FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, October 30, 2011

BICARA SANTAI BERSAMA BELIA SEBERANG JAYA PART 3










Alhamdulillah,puji dan syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,sekali lagi aku diberi penghormatan untuk mengendalikan satu Sesi Bual Bicara Santai bersama Himpunan Belia Seberang Jaya,Pulau Pinang pada tanggal 29.10.2011 jam 8.45 malam.

Sebenarnya berat untuk saya menerima jemputan tersebut memandangkan saya sudah bersedia mental & fizikal untuk turut sama merasai kehangatan final Bolasepak Piala Malaysia diantara Pasukan negeri kelahiranku Terengganu yang menentang skuad Rusa ( Negeri 9 ) pada malam tersebut.

Namun pelawaan,ajakan dan pujukan daripada pihak JBS Pulau Pinang tidak mampu saya tolak kerana saya adalah satu-satunya speaker harapan mereka terutama disaat-saat akhir program yang dijalankan secara ad-hoc tersebut itu.

Demi untuk tidak menghampakan harapan pihak JBS terutama Tuan Ferdaus Osman,pegawai Strategik yang sentiasa menghubungi saya, maka saya dengan hati terbuka dan berlapang dada menerima pelawaan tersebut. Alhamdulillah, program tersebut telah berjaya dilaksanakan,walaupun sedikit lewat dimulakan.

Program berakhir pada jam 11.30 malam. Alhamdulillah,para audiens yang hadir nampaknya tertarik dan terhibur dengan style penyampaianku,termasuklah Adun Seberang Jaya ( Datuk Arif Shah Omar Shah ) yang telah berkenan merasmikan Program Bual Bicara tersebut.

Semoga perkongsian ilmu ini bakal menggerakkan lagi minda dan jati-diri belia Pulau Pinang pada masa-masa akan datang. ingatlah,sesungguhnya nikmat kemerdekaan itu terlalu besar dan bererti buat kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Semoga dilain hari,lain masa dan lain tahun kita dapat bekerjasama lagi,Insya-Allah.amin

Yang Ikhlas

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
31.10.2011

Sunday, October 23, 2011

BICARA SANTAI BERSAMA BELIA PULAU PINANG & GPMS PENANG












Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya ,sekali lagi diriku diberi kesempatan & peluang oleh Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang dengan kerjasama pihak GPMS Cawangan Pulau Pinang untuk menyampaikan Ceramah kepada hampir 150 orang peserta yang terdiri dari bebarap cabang belia dan juga wakil pelajar2 USM.. Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal tarikh 23.10.2011 bertempat di Dewan Orang Ramai Perkampungan Kastam di Gelugor,Penang.

Terimakasih diucapkan kepada pihak JBS Pulau Pinang & GPMS atas jemputan tersebut. Ada masa kita boleh bekerjasama lagi pada masa-masa yang akan datang, insya-Allah.


Sekian, Salam Motivasi & Salam Sukses

Tn.Abd. Ghani bin Yusof
Master Trainer
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.D.Aman

Thursday, October 20, 2011

PROGRAM PENYEGARAN JATI DIRI BELIA PERLIS







Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,sekali lagi diriku diberi kepercayaan oleh sebuah organisasi kerajaan iaitu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis untuk mengendalikan satu Kursus yang dijenamakan sebagai SEMINAR KECEMERLANGAN DIRI BELIA yang telah diadakan pada 20.10.2011 ( Khamis ) bertempat di Hotel Putra Brasmana,Kuala Perlis.

Seminar tersebut telah dihadiri oleh seramai hampir 250 peserta yang terdiri daripada belia-belia yang mewakili Majlis Belia Negeri Perlis,MAYC Padang Besar,Pelajar-pelajar IKM , Belia yang mengganggur dan juga beberapa orang peserta daripada jabatan kerajaan sekitar negeri Perlis Indera Kayangan.

Saya selaku Trainer/Speaker/Motivator yang diberi tanggungjawab mengendalikan Seminar tersebut telah menyampaikan 2 slot Utama iaitu :

1: Slot Utama : `Transformasi Pemangkin Kecemerlangan Diri Belia` ( 10.30 -1.00 PM )
2: Slot Kedua : ` Hidup & Kerja Berkualiti Tanpa Stress` ( 2.30 - 4.30 PM )

Alhamdulillah, respon yang diterima daripada penganjur dan juga para peserta cukup positif. Nampak gayanya peserta inginkan kursus yang santai,enjoy tapi bermaklumat. Alhamdulillah,pendekatan yang saya gunakan nampaknya membuahkan hasil. Bergelak tawa,menyanyi ,uji minda dan lawak spontan yang saya selitkan mampu membuatkan peserta tidak kering gusi.

Terimakasih banyak-banyak diucapkan kepada Pn.Nurul Ain dan Barisan tenaga kerja JBS Perlis diatas jemputan. Moga dilain kali bolehlah lagi kita bekerjasama dalam lain-lain program belia. Semoga khidmat bakti memuaskan hati semua pihak terutama sekali pihak JBS Perlis.

Sekian, semoga selesa bekerjasama bersama

Hidup Belia,Hidup Negara

Yang Setia Berbakti

Tn.Abd.Ghani Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman.

Tuesday, October 11, 2011

PROGRAM MOTIVASI ATLET KAKOM KMPP - THINK BIG,DREAM BIG & DO MORE

INSYA-ALLAH,JIKA DIIZINKAN ALLAH SWT,HUJUNG MINGGU INI ,SABTU ( 15.10.2011 ) BERTEMPAT DI DEWAN AL-FARABI AKAN BERLANGSUNG KEM PERSEDIAAN ATLET KAKOM KMPP .
SLOT YANG AKAN DIHANDLE OLEH SAYA SELAMA 2 JAM : 10.30 AM -12.30 AM
TOPIK YANG DIRANCANG : THINK BIG,DREAM BIG & DO MORE
KAEDAH MOTIVASI : INTERAKTIF & BERTERASKAN ICT
MEDIA YANG DIGUNAKAN : LCD,LAPTOP
SELINGAN : NYANYIAN LAGU MOTIVASI & TAYANGAN VIDEO
TARGET GROUP : 200 ATLET KAKOM KMPP

SEMOGA MAMPU MERANGSANG SEMANGAT ATLET KAKOM KONTIJEN KMPP

YES, GO KMPP ...

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
TRAINER /SPEAKER/MOTIVATOR





KONSULTAN JANA INSAN

Saturday, October 1, 2011

PROGRAM BERSAMA GPMS CAWANGAN UUM













ALHAMDULILLAH ...

PUJI DAN SYUKUR PADAMU YA ALLAH KERANA MASIH LAGI SETIA MEMBERI KEKUATAN KEPADA DIRI INI UNTUK TERUS BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSAKU SENDIRI...

SEMALAM,TANGGAL 1.10.2011 BERTEMPAT DI DEWAN BESAR SMK PULAU NYIOR,JITRA KEDAH BERLANGSUNG SATU PROGRAM MEGA BERSAMA KEPIMPINAN GPMS CAWANGAN UUM.

SERAMAI HAMPIR 350 STUDENT MEMBANJIRI DEWAN TERSEBUT UNTUK MENDENGAR CELOTEH,AMANAT DAN TIP-TIP YANG BERGUNA DARIKU UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DIMEDAN PERSEKOLAHAN DAN PELAJARAN MEREKA.

ALHAMDULILLAH,SEGALANYA BERJALAN LANCAR DAN MOGA IANYA MEMBERI INPUT YANG BERGUNA BUAT SEMUA AUDIENS YANG HADIR.

ALHAMDULILLAH,

KEPIMPINAN GPMS CAWANGAN UUM TELAH MULA TERTARIK DENGAN STYLE ,GAYA,TEKNIK DAN MODUL KENDALIANKU..MODID. KATANYA,INGIN BEKERJASAMA LAGI PADA MASA-MASA YANG AKAN DATANG,INSYA-ALLAH.

SEMOGA KERJASAMA INI NANTI BAKAL MELONJAKKAN LAGI PRESTASI ANAK-ANAK BANGSAKU DIDALAM BIDANG AKADEMIK DISAMPING MEMPERKASA AKAL BUDI MEREKA.

SEKIAN,WASSALAM

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR
KONSULTAN JANA INSAN.
2.10.2011

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...