Wednesday, November 3, 2010

TERSENTUH HATI LELAKI KU BILA MENDENGAR.....

KESIAN PELAJAR-PELAJAR INI, KATANYA SEBELUM INI TIADA SEORANG PUN MOTIVATOR DATANG MEMBERI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA MEREKA. TIDAK PERNAH DIADAKAN PROGRAM SEBEGINI RUPA SEBELUM INI.

KATANYA LAGI,`KAMI BERNASIB BAIK KERANA TUAN SUDI DATANG MENJENGUK KAMI ,DAN MEMBERI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA KAMI SEMUA`..

TERIMAKASIH KEPADA TUAN HJ.SALLEH YANG SUDI MENJEMPUT DAN MEMBAWA SAYA KE SINI ( MAAHAD IHSANIAH,JANGKANG,KULIM )..SEKURANG-KURANGNYA SAYA DAPAT BERTEMU MUKA & BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN PELAJAR DISINI.

RATA-RATA MEREKA DATANG DARI KELUARGA MISKIN YANG TAK MAMPU UNTUK MENGHADIRI PROGRAM2 MOTIVASI YANG MAHAL & TAK MAMPU UNTUK BELAJAR DIPUSAT TUISYEN...

KESEMPATAN TERBAIK INI,SAYA MERASAKAN TERPANGGIL UNTUK MENYUMBANG KHIDMAT BAKTI UNTUK KALI KE 2 DAN SETERUSNYA JIKA DIJEMPUT. BESAR TAPAK TANGAN,NYIRU SAYA TADAHKAN.

MOGA ALLAH MEMBERKATI PERJALANAN MAAHAD IHSANIAH,WALAUPUN TERPAKSA BERDEPAN DENGAN MASALAH KEWANGAN. SAYA DOAKAN SEMUA PELAJAR DISINI MAMPU MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM BIDANG AKADEMIK MAHUPUN BIDANG LAIN.

SESUNGGUHNYA,KEHADIRAN TUAN ABD.GHANI YUSOF KE SITU,TELAH MENYUNTIK SEMANGAT PELAJAR DISANA. MOGA APA YANG DISAMPAIKAN KEKAL DISANUBARI MEREKA.

No comments: