YOUR PROFESIONAL SPEAKER

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan & modul pembinaan modal insan serta pembentukan karektor Melayu Muslim.Modul MODID adalah gabungan beberapa modul training seperti ESQ,ES2Q,NLP,Self-Hypnosis,Anchoring,Inner Strength Reflection dan Modul bersifat Ketuhanan/Islamic Moduls.

Thursday, June 26, 2014

BERKONGSI ILMU DENGAN SAUDARA BARU ( PUSBA ) - PELUANG YANG CUKUP BERNILAI



ALHAMDULILLAH,PUJI & SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT KERANA MEMBERI PELUANG YANG TIDAK TERNILAI BUAT SAYA SELAKU SEORANG PENCERAMAH & PENYAMPAI ILMU KERANA DIBERI RUANG & PELUANG UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN PENGHUNI PUSAT LATIHAN SAUDARA BARU ( PUSBA SG.PETANI ) YANG TERDIRI DARIPADA GOLONGAN SAUDARA BARU YANG TERDETIK DIHATI MEREKA UNTUK MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH DAN MENGAKU SEBAGAI SEORANG MUSLIM.

PELUANG INILAH YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH SAYA,KERANA INI ADALAH SATU BENTUK CABARAN BARU BUAT SAYA SELAKU PENCERAMAH,PENYAMPAI ILMU DAN JUGA PENYUNTIK SEMANGAT ORANG LAIN.

SELAMA 3 JAM SAYA BERKONGSI SEDIKIT ILMU,PENGALAMAN DAN TIPS2 BERGUNA UNTUK MEREKA AMALKAN.

SERAMAI 60 ORANG PESERTA TELAH HADIR MENDENGAR CERAMAH MOTIVASI DARIPADA SAYA. KEBANYAKAN MEREKA TERDIRI DARI BANGSA IBAN,KADAZAN DUSUN,MELANAU,CINA,INDIA DAN BEBERAPA ORANG ASLI DARI PENDALAMAN TERENGGANU.

TERSENTUH HATI SAYA BILAMANA MEREKA CUKUP KOMITED MENADAH ILMU YANG DISAMPAIKAN.TUMPUAN DAN FOKUS MEREKA CUKUP TINGGI. INILAH BUKTI BAHAWA MEREKA CUKUP DAHAGAKAN ILMU DAN PERHATIAN DARIPADA KITA YANG SUDAH LAMA DIBERI NIKMAT IMAN & NIKMAT ISLAM.

2 TAJUK TELAH SAYA SAMPAIKAN KEPADA MEREKA :

1- `UKHUWAH PEMBENTUK KEKUATAN UMMAH` - PERI PENTING HUBUNGAN YANG KUAT LAGI UTUH SESAMA ISLAM BAGI MEMASTIKAN DINUL ISLAM TERUS DIPANDANG HEBAT & KUAT DIMATA BANGSA/AGAMA LAIN

2- `THE SPIRIT OF SYUKUR` : MENYINGKAP NILAI SYUKUR DALAM DIRI- SEJAUHMANAKAH KITA MENZAHIRKAN RASA SYUKUR KITA PADA ALLAH SWT DIATAS SEGALA NIKMAT YANG KITA MILIKI TERUTAMA NIKMAT YANG PALING BESAR IAITU NIKMAT IMAN & NIKMAT ISLAM.

ALHAMDULILLAH,RESPON YANG DITERIMA CUKUP BAIK & AMAT MEMBERANGSANGKAN. SAYA MENDOAKAN MEREKA SEMUA TERUS KOMITED DAN KONSISTEN DALAM MENGAMALKAN SYARIAT ISLAM.

PALING SAYA TIDAK LUPAKAN..SEMUA PESERTA LELAKI DATANG KEPENTAS BERSALAM DAN MENCIUM TANGAN SAYA SERAYA BERKATA `USTAZ,TOLONG DOAKAN KAMI AGAR KAMI TERUS KEKAL DALAM AGAMA ALLAH YANG SUCI INI`..MENITIS AIR MATA SAYA MENDENGARNYA ,SAMBIL SAYA MEMBALASNYA DENGAN LEMBUT ` INSYAALLAH,USTAZ DOAKAN KALIAN TERUS KOMITED DAN KEKAL DALAM AGAMA ALLAH YANG SUCI INI`

SEMOGA MEREKA SEMUA TERUS DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH SWT UNTUK MENJULANG AGAMA YANG SUCI INI. SAYA SERING MENGINGATKAN DIRI SAYA ` SAMPAIKANLAH WALAUPUN SATU AYAT `..

DEMI PEMBANGUNAN UMMAH & JATIDIRI WARGA MALAYSIA ,SAYA SEDIA BERKORBAN MASA & TENAGA UNTUK TURUT SAMA MEMBERI SUMBANGAN SECARA KONSISTEN ,INSYAALLAH..AMIN YA RABBAL ALAMIN.


SALAM SUKSES..SEMOGA ALLAH TERUS MELIMPAHKAN RAHMAT & KASIH SAYANGNYA KEPADA KITA SEMUA !


WASSALAM

YANG BERSEDIA MENYAMPAIKAN ILMU ALLAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

Sunday, June 22, 2014

BERSINERGI DENGAN MARA KEDAH : PROGRAM CEMERLANG SPM STAR ALOR SETAR












ALHAMDULILLAH ..SEMALAM TANGGAL 21.6.2014 BERTEMPAT DI SEK.MEN.TUNKU ABDUL RAHMAN ALOR SETAR,BERLANGSUNG SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN SPM 2014.

TERIMAKSIH YANG TIDAK TERHINGGA BUAT PIHAK MARA KEDAH KERANA SUDI MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA TEAM MODID & TRAINER KONSULTAN JANA INSAN DALAM MENGGERAKKAN POTENSI PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA,KHUSUSNYA PELAJAR-PELAJAR DI KEDAH.

SEPANJANG TEMPOH SEHARI PENUH ,BERMULA DARI 8.30 PAGI SEHINGGA 4.30 PETANG SEMALAM,KITA BERKAMPUNG DI DEWAN UTAMA STAR,ALOR SETAR.

SEBANYAK 3 SLOT ( 6 JAM ) TELAH KITA TERJEMAHKAN DALAM PROGRAM TERSEBUT.
ANTARA PENGISIAN YANG TELAH DIJALANKAN :

1- SLOT 1 : JANGAN TOLEH KEBELAKANG LAGI - HIDUPKU BERMATLAMAT,MATLAMAT HIDUPKU
2- SLOT 2 : KUASA KEHENDAK & KUASA KEMAHUAN - ANDA PASTI BERJAYA
3- SLOT 3 : SESI LDK,UJI IQ TEST GAMES & SESI REFLEKSI

RESPON YANG AMAT BAGUS & CEMERLANG TELAH DIBERIKAN OLEH PIHAK MARA DAN JUGA PIHAK SEKOLAH MENENGAH TUNKU ABDUL RAHMAN ( STAR ) ALOR SETAR.

SEMOGA PELAJAR STAR ,MERGONG ALOR SETAR MAMPU MENTERJEMAHKAN APA YANG TELAH KAMI SAMPAIKAN SELAMA SEHARI PENUH.

SALAM SUKSES & SALAM CEMERLANG

YANG BERSEDIA MEMBERIKAN KHIDMAT BAKTI


TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER/SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH D.AMAN
019-4741209 @ 04-4246033



Monday, June 16, 2014

SINERGI & KOLABORASI BERSAMA PENSYARAH /STAF UIDM -POLITEKNIK SEBERANG PERAI






SEMALAM TANGGAL 16.6.2014 ( ISNIN ) BERTEMPAT DI BILIK SEMINAR UIDM,POLITEKNIK SEBERANG PERAI BERLANGSUNG SEMINAR MOTIVASI PENINGKATAN KUALITI KERJA WARGA STAF /PENSYARAH UNIT MATEMATIK,KOMPUTER DAN ICT.

DALAM KEKANGAN MASA & BUDGET,AKHIRNYA KURSUS DAN SEMINAR INI MAMPU DIREALISASIKAN SELAMA 6 JAM BERMULA JAM 8.30 AM SEHINGGA 2 PETANG.

ANTARA TIP-TIPS YANG TELAH SAYA KONGSIKAN :

1- MENJADI PEKERJA & STAF YANG EFISEN
2- MENJADI WARGA POLITEKNIK YANG BERDAYA SAING
3- MENJADI RAKAN SEKERJA YANG SUPPORTIF
4-MEMBINA DIRI MENJADI MANUSIA YANG BERPENGARUH
5-BERFIKIR SECARA KRITIKAL,ANALITIKAL DAN OUT OF THE BOX
6-KAEDAH PENYELASAIAN MASALAH
7-MEMBENTUK JARINGAN KERJA YANG BERKESAN
8-MENJADI PENJAWAT AWAM YANG BERNILAI & BERETIKA
9-MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI SEORANG `PEMBENTUK,PEMANGKIN,PENCETUS DAN DAIE KEPADA PARA PELAJAR
10-TERUS MELAKUKAN TRANSFORMASI KERJA & TRANSFORMASI DIRI

ALHAMULILLAH,SAMBUTAN YANG DIBERIKAN CUKUP CEMERLANG.THANKS TO ENCIK FAIROL YANG SUDI MENJEMPUT DAN MELETAKKAN KEPERCAYAAN KEPADA SAYA DALAM MENGGERAKKAN POTENSI PARA STAF @ PENSYARAH DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI.

SEMOGA KITA SEMUA TERUS DILIMPAHKAN KEJAYAAN,KECEMERLANGAN DAN RAHMAT DARI ALLAH SWT.

SEMOGA POLITEKNIK SEBERANG PERAI ( PSP ) TERUS CEMERLANG MENONGKAH ARUS DAN BERJAYA MENEMPATKAN DIRI DIKALANGAN POLITEKNIK PREMIER YANG LAIN.

SALAM CEMERLANG & SALAM SUKSES

YANG SENTIASA BERSEDIA MEMIKUL AMANAH


TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER /SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
( FOUNDER MODID )
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

Monday, June 9, 2014

RAHSIA KEKAL HEBAT & TERUS CEMERLANG

SETELAH SEKIAN LAMA TIDAK MENJENGAH BLOG RASMI `MODID` INI DEK KERANA KESIBUKAN MENGENDALIKAN PROGRAM-PROGRAM TRAINING & MOTIVASI DISELURUH MALAYSIA,KINI SAYA BERPELUANG UNTUK KEMBALI MENULIS ARTIKEL-ARTIKEL MOTIVASI UNTUK RUJUKAN & BACAAN PARA PENGENDALI KURSUS DILUAR SANA.

ANTARA RAHSIA-RAHSIA UNTUK TERUS KEKAL BERJAYA & CEMERLANG DALAM APA JUA BIDANG & LAPANGAN YANG DICEBURI IALAH :

1- THINK STRATEGICALLY ( BERFIKIR SECARA STRATEGIK )
2- MOVE QUICKLY ( PERGERAKAN YANG PANTAS )
3- FOCUS SHARPLY ( TUMPUAN & FOKUS YANG TEPAT /JITU )

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN THINK STRATEGICALLY ( BERFIKIR SECARA STRATEGIK ) ?

BERFIKIR SECARA STRATEGIK ( THINK STRATEGICALLY ) :

1- MELIHAT MASALAH SEBAGAI SUATU PELUANG
2- TIDAK PERNAH TAKUT PADA CABARAN & ANCAMAN
3- SENTIASA MEREBUT PELUANG & RUANG UNTUK MEMPERBAIKI
4-TIDAK MUDAH MELATAH DENGAN PERUBAHAN & PEMBAHARUAN
5- SENTIASA MELIHAT KEHADAPAN
6-TAK  MUDAH MEMPERKECILKAN SUATU YANG `KECIL` KERANA YANG KECIL BAKAL MENJADI YANG BESAR
7- MENGANGGAP YANG REMEH JUGA SUATU YANG PENTING
8-SENTIASA MELIHAT PELUANG & RUANG UNTUK BEKERJASAMA
9-SENTIASA PUNYAI IDEA BARU UNTUK MENGGERAKKAN DIRI & ORGANISASI
10-TAKKAN TERPENGARUH DENGAN KISAH-KISAH LAMA YANG MENGGANGGU PENCAPAIAN.

MOVE QUICKLY ( PERGERAKAN & TINDAKAN YANG PANTAS ) PULA MERUJUK KEPADA :

1- SEGERA MEMBUAT KEPUTUSAN
2- TIDAK MELENGAH-LENGAHKAN PERKARA YANG PENTING
3- TERUS BERSEGERA MELAKUKAN SESUATU YANG MEMBERI IMPAK KEPADA DIRI & ORGANISASI
4- TIDAK MENUNGGU ARAHAN UNTUK MELAKUKAN SESUATU KERJA @ TUGASAN
5- BERGERAK SECARA KUMPULAN DALAM MENCAPAI KEPUTUSAN TEPAT & CEPAT
6- SENSE URGENCY - BERSEGERA BILA BERFIKIR,BUAT KUPUTUSAN & LAKUKAN TINDAKAN
7- TIDAK MENGHARAPKAN ORANG LAIN DALAM MENYEGERAKAN KEPUTUSAN & TINDAKAN
8- SENTIASA MEMPERBAIKI TAHAP PENCAPAIAN AGAR TERUS CEPAT & TEPAT
9- TIADA ISTILAH `BERTANGGUH` & `SAMBIL LEWA`
10- TERUS MENGEJAR MASA & MENINGGALKAN SESUATU YANG TIDAK MEMBAWA APA-APA MAKNA & FAEDAH KEPADA DIRI


FOCUS SHARPLY ( TUMPUAN YANG TINGG LAGI TEPAT ) :

1- TERUS FOKUS KEPADA APA YANG DIMAHUKAN & APA YANG INGIN DIPERBAIKI
2- FOKUS KEPADA YANG PENTING TERLEBIH DAHULU
3- TIDAK MEMBIARKAN SESUATU YANG REMEH MENGGANGGU PERGERAKAN & TINDAKAN
4- FOKUS KEPADA PEMBAIKAN & PEMBAHARUAN
5- FOKUS KEPADA PROSES TRANSFORMASI DALAM MENINGKATKAN KUALITI
6- TIDAK `TERLALAI` & `LALI` DALAM MEMBUAT PENILAIAN
7- MAMPU MENGENDALIKAN MASALAH WALAUPUN DIHAMBAT KEKANGAN & HALANGAN
8- SENTIASA MEMBERIKAN TUMPUAN WALAUPUN BERULANG KALI MENGHADAPINYA
9-TIDAK PEDULIKAN HALANGAN,KATA NISTA & CACIAN DALAM MENGEJAR PENCAPAIAN
10- SENTIASA KEHADAPAN & CUKUP TELITI DALAM MEMBUAT PENILAIAN 


JIKA ANDA & ORGANISASI ANDA PERLUKAN MODUL TERBAIK DALAM MENGGERAKKAN POTENSI WARGA KERJA ANDA,KAMI SEDIA MEMBERIKAN YANG TERBAIK BERPANDUKAN MODUL `MODID` UNTUK MENTERJEMAHKAN KONSEP :

THINK STRATEGICALLY,MOVE QUICKLY & FOCUS SHARPLY.

KAMI SEDIA MEMIKUL AMANAH...MODID IS THE RIGHT WAY TO IMPROVE YOUR SKILL


WASSALAM

YANG BERSEDIA MENGGERAKKAN POTENSI ANDA


TN.ABD.GHANI YUSOF
CEO & MASTER TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SP
019-4741209 /04-4246033