FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Tuesday, January 17, 2012

GELAGAT TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR BERGELAR `AGY`





TAK KENAL MAKA TAK CINTA..itulah ungkapan yang biasa kita dengar....ia membawa pengertian,jika kita tidak mengenal seseorang,bagaimana kita nak `menyukai` @ `seronok` dengannya. Jangan terkejut jika ada yang mengatakan bahawa karektor saya  cukup berbeza apabila berada ditempat kerja rasmi di KMPP berbanding karektor saya ketika mengendalikan sesi Motivasi ,Training,Kursus,Seminar dan Pengucapan Awam.
Semasa ditempat kerja, saya dilihat seolah-olah seorang yang berkarektor `serius`,`tegas`,`cukup particular` dan `sukar` didekati. Berbanding pula dengan karektor saya ketika mengendalikan sesi Motivasi & Training yang dilihat cukup berbeza dengan aksi bersahaja,lawak bersahaja,gila-gila sedikit dan cukup sporting ketika menyanyikan lagu-lagu motivasi sepanjang mengendalikan kursus,seminar atau training.
Terkadang audiens tidak kering gusi ketika saya mengutarakan lawak2 sinis yang boleh diambil pengajaran dan dihubungkaitkan dengan topik ceramah saya. terkadang nada saya terlalu tinggi dan serius bila menegaskan sesuatu fakta atau isi ceramah.Ianya bertujuan menyedarkan audiens tentang keperluan terhadap sesuatu isu itu. Terkadang,audiens tertunduk sepi dan khusyuk mendengar bait-bait bicara yang meruntun perasaan.
Semua ini adalah rencah dan inti-pati Modul Motivasi Dinamika Diri ( MODID ) yang telah lama saya ketengahkan demi mengangkat martabat insan,menyedarkan manusia yang lalai,menyuntik semangat mereka yang lemah,memberi harapan kepada mereka yang hampir putus asa dengan kegagalan dan meyelesaikan masalah yang dihadapi oleh audiens.
Semoga Karektor saya yang `pelbagai` ini mampu diterima oleh audiens saya dan mampu menyuntik semangat para pendengar yang setia dari awal program hinggalah keakhir program. Semoga kita semua dibawah lindungan Allah dan berterusan dilimpahi rahmat dan keberkatan,Insya-Allah.

Sekian,

Salam Motivasi dan Salam Sukses

Tuan Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...