YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Wednesday, July 31, 2013

EXAM + KETAKUTAN + SEMANGAT = NORMAL




EXAM AKAN TIBA TAK LAMA LAGI ! PERASAAN PELAJAR & CALON PEPERIKSAAN BERCAMPUR BAUR ! TAKUT ! CEMAS ! GABRA ! GELABAH ! TENSION ! TAK DE SEMANGAT ! MENYAMPAH ! DAN PELBAGAI LAGI PERASAAN YANG MENGHANTUI PELAJAR !

NAK TAK NAK ! TERPAKSA HADAPI JUA ! PEPERIKSAAN ADALAH PENENTU MASA DEPAN ! PEPERIKSAAN ADALAH PARAMETER KEMAJUAN DIRI & PENCAPAIAN PERIBADI DALAM AKADEMIK !

IBU-BAPA TURUT CEMAS ! GURU-GURU TURUT SAMA MERASA GETARAN JIWA ! SEMUA ORANG MERASA TAKUT,CEMAS,GELABAH,KELIRU DAN TENSION !

JANGAN RISAU ! SEMUA PERASAAN ITU ADALAH NORMAL ! IA ASAM GARAM KEHIDUPAN !

JANGAN RISAU ,PIHAK KAMI DIKONSULTAN JANA INSAN DENGAN BERBEKALKAN MODUL `MODID` ADA RESEPI UNTUK DIKONGSI BERSAMA PARA GURU,IBU-BAPA DAN PELAJAR DALAM MENGURUS EMOSI PELAJAR MENJELANG PEPERIKSAAN PENTING !

SEMINAR PECUTAN AKHIR & MENGURUS EMOSI MENJELANG PEPERIKSAAN BAKAL MENYELESAIKAN PELBAGAI MASALAH ANDA !

SEMINAR INI BAKAL MENYELONGKAR PERMASALAHAN PELAJAR TENTANG HAKIKAT `EXAM` 

ANTARANYA :

1- TIPS -TIPS KETENANGAN MENJELANG PEPERIKSAAN
2- BERSEDIA SECARA POSITIF DALAM MENGHADAPI EXAM
3- PERSIAPAN ROHANI,JASMANI & MENTAL MENJELANG EXAM
4- MENGHINDARI KECELARUAN MENJELANG PEPERIKSAAN
5- PERANAN GURU & IBU BAPA SEBAGAI `UBAT PENENANG` KEPADA PELAJAR & ANAK-ANAK CALON PEPERIKSAAN PENTING
6- TIPS-TIPS MENGAWAL GEMURUH & KETAKUTAN MENGHADAPI EXAM
7- TIPS-TIPS MEMPENGARUHI PEMERIKSA KERTAS SOALAN
8- TIPS-TIPS MENGENGGAM KEJAYAAN DALAM EXAM
9- KAEDAH MENJADIKAN EXAM ITU LEBIH MUDAH
10- AMALAN ROHANI & KAEDAH DIET `PEJUANG MEDAN PEPERIKSAAN`

SEMUA INI AKAN DI `LUAHKAN` DALAM SEMINAR YANG CUKUP BERMANFAAT & BERIMPAK TINGGI.

HUBUNGI PIHAK KAMI..

KONSULTAN JANA INSAN
PAKAR MOTIVASI PELAJAR
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033


Sunday, July 28, 2013

IMPAK MEMBERI ILMU & SHARING PENGALAMAN




ALANGKAH SERONOKNYA MEMBERI & SHARING ILMU DENGAN ORANG LAIN..
PELBAGAI AGENSI,JABATAN KERAJAAN,SEKOLAH,GLC,NGO DAN PELBAGAI INSTITUSI TELAH MENJADIKAN DIRI SAYA SEORANG YANG CUKUP `BERANI` APABILA BERHADAPAN DENGAN ORANG LAIN..

TAHUN 2013 MENJADIKAN DIRI SAYA SEBAGAI SEORANG YANG CUKUP SIBUK DENGAN AKTIVITI2 TRAINING & LATIHAN DISELURUH PELUSUK TANAH AIR.

INSYAALLAH,SELEPAS AIDIL FITRI NANTI MASIH BANYAK LAGI JEMPUTAN YANG BAKAL DIPENUHI..

INSYA-ALLAH,MODUL-MODUL TERBAIK BAKAL KAMI PERSEMBAHKAN UNTUK KEPERLUAN & KEHENDAK KLIEN ..

KAMI HARGAI SOKONGAN KALIAN SEMUA..

MOTIVASI SEPANJANG HAYAT

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SP.

Sunday, July 21, 2013

SIKAP PENENTU SEGALANYA - KEJAYAAN @ KEGAGALAN YANG DIPILIH ?

SIKAP PENENTU KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN SESEORANG ! SEBELUM BERCERITA TENTANG KEJAYAAN ,KITA SEMUA PERLU MENILAI TERLEBIH DAHULU APAKAH SIFAT @ SIKAP YANG KITA MILIKI SELAMA INI ?

SIKAP ADALAH ASAS ! SIKAP ADALAH FORMULA ! SIKAP ADALAH BANCMARK @ PENANDA ARAS KUALITI DIRI KITA ! SIKAP ADALAH TITIK MULA KEJAYAAN @ KEGAGALAN SESEORANG DALAM HIDUPNYA !

SIKAP JUGA ADALAH PENENTU KEPADA KEGAGALAN @ KEJAYAAN SESEORANG DALAM KERJAYANYA !

MANA MUNGKIN SESEORANG YANG TIDAK PUNYAI SIKAP & SIFAT YANG BAIK MAMPU MERAIH KEJAYAAN DALAM HIDUP !

TANYALAH SESIAPA PUN DIATAS MUKA BUMI INI,KALAU DIRI TIDAK PUNYAI SIKAP & SIFAT YANG BAIK,SUDAH PASTI KEJAYAAN TIDAK AKAN DAPAT DIGENGGAMI !

SEMARAKKAN SIFAT & SIKAP YANG BAIK BAGI MEMASTIKAN KEJAYAAN BAKAL DIRAIH !

SEMARAKKAN NILAI-NILAI POSITIF DALAM DIRI..

BERIKUT ADALH SIKAP MANUSIA `HEBAT` LAGI `CEMERLANG` :

1- SIKAP SUKA  BERTANYA
2- SIKAP SUKA MENDAHULUI
3- SIKAP BERTERUS TERANG
4- SIKAP TIDAK MUDAH BERPUAS HATI
5- SIKAP AMBIL BERAT TERHADAP SEMUA PERKARA ( TERMASUK YANG REMEH )
6- SIKAP INGIN MEMPERBAHARUI
7- SIKAP SUKA PADA TEGURAN
8- SIKAP SUKA PADA CABARAN
9- SIKAP SUKA EXPLORE ( MENGKAJI )
10- SIKAP SENTIASA AWAL DALAM TINDAKAN ( SENSE OF URGENCY )

ANDA MAMPU MERUBAHNYA ! JIKA ANDA PUNYAI KESEPULUH SIKAP & CIRI-CIRI INI,MAKA TIADA SEBAB ANDA TIDAK BOLEH BERJAYA DALAM HIDUP ANDA !

INGATLAH EQ ( EMOTIONAL QUATION ) ADALAH PENYUMBANG TERBESAR KEJAYAAN SESEORANG DALAM HIDUP. IANYA MERANGKUMI 80-90 % FAKTOR KEJAYAAN . IQ ( INTELEGENT QUATION ) HANYA MENYADI 10 % PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN SESEORANG !

JIKA ANDA INGIN BENAR-BENAR BERJAYA,TINGKATKAN KUALITI DIRI MELALUI PEMBINAAN SIKAP POSITIF ..

SAYA YAKIN DAN SAYA PASTI,SEMUA TOKOH HEBAT DUNIA ADALAH PEMILIK SIKAP YANG POSITIF YANG TELAH MENJADI FAKTOR UTAMA KEJAYAAN MEREKA !

JOM,PERBAIKI DIRI ! BINA SIKAP POSITIF DARI SEKARANG ! KITA PASTI BERJAYA !INSYA-ALLAH.

PEMILIK SIKAP POSITIF
TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209

Wednesday, July 17, 2013

DISEBALIK KEPAYAHAN ADA KEMUDAHAN & KESENANGAN...FIKIRKANLAH..

SUDAH MENJADI LUMRAH ....SETIAP DARI KITA YANG BERNAMA `MANUSIA` SUDAH PASTI TIDAK TERLEPAS DARI MASALAH ! MASALAH DATANG & PERGI,SILIH BERGANTI..IANYA DATANG DARI PELBAGAI BENTUK & CORAK ! ADA MASALAH BERPUNCA DARI KELUARGA..ADA YANG BERPUNCA DARI SUMBER KEWANGAN.

ADA YANG BERMULA DARI PERHUBUNGAN SOSIAL..ADA MASALAH BERPUNCA DARI TEKANAN DITEMPAT KERJA..PELBAGAI MASALAH SERING MELANDA MANUSIA !
SEBENARNYA MASALAH YANG KITA HADAPI PERLU DILIHAT DARI SUDUT POSITIF !

ADA SESUATU YANG MENARIK BAKAL MENANTI KITA KESAN DARI MASALAH YANG KITA HADAPI !

MUNGKINKAH PERMASALAHAN YANG KITA HADAPI BAKAL MEMBERIKAN KITA IMPAK POSITIF !

1- MASALAH KELUARGA- MUNGKIN INILAH RUANG TERBAIK UNTUK MENILAI KEMBALI PERANAN SEBAGAI SEORANG SUAMI,ISTERI,BAPA,EMAK ATAU SEBAGAI AHLI KELUARGA. MUNGKIN SELEPAS MASALAH YANG KITA HADAPI ITU SELESAI,KITA AKAN SENTIASA BERHATI-HATI DAN BERUSAHA MEMELIHARA KELUARGA AGAR SENTIASA CERIA & BAHAGIA.

2- MASALAH KEWANGAN - MUNGKIN  SETELAH MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN YANG SERIUS,KITA BAKAL KEMBALI MENGURUSKAN KEWANGAN SECARA BIJAK DAN BAKAL MENJADI ORANG BIJAK DALAM SISTEM KEWANGAN PERIBADI.

3- MASALAH DITEMPAT KERJA - INILAH RUANG TERBAIK UNTUK MEMPERBAIKI KEMBALI KUALITI KERJA KITA,KUALITI HUBUNGAN KITA DENGAN BOS DAN RAKAN SEKERJA DAN MUNGKIN JUGA INILAH PELUANG TERBAIK UNTUK MENILAI KEMBALI SUMBANGAN KITA KEPADA ORGANISASI.

INGATLAH ! ALLAH SWT PERNAH BERFIRMAN DALAM SURAH AD-DHUHA YANG MEMBAWA MAKSUD ` SESUNGGUHNYA YANG KEMUDIAN ITU LEBIH BAIK DARI YANG PERMULAAN`..INI ADALAH JAMINAN ALLAH BAHAWA SETIAP YANG BERLAKU ITU PASTI ADA HIKMAHNYA..DAN SESUATU YANG LEBIH BAIK DAN MENARIK BAKAL MENANTI KITA SELEPAS SESUATU PERISTIWA @ KEADAAN YANG KURANG MENYENANGKAN MELANDA KITA !

SEKALI LAGI ALLAH SWT TELAH MEMUJUK & MEMOTIVASIKAN UMAT ISLAM AGAR JANGAN TERUS KECEWA APABILA MENERIMA KEGAGALAN @ KEKECEWAAN..PESANAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL-INSYIRAH AYAT 5 & AYAT 6 ( 2 KALI DIULANGKAN ) :
`SESUNGGUNYA DISEBALIK KEPAYAHAN ITU ADA KEMUDAHAN`- `SESUNGGUHNYA DISEBALIK KESULITAN ITU ADA KEMUDAHAN`

JELAS,BAHAWA SESUNGGUHNYA MEMANG TERSELIT SERIBU HIKMAH DISEBALIK KEGAGALAN,KEKECEWAAN ATAU MASALAH YANG DIHADAPI OLEH SESEORANG. JANGAN FRUST,GIVE UP ATAU MURUNG BILA MENERIMA SESUATU PERKARA YANG TIDAK DIINGINI.SESUNGGUHNYA SETIAP MASALAH ADA NILAI POSITIFNYA !

PERCAYALAH ! SESUATU YANG BAIK BAKAL MENANTI KITA ! AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEMINAR MOTIVASI PECUTAN AKHIR UPSR,PMR,SPM & STPM = PROGRAM BERIMPAK TINGGI


PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN JANGAN DIAMBIL MUDAH ! IANYA DIIBARATKAN SEBAGAI `UBAT PERANGSANG` DISAAT-SAAT PENUH EMOSI, PARA CALON PEPERIKSAAN MENGHADAPI SITUASI YANG AGAK KRITIKAL,PENUH `TEKANAN` DAN SUASANA YANG AGAK `PANAS`.
SO,KAMI DIPIHAK KONSULTAN JANA INSAN BERSEDIA UNTUK MEMBERI PERANGSANG,SUNTIKAN MOTIVASI SEBAGAI` UBAT MUJARAB` DAN PIL `PENENANG` BUAT PARA CALON MENGHADAPI PEPERIKSAAN PENTING TERSEBUT :

CORAK @ POLA SEMINAR MOTIVASI : SETENGAH HARI @ PROGRAM SEHARI ( PILIHAN )
LOKASI : SEKOLAH MASING-MASING ( LOKASI LUAR YANG DISEDIAKAN OLEH PENGANJUR )
JUMLAH PESERTA : TANPA HAD PESERTA
MODE PROGRAM : CERAMAH SANTAI,TIPS KESIHATAN,TIPS ROHANI & PERSEDIAAN MENTAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN
BAYARAN : BOLEH DIRUNDING ( CUKUP BERBALOI )
BENTUK BAYARAN : CASH/CEK @ LO ( PESANAN KERAJAAN )

JANGAN RISAU DENGAN BAYARAN ..KAMI TIDAK SEPERTI KONSULTAN LAIN YANG MELETAKKAN BAYARAN YANG TINGGI.

APA YANG PENTING IALAH KESUNGGUHAN & KOMITMEN PENGANJUR ( SEKOLAH ) UNTUK MENJALANKAN PROGRAM DEMI MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR YANG BAKAL MENCORAKKAN MASA DEPAN MEREKA..

SEKOLAH-SEKOLAH DISEBELAH UTARA ( PENANG/PERLIS/PERAK & KEDAH ) BAKAL MENIKMATI HARGA `MENARIK` KERANA INI ADALAH SALAH SATU SUMBANGAN KHIDMAT SOSIAL KAMI UNTUK MEMBANTU ANAK BANGSA DALAM MENGEMBANGKAN POTENSI MEREKA !

AYUH ! JANGAN TERLEWAT ..MASIH ADA LAGI TARIKH-TARIKH KOSONG YANG PERLU DIISI.

JIKA TIDAK MAHU MENGANGGU P & P ( MMI ) = BOLEH DIJALANKAN PADA PENGHUJUNG SESI PERSEKOLAHAN ( SESI PETANG = SELAMA 3 JAM @ 4 JAM )

JIKA ADA KELAPANGAN PADA HUJUNG MINGGU,BOLEH DIJALANKAN PADA HARI SABTU ( UNTUK PROGRAM 1/2 HARI @ SEHARI PENUH ).

REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI..KERANA IANYA DATANG SEKALI DALAM SEUMUR HIDUP..

TANYALAH,BERGURULAH ,AMBILLAH & MENGHARAPLAH PADA YANG `PAKAR`..

SEMOGA PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR MAMPU MELONJAKKAN PRESTASI PELAJAR & PRESTASI SEKOLAH ANDA !

KAMI SEDIA MEMBERIKAN YANG TERBAIK !

PENGARAH URUSAN
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

TRAINER HEBAT + IMPAK HEBAT

ELAKKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT BAGI MENJAMIN KUALITI DIRI SEBAGAI SEORANG TRAINER @ SPEAKER .
( PESANAN BUAT DIRI SENDIRI & RAKAN-RAKAN TRAINER/SPEAKER & MOTIVATOR DILUAR SANA )


Jangan sesekali melakukan perkara larangan di bawah untuk mengelakkan latihan anda gagal dan tidak memberi kesan kepada peserta. 

Jangan melakukan ekspresi atau bahasa tubuh lainnya yang dapat dinilai dan dianggap negatif seperti: kaku, tidak mesra, tidak ramah, atau marah.

 Jangan berdebat dengan peserta. Walaupun anda menang dalam perdebatan itu, namun sebenarnya anda sudah kalah sebab anda membuatkan peserta membenci dan memusuhi anda.

Jangan memaksa mereka mengikut kehendak anda.

Jangan memalukan peserta, memberikan label atau panggilan buruk ataupun membentak peserta.

Jangan menilai perasaan dan pemikiran mereka.

Jangan merendahkan diri anda dihadapan peserta.

Jangan sombong & Ego dengan peserta

JAGALAH HARGA DIRI SELAKU SEORANG TRAINER & MOTIVATOR...

MODUL HEBAT,KOMITMEN HEBAT,PERSEMBAHAN HEBAT,KUALITI HEBAT..SUDAH PASTI IMPAKNYA HEBAT !



Tuesday, July 16, 2013

SUPER TRAINER + SUPER MOTIVATOR = GREAT INSPIRATOR


 

IMPIAN MENJADI SEORANG TRAINER,SPEAKER,MOTIVATOR & INSPIRATOR SUDAH TERCAPAI.SAYA BANGGA,SAYA PUAS DAN SAYA TERUJA MENJADI `ORANG HARAPAN` KEPADA INSAN LAIN.

RAMAI INSAN DILUAR SANA MEMEMERLUKAN SUNTIKAN SEMANGAT & SUNTIKAN KEJAYAAN DARI SEORANG YANG BERGELAR TRAINER @ SPEAKER.

TUGAS TRAINER @ SPEAKER ADALAH UNTUK MENYUNTIK SEMANGAT ORANG LAIN DISAMPING MENCETUSKAN MOTIVASI DIRI YANG TINGGI DIDALAM DIRI PESERTA.RAMAI ORANG MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK BERJAYA.

RAMAI DARI KITA AMAT MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK PULIHKAN KEYAKINAN. RAMAI DARI KITA YANG MEMERLUKAN SUNTIKAN SEMANGAT UNTUK TERUS HIDUP.RAMAI DARI KITA YANG BERUSAHA UNTUK BANGKIT DARI `KEGAGALAN`LAMPAU.

DISINI INGIN SAYA KONGSIKAN TIPS BERHARGA UNTUK DIJADIKAN PANDUAN DALAM MEMANDU KITA MENJADI SEORANG TRAINER,SPEAKER @ MOTIVATOR YANG HEBAT LAGI BERKESAN.


Untuk menjadikan trainer berjaya dalam menjalankan tugasnya membimbing peserta, ada beberapa tip yang harus digunakan;
  1. Bina keakraban dan saling percaya
  2. Supaya anda dekat dengan peserta, maka berbicaralah dengan peserta sebagai seorang individu, bukan kumpulan orang tertentu.
  3. Jadilah sebahagian daripada peserta.
  4. Libatkan peserta, jangan jadikan mereka hanya sebagai penonton.
  5. Miliki sense of humor yang tinggi.
  6. Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh peserta.
  7. Sentiasa melihat balik bahasa tubuh anda dan komunikasi non verbal yang lain, kerana itulah sebenarnya kekuatan komunikasi anda.
  8. Berikan pujian kepada peserta apabila mereka berjaya menjawab atau berjaya melakukan tugas dan aktiviti.
  9. Berbicaralah dengan penuh perasaan
  10. Jangan kaku dan murahkan dengan senyuman.  

Sunday, July 14, 2013

MOTIVASI RAMADHAN + MISI RAMADHAN = SUKSES ABADI

APAKAH MISI PUASA RAMADHAN KALIAN SEMUA ? APAKAH JANJI-JANJI ANDA UNTUK MEMANFAATKAN RAMADHAN KALI INI ? SUDAH PASTI SETIAP ORANG PUNYAI MISI & VISI RAMADHAN MASING-MASING !

ADA DIANTARA KITA YANG TELAH MEMASANG IMPIAN & HASRAT UNTUK MENJADIKAN RAMADHAN KALI INI SEBAGAI RAMADHAN YANG TERBAIK DALAM HIDUPNYA !

APAKAH RAMADHAN KALI INI MAMPU MENYUNTIK SEMANGAT KALIAN UNTUK TERUS MELAKUKAN KEBAIKAN & MENJADI MUSLIM UNGGUL PADA SISI TUHAN ?
RAMADHAN SEBENARNYA MENGAJAR KITA ERTI :

1- PENGORBANAN SEORANG HAMBA PADA TUHANNYA
2- MENGAJAR ERTI SABAR & BERTIMBANG RASA
3- RAMADHAN MENGAJAR KITA ERTI PERKONGSIAN ( BERKONGSI MASALAH & PENDERITAAN ORANG LAIN )
4- RAMADHAN MAMPU MENCETUSKAN RASA BELAS KASIHAN KITA SESAMA MANUSIA DAN MAKHLUK LAIN
5- RAMADHAN MENGAJAR KITA ERTI MISSION HIDUP KITA
6- RAMADHAN MENGAJAR KITA ERTI KESAMA-RATAAN
7- RAMADHAN MENGAJAR KITA ERTI KEKUATAN DIRI 
8- RAMADHAN MENGAJAR KITA ERTI KEMAJUAN DIRI ( SEMAK PENCAPAIAN DIRI KITA )
9- RAMADHAN MENGAJAR KITA ERTI PENINGKATAN KUALITI DIRI
10-RAMADHAN MENGAJAR KITA KESUNGGUHAN

 JADIKANLAH RAMADHAN KALI SEBAGAI RAMADHAN YANG TERBAIK KERANA KITA TIDAK PASTI APAKAH TAHUN-TAHUN BERIKUTNYA KITA BAKAL MENEMUI RAMADHAN LAGI UNTUK KESEKIAN KALINYA..

JADIKANLAH RAMADHAN SEBAGAI PENYUNTIK SEMANGAT KITA SEMUA..

SALAM RAMADHAN

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR/INSPIRATOR
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH.


Friday, July 12, 2013

JUNIOR TALENT PROGRAMME @ NAZA KIA ACADEMY





ALHAMDULILLAH..PELUANG & KESEMPATAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK THE LEARNING STUDIO AMATLAH SAYA HARGAI..

PADA 6 & 7 JULAI 2013 YANG LALU,SAYA TELAH DIBERI PELUANG UNTUK MEMOTIVASIKAN SERAMAI 48 GRADUAN YANG DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI `PEMBURU KERJA`.

MEREKA INI TELAH DITEMPATKAN DI AKADEMI NAZA KIA,GURUN,KEDAH SELAMA 3 BULAN UNTUK DILATIH DENGAN PELBAGAI SKILL & KEMAHIRAN BAGI MENYEDIAKAN KEPERLUAN UNTUK MEMASUKI PASARAN KERJA.

RATA-RATA MEMPUNYAI IJAZAH SARJANA MUDA & SEBAHAGIAN KECIL DARI MEREKA TENGAH MENYAMBUNG PENGAJIAN DIPERINGKAT SARJANA ( MASTERS ).

ALHAMDULILLAH,TOPIK & MODUL YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA SAYA TELAH SEMPURNA DENGAN JAYANYA.

ANTARA KANDUNGAN MODUL ( ISLAMIC MODUL ) YANG TELAH DITERAPKAN KEPADA MEREKA IALAH :

1- KONSEP SYUKUR & MENGHARGAI NIKMAT
2- KONSEP HIJRAH ( HIJRAH MINDA & HIJRAH TINDAKAN PENCETUS KECEMERLANGAN )
3- MOTIVASI RAMADHAN & MOTIVASI SOLAT ( PEMBENTUK JIWA INSAN SUKSES )
4- MENGURUS EMOSI SECARA ISLAMI ( TERAPI SOLAT,ZIKIR & MUHASABAH DIRI )





ALHAMDULILLAH,DARI PEMERHATIAN & TINDAK BALAS YANG DITERIMA,JELAS MEREKA SEMUA PUNYAI SEMANGAT & KESUNGGUHAN YANG TINGGI.

DIHARAPKAN PROGRAM INI MAMPU MELAHIRKAN GRADUAN YANG BERDAYA SAING & MAMPU MEMENUHI PASARAN KERJA NANTI.

THANKS A LOT TO THE LEARNING STUDIO ATAS KEPERCAYAAN.

SEMOGA PROGRAM `JUNIOR TALENT` INI MAMPU MENJADI WADAH PENGGERAK KEJAYAAN PARA GRADUAN KITA.

SOKONGAN & DORONGAN AKAN SAYA TERUS BERIKAN SELAGI DIPERLUKAN.

PENYUMBANG ILMU & KEMAHIRAN
TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO KONSULTAN JANA INSAN
SP.
019-4741209

Wednesday, July 10, 2013

MOTIVASI RAMADHAN - PENCETUS SEGALA NILAI YANG BAIK


PENGISIAN BULAN RAMADHAN DENGAN `SEMINAR TRANSFORMASI & ANJAKAN RAMADHAN` :

FORMAT SEMINAR : BERBENTUK SEMINAR MOTIVASI ( BUKAN CERAMAH AGAMA )
MASA YANG DIPERUNTUKKAN : SEHARI @ SETENGAH HARI @ SLOT IN ( 2 JAM )
PESERTA : PELAJAR SEKOLAH @ PEGAWAI KERAJAAN@ BADAN BERKANUN @ SWASTA
PENGANJUR : SEKOLAH,INSTITUSI @ JABATAN TERLIBAT
LOKASI : AGENSI TERBABIT
JUMLAH PESERTA : BEBAS
KANDUNGAN MODUL :

1- IBADAH PUASA DARI SUDUT AGAMA,BUDAYA,MASYARAKAT & KESIHATAN
2- FUNGSI IBADAH PUASA DALAM MENINGKATKAN KUALITI PERIBADI MUSLIM
3- KEBERKESANAN IBADAH PUASA DALAM MENGGERAKKAN NILAI-NILAI YANG BAIK
4- PUASA MEMBENTUK PERIBADI & SAHSIAH YANG MULIA
5- PUASA MENJANA EKONOMI UMAT ISLAM
6- PUASA PENCETUS NILAI KEMANUSIAAN YANG TINGGI 
7- PUASA MAMPU MENGERATKAN HUBUNGAN KEMANUSIAAN
8- PUASA PENCETUS  KUALITI KERJA & ORGANISASI
9- PUASA BERKUALITI YANG MENCAPAI KPI TUHAN
10- PUASA MEMBERI IMPAK MAKSIMA KEATAS PEMBENTUKAN PERIBADI CEMERLANG MELALUI NILAI-NILAI MULIA YANG TERKANDUNG DIDALAMNYA.

BERMINAT INGIN ANJURKAN `SEMINAR TRANSFORMASI & ANJAKAN RAMADHAN`,BOLEHLAH HUBUNGI PIHAK KAMI DI KONSULTAN JANA INSAN.

TALIAN : 019-4741209 @ 04-4246033
EMAIL : fahanie_793@yahoo.com.my

GOOD ATTITUDE VS BAD ATTITUDE ( PUTIH LWN HITAM )

KEJAYAAN & KECEMERLANGAN HANYA BOLEH DICAPAI OLEH MANUSIA YANG PUNYAI SIKAP,SIFAT & PERILAKU YANG BAIK ! SIKAP,AKHLAK,PERANGAI & TABIAT YANG BAIK PERLU MENDOMINASI DIRI KITA BAGI MEMASTIKAN KEJAYAAN YANG INGIN DICAPAI MAMPU DITERJEMAHKAN KE ALAM REALITI !

SIKAP & SIFAT YANG BAIK BERKEMBANG SUBUR DALAM DIRI MANUSIA YANG PUNYAI NILAI-NILAI BERIKUT :

1- SENTIASA MEMENTINGKAN MASA
2- SENTIASA MEMENTINGKAN KUALITI
3- SENTIASA MEMENTINGKAN PERUBAHAN
4- SENTIASA MEMENTINGKAN KREDIBILITI
5- SENTIASA PUNYAI SIKAP INGIN MEMPERBAIKI
6- SENTIASA INGIN MAJU KEDEPAN
7- SENTIASA LAKUKAN YANG TERBAIK
8- SENTIASA PENTINGKAN MUTU
9- SENTIASA LAKUKAN PERBANDINGAN ANTARA YANG LEPAS DAN MASA KINI
10- SENTIASA MENGHARAPKAN PENINGKATAN

ANTARA SIKAP BAIK YANG MAMPU MENJADI PEMANGKIN KEPADA KUALITI DIRI IALAH :
1- RAJIN
2- TEPATI MASA
3- SABAR & TAHAN ASAKAN
4- SENTIASA KE DEPAN
5- MENJADI LEADER
6- TIDAK MENGHARAPKAN BANTUAN ORANG LAIN ( BERDIKARI )
7- MAMPU MENYERAP ILMU YANG DISAMPAIKAN
8- TERIMA TEGURAN & NASIHAT DENGAN BERLAPANG DADA
9- ANGGAP KRITIKAN SUATU YANG POSITIF
10- MENGANGGAP PESAING ADALAH PENCETUS KEJAYAAN

BUANG JAUH-JAUH SIKAP YANG BURUK ( BAD ATTITUDE ) YANG BOLEH MEMBUNUH KEJAYAAN & POTENSI DIRI ..LONTARKAN JAUH-JAUH SIKAP & SIFAT BERIKUT :

1- MALAS
2- MUNGKIR JANJI
3- TIDAK MENEPATI MASA
4- SEMUANYA `ALA KADAR`
5- SUKA BERPUAS HATI DENGAN SEDIKIT PENCAPAIAN
6- HANYA INGIN MENJADI PENGIKUT SAHAJA
7- SENTIASA MENGHARAPKAN BANTUAN & BELAS IHSAN ORANG LAIN
8- SUKAR MENERIMA ILMU YANG BARU & PEMBAHARUAN
9- TIDAK BOLEH TERIMA KRITIKAN
10- TIDAK BOLEH BERSAING & BENCIKAN PERSAINGAN.

SO,PILIHAN DI HATI KITA ! APA YANG KITA HENDAK DIDALAM HIDUP KITA ! KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN ? JIKA KEJAYAAN YANG MENJADI TARGET,MAKA SUBURKANLAH NILAI-NILAI YANG BAIK DALAM DIRI KITA !

AYUH..KITA SUBURKAN BENIH-BENIH KECEMERLANGAN DALAM DIRI KITA !BUANG JAUH-JAUH ATAU KUBURKAN SAJA SIKAP,SIFAT & NILAI YANG BURUK YANG MAMPU MENJADI PENGHALANG KEJAYAAN KITA !

SEMOGA KEJAYAAN BAKAL MENJADI MILIK KITA SEMUA ! AMIN YA RABBAL ALAMIN.

TN.ABD.GHANI YUSOF
MENTOR & INSPIRATOR KEJAYAAN HIDUP
KONSULTAN JANA INSAN..


Tuesday, July 9, 2013

MOTIVASI RAMADHAN - TINGKATKAN KUALITI,TINGKATKAN PRESTASI DIRI

RAMADHAN DATANG LAGI ! APAKAH KITA MENANTIKAN KEHADIRANNYA DENGAN HATI YANG TERBUKA,BERLAPANG DADA & PENUH KERINDUAN ? BAGI MUSLIM SEJATI,KEHADIRAN RAMADHAN AMAT DINANTIKAN..SENTIASA MERINDUKAN KEDATANGANNYA YANG MEMBAWA SERIBU RAHMAT & KEBERKATAN..

CUBA KITA SEMAK DIRI KITA & SILA BUAT REFLEKSI DIRI KITA ! APAKAH KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG SENTIASA MERINDUKAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN YANG PENUH BERKAT INI ? JIKA YA,ALHAMDULILLAH..ITULAH TANDANYA KITA MENJADI UMMAH KESAYANGAN NABI & HAMBA KESAYANGAN ALLAH SWT.

SAMA-SAMALAH  KITA LAKUKAN REFLEKSI DIRI & BUAT PENILAIAN DIRI APAKAH RAMADHAN KALI INI BAKAL MENJADI RAMADHAN `TERBAIK` DALAM SEJARAH HIDUP KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM .

RAMADHAN YANG KITA NANTIKAN INI MENGANDUNGI SERIBU SATU MACAM HIKMAH & KEBERKATAN . SAYA INGIN MENGHURAIKAN RAMADHAN DARI SUDUT MOTIVASI DIRI .
SEBENARNYA RAMADHAN ADALAH :

A. BULAN PENINGKATAN - PELUANG UNTUK MENINGKATKAN AMAL IBADAH,PERHAMBAAN DIRI KEPADA ALLAH DAN MERAIH SEBANYAK MUNGKIN RAHMAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT DALAM BULAN MULIA INI.

B. BULAN PEMANGKIN - BULAN INI MEMBERI RUANG KEPADA KITA UNTUK MENCARI & MENGGALI SERIBU  SATU MACAM KEBERKATAN & RAHMAT DARI ALLAH. TARBIAH RAMADHAN MENCETUS SEMANGAT BARU BUAT KITA UNTUK MEMPERBAIKI DIRI KITA AGAR MENJADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.

C. BULAN PENCETUS - RAMADHAN MENCETUSKAN SIFAT INGIN BERUBAH,SIFAT INGIN MEMPERBAIKI,SIKAP INGIN MENOLONG DAN SIKAP INGIN MEMPERBAIKI DIRI,KELUARGA,MASYARAKAT & NEGARA.

D. BULAN KEMANUSIAAN - RAMADHAN PASTI MENIMBULKAN KEINSAFAN DALAM DIRI KITA SEBAGAI HAMBANYA.SIFAT-SIFAT KEMANUSIAAN YANG TINGGI BAKAL MUNCUL APABILA KITA MERASAKAN KESUASAHAN ORANG LAIN YANG TIDAK PUNYAI APA-APA.TIDAK MAKAN & TIDAK MINUM DISEBABKAN KEMISKINAN.BULAN RAMADHAN PASTI MENIMBULKAN RASA PERI KEMANUSIAAN YANG TINGGI BUAT KITA .

E. BULAN EKONOMI - RAMADHAN MENDIDIK DIRI KITA AGAR LEBIH BERHEMAH KETIKA BERBELANJA. JANGAN TERLALU BOROS DAN MENANAM SIFAT KESYUKURAN YANG TINGGI DALAM DIRI. PERANCANGAN EKONOMI YANG TERSUSUN RAPI MAMPU MENINGKATKAN EKONOMI KITA DIDALAM BULAN RAMADHAN.

SO,PENDEK KATA RAMADHAN ADALAH BULAN PENCETUS MOTIVASI YANG TINGGI DALAM DIRI KITA AGAR MENJADI MUKMIN YANG HEBAT LAGI SUPER DAN MAMPU MENCAPAI SUKSES SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH AGAMA .

HAYATI RAMADHAN DENGAN SEBENAR-BENARNYA..JAGA IBADAH,TINGKATKAN KUALITI IBADAH,SUBURKAN NILAI KEMANUSIAAN YANG TINGGI,RINGANKAN TANGAN UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN DAN SUBURKAN SIFAT MENGHAYATI KESUSAHAN ORANG LAIN.

`TANGAN YANG MEMBERI,LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA`.

SALAM RAMADHAN & SALAM MOTIVASI..SEMOGA KITA SEMUA MENJADI HAMBA ALLAH YANG HEBAT LAGI BERKESAN !

HAMBA ALLAH YANG SENTIASA INGIN BERSYUKUR

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO,MASTER TRAINER,SPEAKER,MOTIVATOR & INSPIRATOR
KONSULTAN JANA INSAN
SP.