FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Saturday, January 28, 2012

PROGRAM TRAINING SMA SG.PETANI,BEDONG KEDAH




Alhamdulillah,puji dan syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,sekali lagi diri ini diberi peluang untuk menggerakkan potensi pelajar2 . Semalam,tanggal 29.1.2012 ( Ahad ) bertempat diSMA Sg.Petani,Bedong,Kedah saya sekali diberi peluang & ruang untuk menyuntik semangat pelajar2 peperiksaan PMR & SPM sekolah tersebut.

Selama 2 1/2 jam masa yang diberikan, saya merasakan tidak cukup masa untuk menyampaikan ilmu,info,input2 berguna buat pelajar2 tersebut. Hasil dari pengamatan dan pemerhatian saya,pelajar2 disitu kurang diberi pendedahan program2 motivasi sebelum ini..ini kerana dilihat pada respon peringkat awal, seolah-olah pelajar2 disitu malu2,takut2 dan teragak2 untuk keluar kedepan & berinteraksi dengan Trainer/Motivator.

Alhamdulillah,setelah diberi perangsang dan suntikan semangat, mereka kembali dengan semangat & keyakinan baru. Alhamdulillah,pelajar2 sudah mula berani berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik . Moga ilmu yang dicurahkan mampu untuk diterjemahkan dalam kehidupan mereka sebagai pelajar dan mampu memberikan impak yang baik didalam peperiksaan PMR & SPM nanti.

Terimakasih pada Cikgu Zarina selaku Kaunselor sekolah yang telah mengambil langkah awal mengubungi saya,katanya biodata & profil tentang diri saya beliau dapatkan dari sumber internet.Alhamdulillah,berkat kerajinan dan kesungguhan meng`up-date` blog saya,ia sering dikunjungi oleh peminat2 motivasi terutamanya dari kalangan guru2 yang tercari-cari trainer/Motivator yang mampu untuk menggerakkan pelajar mereka.
Semoga ilmu yang dianugerahkan Allah ini,akan mampu digunakan sebaik mungkin untuk menggerakkan potensi pelajar2 diseluruh pelusuk tanah air.

Sekian..

Salam Sukses
Tn.Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.
30.1.2012

Tuesday, January 17, 2012

GELAGAT TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR BERGELAR `AGY`





TAK KENAL MAKA TAK CINTA..itulah ungkapan yang biasa kita dengar....ia membawa pengertian,jika kita tidak mengenal seseorang,bagaimana kita nak `menyukai` @ `seronok` dengannya. Jangan terkejut jika ada yang mengatakan bahawa karektor saya  cukup berbeza apabila berada ditempat kerja rasmi di KMPP berbanding karektor saya ketika mengendalikan sesi Motivasi ,Training,Kursus,Seminar dan Pengucapan Awam.
Semasa ditempat kerja, saya dilihat seolah-olah seorang yang berkarektor `serius`,`tegas`,`cukup particular` dan `sukar` didekati. Berbanding pula dengan karektor saya ketika mengendalikan sesi Motivasi & Training yang dilihat cukup berbeza dengan aksi bersahaja,lawak bersahaja,gila-gila sedikit dan cukup sporting ketika menyanyikan lagu-lagu motivasi sepanjang mengendalikan kursus,seminar atau training.
Terkadang audiens tidak kering gusi ketika saya mengutarakan lawak2 sinis yang boleh diambil pengajaran dan dihubungkaitkan dengan topik ceramah saya. terkadang nada saya terlalu tinggi dan serius bila menegaskan sesuatu fakta atau isi ceramah.Ianya bertujuan menyedarkan audiens tentang keperluan terhadap sesuatu isu itu. Terkadang,audiens tertunduk sepi dan khusyuk mendengar bait-bait bicara yang meruntun perasaan.
Semua ini adalah rencah dan inti-pati Modul Motivasi Dinamika Diri ( MODID ) yang telah lama saya ketengahkan demi mengangkat martabat insan,menyedarkan manusia yang lalai,menyuntik semangat mereka yang lemah,memberi harapan kepada mereka yang hampir putus asa dengan kegagalan dan meyelesaikan masalah yang dihadapi oleh audiens.
Semoga Karektor saya yang `pelbagai` ini mampu diterima oleh audiens saya dan mampu menyuntik semangat para pendengar yang setia dari awal program hinggalah keakhir program. Semoga kita semua dibawah lindungan Allah dan berterusan dilimpahi rahmat dan keberkatan,Insya-Allah.

Sekian,

Salam Motivasi dan Salam Sukses

Tuan Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan

Sunday, January 15, 2012

GENERASI PERTAMA ADALAH PERINTIS

Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya,diri ini masih lagi diberi kekuatan & keupayaan untuk terus menggerakkan potensi anak-anak pelajar diseluruh pelusuk tanahair.Kelebihan dan bakat yang telah dikurniakan Allah SWT ini perlu & wajar dieksploitasi semaksima mungkin. Tempahan dan undangan untuk memberi ceramah terus diterima.Terkadang terasa juga penatnya. Namun setelah melihat sambutan,sokongan dan perhatian yang diberikan oleh audiens ,terasa hilang segala penat dan letih lesu.





Terimakasih diucapkan buat Guru Besar SK Seri Gemilang,Kg.Padang Benggali,Butterworth kerana sudi menjemput dan menaruh kepercayaan buat diri ini untuk menggerakkan potensi pelajar2 tahun 6 sekolah beliau.Kali pertama menjejakkan kaki ke perkarangan SK Seri Gemilang pada pagi 14.1.2012,terasa kagum dengan bangunan & kemudahan yang tersergam indah .Cukup teruja diri ini. Bangunan sekolah dilihat dari jauh tak ubah seperti apartment mewah dipinggir kota.

Kesempatan bersembang dan berbual mesra dengan Puan Guru Besar & Cikgu Azizi ( Penyelaras Tahun 6 ),barulah saya tahu bahawa sekolah ini adalah sekolah baru dan tahun 2012 adalah tahun pertama pelajar2 nya menduduki UPSR. Banyak kisah & pengalaman menarik telah dikongsi bersama oleh kedua-dua tokoh guru ini.

Program bermula jam 10.00 pagi. alhamdulillah, para ibu-bapa setia menanti dan menghayati bait-bait bicara saya sehingga jam 12.30 petang. Banyak yang telah dikongsi bersama dengan para pelajar tahun 6 ( bakal menududuki UPSR 2012 ). Tips2 untuk ibu-bapa juga turut dikongsi bersama. Semoga kerjasama baik antara guru dan para ibu-bapa mampu mencernakan kejayaan cemerlang buat pelajar2 disini.

Satu pesan `keramat` saya buat pelajar-pelajar tahun 6 SK Seri Gemilang,` U all adalah anak sulung sekolah ini,maka U all bakal jadi contoh terbaik buat adik2 ditahun 5,4,3,2 & 1.` Anak sulung kena tunjukkan contoh teladan yang terbaik.

Semoga anak-anak pelajar ini,mampu menggalas tugas untuk menaikkan nama Sk Seri Gemilang dan mampu menggembirakan hati para guru & ibu-bapa mereka.Diharapkan info-info berguna yang telah disampaikan mampu untuk melonjakkan prestasi pelajar2 disini. Semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang,insya-Allah.amin.

Sekalung penghargaan dan tahniah buat pengurusan SK Seri Gemilang kerana mengambil langkah awal & drastik dalam mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar2 generasi sulung UPSR ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar apa yang kita inginkan dan hasratkan mampu kita raih,insya-Allah.amin

Sekian,Wassalam

Salam Motivasi & Salam Sukses

Yang Bersedia Berkhidmat

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan

Thursday, January 5, 2012

LIKU-LIKU PERJUANGAN...ALANGKAH SUKAR KEPUNCAK...KALA TIBA DIPUNCAK,BAHAGIA MENANTI

Alhamdulillah,puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah SWT kerana masih lagi setia mencurahkan rahmat dan berkat kepada kehidupan kita. Tanpa Tuhan,Siapalah Kita .Ya Tuhan,Kau Adalah Segalanya
Semua manusia inginkan kejayaan dalam hidup.Berjaya dalam akademik,berjaya dalam peperiksaan,berjaya dalam kerjaya,berjaya dalam kehidupan dan sudah pasti berjaya dikehidupan diakhirat nanti.
Namun untuk menggapai sebuah kejayaan itu bukannya suatu yang mudah.banyak liku-liku dan onak duri akan menghalangi diri kita. Hanya kecekalan,ketabahan,kesungguhan dan usaha yang konsisten mampu menghadirkan kejayaan buat diri kita.
Kejayaan yang Besar adalah bermula dari kejayaan yang kecil.So,Ciptalah kejayaan2 yang kecil dahulu sebelum menggapai kejayaan yang lebih besar dan lebih gemilang pada masa-masa depan. Teruskan perjuangan dan teruskan kesungguhan dalam mencipta kecemerlangan diri.
Halangan dan Rintangan adalah perkara biasa yang perlu kita tempuhi sebelum mengecapi kejayaan.So,berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Semoga kita semua mampu mencipta kejayaan dalam hidup.

Wednesday, January 4, 2012

JALAN MANA YANG BAKAL KALIAN PILIH...



Alhamdulillah , puji dan syukur pada Allah SWT yang tidak putus-putus mengurniakan rahmat,perlindungan dan rezeki buat kita semua.Sesungguhnya yang baik itu jelas..yang jahat @ batil juga jelas ! yang buruk juga jelas..yang rosak juga jelas.. Kita diberi 2 pilihan dalam hidup ini..tiada pilihan ketiga @ pilihan yang tengah2. Allah mengurniakan AKAL yang sempurna buat semua manusia tanpa mengira kedudukan,pangkat,darjat,tahap akademik mahupun kekayaan harta benda.

2 pilihan yang mesti kita buat ..samada baik @ buruk..samada benar @ batil..samada lurus @ bengkok..
Namun seringkali manusia alpa dan leka dalam membuat penilaian yang wajar dan tepat. Seringkali manusia tertewas dengan tuntutan hawa nafsu..seringkali manusia tersalah pilih...ramai dari kita yang tersasar dari landasan yang benar dan tepat. Mereka memilih jalan salah dalam menentukan hala tuju hidup mereka.
Kenapa semua ini terjadi..apakah mereka benar2 bodoh dalam menentukan masa depan mereka ? ataupun mereka tidak punyai kekuatan iman & jatidiri yang kuat sehingga sanggup memilih jalan salah ?
tepuk dada ,tanya iman...

Check diri sendiri...apakah pilihan kita benar atau salah...Jika ragu-ragu dalam membuat pilihan,tanyalah pada mereka yang lebih tua,lebih berpengalaman,lebih baik,lebih pakar atau mereka yang terlebih dahulu merasai GARAM KEHIDUPAN...

Buatlah muhasabah diri..jangan tersasar dari landasan...Diluar sana ada insan2 terpilih yang mampu memandu diri kita kejalan yang benar dan diredhai...Diluar sana,ramai insan2 hebat yang mampu menunjuk arah kearah jalan2 kebaikan ,kebahagiaan dan jalan kejayaan buat kita. Mintalah pandangan dan nasihat...

Jadilah manusia yang baik lagi hebat..buatlah pilihan yang tepat..jangkakan kejayaan diri anda..jangan tersilap langkah..buatlah perhitungan yang bijak..kejayaan pasti jadi milik anda..

Selamat Memandu Diri Anda Kearah Kehidupan Yang Lebih Baik ...

Salam Motivasi dan Salam Sukses

Bersedia Memimpin Generasi Masa Depan

Yang ikhlas

Tuan Abd.Ghani Yusof
Master Trainer
Konsultan Jana Insan

Tuesday, January 3, 2012

MANISNYA SEBUAH KEJAYAAN...RASAILAH..

Alhamdulillah,syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati kehidupan pada tahun 2012 ini..Sebenarnya jauh lagi perjalanan kita ..cuma ianya bergantung kepada sejauhmana hayat kita diizinkan Allah untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini.

Samada kita seorang pelajar atau seorang pekerja , kita sebenarnya berpeluang besar untuk meraih kejayaan dalam lapangan @ bidang yang kita ceburi. Seorang pelajar yang konsisten,bertungkus lumus dan komited terhadap tugasnya akan pasti merasa cukup gembira & teruja jika berjaya meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.Dirasakan segala usaha yang dicurahkan selama ini cukup berbaloi apabila mendapat keputusan 7A @ 8A dalam PMR ..ataupun meraih kejayaan 9A @ 10 A dalam SPM..

Semua orang turut merasa gembira,teruja dan bangga dengan pencapaian kita. Semua orang ingin berkongsi kejayaan itu dengan kita. Rasanya ingin kita war-warkan keseluruh dunia akan kejayaan kita itu. Itulah tandanya betapa besarnya erti sebuah KEJAYAAN.

Perlu diingatkan bahawa sebuah kejayaan itu bukannya datang dengan begitu mudah..Kejayaan akan hadir dengan dilatari seribu kesusahan dan kepayahan. Kesusahan dan kepayahan itu hanya dapat diharungi oleh insan2 yang hebat & berhati waja.


Maka untuk berjaya, perancangan yang rapi perlu dibuat. Segala tindakan perlu berjalan mengikut jadual.Kualiti kerja mesti TIP-TOP. Kualiti masa dijaga sebegitu rapi. Tiada istilah penat dan lelah. Segala rintangan dan halangan dilalui dengan penuh semangat dan kecekalan. Doa dan Tawakal pada Allah SWT tidak pernah lupa.


Sesungguhnya memiliki sebuah kejayaan itu amatlah INDAH. Tapi untuk mencapai sebuah kejayaan itu bukannya mudah. Bergurulah pada yang hebat & pakar.Jangan mudah putus asa,jangan berpuashati dengan kejayaan yang sedikit,jangan leka dan berilah tumpuan pada apa yang anda inginkan.


Semoga kalian semua berjaya dan bahagia dunia & akhirat..


sekian 

Salam Motivasi & salam Sukses

Abd.Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan
4.1.2012

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...