yang PASTI juga ,saya ingin melihat klien saya berubah menjadi manusia yang CEMERLANG dalam profesionnya .

Sunday, October 21, 2012

SEMINAR PENGUKUHAN SKUAD PENGGUNA KPDNK PERLIS





Alhamdulillah,sekali puji dan syukur dipanjatkan pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya,sekali lagi saya diberi peluang memberi Ceramah Motivasi buat peserta-peserta Program Seminar kepenggunaa Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Darul Aman Suite,Darul Aman Golf Resort,Jitra pada Ahad yang lalu ( 21.10.2012 ).

Alhamdulillah,para peserta program yang terdiri dari sukarelawan Skuad Pengguna Perlis seramai 150 telah terpesona dan tertarik dengan style ceramah saya yang bersahaja,penuh unsur humor dan sesekali tersentap dengan suara `garau` saya dalam menegaskan isu-isu kepenggunaan dan sikap wasatiah dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan.

Terimakasih diucapkan kepada Encik Hj Saad atas jemputan dan terimakasih juga saya ucapkan buat warga kerja KPKDK,Perlis atas layanan kepada saya selama saya berada disana.
Insya-allah,jika diizinkan Allah sekali lagi kita akan bersua muka dalam program yang lain yang dijangka berlangsung pada 4.11.2012 nanti di Corpthorne Hotel,Tanjung Bungah.

Semoga kolaborasi ini mampu mengeratkan lagi hubungan diantara para peserta dengan pihak kementerian,jabatan dan semua yang terlibat. Harapan dan doa saya,semoga apa yang saya sampaikan selama 3 jam pada Program tersebut mampu menggerakkan lagi semangat Kesukarelaan dan kerja-kerja kebajikan Warga Perlis.

MOTIVATION TALK SESSION FOR REHLAH SAKINAH SMA SG 5.SG.BESAR,SELANGOR






Alhamdulillah...Puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana masih lagi setia memberi nikmat kesihatan,umur yang panjang dan kudrat yang mantap dalam misi meneruskan kerja-kerja mulia bernama MOTIVASI dan SUNTIKAN SEMANGAT buat pelajar-pelajar & pekerja2 diseluruh pelusuk negara.
Tanggal 20.10.2012 ( Sabtu ) yang lalu,bertempat di Damai Ballroom,Swiss Garden Resort,Damai Laut telah berlangsung satu program yang cukup BERNILAI dan BERIMPAK TINGGI buat pelajar2 SMKA Sg 5,Sg.Besar,Selangor . 

Seramai 250 orang pelajar SPM,STPM & Calom STP Modular sekolah tersebut telah menghadiri Bicara Motivasi ( Motivation Talk ) saya yang bertemakan `KITA HAMPIR KE SITU` bagi persediaan menghadapi peperiksaan penting yang bakal berlangsung pada bulan November nanti.
Selama hampir 2 jam 1/2 saya mengupas isu-isu berkaitan peranan pelajar,formula untuk cemerlang,resepi kejayaan hidup dan Talkin Peperiksaan.

Alhamdulillah,nampaknya bicara saya selama 2 1/2 jam itu belum cukup untuk memuaskan pelajar2 disana.Mereka inginkan bicara saya disambung lagi,namun apakan daya,pihak penganjur terpaksa memberi laluan kepada slot lain bersama pengurusan sekolah.

Insya-Allah jika ada masa,kesempatan dan ruang,bolehlah kita berbicara lagi tentang MOTIVASI dan HARAPAN ..amin ya rabbal alamin.

Wednesday, October 17, 2012

WINNER VS LOSER..DIMANA KUALITI DIRI KITA ?

JIWA,SIKAP & SEMANGAT `WINNER`

1. BERJIWA KENTAL
2.TAK MUDAH MENGALAH
3.PANTANG UNDUR
4.KURANG EMOSIONAL
5.BERANI MENCUBA
6.TAK TAKUT GAGAL
7.TAK PEDULIKAN KRITIKAN
8.SAHUT CABARAN
9.SUKAKAN PERTANDINGAN & PERSAINGAN
10.MENCABAR DIRI

JIWA,SIKAP & SEMANGAT SANG ` LOSER `

1. JIWA LEMAH
2.MUDAH MENGALAH
3.SERING UNDUR DIRI
4. TERLALU EMOSIONAL
5. TAKUT DAN MALU MENCUBA
6. SERING TAKUKAN KEGAGALAN & KEKECEWAAN
7. TERLALU RISAUKAN KRITIKAN
8. TOLAK CABARAN
9. TAK SUKA AKAN PERTANDINGAN & PERSAINGAN
10. MENIKUS DAN TAKUT MENCABAR DIRI SENDIRI

BUAT ANALISIS ! YANG MANA PALING BANYAK SIFAT DIRI KITA ? SIFAT `WINNER` ATAU SIFAT `LOSER` ?

JAWAPAN ADA PADA DIRI ANDA SENDIRI ! BUAT ANJAKAN,PERBAIKI DIRI DAN CIPTA KEMENANGAN...

SALAM SUKSES
TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN

Tuesday, October 16, 2012

ANTARA IMPIAN,HARAPAN & HASRAT...MAMPUKAH KITA REALISASIKAN ?

ANTARA IMPIAN,HARAPAN & HASRAT ! - MAMPUKAH KITA REALISASIKAN ?

SEMUA ORANG ADA IMPIAN,ADA HARAPAN & ADA HASRAT ! BAGAIMANAKAH DENGAN KITA ? BULAN OKTOBER 2012 SUDAH BERADA DIPERTENGAHAN..BULAN NOVEMBER 2012 BAKAL MENYUSUL PULA ! SEBULAN SELEPAS ITU,KITA AKAN BERADA DIPENGHUJUNG TAHUN 2012...

2013 BAKAL MENYUSUL 2 BULAN LAGI ! BAGAIMANAKAH DENGAN IMPIAN,HARAPAN DAN HASRAT YANG KITA SIMPAN SELAMA INI ! APAKAH IMPIAN-IMPIAN KITA YANG TELAH TERLAKSANA ? KALAU TAK 100 PERCENT TERCAPAI,CUKUPLAH DULU DICAPAI SEBANYAK 70 % @ 80 %..BAGAIMANAKAH IANYA DAPAT DICAPAI ? 

APAKAH STRATEGI,TEKNIK & TAKTIK YANG TELAH DIGUNAKAN UNTUK MENCAPAI SEGALA IMPIAN,HARAPAN DAN HASRAT KITA YANG TERPENDAM SELAMA INI ?

KALAU MASIH BANYAK YANG BELUM TERCAPAI,TERUSKANLAH BERUSAHA UNTUK MENGGAPAI IMPIAN KITA ! TERUSKAN BERMIMPI..JANJI KITA AKAN TERUS BERUSAHA UNTUK MENCAPAI IMPIAN KITA ITU.

KITA SUDAH PASTI ADA IMPIAN TERSENDIRI ! ORANG LAIN JUGA PUNYAI IMPIAN TERHADAP DIRI KITA! IBU BAPA JUGA PUNYAI IMPIAN TERHADAP ANAK-ANAKNYA ! ISTERI DAN ANAK-ANAK JUGA PUNYAI IMPIAN TERHADAP DIRI KITA SEBAGAI SEORANG SUAMI DAN JUGA SEORANG AYAH ! ANAK-ANAK JUGA PUNYAI IMPIAN TERHADAP IBU-BAPANYA !

BERUSAHALAH UNTUK MENCAPAI SEGALA IMPIAN KITA..ORANG YANG PUNYAI IMPIAN YANG BESAR ADALAH INSAN HEBAT..ORANG YANG PUNYAI IMPIAN MENGGUNUNG ADALAH INSAN YANG MEMANG CEMERLANG !

PASANGLAH IMPIAN..KEJARLAH IMPIAN..GAPAI & TANGKAP APA YANG DIINGINKAN !
RAIH DAN MILIKI IMPIAN ANDA !

SALAM MOTIVASI
TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN

Sunday, October 14, 2012

`MOTIVATE YOUR STAFF`- PROGRAM PEMBANGUNAN POTENSI PEKERJA

`MOTIVATE YOUR STAFF`- PROGRAM PEMBANGUNAN PEKERJA & STAF JABATAN KERAJAAN & SWASTA

 PROGRAM SETENGAH HARI  ( 8.30 AM- 1.00 PM ) & SEHARI PENUH - ( 8.30 AM - 4.30 PM )-( PILIHAN )
SECARA IN-HOUSE @ LOKASI LUAR ( DITENTUKAN OLEH PENGANJUR )

PELBAGAI MODUL TERSEDIA UNTUK MENGGERAKKAN POTENSI PEKERJA,ANTARANYA :
1- MODUL`UPAH DITERIMA,AMANAH TERLAKSANA` - MODUL KESEDARAN TENTANG TANGGUNGJAWAB PEKERJA TERHADAP NILAI AMANAH,TANGGUNGJAWAB KEPADA PASUKAN,KEBERSEDIAAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB,KESETIAAN TERHADAP ORGANISASI DAN PERLUNYA KONSEP SYUKUR DITERJEMAHKAN DALAM DIRI PEKERJA.

2. MODUL `TRANSFORMASI DIRI PEMANGKIN KUALITI ORGANISASI`- MODUL PERUBAHAN KUALITI DIRI,PERUBAHAN STRATEGI,PERUBAHAN STYLE KERJA,PERUBAHAN PEMBANGUNAN POTENSI PEKERJA DAN PERUBAHAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN.

3.MODUL ` TEAM BUILDING` & SEMANGAT KERJA BERPASUKAN `( TEAM WORK) - LEBIH KEPADA AKTIVITI KERJA BERPASUKAN.PELBAGAI AKTIVITI MENARIK TERSEDIA MENANTI PEKERJA & ORGANISASI YANG MEMERLUKAN. AKTIVITI YANG DIJALANKAN MAMPU MENERAPKAN NILAI `KEBERSAMAAN`,NILAI `PERSAHABATAN`,NILAI KERJASAMA,NILAI `KEKUATAN BERSAMA` DAN NILAI `KEPIMPINAN`.

4. MODUL `PUBLIC SPEAKING` @ `PENGUCAPAN AWAM` BUAT PEKERJA-PEKERJA JABATAN KERAJAAN & JUGA SWASTA, APATAH LAGI MEREKA YANG SENTIASA BERHADAPAN & BERURUSAN DENGAN KLIEN,BAGI MENINGKATKAN TAHAP KEMAMPUAN,KEBERANIAN,KEYAKINAN & MENINGKATKAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL .

MODUL-MODUL YANG DISEBUTKAN MAMPU UNTUK MENGGERAKKAN `POTENSI` DAN `KUALITI PEKERJA` BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN ORGANISASI SETERUSNYA MENGANGKAT MARTABAT & NAMA ORGANISASI .

KAMI PUNYAI BARISAN TRAINER YANG TERBAIK DAN MAMPU MENCETUSKAN FENOMENA TRAINING YANG `DE BOMB` DALAM MENGGERAKKAN POTENSI PEKERJA-PEKERJA ORGANISASI ANDA.

KAMI SEDIA MEMBANTU.. ANDA BERHAK `DIMOTIVASIKAN`...

HUBUNGI KAMI : 019-4741209 @ 04-4246033


TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER/MOTIVATOR/SPEAKER/LECTURER
KONSULTAN JANA INSAN
PENANG.



Thursday, October 11, 2012

MODUL `HOW TO BE A GOOD SPEAKER @ PRESENTER...


KANDUNGAN MODUL SEMINAR SEHARI `HOW TO BE A GOOD PRESENTER` & `EFFECTIVE PRESENTER & SPEAK CONFIDENTLY ON STAGE`

 

1.       SLOT 1 ( 8.30 – 10.30 AM ) : MODUL PERTAMA : `BERUCAP DENGAN YAKIN & BERKESAN DIHADAPAN AUDIENS` -

KANDUNGAN MODUL/SLOT 1:

-          PERSEDIAAN SEBELUM BERUCAP @ SEBELUM MEMBUAT PERSEMBAHAN
-          PERSEDIAAN DARI SEGI MENTAL & FIZIKAL SEBELUM MENERIMA JEMPUTAN
-          PERSEDIAAN MENERIMA JEMPUTAN LAST MINUTE/SAAT AKHIR/BIDAN TERJUN
-          PERSEDIAAN DARI BAHAN CERAMAH @ PERSEMBAHAN
-          MENGUASAI TEKNIK SYARAHAN,CERAMAH,BICARA & PERSEMBAHAN
-          MENGUASAI TEKNIK SAMPINGAN ALAT BANTU PERSEMBAHAN SEPERTI POWERPOINT,VIDEO,AUDIO,WHITE BOARD DAN ALAT BANTUAN LAIN
-          KEPERLUAN MENYIMPAN BAHAN & TEKNIK MENYIMPAN BAHAN CERAMAH/PERSEMBAHAN
-          TEKNIK MENCARI & MENGGALI BAHAN CERAMAH @ PERSEMBAHAN
-          TEKNIK MENGAWAL PERNAFASAN,GEMURUH,GUGUP & TIDAK YAKIN

2.       .SLOT 2 ( 11.00 AM -1.00 PM ) : MODUL KEDUA : `TEKNIK MEMUKAU PENONTON & STRATEGI MENARIK AUDIENS `
KANDUNGAN MODUL / SLOT 2 :
-          KUASAI `SET INDUKSI` @ PERMULAAN BICARA YANG `DE BOMB`
-          PENAMPILAN DIRI YANG `MENARIK` & `BERMAGNET`
-          BICARA MULA YANG `MEMUKAU`
-          TEKNIK CERITA SELINGAN YANG MEMUKAU AUDIEN
-          SELINGAN `LAWAK` YANG MEMERIAHKAN DEWAN
-          KAREKTOR PENYAMPAI YANG MEMPESONA
-          KOSTUM @ PAKAIAN PENYAMPAI YANG SESUAI UNTUK DENGAN TEMA PROGRAM
-          ADA KELAINAN DENGAN PENYAMPAI LAIN
-          KEKUATAN AURA @ SUARA YANG GEMERSIK
-          MIMIK MUKA @ RAUT WAJAH YANG SEPADAN DENGAN KONSEP PROGRAM

3.       SLOT TERAKHIR – SLOT 3 ( 2.30 -4.30 PM ): SESI SIMULASI,TUNJUK CARA & PRAKTIKAL

KANDUNGAN MODUL SLOT 3:

-          TAYANGAN KOLEKSI VIDEO CONTOH UCAPAN @ PERSEMBAHAN YANG MENARIK
-          LATIH TUBI PERSEMBAHAN & MENYAMPAI SYARAHAN OLEH PESERTA PROGRAM
-          PENILAIAN OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN / SPEAKER JEMPUTAN
-          ULASAN KESELURUHAN OLEH PENYAMPAI JEMPUTAN
-          SESI SOAL JAWAB & MERUNGKAI PERMASALAHAN PESERTA.

Saturday, October 6, 2012

PROGRAM PECUTAN AKHIR CALON SPM SMK AIR MERAH KULIM








ALHAMDULILLAH SEKALI LAGI DIBERI KESEMPATAN UNTUK MENGGERAKKAN POTENSI PELAJAR- PELAJAR SPM 2012 SMK AIR MERAH KULIM

TARIKH PROGRAM : 7.10.2012
HARI : AHAD
MASA : 8.30 AM -11.00 AM
JUMLAH PESERTA : 250 ORANG PELAJAR
STATUS PROGRAM : BERJAYA DENGAN CEMERLANG

TERIMAKSIH KEPADA BARISAN KAUNSELOR SMK AIR MERAH,KULIM DAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH ATAS KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA. ADA MASA DAN KESEMPATAN KITA BOLEH BERKOLABORASI LAGI DIMASA- MASA AKAN DATANG.

KITA BERHAK UNTUK CEMERLANG..

Wednesday, October 3, 2012

SEMINAR BUDAYA KERJA CEMERLANG KPDKK,PUTRAJAYA


ALHAMDULILLAH SELESAI TUGASAN SAYA SEBAGAI TENAGA PENGAJAR,PENCERAMAH & TRAINER UNTUK SEMINAR BUDAYA KERJA CEMERLANG @ POSITIVE WORK CULTURE BERSAMA-SAMA PEGAWAI-PEGAWAI DARI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN KEPENGGUNAAN ( KPNDKK ) YANG BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI BERMULA 1.10.2012 HINGGA 3.10.2012.
TERIMAKASIH DIUCAPKAN KEPADA KONSULTAN TRI CAPITAL RECOURSES YANG SUDI MENJEMPUT DAN MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA SAYA.