FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, November 30, 2022

BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

 Assalamualaikum buat semua.

Berfikir secara kritis bermaksud mempunyai tahap kemahiran dan kecekapan menggunakan item minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meniliti kelebihan serta kebaikan dan juga kelemahan sesuatu perkara sebelum membuat pertimbangan wajar dengan mengemukakan bukti dan alasan yang benar serta berkaitan (Som Hj. Nor dan Dahalan, 2000). Berfikir secara kritis dikaitkan dengan otak sebelah kiri.

Perkataan “kritis” berkaitan dengan perkataan critical yang berasal daripada kritikos yang bermaksud menyoal atau mempertingkatkan pengetahuan. Taksonomi Bloom (1956) mengatakan bahawa pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti minda iaitu analisis, sintesis dan penilaian. 

Terdapat beberapa tahap@kondisi yang mesti dilalui dan digunakan oleh individu apabila berfikir secara kritis. Berikut adalah kemahiran atau perkara yang dilakukan:

  1. Membanding beza
  2. Membuat kategori
  3. Meneliti bahagian-bahagian kecial secara bebas dan juga secara keseluruhan
  4. Menerangkan sebab akibat
  5. Menyusun mengikut aturan
  6. Membuat andaian atau ramalan (berdasarkan pola)
  7. Mempertahankan idea
  8. Meringkas
  9. Menghubungkaitkan kronologi sebab-kesan
  10. Mengusul periksa andaian atau membuat periksa silang dengan maklumat lain bagi mendapat pengesahan
  11. Membuat inferens
  12. Membuat generalisasi

Berfirkir secara kritis banyak dikaitkan dengan kecenderungan atau keperluan dalam bidang Matematik, Kejuruteraan, Sains dan sebagainya yang lebih bertumpu kepada fakta dan logik pengunaan akal. Namun demikian, perkara ini tidaklah mutlak kerana bidang-bidang lain juga memerlukan kita berfikir sedemikian.



Berfikir Secara Kreatif

Bagi berfikir secara kreatif pula, bahagian otak yang paling banyak digunakan ialah bahagian kanan. Individu yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan asli sama ada bersifat konkrit (wujud) mahupun secara abstrak (konseptual atau idea). Dalam hal ini, perkara yang paling penting ialah individu tersebut berkemampuan menghasilkan sesuatu yang baru (to create). Berikut adalah perkara atau tahap yang termasuk dalam kemahiran berfikir secara kreatif:

  1. Penyediaan – fasa asas melibatkan pengumpulan maklumat, membuat kajian, emndapatkan data dan pendapat khusus tentang sesuatu isu atau perkara (cth, kaedah mengatasi masalah serangan tikus terhadap tanaman padi)
  2. Pemeraman – pemikiran separa tidak sedar (subconscious mind) mengawal individu dan proses berfikir berlaku secara tidak disedari dan sebagai contoh, individu akan memikir atau mendapat imbasan tentang sesuatu perkara yang tidak berkaitan dengan perkara yang sedang dilakukannya. Hal ini sering kita alami apabila terdapat sesuatu isu yang belum diselesaikan seperti melakukan sesuatu
  3. Pencetusan – manusia mencetuskan idea atau buah fikiran berdasarkan pemerhatian, analisis dan hubungkait sebab dan akibat sesuatu, proses ini juga berkaitan dengan penjanaan idea yang bermaksud indvidu memperluaskan domain pemikirannya kepada perkara-perkara yang difikirkan berkaitan dengan isu sebenar yang dihadapinya (contoh, masalah banjir difikirkan berkaitan dengan kemusnahan tanaman, penempatan penduduk, binatang ternakan, dan pada masa yang sama juga boleh mendatangkan kebaikan seperti aliran sungai akan menjadi lebih lawas, memperbaharui kadar kesuburan tanah, membekal sumber makanan kepada binatang yang tinggal di sekitar sungai, manusia yang terlibat akan mempertingkatkan hubungan dan ukhuwah sesama sendiri, mereka kembali mengingati bahawa Allah lebih berkuasa mengatur perjalanan hidup manusia, peringatan terhadap pencerobohan alam sekitar, mencetus perkembangan ekonomi dan sebagainya)
  4. Pengesahan – setelah keputusan dibuat dan tindakan dilakukan, manusia akan membuat penilaian semula adakah keputusan dan tindakan tersebut memberi lebih banyak manfaat atau sebaliknya. Jika tindakan tersebut memberi lebih banyak kebaikan, maka keputusan yang dibuat merupakan keputusan yang tepat dan begitulah juga sebaliknya.
  1. Mencipta analogi – persamaan atau perbandingan antara sesuatu dengan sesuatu yang lain, kias atau perbandingan. Pada tahap ini, indvidu berkaitan perlu mempunyai banyak maklumat dan pengalaman untuk mencipta analogi kerana analogi merupakan suatu konsep yang membawa banyak makna (contoh, walaupun ayah seorang petani tetapi tugasnya seperti Perdana Menteri)
  2. Mencipta metafora – menggunakan sesuatu yang lain (tidak ada kaitan) untuk menyatakan tentang sesuatu, juga disebut sebagai kejanggalan berbahasa, penggunaan sesuatu unsur untuk menggambarkan sesuatu unsur yang lain. Metafora digunakan apabila individu yang berkomunikasi merasakan tidak mempunyai kosa kata yang tepat untuk menggambarkan makna yang dikehendakinya (contoh, “lembu sungguh budak ini” bermaksud “budak” yang dirujuk oleh individu tersebut mungkin mempunyai sifat, perangai, pemikiran, fizikal atau apa sahaja yang berkaitan dengan “lembu”).


Daripada kedua-dua kemahiran seperti yang dibincangkan di atas, individu akan menjadi lebih efisen dan efektif dalam menjalankan tugasnya. Hal ini terbukti apabila indvidu tersebut akan dapat dapat memanfaatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses penyelesaian masalah. 

Namun demikian, kemahiran-kemahiran tersebut perlu dipelajari,digembleng dan dilatih supaya individu menjadi seorang yang cukup mahir dan berkeupayaan tinggi menggunakannya dalam semua keadaan & situasi.

Selain itu, akhir-akhir ini terdapat pula ada pandangan yang mengatakan bahawa kita sebaiknya mengabung jalinkan kedua-dua bahagian otak semasa berfikir. Pandangan ini dikaitkan  dengan penggunaan “otak tengah” yang dikatakan mempunyai lebih 300 juta saraf neuron yang membantu manusia berfikir (Sawiah Omar 2012 @ Utusan Malaysia). 

Penggunaan otak tengah akan dapat melipat gandakan keupayaan manusia memproses maklumat dan secara tidak langsung mempertingkatkan tahap IQ.  Sama seperti berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menggunakan otak tengah ini juga perlu dipelajari dan diasuh oleh individu yang berminat supaya dapat melipatgandakan kemahiran berfikir.


SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENINGKATKAN LAGI DAYA BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MENYELESAIKAN SEGALA PERMASALAHAN HIDUP KITA.AMIN YA RABBAL ALAMIN.


Sekian.Salam Motivasi & Salam Sukses


Tn Abd Ghani Yusof

Master Trainer/senior speaker/Senior Lecturer

Konsultan jana Insan

Sg.Petani,Kedah

019 4741209

Monday, November 28, 2022

MEMBERI BUKAN UNTUK DIPUJI.MENERIMA BUKAN UNTUK DISAKITI

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

SALAM PERJUANGAN DAN SALAM MOTIVASI BUAT SEMUA

ALHAMDULILLAH,KEMELUT POLITIK DIMALAYSIA SUDAH BERAKHIR DENGAN SELESAINYA PRU 15 TEMPOHARI.WALAUPUN PADA AWAL PASCA RESULT PRU 15 MASIH TERGANTUNG,AKHIRNYA PM KE 10 DAH DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA.YDP AGONG TELAH MENGAMBIL JALAN SELAMAT & TERBAIK DENGAN MENGISYTIHARKAN KABINET PERPADUAN,MAKA PM SELAYAKNYA KENA BIJAK MENGENAL PASTI CALON2 BERKALIBER & BERAUTHORITI DALAM MENJALANKAN TUGAS NANTI.


SELAMAT DATANG DATO SERI ANWAR IBRAHIM KE PUTRAJAYA DAN KITA AMAT2 BERHARAP BELIAU DAPAT MENGEMBALIKAN PROSPEK DAN KUALITI EKONOMI NEGARA KITA PADA LANDASAN YANG BETUL DENGAN PENEKANAN KEPADA BEBASNYA RASUAH DAN SALAH LAKU PENTADBIR.

MEMANG KITA SUKAR MERAMALKAN APA YANG BAKAL TERJADI TETAPI KITA MENGHARAPKAN PENGALAMAN BELIAU DALAM KABINET SEBELUM INI DAPAT MEMUDAHKAN BELIAU MENJALANKAN TADBIR URUS TERBAIK BUAT NEGARA.

KITA SEBENARNYA MENGHARAPKAN PENJENAMAAN SEMULA EKONOMI NEGARA,TADBIR URUS YANG BEBAS RASUAH,INTEGRITI PAGAWAI ATASAN PADA PERINGKAT TERTINGGI DAN PEMELIHARAAN KUASA BELI RAKYAT.

SEMOGA EKONOMI RAKYAT KELAS BAWAHAN AKAN DIPELIHARA DAN DIPERBAIKI.KITA HARAPKAN TIADA LAGI ISU KENAIKAN HARGA BARANG SECARA MELAMPAU DAN KETIADAAN BAHAN MAKANAN PENTING SEPERTI TELUR DAPAT DIATASI,INSYAALLAH.AMIN



WALAUPUN PELBAGAI RINTANGAN DAN HALANGAN YANG BAKAL MENERPA HIDUP KITA,KITA TERPAKSA JUGAK HADAPINYA DENGAN BAIK DAN SISTEMATIK.KITA SEBAGAI RAKYAT MARHAEN KENA SOKONG KEPIMPINAN YANG ADA AGAR DAPAT BERJALAN DENGAN BAIK & LANCAR.

SOKONGLAH APA JUGA KEBAIKAN YANG DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN.KITA KENA KUAT DAN MAMPU BERJUANG BERSAMA DENGAN KEPIMPINAN KERAJAAN.KITA KENA BANGKIT SEMULA DAN KITA KENA RAIH SEMULA KEJAYAAN LAMPAU YANG KIAN TERTANGGUH.



WALAUPUN BERAT BEBANAN YANG BAKAL KITA TERIMA TAPI DENGAN SEMANGAT DAN KEKUATAN YANG KITA ADA SUDAH PASTI AKAN DAPAT & MAMPU KITA RAIH KEJAYAAN YANG CEMERLANG. JOM KITA BERJUANG UNTUK TERUS HIDUP DIPASCA COVID DAN DIAMBANG KEMELESETAN EKONOMI YANG DIJANGKA AKAN BERULANG SEMULA PADA TAHUN HADAPAN 2023.

SEMOGA NEGARA KITA MALAYSIA AKAN BEBAS DARI KEMELUT EKONOMI YANG DIKATAKAN AKAN MENJELMA PADA 2023 NANTI.SAMA2 KITA JAGA & PELIHARA EKONOMI KITA DENGAN SEBAIKNYA.INSYAALLAH.AMIN.


SEKIAN,SELAMAT MENYOKONG KEPIMPINAN YANG ADA DAN SAMA2 KITA BERJUANG UNTUK PULIHKAN KEADAAN EKONOMI NEGARA. SEMOGA PERJUANGAN KITA AKAN DIBERKATI ALLAH SWT.AMIN YA RABBAL ALAMIN.


SEKIAN, SALAM MOTIVASI & SALAM SUKSES


YANG BENAR2 MENYOKONG KEPIMPINAN YANG ADA

TN.SYEIKH GHANI ALGANUNI

PERUNDING MOTIVASI UTAMA

KONSULTAN JANA INSAN

SG.PETANI,KEDAH

019 4741209

Sunday, November 6, 2022

INI TUGAS KITA.SEKOLAH RENDAH PUN KITA TERIMA@SK BUKIT MERIAM KKM

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


PUJI DAN SYUKUR BUAT TUHAN RABBUL JALIL YANG MASIH LAGI MENGURNIAKAN NIMAT KESIHATAN & UMUR YANG PANJANG BAGI MENERUSKAN KERJA2 MURNI KITA DIALAM ARENA TRAINING & MOTIVASI.

WALAUPUN RAMAI YANG BERANGGAPAN PROGRAM YANG MELIBATKAN SEKOLAH RENDAH SUKAR DILAKSANAKAN KERANA ISUNYA RATA2 PELAJAR MASIH KECIL & BELUM FAHAM APA ITU MOTIVASI TETAPI SAYA TETAP JUGA TERIMA PELAWAAN SERTA JEMPUTAN SK BUKIT MERIAM YANG MENUMPANG SEKOLAH SK SRI KUALA.

SEMALAM SELAMA SEJAM SETENGAH DARIPADA JAM 4.00 PM SEHINGGA 5.30 PM SAYA TELAH MENGEMUDI PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SK BUKIT MERIAM DENGAN TOPIK`AKU PELAJAR HEBAT"-KAMU MAMPU BUKTIKAN DAN KAMI PASTI BERJAYA.



ALHAMDULILLAH.BANYAK JUGAK YANG SEMPAT SAYA SENTUH TENTANG ISU SALAH LAKU PELAJAR DAN KOMITMEN PELAJAR LUAR BANDAR TERHADAP KECEMERLANGAN AKADEMIK. ANTARA YANG SEMPAT SAYA SENTUH IALAH :

  • 1- BUDAYA PONTENG KELAS & PONTENG SEKOLAH
  • 2- BUDAYA HEDONISME
  • 3- BUDAYA REMPIT
  • 4-BAHAYA HISAP VAPE & MEROKOK
  • 5-BUDAYA KETAGIH GADJET ( HP DAN MEDIA SOSIAL )
  • 6- BUDAYA MELEPAK DAN BAUT KERJA YANG TAK BERFAEDAH






SAYA MENYAHUT CABARAN MENYAMPAIKAN CERAMAH INI KERANA MERASA SAYANG PADA POTENSI ANAK ANAK PELAJAR YANG SEDANG MEMBESAR DAN PERLUKAN BIMBINGAN LANGSUNG DARIPADA KITA YANG SUDAH DEWASA INI.

MEREKA PERLUKAN TEGURAN,NASIHAT DAN SUNTIKAN SEMANGAT MOTIVASI YANG TINGGI DARIPADA INSAN-INSAN LAIN DILUAR SANA BAGI MENUNJUK JALAN KEBAIKAN BUAT MEREKA.SEMOGA MEREKA BEROLEH MANFAAT DARIPADA PROGRAM YANG DIATUR INI.

MEREKA BUKANLAH DARIPADA KELUARGA YANG SENANG DAN BERKEMAMPUAN.RATA-RATA IBU AYAH MEREKA KERJA SENDIRI DAN KERJA KAMPUNG.KITA KENA SENTIASA MENOLONG GURU GURU MEREKA YANG CUKUP KOMITED MENGAJAR ANAK DIDIK MEREKA TANPA PENAT DAN LELAH.

KITA SAHUT CABARAN INI.KITA KENA BIMBING MEREKA.KITA KENA GERAKKAN POTENSI MEREKA DENGAN SEBAIKNYA,INSYAALLAH.TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN BUAT CIKGU JALINA MERANGKAP GURU KAUNSELING SEKOLAH ATAS JEMPUTAN INI.





SEMOGA APA YANG SAYA SAMPAIKAN SELAMA 1 JAM SETENGAH TERSEBUT MAMPU MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA PERUBAHAN SIKAP & TINGKAH LAKU PELAJAR SK BUKIT MERIAM.INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.


MANA-MANA SEKOLAH DIUTARA YANG INGIN MELAKSANAKAN PROGRAM YANG SAMA SEPERTI INI SAMADA DENGAN MODUL YANG SAMA @ MODUL YANG LAIN,BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN 019 4741209 UNTUK BERBINCANG TOPIK,PENGISIAN PROGRAM & TARIKH PROGRAM YANG BAKAL DIJALANKAN.INSYAALLAH.SAYA SEDIA BERKONGSI ILMU DAN MENGURUSKAN CARA TERSEBUT.INSYAALLAH.AMIN YA RABBAL ALAMIN.


SEKIAN. SALAM SUKSES DAN SALAM MOTIVASI


  • TN ABD GHANI YUSOF
  • MOTIVATOR HIGH IMPACT & SENIOR LECTURER
  • KONSULTAN JANA INSAN
  • SG PETANI KEDAH DARUL AMAN
  • 019 4741209


JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...