YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Monday, December 27, 2010

PERJALANAN SEORANG MOTIVATOR SEPANJANG 2011

1.      BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN JEMPUTAN CERAMAH MOTIVASI YANG SEMPAT DIKENDALIKAN OLEH TUAN ABD.GHANI YUSOF:

Ceramah Pengurusan Stress Pusat Giat Mara Tasek Gelugor
2.       Ceramah Sambutan Maal Hijrah SMK Tun Hussein Onn Seberang jaya
3.       Ceramah Kepimpinan Pengawas SK Permatang Bertam
4.       Ceramah Maulidur Rasul SMK Labu Besar ,Kulim Kedah
5.       Ceramah Program Tazkiyatul Nafs SMK Muzaffar Shah Semanggol Perak
6.       Ceramah Motivasi & Keagamaan SMK Bakar Arang
7.       Ceramah Kekeluargaan SK Jeniang Kedah
8.       Ceramah Motivasi Pelajar SK Alam Megah ,seksyen 27 Shah Alam
9.       Ceramah Motivasi peperiksaan SMK Alam Megah,Shah Alam
10.   Program Motivasi Pelajar SMK ( P ) temenggong Ibrahin,Johor
11.   Penceramah Program Bina Insan SMK(A) kerian ,Semanggol Perak
12.   Penceramah /fasilitator undangan jabatan Sains ( Program pemantapan Jabatan sains KMPP )
13.   Penceramah Undangan Program jabatan matematik
14.   Penceramah Bina Insan Fizik
15.   Program Penerapan Nilai KMPP jabatan sastera ikhtisas
16.   Program Bina Insan Kolej Komuniti Gerik ,Perak
17.   Program Pecutan Terakhir & Motivasi peperiksaan PMR SMK Air Merah   Kulim,Kedah
18.   Program Kesedaran Diri & Peperiksaan SK Syed Jan Al-Jafri, Kedah 
19. Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Akademik Pelajar SPM  SMK Air Merah Kulim,Kedah
20.   Program pemantapan Iman Warga Felda di Hotel Equatorial Penang
21.   Ceramah Motivasi Guru Takmir seluruh Negeri Pulau Pinang
22.   Ceramah Maal Hijrah ( Penceramah ) Masjid Tasek Gelugor
Penceramah sesi perkongsian Ilmu jabatan sastera ikhtisas KMPP

TETAPKAN MATLAMAT ANDA

Tinggal beberapa hari lagi tahun 2010 akan meninggalkan kita. samada banyak atau sedikit pencapaian peribadi yang telah kita lalui, itulah hakikat yang sewajarnya kita terima. Pencapaian dan kejayaan kita,kita yang tentukan. Bukannya orang lain..mungkin orang lain cuma mampu memberi dorongan..yang menentukan kejayaan diri kita,adalah diri kita sendiri.

Seperti maksud firman Allah " Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum,kecuali kaum itu yang merubah nasib kaumnya sendiri"..maka atas semangat inilah kita perlu menilai kembali kejayaan @ kegagalan yang telah kita tempuhi sepanjang 2010 ini.

Jika kejayaan @ sukses yang `mendominasi` diri kita sepanjang 2010 ini, maka sewajarnyalah ucapan syukur kita panjatkan kepada Allah swt. Tetapi jika sebaliknya yang berlaku, beristighfarlah dan cuba buat `SELF AUDIT` @ Muhasabah diri,dimana kekuatan dan kelemahan kita sepanjang 2010.

Senaraikan kejayaan yang telah kita capai sepanjang 2010. Buat check list, dan cuba bandingkan dengan `kegagalan` yang telah kita lalui sepanjang 2010. Perbaiki diri dan buat anjakan menjelang 2011.

Tahun 2011 menanti kita dengan seribu cabaran 2 baru yang pasti menuntut kita untuk lebih mantap,lebih jitu ,lebih komitmen dan lebih berwaspada. hanya mereka yang kuat mental dan fizikal sahaja mampu untuk menghadapi `sepak terajang` dunia peribadinya.

Bagi seorang perunding motivasi seperti penulis, hanya kecekalan dan kesungguhan yang jitu menjamin pencapaian peribadi 2011 akan mampu menandingi pencapaian tahun 2010. Diharapkan segala perancangan tahun 2011 akan mampu dilaksanakan sebaik mungkin.

Kejayaan demi kejayaan akan saya nantikan ditahun 2011. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Moga kita semua akan menemui `sukses` dinantikan.

Selamat menyambut tahun baru 2011.

Sekian, salam Motivasi & Salam Sukses

Tuan AGY
28 Dis 2010
KMPP

PASTIKAN JALAN MANA YANG DIPILIH...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 

Bertemu kembali diarena motivasi...kali ini penulis ingin utarakan topik `jalan mana yang harus dipilih`...
Tajuk ini memang satu tajuk yang cukup penting buat kita semua...bagi kita yang berstatus `muslim` kita harus bertanya kepada diri kita,jalan mana yang wajib & wajar dipilih...manhaj ahli sunnah waljamaah sudah semestinya jalan yang paling wajar & wajib kita ikuti...Hindarilah jalan2  @ manhaj yang menyesatkan...Jalan menuju kebahagian ,itulah jalan `semestinya` kita ikuti...

Bagi remaja2 diluar sana,seharusnyalah memilih jalan `putih` yang pasti mampu membawa kita semua kepada `keredhaan` & `keberkatan` dari Allah. Hindarilah `jalan hitam` yang mendorong kemurkaan Allah. 

Bagi anak-anak pelajar ,sewajarnya dan semestinya memilih `jalan-jalan` yang membawa kepada kejayaan yang hakiki dalam akademik,dunia & akhirat. Sentiasalah hiasi diri anda dengan program2 yang bermanfaat . Sertailah program2 motivasi yang dianjurkan .

Terbentang luas didepan kita semua ,jalan-jalan yang harus kita lalui,samada jalan `hitam` @ jalan `putih` .Pilihan ditangan kita semua. Gunakan akal berpaksikan iman bagi menentukan jalan yang wajar kita lalui.

Jangan tersalah pilih jalan. Jika sekali tersalah pilih jalan, kita akan merana.

Sekian, salam motivasi & salam sukses

Abd.Ghani bin Yusof
KMPP
28 Dis 2010




Friday, December 10, 2010

JADILAH PEMIMPIN,JANGAN HANYA `MENGIKUT`

KITA KENA BIASAKAN DIRI KITA MENJADI PEMIMPIN KEPADA ORANG LAIN. DENGAN MENJADI PEMIMPIN,WALAUPUN DALAM KELOMPOK YANG KECIL,IA SEDIKIT SEBANYAK MEMBINA KEYAKINAN DIRI KITA. PEMIMPIN PERLU ADA `LEADERSHIP`.

SIFAT-SIFAT PEMIMPIN YANG BAIK :

1.SENTIASA BERMOTIVASI
2.SENTIASA PEKA DENGAN PERUBAHAN
3.SENTIADA ADA ANJAKAN DIRI
4.SENTIASA POSITIF
5.SENTIASA INGIN KEDEPAN
6.SENTIASA MENGHARGAI ORANG BAWAHAN
7.SENTIASA BERUSAHA MEMPERBAIKI ORGANISASI
8.SENTIASA ADA `GIVE & TAKE `
9.TIDAK MUDAH MELATAH
10. BERWAWASAN

INI HANYALAH SEBAHAGIAN KECIL CIRI-CIRI KEPIMPINAN. BANYAK LAGI CIRI-CIRI LAIN YANG PERLU DI MILIKI OLEH SEORANG PEMIMPIN. RAJIN2LAH  BACA BUKU MOTIVASI .

TUAN SYEIKH ABD.GHANI TELAH BERSEDIA UNTUK MENJADI PEMIMPIN DALAM KONTEKS YANG LEBIH BESAR . ANDA SEMUA ,BAGAIMANA ?

BE A GOOD LEADER...DONT FOLLOW..

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TUAN SYEIKH ABD.GHANI YUSOF
KMPP.
SABTU : 11.12.2010

MODUL TRAINING YANG EFEKTIF

PROGRAM MOTIVASI TERSEDIA DALAM PELBAGAI BENTUK :

1.CERAMAH MOTIVASI INTERAKTIF
2.BAHAN YANG UP-DATED
3.PENGUKUHAN DENGAN DATA ( STATISTIK -DALAM KES2 TERTENTU )
4.PENDEKATAN ICT YANG CUKUP `MENARIK`
5.TERSEDIA PELBAGAI `IQ TEST GAME` YANG MENYERONOKKAN
6.SESI MENGUJI MINDA DENGAN AKTIVITI YANG MENCABAR
7.SESI NYANYIAN LAGU2 MOTIVASI YANG TAK PERNAH DIGUNAKAN OLEH MANA-MANA MOTIVATOR LAIN
8.SESI NYANYIAN LAGU2 KESEDARAN ( UNTUK PROGRAM KEROHANIAN )
9.SESI MUHASABAH DIRI ( KATARSIS ) YANG `MENYENTUH ` HATI & `PERASAAN`
10. SESI `PERSONAL TOUCH` YANG AKAN `MENGUSIK` JIWA & `PERASAAN` PESERTA SECARA HALUS.

DITAMBAH PULA DENGAN AURA & SUARA TUAN AGY YANG SUDAH SEDIA MAKLUM `CUKUP LANTANG` WALAUPUN TANPA MIC.
DISELANG-SELI DENGAN LAWAK YANG MENYENTUH PERASAAN PESERTA.
DISELANG SELI JUGA DENGAN SESI PERKONGSIAN LUAHAN PERASAAN.

MAKA,MODUL YANG SEBEGINI RUPA AMATLAH MENARIK DAN `SEGAR`.

KALAU TAK DIPECAHKAN RUYONG,MANAKAN DAPAT SAGUNYA.....KALAU TAK DIBUAT PROGRAM,BAGAIMANA NAK MELIHAT HASILNYA....

`TUHAN TAKKAN MERUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU,KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MERUBAHNYA`

TUAN SYEIKH ABD.GHANI & MODUL MOTIVASI `MODID` KENDALIANNYA ADALAH `AGEN PERUBAHAN` MASYARAKAT.

TUNTULAH ILMU DARI MEREKA YANG BENAR-BENAR BERKEMAMPUAN..

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TUAN SYEIKH ABD.GHANI BIN YUSOF
TERATAK FAHANIE,SG.PETANI KEDAH.
11 DISEMBER 2010

2 TUGASAN BESAR MENANTI

2 TUGASAN BESAR SEDANG MENANTI TUAN AGY :

1. CERAMAH MOTIVASI PERDANA KHUSUS BUAT PESERTA2 KURSUS TAFAQQUHFIDIN GURU-GURU TAKMIR MASJID PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG PADA 21 HB DISEMBER 2010 BERTEMPAT DI NADZAH INN,KUBANG SEMANG SEMANG,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG.
PROGRAM INI ADALAH ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM PULAU PINANG  DAN AKAN DIRASMIKAN OLEH PENGERUSI JAIN PULAU PINANG.
TAJUK KERTAS KERJA YANG AKAN DIBENTANGKAN : `UPAH YANG DITERIMA,AMANAH TERLAKSANA`
WAKTU : 10.00 AM - 12.00 AM

INTIPATI CERAMAH YANG BAKAL DISAMPAIKAN : BAGAIMANA INTEGRITI DAPAT DIAMALKAN, AKAUNTABILITI DIPERKASAKAN SEPADAN DENGAN UPAH DAN GANJARAN YANG DITERIMA.

2. CERAMAH KAUM HAWA WARGA FELDA PLANTATION DI HOTEL BUKIT JAMBUL.
TARIKH : 17 HB DISEMBER 2010
HARI      : JUMAAT ( MALAM )
TAJUK  : KELUARGA BAHAGIA,IMPIAN KITA SEMUA
JAM      : 8.00 - 10.00 MALAM

INTIPATI CERAMAH YANG AKAN DISAMPAIKAN : TIPS2 MEMBINA KELUARGA BAHAGIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.

SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN KEPADA TUAN AGY UNTUK MEMBERIKAN PERSEMBAHAN YANG TERBAIK NANTI.

DIHARAPKAN PESERTA-PESERTA KEDUA2 PROGRAM ITU NANTI AKAN MENDAPAT SENTUHAN TERBAIK DARI TUAN SYEIKH ABD.GHANI YUSOF,PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI.

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

TUAN ABD.GHANI BIN YUSOF
PENSYARAH KANAN KOLEJ MATRIKULASI PENANG & PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI

Monday, December 6, 2010

KENAPA WAJIB MEMILIH `MODID`- MOTIVASI DINAMIKA DIRI

WALAUPUN DUNIA TRAINING DAN MOTIVASI BERKEMBANG LUAS. KEMUNCULAN TRAINER BARU IBARAT CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN. MASING-MASING INGIN MENONJOLKAN BAKAT DAN KEMAHIRAN TERSENDIRI.

ADA YANG BERSENDIRIAN DAN ADA YANG BERKUMPULAN ( TEAM ). TAHNIAH KERANA BERUSAHA SECARA BERANI MENCEBURI BIDANG TRAINING INI. KEKUATAN DALAMAN DAN KEKUATAN FIZIKAL AMATLAH PERLU DALAM MENGGERAKKAN BIDANG TRAINING INI.

NAMA-NAMA BARU MUNCUL SILIH BERGANTI. ADA YANG POPULAR DAN ADA YANG `LOW PROFILE` ( BUKAN TAK POPULAR ). SEMUANYA BERTEKAD UNTUK MEMAJUKAN ANAK BANGSA,MEMAJUKAN ORAGANISASI , MEMAJUKAN KELUARGA DENGAN PENDEKATAN DAN KAEDAH2 YANG DICIPTA .

NAMUN BAGI TUAN ABD.GHANI ( PENULIS BLOG ) SENDIRI BERANGGAPAN BIDANG INI PERLU DIJANA DAN DIGERAKKAN SEMAKSIMA MUNGKIN. KERAJAAN PERLU MEMPERUNTUKKAN BUDGET KHAS KEPADA SEKOLAH,IPT DAN BADAN KERAJAAN BAGI MEMBIAYAI KOS `TRAINING` DAN `MOTIVASI` INI.

SETIAP ORANG PERLU BERMOTIVASI DAN SENTIASA DI`INGATKAN` OLEH ORANG LAIN YANG PUNYAI KEMAMPUAN UNTUK MENYEDARKAN MEREKA. DALAM KATA LAIN,ORANG ITU IALAH PARA PERUNDING MOTIVASI @ TRAINER.

TUAN ABD.GHANI ( PENULIS ) SENDIRI TELAH LAMA BERKECIMPUNG DALAM BIDANG INI. HAMPIR 15 TAHUN MENGHAMBAKAN DIRI UNTUK MENGGERAKKAN POTENSI ANAK-ANAK MELAYU MUSLIM AGAR SEDAR AKAN KEPENTINGAN PELAJARAN,AGAR ADA ROH BERTUHAN,AGAR BERSEDIA UNTUK MENJADI ANAK YANG SOLEH,AGAR BERSEDIA UNTUK SUAMI YANG BAIK DAN BERSEDIA UNTUK MENJADI IBU-BAPA YANG BAIK KEPADA ZURIATNYA.

MENGAPA PERLU MEMILIH KONSULTAN JANA INSAN YANG BERSANDARKAN MODUL LENGKAP ( MODID ) SEBAGAI PILIHAN :

1. LATARBELAKANG AKADEMIK PENULIS ( TUAN GHANI ) YANG PUNYAI IJAZAH DALAM BIDANG SYARIAH./PENTADBIRAN AWAM.
2.LATARBELAKANG PENULIS YANG PUNYAI KEMAHIRAN PENDIDIKAN SECARA LANGSUNG. ( 17 TAHUN DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN )
3. PERNAH MENJADI GURU DISIPLIN SELAMA 5 TAHUN ( MENYELAMI PERASAAN PELAJAR/TAHU AKAN SEBAB KEJATUHAN DISIPLIN PELAJAR )
4.PERNAH MENJAWAT JAWATAN GURU KANAN BIDANG KEMANUSIAAN SELAMA 3 TAHUN.
5.PERNAH MENJALANI LATIHAN GUAMAN SYARIE SELAMA SEBULAN ( MENGETAHUI MASALAH RUMAHTANGGA/SOSIAL UMAT ISLAM )
6. PERNAH MENJADI JURULATIH PLKN DAN KETUA JURULATIH PROGRAM SILANG BUDAYA PLKN.
7. PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG ( MENYELAMI KEHENDAK JIWA PELAJAR DEWASA )
8. TUTOR DI OPEN UNIVERSITY MALAYSIA ( BERPENGALAMAN MENGENDALIKAN PELAJAR BERUSIA - PROGRAM PENGSISWAZAHAN )
9. MENJADIKAN PENCERAMAH BEBAS/PENDAKWAH BEBAS SELAMA HAMPIR 20 TAHUN.
10.MENJADI PILIHAN KEPADA PENGURUSAN SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH UTARA UNTUK MENGENDALIKAN SESI MOTIVASI.
11.PERNAH MENJALANI KURSUS ESQ TRAINING SELAMA 3 HARI ( MENGUASAI TEKNIK MOTIVASI BASED ON ISLAMIC LEARNING / TRAINING )
12.PERNAH MENJALANI KURSUS ES 2 Q ( MENGUSAI MODUL TERAPI KESIHATAN ROHANI & JASMANI )
12.PERNAH MENJALANI KURSUS /TRAINING HYPNOSIS  SELAMA SEHARI ( MENGUASAI TEKNIK MINDA BAWAH SEDAR )
13. HAMPIR 50,000 CLIENT TELAH `TERMOTIVASI` OLEH MODUL MODID
14. HAMPIR KESEMUA NEGERI DIMALAYSIA TELAH DIJELAJAHI UNTUK MENGEMBANGKAN POTENSI PELAJAR MELAYU.
15. BAKAL MENGEMBANGKAN SAYAP KEBORNEO & BRUNEI MULAI 2011

JADI ATAS FAKTOR INILAH, KEKUATAN MODUL MOTIVASI DINAMIKA DIRI ( MODID ) TIDAK BOLEH DISANGKAL LAGI.

MENGAPA HARUS BERBELANJA LEBIH SEHINGGA MENCECAH RIBUAN RINGGIT,SEMATA-MATA MENJEMPUT PENCERAMAH YANG HANYA BERCAKAP DIROSTRUM TANPA ADA KEKUATAN-KEKUATAN LAIN.

MODID PUNYAI RANGKUMAN IDEA.TEKNIK.TAKTIK  & PENGISIAN YANG BERBAGAI DALAM MEMASTIKAN PENERIMAAN PESERTA TERHADAP PENYAMPAIAN MOTIVATOR. TERBUKTI SUDAH, KEBANYAKAN ORAGANISASI YANG MENJEMPUT TUAN ABD.GHANI AKAN PASTI MENGULANGI JEMPUTAN BUAT KALI KEDUA,KETIGA,KEEMPAT MALAH ADA YANG MENJEMPUT BUAT KALI KELIMA.

APAKAH KEKUATAN MODID ? NAK TAHU KENALAH JEMPUT ! TAK KENAL MAKA TAK CINTA !

AYUH,JANGAN TUNGGU SEHINGGA SAAT AKHIR KERANA TARIKH-TARIKH UNTUK 2011 SUDAH MULA TERISI.

BAYARAN KHIDMAT KONSULTASI BOLEH DIRUNDING DAN IANYA SANGAT KOMPETETIF.

MOGA HASRAT ANDA AKAN TERCAPAI.

SEKIAN SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

TUAN GHANI YUSOF
TERATAK FAHANIE ,SG.PETANI
KEDAH.
1 MUHARRAM 1432 HIJRAH
11.05 PAGI

HIJRAH DIRI 1432 HIRAH

ALHAMDULILLAH ..SYUKUR PADA TUHAN KERANA MEMANJANGKAN USIAKU..SEMOGA DENGAN KEHADIRAN TAHUN 1432 HIJRAH INI AKAN MAMPU UNTUK MENGGERAKKAN KUDRAT & TENAGA KU UNTUK TERUS BERKARYA,TERUS BERGERAK & TERUS `BERMOTIVASI` UNTUK MENYEMARAKKAN LAGI BIDANG TRAINING DI MALAYSIA TANAHAIRKU TERCINTA.

SEGALA PAHIT MANIS SEPANJANG TAHUN 1431 HIJRAH AKAN KU KENANG SAMPAI BILA-BILA. SEKALI LAGI KU PANJATKAN KESYUKURAN PADA ALLAH KERANA MASIH LAGI MENGIZINKAN HAMBANYA YANG BERGELAR `TUAN GHANI` INI UNTUK TERUS MEWARNAI BIDANG MOTIVASI DAN TRAINING DI MALAYSIA.

DOA DAN HARAPANNKU MOGA USIAKU PANJANG,REZEKIKU BERTAMBAH,IDEAKU KIAN BERKEMBANG DAN SEMANGATKU TERUS MEMUNCAK UNTUK MEMBINA POTENSI DIRI ANAK-ANAK MELAYU KITA.

DIHARAP SEMUA PIHAK TERUS MENYOKONG USAHA MURNIKU INI..

SEKIAN, SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TUAN ABD.GHANI BIN YUSOF
TERATAK FAHANIE,SG.PETANI,KEDAH
1 HIJRAH 1432 HIJRAH
10.29 AM

Saturday, December 4, 2010

SEMINAR SEHARI `AKIS` `AKU INSAN SUPER` ( MOTIVASI DINAMIKA DIRI )

SEMINAR SEHARI `AKIS`
`AKU INSAN SUPER`
( MOTIVASI DINAMIKA DIRI )
Program khusus untuk pelajar kelas peperiksaan/pelatih ILP/Pusat Giat Mara/IKM/Kolej Komuniti/IKBN/Kolej Teknikal @ apa jua program yang anda & organisasi anda mahukan.


KANDUNGAN MODUL PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN:
SLOT 1 :  CERAMAH MOTIVASI UTAMA ( 2 JAM PERTAMA )
SLOT 2 :  AKTIVITI LDK & BINA KUMPULAN ( 2 JAM KEDUA )
SLOT 3 :  UJI MINDA & IQ TEST GAMES ( 2 JAM )
SLOT 4 :  SESI `KATARSIS` & `PERSONAL TOUCH` ( 2 JAM )

TENTATIF PROGRAM :
7.00  – 8.00      :  PENDAFTARAN PESERTA ( 200 PESERTA )
8.00  – 10.00    :  SLOT UTAMA : CERAMAH UTAMA `AKU BISA JADI SUPER `
10.00 – 10.30   :   REHAT & MINUM PAGI
10.30 – 11.30   :   AKTIVITI LDK & BINA KUMPULAN
11.30  - 12.45   :   UJI MINDA , PROBLEM SOLVING & IQ TEST GAMES
12.45 –  2.00    :   REHAT/MAKAN TENGAHARI/SOLAT ZOHOR BERJAMAAH
2.00   –  4.00    :   SESI `KATARSIS ` & PERSONAL TOUCH`
4.00   –  4.30    :   PERASMIAN PENUTUP

BERSAMA PERUNDING MOTIVASI & TRAINER :
 TN. ABD.GHANI BIN YUSOF( PENSYARAH & PAKAR MOTIVASI