Thursday, June 26, 2014

BERKONGSI ILMU DENGAN SAUDARA BARU ( PUSBA ) - PELUANG YANG CUKUP BERNILAI



ALHAMDULILLAH,PUJI & SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT KERANA MEMBERI PELUANG YANG TIDAK TERNILAI BUAT SAYA SELAKU SEORANG PENCERAMAH & PENYAMPAI ILMU KERANA DIBERI RUANG & PELUANG UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN PENGHUNI PUSAT LATIHAN SAUDARA BARU ( PUSBA SG.PETANI ) YANG TERDIRI DARIPADA GOLONGAN SAUDARA BARU YANG TERDETIK DIHATI MEREKA UNTUK MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH DAN MENGAKU SEBAGAI SEORANG MUSLIM.

PELUANG INILAH YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH SAYA,KERANA INI ADALAH SATU BENTUK CABARAN BARU BUAT SAYA SELAKU PENCERAMAH,PENYAMPAI ILMU DAN JUGA PENYUNTIK SEMANGAT ORANG LAIN.

SELAMA 3 JAM SAYA BERKONGSI SEDIKIT ILMU,PENGALAMAN DAN TIPS2 BERGUNA UNTUK MEREKA AMALKAN.

SERAMAI 60 ORANG PESERTA TELAH HADIR MENDENGAR CERAMAH MOTIVASI DARIPADA SAYA. KEBANYAKAN MEREKA TERDIRI DARI BANGSA IBAN,KADAZAN DUSUN,MELANAU,CINA,INDIA DAN BEBERAPA ORANG ASLI DARI PENDALAMAN TERENGGANU.

TERSENTUH HATI SAYA BILAMANA MEREKA CUKUP KOMITED MENADAH ILMU YANG DISAMPAIKAN.TUMPUAN DAN FOKUS MEREKA CUKUP TINGGI. INILAH BUKTI BAHAWA MEREKA CUKUP DAHAGAKAN ILMU DAN PERHATIAN DARIPADA KITA YANG SUDAH LAMA DIBERI NIKMAT IMAN & NIKMAT ISLAM.

2 TAJUK TELAH SAYA SAMPAIKAN KEPADA MEREKA :

1- `UKHUWAH PEMBENTUK KEKUATAN UMMAH` - PERI PENTING HUBUNGAN YANG KUAT LAGI UTUH SESAMA ISLAM BAGI MEMASTIKAN DINUL ISLAM TERUS DIPANDANG HEBAT & KUAT DIMATA BANGSA/AGAMA LAIN

2- `THE SPIRIT OF SYUKUR` : MENYINGKAP NILAI SYUKUR DALAM DIRI- SEJAUHMANAKAH KITA MENZAHIRKAN RASA SYUKUR KITA PADA ALLAH SWT DIATAS SEGALA NIKMAT YANG KITA MILIKI TERUTAMA NIKMAT YANG PALING BESAR IAITU NIKMAT IMAN & NIKMAT ISLAM.

ALHAMDULILLAH,RESPON YANG DITERIMA CUKUP BAIK & AMAT MEMBERANGSANGKAN. SAYA MENDOAKAN MEREKA SEMUA TERUS KOMITED DAN KONSISTEN DALAM MENGAMALKAN SYARIAT ISLAM.

PALING SAYA TIDAK LUPAKAN..SEMUA PESERTA LELAKI DATANG KEPENTAS BERSALAM DAN MENCIUM TANGAN SAYA SERAYA BERKATA `USTAZ,TOLONG DOAKAN KAMI AGAR KAMI TERUS KEKAL DALAM AGAMA ALLAH YANG SUCI INI`..MENITIS AIR MATA SAYA MENDENGARNYA ,SAMBIL SAYA MEMBALASNYA DENGAN LEMBUT ` INSYAALLAH,USTAZ DOAKAN KALIAN TERUS KOMITED DAN KEKAL DALAM AGAMA ALLAH YANG SUCI INI`

SEMOGA MEREKA SEMUA TERUS DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH SWT UNTUK MENJULANG AGAMA YANG SUCI INI. SAYA SERING MENGINGATKAN DIRI SAYA ` SAMPAIKANLAH WALAUPUN SATU AYAT `..

DEMI PEMBANGUNAN UMMAH & JATIDIRI WARGA MALAYSIA ,SAYA SEDIA BERKORBAN MASA & TENAGA UNTUK TURUT SAMA MEMBERI SUMBANGAN SECARA KONSISTEN ,INSYAALLAH..AMIN YA RABBAL ALAMIN.


SALAM SUKSES..SEMOGA ALLAH TERUS MELIMPAHKAN RAHMAT & KASIH SAYANGNYA KEPADA KITA SEMUA !


WASSALAM

YANG BERSEDIA MENYAMPAIKAN ILMU ALLAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

No comments: