FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Thursday, October 20, 2011

PROGRAM PENYEGARAN JATI DIRI BELIA PERLIS







Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,sekali lagi diriku diberi kepercayaan oleh sebuah organisasi kerajaan iaitu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis untuk mengendalikan satu Kursus yang dijenamakan sebagai SEMINAR KECEMERLANGAN DIRI BELIA yang telah diadakan pada 20.10.2011 ( Khamis ) bertempat di Hotel Putra Brasmana,Kuala Perlis.

Seminar tersebut telah dihadiri oleh seramai hampir 250 peserta yang terdiri daripada belia-belia yang mewakili Majlis Belia Negeri Perlis,MAYC Padang Besar,Pelajar-pelajar IKM , Belia yang mengganggur dan juga beberapa orang peserta daripada jabatan kerajaan sekitar negeri Perlis Indera Kayangan.

Saya selaku Trainer/Speaker/Motivator yang diberi tanggungjawab mengendalikan Seminar tersebut telah menyampaikan 2 slot Utama iaitu :

1: Slot Utama : `Transformasi Pemangkin Kecemerlangan Diri Belia` ( 10.30 -1.00 PM )
2: Slot Kedua : ` Hidup & Kerja Berkualiti Tanpa Stress` ( 2.30 - 4.30 PM )

Alhamdulillah, respon yang diterima daripada penganjur dan juga para peserta cukup positif. Nampak gayanya peserta inginkan kursus yang santai,enjoy tapi bermaklumat. Alhamdulillah,pendekatan yang saya gunakan nampaknya membuahkan hasil. Bergelak tawa,menyanyi ,uji minda dan lawak spontan yang saya selitkan mampu membuatkan peserta tidak kering gusi.

Terimakasih banyak-banyak diucapkan kepada Pn.Nurul Ain dan Barisan tenaga kerja JBS Perlis diatas jemputan. Moga dilain kali bolehlah lagi kita bekerjasama dalam lain-lain program belia. Semoga khidmat bakti memuaskan hati semua pihak terutama sekali pihak JBS Perlis.

Sekian, semoga selesa bekerjasama bersama

Hidup Belia,Hidup Negara

Yang Setia Berbakti

Tn.Abd.Ghani Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman.

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...