YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Monday, December 27, 2010

PERJALANAN SEORANG MOTIVATOR SEPANJANG 2011

1.      BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN JEMPUTAN CERAMAH MOTIVASI YANG SEMPAT DIKENDALIKAN OLEH TUAN ABD.GHANI YUSOF:

Ceramah Pengurusan Stress Pusat Giat Mara Tasek Gelugor
2.       Ceramah Sambutan Maal Hijrah SMK Tun Hussein Onn Seberang jaya
3.       Ceramah Kepimpinan Pengawas SK Permatang Bertam
4.       Ceramah Maulidur Rasul SMK Labu Besar ,Kulim Kedah
5.       Ceramah Program Tazkiyatul Nafs SMK Muzaffar Shah Semanggol Perak
6.       Ceramah Motivasi & Keagamaan SMK Bakar Arang
7.       Ceramah Kekeluargaan SK Jeniang Kedah
8.       Ceramah Motivasi Pelajar SK Alam Megah ,seksyen 27 Shah Alam
9.       Ceramah Motivasi peperiksaan SMK Alam Megah,Shah Alam
10.   Program Motivasi Pelajar SMK ( P ) temenggong Ibrahin,Johor
11.   Penceramah Program Bina Insan SMK(A) kerian ,Semanggol Perak
12.   Penceramah /fasilitator undangan jabatan Sains ( Program pemantapan Jabatan sains KMPP )
13.   Penceramah Undangan Program jabatan matematik
14.   Penceramah Bina Insan Fizik
15.   Program Penerapan Nilai KMPP jabatan sastera ikhtisas
16.   Program Bina Insan Kolej Komuniti Gerik ,Perak
17.   Program Pecutan Terakhir & Motivasi peperiksaan PMR SMK Air Merah   Kulim,Kedah
18.   Program Kesedaran Diri & Peperiksaan SK Syed Jan Al-Jafri, Kedah 
19. Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Akademik Pelajar SPM  SMK Air Merah Kulim,Kedah
20.   Program pemantapan Iman Warga Felda di Hotel Equatorial Penang
21.   Ceramah Motivasi Guru Takmir seluruh Negeri Pulau Pinang
22.   Ceramah Maal Hijrah ( Penceramah ) Masjid Tasek Gelugor
Penceramah sesi perkongsian Ilmu jabatan sastera ikhtisas KMPP

TETAPKAN MATLAMAT ANDA

Tinggal beberapa hari lagi tahun 2010 akan meninggalkan kita. samada banyak atau sedikit pencapaian peribadi yang telah kita lalui, itulah hakikat yang sewajarnya kita terima. Pencapaian dan kejayaan kita,kita yang tentukan. Bukannya orang lain..mungkin orang lain cuma mampu memberi dorongan..yang menentukan kejayaan diri kita,adalah diri kita sendiri.

Seperti maksud firman Allah " Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum,kecuali kaum itu yang merubah nasib kaumnya sendiri"..maka atas semangat inilah kita perlu menilai kembali kejayaan @ kegagalan yang telah kita tempuhi sepanjang 2010 ini.

Jika kejayaan @ sukses yang `mendominasi` diri kita sepanjang 2010 ini, maka sewajarnyalah ucapan syukur kita panjatkan kepada Allah swt. Tetapi jika sebaliknya yang berlaku, beristighfarlah dan cuba buat `SELF AUDIT` @ Muhasabah diri,dimana kekuatan dan kelemahan kita sepanjang 2010.

Senaraikan kejayaan yang telah kita capai sepanjang 2010. Buat check list, dan cuba bandingkan dengan `kegagalan` yang telah kita lalui sepanjang 2010. Perbaiki diri dan buat anjakan menjelang 2011.

Tahun 2011 menanti kita dengan seribu cabaran 2 baru yang pasti menuntut kita untuk lebih mantap,lebih jitu ,lebih komitmen dan lebih berwaspada. hanya mereka yang kuat mental dan fizikal sahaja mampu untuk menghadapi `sepak terajang` dunia peribadinya.

Bagi seorang perunding motivasi seperti penulis, hanya kecekalan dan kesungguhan yang jitu menjamin pencapaian peribadi 2011 akan mampu menandingi pencapaian tahun 2010. Diharapkan segala perancangan tahun 2011 akan mampu dilaksanakan sebaik mungkin.

Kejayaan demi kejayaan akan saya nantikan ditahun 2011. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Moga kita semua akan menemui `sukses` dinantikan.

Selamat menyambut tahun baru 2011.

Sekian, salam Motivasi & Salam Sukses

Tuan AGY
28 Dis 2010
KMPP

PASTIKAN JALAN MANA YANG DIPILIH...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 

Bertemu kembali diarena motivasi...kali ini penulis ingin utarakan topik `jalan mana yang harus dipilih`...
Tajuk ini memang satu tajuk yang cukup penting buat kita semua...bagi kita yang berstatus `muslim` kita harus bertanya kepada diri kita,jalan mana yang wajib & wajar dipilih...manhaj ahli sunnah waljamaah sudah semestinya jalan yang paling wajar & wajib kita ikuti...Hindarilah jalan2  @ manhaj yang menyesatkan...Jalan menuju kebahagian ,itulah jalan `semestinya` kita ikuti...

Bagi remaja2 diluar sana,seharusnyalah memilih jalan `putih` yang pasti mampu membawa kita semua kepada `keredhaan` & `keberkatan` dari Allah. Hindarilah `jalan hitam` yang mendorong kemurkaan Allah. 

Bagi anak-anak pelajar ,sewajarnya dan semestinya memilih `jalan-jalan` yang membawa kepada kejayaan yang hakiki dalam akademik,dunia & akhirat. Sentiasalah hiasi diri anda dengan program2 yang bermanfaat . Sertailah program2 motivasi yang dianjurkan .

Terbentang luas didepan kita semua ,jalan-jalan yang harus kita lalui,samada jalan `hitam` @ jalan `putih` .Pilihan ditangan kita semua. Gunakan akal berpaksikan iman bagi menentukan jalan yang wajar kita lalui.

Jangan tersalah pilih jalan. Jika sekali tersalah pilih jalan, kita akan merana.

Sekian, salam motivasi & salam sukses

Abd.Ghani bin Yusof
KMPP
28 Dis 2010




Friday, December 10, 2010

JADILAH PEMIMPIN,JANGAN HANYA `MENGIKUT`

KITA KENA BIASAKAN DIRI KITA MENJADI PEMIMPIN KEPADA ORANG LAIN. DENGAN MENJADI PEMIMPIN,WALAUPUN DALAM KELOMPOK YANG KECIL,IA SEDIKIT SEBANYAK MEMBINA KEYAKINAN DIRI KITA. PEMIMPIN PERLU ADA `LEADERSHIP`.

SIFAT-SIFAT PEMIMPIN YANG BAIK :

1.SENTIASA BERMOTIVASI
2.SENTIASA PEKA DENGAN PERUBAHAN
3.SENTIADA ADA ANJAKAN DIRI
4.SENTIASA POSITIF
5.SENTIASA INGIN KEDEPAN
6.SENTIASA MENGHARGAI ORANG BAWAHAN
7.SENTIASA BERUSAHA MEMPERBAIKI ORGANISASI
8.SENTIASA ADA `GIVE & TAKE `
9.TIDAK MUDAH MELATAH
10. BERWAWASAN

INI HANYALAH SEBAHAGIAN KECIL CIRI-CIRI KEPIMPINAN. BANYAK LAGI CIRI-CIRI LAIN YANG PERLU DI MILIKI OLEH SEORANG PEMIMPIN. RAJIN2LAH  BACA BUKU MOTIVASI .

TUAN SYEIKH ABD.GHANI TELAH BERSEDIA UNTUK MENJADI PEMIMPIN DALAM KONTEKS YANG LEBIH BESAR . ANDA SEMUA ,BAGAIMANA ?

BE A GOOD LEADER...DONT FOLLOW..

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TUAN SYEIKH ABD.GHANI YUSOF
KMPP.
SABTU : 11.12.2010

MODUL TRAINING YANG EFEKTIF

PROGRAM MOTIVASI TERSEDIA DALAM PELBAGAI BENTUK :

1.CERAMAH MOTIVASI INTERAKTIF
2.BAHAN YANG UP-DATED
3.PENGUKUHAN DENGAN DATA ( STATISTIK -DALAM KES2 TERTENTU )
4.PENDEKATAN ICT YANG CUKUP `MENARIK`
5.TERSEDIA PELBAGAI `IQ TEST GAME` YANG MENYERONOKKAN
6.SESI MENGUJI MINDA DENGAN AKTIVITI YANG MENCABAR
7.SESI NYANYIAN LAGU2 MOTIVASI YANG TAK PERNAH DIGUNAKAN OLEH MANA-MANA MOTIVATOR LAIN
8.SESI NYANYIAN LAGU2 KESEDARAN ( UNTUK PROGRAM KEROHANIAN )
9.SESI MUHASABAH DIRI ( KATARSIS ) YANG `MENYENTUH ` HATI & `PERASAAN`
10. SESI `PERSONAL TOUCH` YANG AKAN `MENGUSIK` JIWA & `PERASAAN` PESERTA SECARA HALUS.

DITAMBAH PULA DENGAN AURA & SUARA TUAN AGY YANG SUDAH SEDIA MAKLUM `CUKUP LANTANG` WALAUPUN TANPA MIC.
DISELANG-SELI DENGAN LAWAK YANG MENYENTUH PERASAAN PESERTA.
DISELANG SELI JUGA DENGAN SESI PERKONGSIAN LUAHAN PERASAAN.

MAKA,MODUL YANG SEBEGINI RUPA AMATLAH MENARIK DAN `SEGAR`.

KALAU TAK DIPECAHKAN RUYONG,MANAKAN DAPAT SAGUNYA.....KALAU TAK DIBUAT PROGRAM,BAGAIMANA NAK MELIHAT HASILNYA....

`TUHAN TAKKAN MERUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU,KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MERUBAHNYA`

TUAN SYEIKH ABD.GHANI & MODUL MOTIVASI `MODID` KENDALIANNYA ADALAH `AGEN PERUBAHAN` MASYARAKAT.

TUNTULAH ILMU DARI MEREKA YANG BENAR-BENAR BERKEMAMPUAN..

SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TUAN SYEIKH ABD.GHANI BIN YUSOF
TERATAK FAHANIE,SG.PETANI KEDAH.
11 DISEMBER 2010

2 TUGASAN BESAR MENANTI

2 TUGASAN BESAR SEDANG MENANTI TUAN AGY :

1. CERAMAH MOTIVASI PERDANA KHUSUS BUAT PESERTA2 KURSUS TAFAQQUHFIDIN GURU-GURU TAKMIR MASJID PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG PADA 21 HB DISEMBER 2010 BERTEMPAT DI NADZAH INN,KUBANG SEMANG SEMANG,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG.
PROGRAM INI ADALAH ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM PULAU PINANG  DAN AKAN DIRASMIKAN OLEH PENGERUSI JAIN PULAU PINANG.
TAJUK KERTAS KERJA YANG AKAN DIBENTANGKAN : `UPAH YANG DITERIMA,AMANAH TERLAKSANA`
WAKTU : 10.00 AM - 12.00 AM

INTIPATI CERAMAH YANG BAKAL DISAMPAIKAN : BAGAIMANA INTEGRITI DAPAT DIAMALKAN, AKAUNTABILITI DIPERKASAKAN SEPADAN DENGAN UPAH DAN GANJARAN YANG DITERIMA.

2. CERAMAH KAUM HAWA WARGA FELDA PLANTATION DI HOTEL BUKIT JAMBUL.
TARIKH : 17 HB DISEMBER 2010
HARI      : JUMAAT ( MALAM )
TAJUK  : KELUARGA BAHAGIA,IMPIAN KITA SEMUA
JAM      : 8.00 - 10.00 MALAM

INTIPATI CERAMAH YANG AKAN DISAMPAIKAN : TIPS2 MEMBINA KELUARGA BAHAGIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.

SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN KEPADA TUAN AGY UNTUK MEMBERIKAN PERSEMBAHAN YANG TERBAIK NANTI.

DIHARAPKAN PESERTA-PESERTA KEDUA2 PROGRAM ITU NANTI AKAN MENDAPAT SENTUHAN TERBAIK DARI TUAN SYEIKH ABD.GHANI YUSOF,PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI.

SALAM MOTIVASI DAN SALAM SUKSES

TUAN ABD.GHANI BIN YUSOF
PENSYARAH KANAN KOLEJ MATRIKULASI PENANG & PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI

Monday, December 6, 2010

KENAPA WAJIB MEMILIH `MODID`- MOTIVASI DINAMIKA DIRI

WALAUPUN DUNIA TRAINING DAN MOTIVASI BERKEMBANG LUAS. KEMUNCULAN TRAINER BARU IBARAT CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN. MASING-MASING INGIN MENONJOLKAN BAKAT DAN KEMAHIRAN TERSENDIRI.

ADA YANG BERSENDIRIAN DAN ADA YANG BERKUMPULAN ( TEAM ). TAHNIAH KERANA BERUSAHA SECARA BERANI MENCEBURI BIDANG TRAINING INI. KEKUATAN DALAMAN DAN KEKUATAN FIZIKAL AMATLAH PERLU DALAM MENGGERAKKAN BIDANG TRAINING INI.

NAMA-NAMA BARU MUNCUL SILIH BERGANTI. ADA YANG POPULAR DAN ADA YANG `LOW PROFILE` ( BUKAN TAK POPULAR ). SEMUANYA BERTEKAD UNTUK MEMAJUKAN ANAK BANGSA,MEMAJUKAN ORAGANISASI , MEMAJUKAN KELUARGA DENGAN PENDEKATAN DAN KAEDAH2 YANG DICIPTA .

NAMUN BAGI TUAN ABD.GHANI ( PENULIS BLOG ) SENDIRI BERANGGAPAN BIDANG INI PERLU DIJANA DAN DIGERAKKAN SEMAKSIMA MUNGKIN. KERAJAAN PERLU MEMPERUNTUKKAN BUDGET KHAS KEPADA SEKOLAH,IPT DAN BADAN KERAJAAN BAGI MEMBIAYAI KOS `TRAINING` DAN `MOTIVASI` INI.

SETIAP ORANG PERLU BERMOTIVASI DAN SENTIASA DI`INGATKAN` OLEH ORANG LAIN YANG PUNYAI KEMAMPUAN UNTUK MENYEDARKAN MEREKA. DALAM KATA LAIN,ORANG ITU IALAH PARA PERUNDING MOTIVASI @ TRAINER.

TUAN ABD.GHANI ( PENULIS ) SENDIRI TELAH LAMA BERKECIMPUNG DALAM BIDANG INI. HAMPIR 15 TAHUN MENGHAMBAKAN DIRI UNTUK MENGGERAKKAN POTENSI ANAK-ANAK MELAYU MUSLIM AGAR SEDAR AKAN KEPENTINGAN PELAJARAN,AGAR ADA ROH BERTUHAN,AGAR BERSEDIA UNTUK MENJADI ANAK YANG SOLEH,AGAR BERSEDIA UNTUK SUAMI YANG BAIK DAN BERSEDIA UNTUK MENJADI IBU-BAPA YANG BAIK KEPADA ZURIATNYA.

MENGAPA PERLU MEMILIH KONSULTAN JANA INSAN YANG BERSANDARKAN MODUL LENGKAP ( MODID ) SEBAGAI PILIHAN :

1. LATARBELAKANG AKADEMIK PENULIS ( TUAN GHANI ) YANG PUNYAI IJAZAH DALAM BIDANG SYARIAH./PENTADBIRAN AWAM.
2.LATARBELAKANG PENULIS YANG PUNYAI KEMAHIRAN PENDIDIKAN SECARA LANGSUNG. ( 17 TAHUN DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN )
3. PERNAH MENJADI GURU DISIPLIN SELAMA 5 TAHUN ( MENYELAMI PERASAAN PELAJAR/TAHU AKAN SEBAB KEJATUHAN DISIPLIN PELAJAR )
4.PERNAH MENJAWAT JAWATAN GURU KANAN BIDANG KEMANUSIAAN SELAMA 3 TAHUN.
5.PERNAH MENJALANI LATIHAN GUAMAN SYARIE SELAMA SEBULAN ( MENGETAHUI MASALAH RUMAHTANGGA/SOSIAL UMAT ISLAM )
6. PERNAH MENJADI JURULATIH PLKN DAN KETUA JURULATIH PROGRAM SILANG BUDAYA PLKN.
7. PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG ( MENYELAMI KEHENDAK JIWA PELAJAR DEWASA )
8. TUTOR DI OPEN UNIVERSITY MALAYSIA ( BERPENGALAMAN MENGENDALIKAN PELAJAR BERUSIA - PROGRAM PENGSISWAZAHAN )
9. MENJADIKAN PENCERAMAH BEBAS/PENDAKWAH BEBAS SELAMA HAMPIR 20 TAHUN.
10.MENJADI PILIHAN KEPADA PENGURUSAN SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH UTARA UNTUK MENGENDALIKAN SESI MOTIVASI.
11.PERNAH MENJALANI KURSUS ESQ TRAINING SELAMA 3 HARI ( MENGUASAI TEKNIK MOTIVASI BASED ON ISLAMIC LEARNING / TRAINING )
12.PERNAH MENJALANI KURSUS ES 2 Q ( MENGUSAI MODUL TERAPI KESIHATAN ROHANI & JASMANI )
12.PERNAH MENJALANI KURSUS /TRAINING HYPNOSIS  SELAMA SEHARI ( MENGUASAI TEKNIK MINDA BAWAH SEDAR )
13. HAMPIR 50,000 CLIENT TELAH `TERMOTIVASI` OLEH MODUL MODID
14. HAMPIR KESEMUA NEGERI DIMALAYSIA TELAH DIJELAJAHI UNTUK MENGEMBANGKAN POTENSI PELAJAR MELAYU.
15. BAKAL MENGEMBANGKAN SAYAP KEBORNEO & BRUNEI MULAI 2011

JADI ATAS FAKTOR INILAH, KEKUATAN MODUL MOTIVASI DINAMIKA DIRI ( MODID ) TIDAK BOLEH DISANGKAL LAGI.

MENGAPA HARUS BERBELANJA LEBIH SEHINGGA MENCECAH RIBUAN RINGGIT,SEMATA-MATA MENJEMPUT PENCERAMAH YANG HANYA BERCAKAP DIROSTRUM TANPA ADA KEKUATAN-KEKUATAN LAIN.

MODID PUNYAI RANGKUMAN IDEA.TEKNIK.TAKTIK  & PENGISIAN YANG BERBAGAI DALAM MEMASTIKAN PENERIMAAN PESERTA TERHADAP PENYAMPAIAN MOTIVATOR. TERBUKTI SUDAH, KEBANYAKAN ORAGANISASI YANG MENJEMPUT TUAN ABD.GHANI AKAN PASTI MENGULANGI JEMPUTAN BUAT KALI KEDUA,KETIGA,KEEMPAT MALAH ADA YANG MENJEMPUT BUAT KALI KELIMA.

APAKAH KEKUATAN MODID ? NAK TAHU KENALAH JEMPUT ! TAK KENAL MAKA TAK CINTA !

AYUH,JANGAN TUNGGU SEHINGGA SAAT AKHIR KERANA TARIKH-TARIKH UNTUK 2011 SUDAH MULA TERISI.

BAYARAN KHIDMAT KONSULTASI BOLEH DIRUNDING DAN IANYA SANGAT KOMPETETIF.

MOGA HASRAT ANDA AKAN TERCAPAI.

SEKIAN SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

TUAN GHANI YUSOF
TERATAK FAHANIE ,SG.PETANI
KEDAH.
1 MUHARRAM 1432 HIJRAH
11.05 PAGI

HIJRAH DIRI 1432 HIRAH

ALHAMDULILLAH ..SYUKUR PADA TUHAN KERANA MEMANJANGKAN USIAKU..SEMOGA DENGAN KEHADIRAN TAHUN 1432 HIJRAH INI AKAN MAMPU UNTUK MENGGERAKKAN KUDRAT & TENAGA KU UNTUK TERUS BERKARYA,TERUS BERGERAK & TERUS `BERMOTIVASI` UNTUK MENYEMARAKKAN LAGI BIDANG TRAINING DI MALAYSIA TANAHAIRKU TERCINTA.

SEGALA PAHIT MANIS SEPANJANG TAHUN 1431 HIJRAH AKAN KU KENANG SAMPAI BILA-BILA. SEKALI LAGI KU PANJATKAN KESYUKURAN PADA ALLAH KERANA MASIH LAGI MENGIZINKAN HAMBANYA YANG BERGELAR `TUAN GHANI` INI UNTUK TERUS MEWARNAI BIDANG MOTIVASI DAN TRAINING DI MALAYSIA.

DOA DAN HARAPANNKU MOGA USIAKU PANJANG,REZEKIKU BERTAMBAH,IDEAKU KIAN BERKEMBANG DAN SEMANGATKU TERUS MEMUNCAK UNTUK MEMBINA POTENSI DIRI ANAK-ANAK MELAYU KITA.

DIHARAP SEMUA PIHAK TERUS MENYOKONG USAHA MURNIKU INI..

SEKIAN, SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES

TUAN ABD.GHANI BIN YUSOF
TERATAK FAHANIE,SG.PETANI,KEDAH
1 HIJRAH 1432 HIJRAH
10.29 AM

Saturday, December 4, 2010

SEMINAR SEHARI `AKIS` `AKU INSAN SUPER` ( MOTIVASI DINAMIKA DIRI )

SEMINAR SEHARI `AKIS`
`AKU INSAN SUPER`
( MOTIVASI DINAMIKA DIRI )
Program khusus untuk pelajar kelas peperiksaan/pelatih ILP/Pusat Giat Mara/IKM/Kolej Komuniti/IKBN/Kolej Teknikal @ apa jua program yang anda & organisasi anda mahukan.


KANDUNGAN MODUL PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN:
SLOT 1 :  CERAMAH MOTIVASI UTAMA ( 2 JAM PERTAMA )
SLOT 2 :  AKTIVITI LDK & BINA KUMPULAN ( 2 JAM KEDUA )
SLOT 3 :  UJI MINDA & IQ TEST GAMES ( 2 JAM )
SLOT 4 :  SESI `KATARSIS` & `PERSONAL TOUCH` ( 2 JAM )

TENTATIF PROGRAM :
7.00  – 8.00      :  PENDAFTARAN PESERTA ( 200 PESERTA )
8.00  – 10.00    :  SLOT UTAMA : CERAMAH UTAMA `AKU BISA JADI SUPER `
10.00 – 10.30   :   REHAT & MINUM PAGI
10.30 – 11.30   :   AKTIVITI LDK & BINA KUMPULAN
11.30  - 12.45   :   UJI MINDA , PROBLEM SOLVING & IQ TEST GAMES
12.45 –  2.00    :   REHAT/MAKAN TENGAHARI/SOLAT ZOHOR BERJAMAAH
2.00   –  4.00    :   SESI `KATARSIS ` & PERSONAL TOUCH`
4.00   –  4.30    :   PERASMIAN PENUTUP

BERSAMA PERUNDING MOTIVASI & TRAINER :
 TN. ABD.GHANI BIN YUSOF( PENSYARAH & PAKAR MOTIVASI

Saturday, November 20, 2010

HUJUNG MINGGU YANG PADAT

BERMULA HARI JUMAAT ( 12 NOV 2010 ) TUAN AGY TELAH MEMENUHI UNDANGAN UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH MOTIVASI DALAM SATU PROGRAM PEMBINAAN SAKHSIAH DI SMK TUN HUSSEIN ONN,SEBERANG JAYA,PENANG. BUKAN SETAKAT KENA SAMPAIKAN CERAMAH MOTIVASI UTAMA SELAMA 2 JAM ,TETAPI TUAN AGY JUGA KENA HANDLE PROGRAM TERSEBUT SELAMA SEHARI SEMALAM,BERMULA SOLAT MAGHRIB PETANG JUMAAT SEHINGGALAH SUBUH PADA KEESOKAN HARINYA.

JIKA DIIKUTKAN HATI RASA LETIH JUGAK TAPI MELIHATKAN KESUNGGUHAN GURU-GURU SERTA PESERTA-PESERTA,TUAN AGY KEMBALI RASA BERSEMANGAT UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH DAN MENGENDALIKAN PROGRAM QIAMULAIL TERSEBUT DENGAN JAYANYA.

BERIKUT ADALAH KANDUNGAN MODUL `MOQIAM` YANG TELAH TUAN AGY LAKSANAKAN DISEKOLAH TERSEBUT :

1. 7.15 PM- 9.00 PM ( 12.11.2010 ) - SOLAT MAGHRIB ,BACAAN YASSIN,TAHLIL DAN KULIAH MAGHRIB SEBELUM SOLAT ISYAK,SETERUSNYA DISAMBUNG SOLAT ISYAK BERJAMAAH ( AGY IMAM )
2. 9.00 - 11.30 PM ( 12.11.2010 ) - CERAMAH MOTIVASI VERSI ISLAMIK MODUL : TAJUK : PUJI VS KEJI .
3. 11.30 - 12.30 PM ( 12.11.2010 ) - SESI REFLEKSI DIRI @ KATARSIS DIRI ( SOUL JOURNEY )
4. 4.30 AM - 5.30 ( 13.11.2010 ) - QIAMULAIL & HIMPUNAN SOLAT SUNAT (TN. AGY IMAM )
5. 5.45 AM - ( 13.11.2010 ) - SOLAT SUBUH BERJAMAAH ( TN.AGY IMAM )
6. 6.00 - 6.30 ( 13.11.2010 ) - ZIKIR MUNAJAT & DOA
7. 6.30 - 7.30 AM ( 13.11.2010 ) - KULIAH SUBUH.

MAKA BERAKHIRLAH TUGASAN DISMK TUN HUSSEIN ONN,SELAMA 2 HARI 1 MALAM. MOGA APA YANG DISAMPAIKAN MENCAPAI MATLAMAT YANG DIHARAPKAN.

HARI KE 3 ( AHAD - 14.11.2010 ) - TUGASAN DISMK BUKIT SELAMBAU,KEDAH.

PROGRAM PEMBINAAN SAKHSIAH. PADA AWALNYA,PIHAK SEKOLAH SEAKAN-AKAN PUTUS ASA KERANA PROGRAM DIRANCANG TERLALU LEWAT DISEBABKAN PERUNTUKAN LEWAT DITERIMA. APABILA MEREKA MENGAJUKAN PERMINTAAN KEPADA TUAN AGY, AGY BERSETUJU KERANA TARIKH TERSEBUT MASIH KOSONG. MAKA BERSEMANGATLAH KEMBALI PARA GURU,USTAZ,USTAZAH DAN KAUNSELOR DISMK BUKIT SELAMBAU.
PROGRAM TERSEBUT BERLANGSUNG SELAMA 5 JAM,BERMULA DARI 8.30 AM - 1.30 PM HARI TERSEBUT.WALAUPUN SUARA SEAKAN-AKAN SERAK,TAPI TUAN AGY MASIH BERSEMANGAT KERANA INILAH KALI PERTAMA TUAN AGY DIJEMPUT UNTUK MENGENDALIKAN PROGRAM BESAR DISMK BUKIT SELAMBAU. KESEMPATAN YANG DITERIMA,TELAH DISEMPURNAKAN SEBAIK MUNGKIN.

TENTATIP PROGRAM @ KANDUNGAN MODUL YANG TELAH DISAMPAIKAN :
1. 2 JAM PERTAMA( 8.30 AM- 10.30 AM ) : MODUL PEMBINAAN SAKHSIAH : TAJUK : ADA VS TIADA ( ADAPTASI DARI MODUL PUJI VS KEJI YANG TELAH DIUBAHSUAI MENGIKUT LARAS CLIENT ).

2. 11.00 - 1.00 PM ( 2 JAM KEDUA / SLOT KEDUA ) : SESI `PIMPINLAH KAMI ` : HIMPUNAN AKTIVITI UJI IQ, AKTIVITI BINA DIRI & KUMPULAN & KUKUHKAN IKATAN UKHUWAH .

3. SLOT TERAKHIR ( 1 JAM : 1.00 -2.00 PM ) : SESI `SOUL JOURNEY ` @ PENJELAJAHAN DIRI: MENGENAL SIAPA KITA,SIAPA KELUARGA KITA,SIAPA TUHAN KITA & APAKAH MISSION STATE MENT KITA.

ALHAMDULILLAH.SAMBUTAN CUKUP `HEBAT` & `KUAT TARIKANNNYA`. 

TERSENTUH BILA SAAT KU PELUK PELAJAR2 LELAKI,MEREKA TERSENTUH HATI,SEDIH & TERUSIK JIWA MEREKA,BILA AMANAT KU BISIKKAN KETELINGA MEREKA. TIADA LAIN AMANATKU PADA MEREKA. CUMA `NAK,JADILAH ANAK YANG BAIK,PELAJAR YANG BAIK & HAMBA ALLAH YANG BAIK`...TUHAN MASIH SAYANGKAN KITA,IBU-BAPA MASIH SAYANGKAN KITA & GURU-GURU TETAP SAYANGKAN KITA`...ITULAH KATA-KATA TERAKHIRKU,SEBELUM KU BERLEPAS PERGI MENINGGALKAN PELAJAR2 SMK BUKIT SELAMBAU.

SEKALI LAGI HATIKU TERSENTUH, BILA MEREKA MENGERUMUNI KERETAKU SAMBIL MENGHARAPKAN AKU BERDOA UNTUK KEJAYAAN MEREKA. HELAIAN DEMI HELAIAN KERTAS MEREKA HULURKAN UNTUK DAPATKAN TANDATANGAN KU,KATANYA UNTUK KENANGAN.....

DALAM HATI INI ,TIDAK LEKANG BERDOA MOGA APA YANG KU SAMPAIKAN TADI `MENYELINAP MASUK` KEDALAM JIWA MEREKA SETERUSNYA MAMPU UNTUK DIAPLIKASIKAN DALAM HIDUP MEREKA. MOGA TUHAN MEMBERKATI HIDUP ANAK-ANAK PELAJAR TERSEBUT.

HARI KEEMPAT : 15.11.2010 - PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SK ST.MARK,BUTTERWOTH @ DAMAI PARK RESORT.

WALAUPUN SURAU SUDAH SEMAKIN GARAU KERANA 3 HARI DAH BERCAKAP TANPA HENTI, DEMI SEBUAH PERJUANGAN... KU TERUSKAN JUA. IA TAK LEBIH SEPERTI CERAMAH MOTIVASI PRA PEPERIKSAAN. TAPI WAKTU YANG SINGKAT SELAMA 1 JAM SETENGAH ITU,DIRASAKAN TIDAK CUKUP UNTUK MENYAMPAIKAN SEGALA ILMU YANG DIMILIKI.

KEPUASAN JELAS TERPANCAR DIWAJAH ANAK-ANAK PELAJAR ST MARK DENGAN GELAK TAWA MENGIRINGI BICARAKU SELAMA 1 JAM SETENGAH. DARI JAM 10.00 - 11.30 AM.

HARAPAN DARI GURU-GURU SK ST.MARK,SUATU HARI NANTI TUAN AGY AKAN SUDI LAGI MEMENUHI UNDANGAN DARI PIHAK MEREKA. KECIL TAPAK TANGAN,NYIRU DITADAHKAN.
KEESOKANNYA,MENYAMBUNG KEMBALI TUGAS RASMI SEBAGAI PENSYARAH DI KOLEJ MATRIKULASI PENANG...MASIH LAGI KENA BERCAKAP & BERCAKAP...TERUS MEMOTIVASIKAN ANAK-ANAK PELAJAR AGAR MENJADI MANUSIA YANG HEBAT & CEMERLANG.

CUTI HARI-RAYA AIDIL ADHA INILAH KESEMPATAN TERBAIK UNTUK MEREHATKAN FIKIRAN & ANUGERAH SUARA INI AGAR KEMBALI NORMAL,KERANA MASIH BANYAK LAGI TUGASAN MENANTI DIHADAPAN.
MOGA ALLAH SWT MEMBERI KEKUATAN KEPADA TN.AGY UNTUK MENERUSKAN AGENDA MEMPERKASAKAN LAGI `KUALITI ANAK-ANAK MELAYU` KITA...

SOKONGLAH TUAN AGY.....

`MOTIVASI SEPANJANG HAYAT`....

SALAM AIDIL ADHA .
TN.AGY
TERATAK FAHANIE,SG.PETANI,KEDAH.











Thursday, November 4, 2010

USAHLAH DIBIARKAN KELEMAHAN DIRI `MERAJAI` ....

PERCAYALAH...

setiap orang DARI KITA tak mahu kecewa
setiap orang DARI KITA tak mahu gagal
setiap orang DARI KITA ingin berjaya
setiap orang DARI KITA ingin mencapai kecemerlangan
setiap orang DARI KITA inginkan kebahagiaan..
setiap orang DARI KITA inginkan kehebatan....

tapi mereka tak pernah temui apa yang diinginkan..

check diri & buat refleksi diri...tanya diri...

motivasikan diri kita.....
tanya pada yang pakar....
dapatkan khidmat perundingan motivasi dari Konsultan Jana Insan
kami sedia membantu anda...
berbagai modul tersedia untuk merubah kehidupan anda

YANG BULAT TAKKAN DATANG BERGOLEK
YANG PIPIH TAKKAN DATANG MELAYANG

SEMUANYA KERANA USAHA

MENDAPATKAN KHIDMAT MOTIVASI JUGA MERUPAKAN SATU USAHA.....
AYUH ..PERBAIKI POTENSI DIRI KITA....

Wednesday, November 3, 2010

TERSENTUH HATI LELAKI KU BILA MENDENGAR.....

KESIAN PELAJAR-PELAJAR INI, KATANYA SEBELUM INI TIADA SEORANG PUN MOTIVATOR DATANG MEMBERI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA MEREKA. TIDAK PERNAH DIADAKAN PROGRAM SEBEGINI RUPA SEBELUM INI.

KATANYA LAGI,`KAMI BERNASIB BAIK KERANA TUAN SUDI DATANG MENJENGUK KAMI ,DAN MEMBERI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA KAMI SEMUA`..

TERIMAKASIH KEPADA TUAN HJ.SALLEH YANG SUDI MENJEMPUT DAN MEMBAWA SAYA KE SINI ( MAAHAD IHSANIAH,JANGKANG,KULIM )..SEKURANG-KURANGNYA SAYA DAPAT BERTEMU MUKA & BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN PELAJAR DISINI.

RATA-RATA MEREKA DATANG DARI KELUARGA MISKIN YANG TAK MAMPU UNTUK MENGHADIRI PROGRAM2 MOTIVASI YANG MAHAL & TAK MAMPU UNTUK BELAJAR DIPUSAT TUISYEN...

KESEMPATAN TERBAIK INI,SAYA MERASAKAN TERPANGGIL UNTUK MENYUMBANG KHIDMAT BAKTI UNTUK KALI KE 2 DAN SETERUSNYA JIKA DIJEMPUT. BESAR TAPAK TANGAN,NYIRU SAYA TADAHKAN.

MOGA ALLAH MEMBERKATI PERJALANAN MAAHAD IHSANIAH,WALAUPUN TERPAKSA BERDEPAN DENGAN MASALAH KEWANGAN. SAYA DOAKAN SEMUA PELAJAR DISINI MAMPU MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM BIDANG AKADEMIK MAHUPUN BIDANG LAIN.

SESUNGGUHNYA,KEHADIRAN TUAN ABD.GHANI YUSOF KE SITU,TELAH MENYUNTIK SEMANGAT PELAJAR DISANA. MOGA APA YANG DISAMPAIKAN KEKAL DISANUBARI MEREKA.

Tuesday, November 2, 2010

JENAMA` MODID` BAKAL MENGGEGAR DUNIA MOTIVASI

MODID ( MOTIVASI DINAMIKA DIRI )

INILAH MODUL UNTUK MEMBINA POTENSI DIRI, MEMAJUKAN DIRI & KERJAYA, MENGGERAKKAN RASA `BERTUHAN` & TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA.
MODUL INI JUGA MAMPU MENIMBULKAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN.

SEMUA LAPISAN MASYARAKAT MEMERLUKAN SENTUHAN `MODID `.

1.GOLONGAN PELAJAR ( SEMANGAT BELAJAR & PRE-EXAM MOTIVATION )
2.GOLONGAN IBU-BAPA( PARENTING SKILLS )
3.GOLONGAN REMAJA ( MORAL & ATTITUDE )
4.GOLONGAN PEKERJA ( TEAM BUILDING & HASIL KERJA BERKUALITI )
5.GOLONGAN GURU ( PENGURUSAN PELAJAR )
6.GOLONGAN BELIA ( SIKAP & PARADIGM SHIFT )
7.GOLONGAN WARGA TUA ( MENITI HARI-HARI TUA )
8.GOLONGAN IBU ( ISTERI & IBU MITHALI )
9.GOLONGAN BAPA ( BE A GOOD LEADER )
10. KURSUS KEPIMPINAN DISEKOLAH/IPT/PUSAT LATIHAN DLL

JADI,KENAPA RESAH GELISAH DENGAN BAYARAN MAHAL YANG DIKENAKAN OLEH SESETENGAH PAKAR MOTIVASI TERNAMA....

HUBUNGI KAMI,KAMI PASTI MEMBERIKAN YANG LEBIH BAIK & TERBAIK,WALAUPUN BAYARAN KAMI CUKUP `KOMPETETIF` .

APA YANG PENTING BAGI KAMI ADALAH `PERUBAHAN` & `TANGGUNGJAWAB SOSIAL`.

KESAN DAN PERSEMBAHAN KAMI MAMPU MENANDINGI `PAKAR-PAKAR` BERTARAF PROFESIONAL.

UNTUK KETERANGAN LANJUT & PERBINCANGAN,BOLEHLAH DIAJUKAN KEPADA :

TN.ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI
SG.PETANI,KEDAH D.A.

TAK SUNGGUH TAK KATA....

MOTIVASI PENGGERAK KEMAJUAN DIRI...
MOTIVASI MERUBAH SIKAP & PERSONALITI..
MOTIVASI MAMPU MENYENTUH HATI ..
MOTIVASI MAMPU MENJANA MINDA ....

SEMUANYA BERMULA DI `MODID`....

RANGKUMAN SIRI MOTIVASI MODID 2010


1.MOTIVASI MAAHAD IHSANIAH,KULIM

2. MOTIVASI KAKOM-SUKAN KOLEJ MATRIKULASI SEMALAYSIA
3.MOTIVASI & TEAM BUILDING JABATAN SAINS

Monday, November 1, 2010

PAKEJ MOTIVASI + QIAMULAIL ( MOQIAM )

Program Dakwah di sekolah-sekolah kendalian Kementerian Pelajaran perlu diteruskan. Ini bertepatan dengan turunnya peruntukan untuk mengendalikan program tersebut ( dalam sehari dua ni ). Maka tidak dapat tidak,pihak panitia Pend.Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan & kaunseling perlu mengatur program ini secepat mungkin sebelum cuti sekolah bermula.

Atas keperluan ini, pihak kami ( Konsultan Jana Insan ) dibawah kendalian Tn.Abd.Ghani Yusof bersedia untuk memenuhi undangan mengendalikan program tersebut disekolah-sekolah. Pihak sekolah cuma sediakan peserta & makan minum,manakala pengisian program serahkan saja pada pihak kami:

Antara kandungan Program yang kami tawarkan :

1- Solat maghrib & Isyak berjemaah ( dipimpin oleh Tn.Abd.Ghani sendiri )
2 .Bacaan Yassin ( selepas maghrib )
3. Kuliah Maghrib ( selepas bacaan yasin )
4. Slot Utama : Ceramah Motivasi + Kerohanian : 9.00 - 11.30 pm
5. Sesi Refleksi Diri @ katarsis : 11.30 -12.00 pm
6  12.00 - 4.30 ( rehat / tidur )
7. 4.30 - 5.30 ( Himpunan Solat Sunat )
8. 5.30 - Solat Subuh
9. 5.45- 6.30 - Kuliah Subuh

Jadi,guru -guru agama disekolah masing2 tidak perlu risau untuk mencari Pakar Motivasi yang berlatar-belakangkan pendidikan Agama bagi menggerakkan program ini. Hubungi saja,kami sedia memberi khidmat bakti & sumbangan.

Jangan Risau, khidmat bakti kami pasti `mengesankan` & mampu menerbitkan rasa `beragama` dijiwa peserta-peserta. inilah yang kami namakan `MOQIAM `.

Tn.Abd.Ghani Yusof
Pakar Motivasi Dinamika Diri ( MODID )

Wednesday, October 27, 2010

APAKAH KEKUATAN MODID HINGGAKAN JADUAL BEGITU PADAT ?

MODUL MOTIVASI KENDALIAN TN.ABD.GHANI MENJADI PILIHAN BERDASARKAN BEBERAPA ELEMEN & PENDEKATAN YANG JARANG DIGUNAKAN ORANG LAIN. IANYA BUKAN SEKADAR CERAMAH TETAPI LEBIH MENYELAMI & MENDEKATI JIWA PARA PESERTA.

BERBEKALKAN LATAR BELAKANG DALAM BIDANG AGAMA ( SYARIAH ), PENTADBIRAN AWAM & SAINS POLITIK,MODUL INI DIGABUNG JALINKAN DENGAN BEBERAPA MODUL YANG TELAH DITIMBA OLEH PENGASASNYA ( TN.ABD.GHANI )MELALUI BEBERAPA SIRI KURSUS & TRAINING YANG DIHADIRI SEPERI KURSUS NLP,ESQ,ES2Q,HYPNOSIS DAN BEBERAPA MODUL TRAINING YANG LAIN,IANYA BEGITU MANTAP,MENARIK,MERUNTUN JIWA DAN MAMPU MEMBERI KESAN YANG MENDALAM KEPADA PARA PESERTA.

DITAMBAH PULA DENGAN PENDEKATAN YANG MESRA PELANGGAN,TN.ABD.GHANI MAMPU MENYELAMI KEHENDAK PENGANJUR & PARA PESERTA.SEBUT SAHAJA ,APAKAH TAJUK YANG DIINGINKAN PEGANJUR,TN.ABD.GHANI BERSEDIA MEMENUHI KEHENDAK CLIENT & PENGANJUR. RESEARCH & PENYELIDIKAN SENTIASA DILAKUKAN AGAR MAMPU MEMBERI SATU KELAINAN BUAT PESERTA.

ANTARA KANDUNGAN MODUL :

1. MENGENAL DIRI
2.PERJALANAN DARI ALAM RAHIM HINGGALAH SITUASI SEMASA
3.PSIKOLOGI DIRI /HYPNOSIS DIRI
4.MENCARI TITIK KEKUATAN DIRI
5.SELINGAN LAGU-LAGU MOTIVASI YANG PASTI MENYUNTIK SEMANGAT ( SANTAI TAPI BERSEMANGAT )
6. SELINGAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG PASTI TIDAK MEMBOSANKAN
7. SELINGAN TEKA-TEKI UJI MINDA
8. SELINGAN AKTIVITI IQ TEST
9. AKTIVITI KUMPULAN & INDIVIDU ( MENCABAR MINDA )
10. SESI CUNGKIL POTENSI & BAKAT DIRI ( SEMUA ORANG ADA BAKAT )
11. SESI LUAHAN PERASAAN & MASALAH ( DISELESAIKAN & DIKONGSI DENGAN PESERTA LAIN )
12. SESI KATARSIS @ AKU JANJI BERSAMA PASANGAN
13. SESI MONOLOG DIRI
14. SESI SENTUHAN `PERSONAL TOUCH` DARI MOTIVATOR ( PESERTA LELAKI SAHAJA)
15. AMANAT TERAKHIR & DOA JAMAIE ( KEMUNCAK & PENUTUP)

KELAINAN-KELAINAN INILAH YANG MAMPU MEMBERI KELEBIHAN BUAT PESERTA PROGRAM KENDALIAN TUAN GHANI.

MAKA ..

KEPADA SEMUA SEKOLAH,IPT,PUSAT LATIHAN,IKM,GIAT MARA,ILP.BADAN KERAJAAN & SWASTA..AYUH DAPATKAN KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI DARI TUAN ABD,GHANI,MOTIVATOR BERJIWA BESAR YANG BAKAL MENGGEGARKAN DUNIA MOTIVASI DIMALAYSIA.


USAH BERKIRA DENGAN BAYARAN,KERANA BAYARAN TUAN ABD.GHANI TERLALU KOMPETITIF . HUBUNGI KAMI & KAMI SEDIA BERUNDING.

APA JUGA PROGRAM & TAJUK YANG DIBERI .... KAMI SEDIA MENYUNTIK SEMANGAT PESERTA-PESERTA KENDALIAN TUAN/PUAN SEMAKSIMA MUNGKIN.

TAK KENAL MAKA TAK CINTA,KALAU DAH KENAL PASTI `MERUNTUN JIWA`..

SEKIAN ,SALAM SUKSES

TUAN ABD.GHANI YUSOF
THEME PARK HOTEL GENTING
28.10.2010
( PERJALANAN MENCARI IDEA2 BARU )

Sunday, October 24, 2010

PRODUK TERBARU & MAMPU MEMBERI KESAN

SEMINAR SEHARI `MENCARI POTENSI DIRI`

MULAI JANUARI 2011.. PIHAK KAMI AKAN BERSEDIA MENGANJURKAN SEMINAR SEHARI UNTUK CALON-CALON PEPERIKSAAN UPSR,PMR,SPM & STPM. KURSUS-KURSUS LAIN JUGA BOLEK DILAKSANAKAN MENGIKUT FORMAT INI :

KANDUNGAN PROGRAM ( 3 SLOT ):

8.30 - 10.30 : SLOT `MENJELEJAH KEDALAM DIRI & MENCARI KEKUATAN DIRI`
10.30-11.00 - REHAT@ KUDAPAN
11.00-1.00 PM - SERLAHKAN BAKAT & POTENSI DIRI
1.00 - 2.30 PM - REHAT & SOLAT
2.30 - 4.30 PM - SESI KATARSIS & REFLEKSI DIRI- SOUL JOURNEY
4.30- 5.00 PM - PERSONAL TOUCH DARI TN.ABD.GHANI YUSOF

JUMLAH PESERTA : MINIMA 200 PESERTA
BAYARAN               : RM 10.00 / PESERTA ( DALAM KEDAH/PENANG)
                                    RM 15.00 /PESERTA ( LUAR KEDAH/PENANG )
MAKAN & MINUM : TANGGUNGJAWAB PENGANJUR
FORMAT PROGRAM : MOTIVATOR BERTANDANG KE DESTINASI PILIHAN PENGANJUR SENDIRI.

BERMINAT UNTUK MENGANJURKAN ? SILA HUBUNGI 019-4741209 @ 04-4219069

KERTAS KERJA LANJUT BOLEH DI EMAIL-KAN KEPADA PENGANJUR

`POTENSI KITA TANGGUNGJAWAB KITA`

SALAM SUKSES & SALAM MOTIVASI

TN.SYEIKH ABD.GHANI YUSOF
PAKAR MOTIVASI DINAMIKA DIRI ( MODID)
SG.PETANI,KEDAH D.AMAN.

SENARAI PELANGGAN TUAN SYEIKH ABD. GHANI

BERIKUT ADALAH PELANGGAN MODUL MOTIVASI KENDALIAN SAYA :

1.   SEKOLAH DISEBELAH UTARA
       ( HAMPIR 100 BUAH SEKOLAH )
2.   INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN
3.   INSTITUT KEMAHIRAN MARA
4   .PUSAT GIAT MARA
5.   KONSURTIUM RAPID PENANG
6.   JPN PENANG,PERAK,PERLIS
7.   INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
8   .KEMAS NEGERI KEDAH & PULAU PINANG
9.   JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI
10. KASTAM
11. PDRM
12. PIBG SEKOLAH WILAYAH UTARA
13. JABATAN BELIA & SUKAN
14. UITM & MRSM
15. PUSAT LATIHAN TEKNIKAL
16. OPEN UNIVERSITY ( OUM )
17. SEKOLAH AGAMA RAKYAT
18. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
19. UMNO MALAYSIA
20. PUSAT URUS ZAKAT
21. KOLEJ KOMUNITI

SEMUANYA ADALAH CLIENT TETAP MODUL MOTIVASI KENDALIAN TUAN ABD.GHANI

PROGRAM MOTIVASI PERLU DITERUSKAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....bertemu kembali dimedan blog motivasi kendalian Tn. Abd.Ghani yusof...

Walaupun minggu depan bulan November akan mula menemui kita, seolah-olah terasa baru semalam kita meningalkan 10 bulan yang lalu..terasa begitu cepat masa meninggalkan kita...ada dikalangan kita merasakan bahawa tidak perlu lagi meneruskan aktiviti memperkasakan anak muda kita,pelajar2 kita,anak2 kita...kerana kononnya dah nak masuk penghujung tahun....maka pada pandangan mereka ,program motivasi dah melabuhkan tirai penutupnya....

kalaulah itu pandangannya..maka itu adalah pandangan dangkal...motivasi tiada penghujungnya..dalam cuti persekolahan nanti pun ada program motivasi yang sedang menanti anak-anak kita,para pelajar kita,para remaja kita & kita sendiri sebagai ibu-bapa.

melihat kepada senario hari ini, dengan kebejatan akhlak & keruntuhan moral remaja,maka semua pihak perlu mengambil peranan untuk turut sama memperkasakan program2 motivasi tanpa mengira latar belakang sosio ekonomi,fahaman politik & latar belakang akademik....

kita perlu seiring sejalan dalam menentukan hala tuju remaja kita.Jom kita pakat buang segala salah-faham politik,kita gerakkan remaja kita.Dan kepada ahli politik,jangan asyik sibuk `politiking` sahaja tanpa mengambil berat hal-hal anak bangsa kita.

Bantulah program2 yang bermanfaat & bantulah sekolah2 persendirian yang memerlukan dana & peruntukan bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan akademi. Saya tersentuh hati bila dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi disalah sebuah sekolah agama rakyat yang serba kekurangan,tapi demi sebuah pengharapan mereka menongkah arus untuk mengejar cita-cita mereka. Sekolah tersebut ialah Maahad Ihsaniah ,Jangkang Kulim.

Kepada Tn.Hj.Salleh ,Tahniah & syabas atas usaha anda dalam mengerakkan pembangunan sekolah tersebut.Hanya Allah jua yang mampu membalas jasa baik tuan dalam meneruskan kecemerlangan institusi pendidikan swasta yang serba kekurangan.

Akhir kata, terimakasih daun keladi kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah motivasi kecemerlangan akademik disekolah tersebut. Andai ada ruang & kesempatan ,kita boleh lagi berkerjasama d ilain masa dan lain waktu.Moga usaha kita semua diberkati Allah..Amin

Sekian,Salam Sukses & salam Motivasi
Tn.Syeikh Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
24.10.2010 @ 10.23 malam

Friday, August 27, 2010

PROGRAM PERINGKAT KMPP ( TRAINER JEMPUTAN )

WALAUPUN BARU SETAHUN BERADA DIKMPP,TETAPI `AURA` DAN `BAKAT` AKU TELAH DIMANIPULASI OLEH PIHAK KOLEJ. MEREKA MENYEDARI `KEHADIRAN` AKU DISANA DAN MEREKA `MENYEDARI` KEBOLEHAN AKU DALAM PROGRAM LATIHAN,MOTIVASI DAN KEPIMPINAN.

SETAKAT INI TELAH BANYAK PROGRAM PERINGKAT KOLEJ YANG TELAH AKU HANDLE SAMADA MELIBATKAN PELAJAR ATAUPUN MELIBATKAN PENSYARAH. ANTARANYA:

1. PROGRAM TEAM BUILDING JABATAN SAINS( PSPN PENANG )
2. PROGRAM TEAM BUILDING JABATAN MATEMATIK ( PENDANG LAKE RESORT )
3  PROGRAM PEMANTAPAN JABATAN SASTERA IKTISAS ( KMPP/PADANG BESAR )
4. PROGRAM BINA INSAN FIZIK ( DEWAN AL-FARABI )
5. PROGRAM BIO-CHAM ( KMPP )
6. PROGRAM PELAJAR LEMAH MATEMATIK ( KMPP )
7. PROGRAM KIMIA
8. PROGRAM KULIAH AGAMA DISURAU KMPP

BANYAK LAGI PROGRAM YANG SEDANG MENANTI SELEPAS RAYA NANTI...TUNGGU..

MOGA DENGAN SUMBANGAN YANG SEDIKIT INI MAMPU MEMBANGKITKAN SEMANGAT BELAJAR DIKALANGAN STUDENT KMPP. MANAKALA PROGRAM TEAM BUILDING UNTUK JABATAN-JABATAN DIKMPP,MAMPU MELAHIRKAN KUALITI PEKERJA YANG DIHARAPKAN OLEH PIHAK KOLEJ.


SEKIAN,SALAM MOTIVASI
TUAN ABD.GHANI YUSOF
KMPP

SEMPURNAKAH KITA SEBAGAI AYAH & IBU

SABAN HARI KITA DENGAR BERMACAM-MACAM KES SALAH-LAKU PELAJAR MELAYU KITA..ADA YANG TERLIBAT DENGAN SEKS BEBAS ( KRONIK ),HISAP DADAH,HIDU GAM,PONTENG SEKOLAH,MEREMPIT,BUANG BAYI,MENYAMUN,MERAGUT DAN BERMACAM-MACAM LAGI KES YANG TAK SANGGUP KITA DENGAR...

DIMANAKAH SILAPNYA ? SILAP GURU? SILAP MASYARAKAT ? SILAP TOK IMAM ? SILAP PEMIMPIN ? SILAP MEDIA -MASSA ? SILAP TV ?

BERMACAM-MACAM ANDAIAN YANG DIBUAT...SALAH ORANG ITU,SALAH ORANG INI ? SALING MENUNDING JARI...MASALAH TAK PERNAH SELESAI PUN ?


PANDANGAN PERIBADI PENULIS SELAKU PERUNDING MOTIVASI,SEGALANYA ADALAH BERMULA DARI RUMAH...GURU HANYA MENERUSKAN TUGAS YANG DITINGGALKAN OLEH MAK-BAPAK MEREKA....IBU-BAPALAH YANG MENDIDIK ANAK MEREKA SEJAK DARI KECIL LAGI....IBU-BAPALAH YANG TAHU POTENSI ANAK MEREKA...KEARAH MANA ANAK MEREKA NAK PERGI ? MANUSIA YANG BAGAIMANA,ANAK MEREKA NAK JADI ?

JANGANLAH SEBAGAI IBU-BAPA KITA MERASAKAN SUDAH CUKUP SEMPURNA TANGGUNGJAWAB KITA,APABILA MAKAN PAKAI ANAK -ANAK KITA TELAH DISEDIAKAN....SEBENARNYA BANYAK LAGI TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DILAKSANAKAN....

PENDIDIKAN BERMULA DARI RUMAH..BARULAH DITERUSKAN DISEKOLAH...CONTOH YANG BAIK BERMULA DARI RUMAH....SEBAGAI IBU-BAPA,TUNJUKKANLAH CONTOH YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK KITA...

JANGAN HANYA PANDAI BERCAKAP....TIDAK PANDAI BERTINDAK....

TOLONGLAH SAMA-SAMA MEMELIHARA AKHLAK DAN POTENSI ANAK KITA...

MEREKA ADALAH DARAH DAGING KITA...SEMPURNAKANLAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAIK MUNGKIN....JANGAN MENYESAL BILA ANAK KITA  TIDAK MENJADI SEPERTI YANG KITA HARAPKAN.....

APA YANG DISEMAI,ITULAH YANG DITUAI....APA YANG KITA LABURKAN,ITULAH PULANGAN YANG KITA DAPAT....

FAHAM-FAHAMKAN....
SEMOGA MENJADI IBU-BAPA YANG BAIK,SEMPURNA,BERTANGGUNGJAWAB DAN BIJAKSANA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK.

SEKIAN,SELAMAT MENERUSKAN AMANAH ALLAH YANG MULIA INI..

SALAM MOTIVASI
TUAN GHANI YUSOF
TERATAK FAHANIE,SG.PETANI,KEDAH D.AMAN
019-4741209 @ 04-4219069

TAZKIRAH RAMADHAN VERSI MOTIVASI

ALHAMDULILLAH ..SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIANYA ,MAKA SATU PEMBAHARUAN FORMAT `IHYA` RAMADHAN` TELAH DIMULAKAN DI KMPP.IANYA HASIL IDEA DARI TUAN PENGARAH SENDIRI.

 TAZKIRAH RAMADHAN PADA KALI INI DIBUAT DALAM BENTUK VIDEO & AUDIO..ALHAMDULILLAH,IANYA TELAH SELESAI DIJALANKAN. IANYA TELAHPUN DITAYANGKAN DI TV LOBI KMPP..

 RESPONNYA PUN TURUT MEMBERANGSANGKAN..RAMAI DARI KALANGAN PENSYARAH DAN STAF KMPP MEMBERI RESPON YANG POSITIF.

SEMOGA DENGAN TAYANGAN VIDEO TAZKIRAH RAMADHAN INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA KITA UNTUK TERUS BERIBADAT KEPADA ALLAH DENGAN SEBAIK MUNGKIN,MOGA-MOGA ALLAH MENURUNKAN SERIBU RAHMAT BUAT KITA.

AMIN YA RABBAL ALAMIN

SALAM MOTIVASI DIBULAN RAMADHAN KAREEM

AL-FADHIL USTAZ ABD.GHANI YUSOF
PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PENANG
019-4741209

Wednesday, June 16, 2010

PILIHAN DITANGAN ANDA...

ASSALAMUALAIKUM....

BERTEMU KEMBALI DIARENA MOTIVASI, SALAM PERJUANGAN & SALAM SUKSES..
MEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN,MEMANG RAMAI PENGGIAT MOTIVASI SAMADA SECARA SEPENUH MASA ATAU `PART-TIMER`...SAMADA YANG HEBAT @ KURANG HEBAT...SAMADA POPULAR ( MASUK TV ) @ KURANG POPULAR ( TAK MASUK TV )..

POPULAR ( KELUAR TV )& BAYARAN YANG TERLALU MAHAL, TAK SEMESTINYA CUKUP BERKESAN....BEGITU JUGAK SEBALIKNYA, W/PUN TAK PERNAH MUNCUL DALAM MANA2 RANCANGAN TV, TAK BERMAKNA IANYA TAK BERKESAN & KURANG POPULAR...

TUAN GHANI BUKANLAH NAK BERTINDAK `MASUK BAKUL & ANGKAT SENDIRI` TETAPI INGIN MENYATAKAN YANG BENAR....

WALAUPUN TUAN GHANI TAK PERNAH KELUAR TV,TETAPI NAMANYA SUDAH CUKUP KUAT DIHATI PENDENGAR & PENGGIAT MOTIVASI DISEBELAH UTARA...NAMPAK GAYANYA PENGARUH `MODID` SUDAH MENULAR DENGAN `DRASTIK` DI WILAYAH UTARA....

TEMPAHAN DEMI TEMPAHAN YANG TUAN GHANI TERIMA,NAMUN  SEBAHAGIAN SAHAJA YANG OLEH DITERIMA MEMANDANGKAN JADUAL YANG PADAT..JADI KEPADA PENGANJUR CUBALAH BUAT `ARRANGEMENT` YANG AWAL BAGI MEMASTIKAN TEMPAHAN DAPAT DIPENUHI...

UNTUK MAKLUMAN,MEMANDANGKAN TUAN GHANI SIBUK SEBAGAI PENSYARAH KMPP ,TUAN GHANI HANYA BOLEH MEMENUHI JEMPUTAN CERAMAH PADA SEBELAH PETANG & MALAM ( HARI-HARI BEKERJA ) DAN CUTI HUJUNG MINGGU ( SABTU & AHAD ).....

SEKADAR MAKLUMAN, MEMANDANGKAN KOLEJ MATRIKULASI PENANG AKAN BERCUTI PADA MINGGU TERAKHIR BULAN JULAI ( 23 - 30 JULAI ),MAKA PADA MINGGU TERSEBUT TUAN GHANI BERSEDIA MEMENUHI UNDANGAN CERAMAH MOTIVASI PADA SETIAP HARI ( AHAD - SABTU ) TANPA MENGIRA WAKTU ( SAMADA PAGI,PETANG & MALAM )....

SEBARANG TEMPAHAN BOLEHLAH DIBUAT SECARA TERUS KEPADA TUAN GHANI MELALUI NO : 019-4741209 @ 04-4219069


SELAMAT MENGANJURKAN PROGRAM MOTIVASI DEMI MENGANGKAT MARTABAT ANAK BANGSA KITA.....

SEKIAN
SALAM SUKSES

TN.GHANI YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN

AKU BERADA PADA HIGHWAY YANG LURUS...

TERIMAKASIH KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN KONSULTAN JANA INSAN YANG TELAH SUDI MENGGUNAKAN KHIDMAT PERUNDINGAN MOTIVASI DARI PIHAK KAMI:

BANYAK LAGI PROGRAM YANG AKAN KAMI LAKSANAKAN:

1. PROGRAM FALITATOR BIOMATE,UNIT BIOLOGI ( 2 JULAI )
2. PROGRAM KHIDMAS JPP ,KMPP
3.PROGRAM BERSAMA PELAJAR BARU GIATMARA TASEK GELUGOR,PENANG
4.PROGRAM BERSAMA UITM MERBOK
5.PROGRAM BERSAMA SEKOLAH WILAYAH UTARA.

UNTUK MAKLUMAN KEPADA PIHAK YANG BELUM MENGGUNAKAN KHIDMAT KAMI,DISINI SEKALI LAGI KAMI NYATAKAN PERKHIDMATAN PERUNDINGAN MOTIVASI KAMI :

1. MOTIVASI PRA PEPERIKSAAN ( JANGAN GENTAR )
2. MOTIVASI KEPIMPINAN PELAJAR ( BORN TO BE A GREAT LEADER )
3. MOTIVASI KEKELUARGAAN /IBU-BAPA ( PARENTING SKILLS )
4. KURSUS PENGUCAPAN AWAM ( PUBLIC SPEAKING )
5. MOTIVASI KEROHANIAN ( KHEMAH IBADAH & QIAMULAIL )
6. MOTIVASI PEMBINAAN SIKAP
7. MOTIVASI KERJA BERPASUKAN ( TEAM BUILDING )
8. MOTIVASI PELAJAR BERMASALAH ( DICIPLINE SOLVING )
9. MOTIVASI PELAJAR BERMASALAH ( HARD CORE STUDENTS )
10. MOTIVASI KEUSAHAWANAN ( BAGAIMANA NAK KAYA )
11. MOTIVASI KEJIWAAN
12. MOTIVASI PERKAHWINAN & PRA PERKAHWINAN

KAMI JUGA MENERIMA APA JUGA TAJUK YANG INGIN DIKETENGAHKAN OLEH PIHAK PENGANJUR....

JANGAN RISAU,BAYARAN KAMI TERLALU MINIMA,TETAPI IMPAKNYA CUKUP MAKSIMA.....

KAMI BERSEDIA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK DALAM MEMBINA MODAL INSAN BERKELAS DUNIA....

SALAM MOTIVASI
TN.ABD.GHANI B.YUSOF AL-MODIDI
CEO KONSULTAN JANA INSAN

Tuesday, May 18, 2010

KESINAMBUNGAN PROGRAM MOTIVASI

Alhamdulillah....syukur pada tuhan kerana masih lagi  memberi kekuatan pada aku, aku masih lagi berpeluang menabur bakti untuk menggerakkan potensi anak-anak melayu....
Dalam cuti semester baru-baru ini....aku berkesempatan menyampaikan Ceramah di beberapa buah sekolah.Antaranya :

1. Program MSSH di TIGS ( temenggong ibrahim girls school ) di Batu Pahat- 27 - 29 April 2010
2. Program MSSH di SMK ( A ) Kerian,gunung semanggol perak - 7hb Mei ( Petang - 9 Mei 2010
3. Program Motivasi Kesedaran pelajar Muslim SMK Kg.Kastam - 7 hb Mei 2010 ( 3 jam -pagi )

Ada beberapa lagi Ceramah dan program yang sedang menanti aku :

1. Ceramah Kesedaran Pelajar Muslim Asrama  SMK Muzaffar Shah ,Taiping Perak - 21.5.2010 ( malam )
2. Ceramah Motivasi Calon UPSR,PMR & SPM Pusat Tuisyen Padang Serai, Kulim - 22.5.2010 ( pagi )
3. Ceramah Motivasi Student KMPP -anjuran jabatan kimia- 4.6.2010
4.Ceramah Budaya Kerja Cemerlang Jabatan Matematik KMPP - Jun 2010

Ada beberapa lagi program yang masih dalam proses rundingan ....kita tunggu & lihat..

Apapun syukur padaMu ya Tuhanku kerana masih lagi memberi kekuatan pada manusia kerdil bernama AGY....
Aku berjanji pada diriku sendiri,aku bisa jadi SUPER pada satu hari nanti.....

Salam Motivasi
Tuan Abd.Ghani Yusof
CEO Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah Darul Aman
19 Mei 2010.

Saturday, April 10, 2010

MOTIVASI SK PAYA MENGKUANG

ALHAMDULILLAH ..KESEMPATAN MENERIMA JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH MOTIVASI DI SK PAYA MENGKUANG CUKUP MEMBANGGAKAN SAYA KERANA KEHADIRAN PARA WARIS DAN JEMPUTAN ADALAH REKOD DALAM SEJARAH SEKOLAH TERSEBUT.
KEHADIRAN RAMAI.... ITULAH YANG DISUARAKAN OLEH GURU BESAR..SAYA PUN TURUT MERASA TERUJA DAN GEMBIRA KERANA INI MEMBUKTIKAN BAHAWA PARA IBU-BAPA DISITU TELAH TIMBUL KESEDARAN DIHATI MEREKA TENTANG PERI PENTINGNYA PENDIDIKAN ANAK-ANAK.
.DALAM CERAMAH SAYA, DIDAHULUI DENGAN TAYANGAN VIDEO PROSES KEHAMILAN YANG SEDIKIT SEBANYAK MENYENTUH PERASAAN PARA WARIS. DISELANG SELI DENGAN LAWAK JENAKA DAN KISAH-KISAH TELADAN .
SAYA TURUT MERASA BANGGA APABILA PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH MEMBERI PENGHORMATAN UNTUK  MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH TERSEBUT.
BUAT CIKGU HADI DAN PENGURUSAN SEKOLAH TERIMAKASIH DIATAS PENGHORMATAN YANG DIBERI....

SEMOGA DILAIN WAKTU DAN MASA KITA BOLEH BERKONGSI IDEA LAGI DEMI ANAK-ANAK BANGSA KITA.

SEKIAN
TUAN GHANI YUSOF
CATATAN : 11.APRIL 2010


Wednesday, January 20, 2010

PERMULAAN YANG BAIK TAHUN 2010

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIANYA ,KITA DAPAT LAGI MENGHIRUP UDARA SEGAR & MASIH MAMPU LAGI BERDIRI....

REZEKI YANG DIKURNIAKAN TUHAN MAKIN MELIMPAH......ALHAMDULILLAH...

HASRAT & CITA-CITA PERIBADI TAHUN 2010 :

1. MEMENUHI UNDANGAN CERAMAH MOTIVASI SEKURANG2 NYA 30 JEMPUTAN
2. MENGHASILKAN BUKU MOTIVASI YANG BERTAJUK : AUDIT DIRI ( AUDI ) `SATU TUNTUTAN @ KEPERLUAN ?
3. MEMOTIVASIKAN PELAJAR2 YANG BERMASALAH SEKURANG-KURANGNYA 10 BUAH SEKOLAH
4. MENGHASILKAN BEBERAPA LAGI MODUL BARU SEBAGAI PELENGKAP KEPADA MODUL MODID.
5.MENJADI IDOLA KEPADA PELAJAR2 & REMAJA BERMASALAH...

PERMULAAN YANG BAIK TAHUN 2010:

BERIKUT ADALAH JEMPUTAN CERAMAH YANG TELAH DITERIMA & DIHADIRI SETAKAT INI :
1. CERAMAH PENGURUSAN STRESS - GIAT MARA PRIMA TASEK GELUGOR ( 6.1.2010 )
2. CERAMAH MAAL HIJRAH -SMK TUN HUSSEIN ONN - 15.1.2010
3. CERAMAH KEPIMPINAN - SK PERMATANG BERTAM,KEPALA BATAS- 23.1.2010
4. CERAMAH MENUJU PUNCAK-JAB.MATEMATIK KMPP- 6.2.2010
5. CERAMAH KEPIMPINAN KETUA TINGKATAN -SMKTHO- MAC 2010
6. CERAMAH MOTIVASI CALON PMR SMK ALAM MEGAH,SHAH ALAM- 12-14 FEB 2010
7. CERAMAH MOTIVASI POLITEKNIK SULTANAH BAHIYAH,KULIM- 2 MAC 2010
8. CERAMAH PRA PUSR SK JUARA BUKIT MERTAJAM- 5 MAC 2010
9. CERAMAH MAULIDUR RASUL SMK LABU BESAR ,KULIM- 6 MAC 2010
10. CERAMAH PRA UPSR SK PINANG TUNGGAL,PAYA KELADI - 13 MAC 2010
11. CERAMAH MOTIVASI KEM EXCEL JIM PENANG- 16 MAC 2010
12. CERAMAH MOTIVASI BERSAMA MSSH ,SK ALAM MEGAH 3 - 26-28 MAC 2010
13. CERAMAH BUDAYA KERJA CEMERLANG JABATAN SAINS KMPP - 3 APRIL 2010


BEBERAPA LAGI TEMPAHAN TELAH DIBUAT,CUMA TARIKH BELUM LAGI DITETAPKAN...

SEMOGA PERMULAAN YANG BAIK INI AKAN DITERUSKAN HINGGA KE PENGHUJUNG TAHUN 2010...

MOGA ALLAH MERESTUI PERJALANAN HIDUPKU SEBAGAI SEORANG PERUNDING MOTIVASI.....

YA ALLAH,PANJANGKANLAH USIA KU...
YA ALLAH,KUATKANLAH KUDRATKU...
YA ALLAH KAU TINGKATKANLAH KESIHATANKU....
YA ALLAH,BERIKANLAH AKU KEKUATAN.....

AMIN YA RABBAL ALAMIN

TUAN GHANI YUSOF
TERATAK FAHANIE,SG.PETANI,KEDAH
20.1.2010( RABU - 9 MALAM )