YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Sunday, April 9, 2017

PROGRAM TAJAAN CIMA 2017 - MASIH ADA RUANG BERKONGSI ILMU DI PERLIS




ALHAMDULILLAH..PUJI DAN SYUKUR PADA ALLAH YANG MAHA PEMBERI REZEKI DAN MAHA PELIMPAH RAHMAT BUAT KITA SEMUA.

MASIH ADA LAGI RUANG,KEKUATAN DAN PELUANG BUAT SAYA UNTUK BERKONGSI ILMU DENGAN ANAK-ANAK PELAJAR DINEGERI PALING UTARA DI MALAYSIA,PERLIS INDERA KAYANGAN.

TERIMAKASIH DAN TAHNIAH BUAT SYARIKAT PENGELUAR SIMEN PALING BESAR DI MALAYSIA,IAITU CIMA SDN BHD SEBUAH ANAK SYARIKAT UEM YANG BERPENGKALAN DIBUKIT KETERI PERLIS ATAS SUMBANGAN DAN JASA BAIK MEREKA DALAM MENGGERAKKAN KERJA-KERJA SOSIAL YANG MELIBATKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK PELAJAR LUAR BANDAR.

SEMALAM,AHAD ( 9.4.2017 ) BERTEMPAT DI PUSAT KOREKSIONAL PENJARA PERLIS DI KOK LANG ,CHUPING PERLIS TELAH BERLANGSUNG SATU PROGRAM MEGA TAHUNAN KENDALIAN CIMA SDN BHD DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENDIDIKAN NEGERI PERLIS.

PROGRAM MOTIVASI KENDALIAN SEPENUHNYA OLEH SAYA INI BERLANGSUNG SELAMA 6 JAM ( SEHARI PENUH ) DENGAN DIHADIRI OLEH SEJUMLAH 250 PELAJAR DARI 14 BUAH SEKOLAH TERPILIH DI PERLIS.

SELAMA 6 JAM SAYA DAN PEMBANTU SAYA MENGGERAKKAN POTENSI YANG ADA PADA DIRI PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6 YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR TAHUN INI.

ALHAMDULILLAH,SLOT PERTAMA ( 8.30 - 10.30 AM ) BERTAJUK : `MISI 6A- CHOICE & SACRIFICE- KUASA PERCAYA & KUASA KEMAHUAN BERJALAN DENGAN CUKUP LANCAR.

PADA JAM 11 PAGI DITERUSKAN DENGAN SLOT KEDUA IAITU SESI PEMBENTANGAN KUMPULAN YANG MEMERLUKAN SETIAP PELAJAR PERLU MENYERLAHKAN BAKAT DAN POTENSI MASING-MASING.

SLOT KETIGA PADA SEBELAH PETANG ( 2.30-4.00 PM ) PULA MEREKA DIKEHENDAKI MENYELESAIKAN TUGASAN YANG MEMERLUKAN PENELITIAN DAN KAJIAN MENDALAM PADA PETA DUNIA YANG DIBERIKAN KEPADA SETIAP KUMPULAN.

SEMOGA DENGAN TERLAKSANANYA PROGRAM INI,SEDIKIT SEBANYAK MAMPU MERANGSANG JIWA,EMOSI,SEMANGAT DAN MOTIVASI DIRI PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT YANG MANA HAMPIR 80 % PESERTANYA ADALAH ANAK-ANAK ORANG KAMPUNG YANG SERBA KEKURANGAN.

TAHNIAH DAN SYABAS SEKALI LAGI KEPADA CIMA SDN BHD YANG SETIA MENJALANKAN PROGRAM INI SABAN TAHUN.

SEMOGA SEGALA USAHA KITA MEMBUAHKAN HASIL DAN DIBERKATI OLEH ALLAH SWT. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

SEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI PELAJAR & CORPORATE TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209