FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, January 15, 2012

GENERASI PERTAMA ADALAH PERINTIS

Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya,diri ini masih lagi diberi kekuatan & keupayaan untuk terus menggerakkan potensi anak-anak pelajar diseluruh pelusuk tanahair.Kelebihan dan bakat yang telah dikurniakan Allah SWT ini perlu & wajar dieksploitasi semaksima mungkin. Tempahan dan undangan untuk memberi ceramah terus diterima.Terkadang terasa juga penatnya. Namun setelah melihat sambutan,sokongan dan perhatian yang diberikan oleh audiens ,terasa hilang segala penat dan letih lesu.





Terimakasih diucapkan buat Guru Besar SK Seri Gemilang,Kg.Padang Benggali,Butterworth kerana sudi menjemput dan menaruh kepercayaan buat diri ini untuk menggerakkan potensi pelajar2 tahun 6 sekolah beliau.Kali pertama menjejakkan kaki ke perkarangan SK Seri Gemilang pada pagi 14.1.2012,terasa kagum dengan bangunan & kemudahan yang tersergam indah .Cukup teruja diri ini. Bangunan sekolah dilihat dari jauh tak ubah seperti apartment mewah dipinggir kota.

Kesempatan bersembang dan berbual mesra dengan Puan Guru Besar & Cikgu Azizi ( Penyelaras Tahun 6 ),barulah saya tahu bahawa sekolah ini adalah sekolah baru dan tahun 2012 adalah tahun pertama pelajar2 nya menduduki UPSR. Banyak kisah & pengalaman menarik telah dikongsi bersama oleh kedua-dua tokoh guru ini.

Program bermula jam 10.00 pagi. alhamdulillah, para ibu-bapa setia menanti dan menghayati bait-bait bicara saya sehingga jam 12.30 petang. Banyak yang telah dikongsi bersama dengan para pelajar tahun 6 ( bakal menududuki UPSR 2012 ). Tips2 untuk ibu-bapa juga turut dikongsi bersama. Semoga kerjasama baik antara guru dan para ibu-bapa mampu mencernakan kejayaan cemerlang buat pelajar2 disini.

Satu pesan `keramat` saya buat pelajar-pelajar tahun 6 SK Seri Gemilang,` U all adalah anak sulung sekolah ini,maka U all bakal jadi contoh terbaik buat adik2 ditahun 5,4,3,2 & 1.` Anak sulung kena tunjukkan contoh teladan yang terbaik.

Semoga anak-anak pelajar ini,mampu menggalas tugas untuk menaikkan nama Sk Seri Gemilang dan mampu menggembirakan hati para guru & ibu-bapa mereka.Diharapkan info-info berguna yang telah disampaikan mampu untuk melonjakkan prestasi pelajar2 disini. Semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang,insya-Allah.amin.

Sekalung penghargaan dan tahniah buat pengurusan SK Seri Gemilang kerana mengambil langkah awal & drastik dalam mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar2 generasi sulung UPSR ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar apa yang kita inginkan dan hasratkan mampu kita raih,insya-Allah.amin

Sekian,Wassalam

Salam Motivasi & Salam Sukses

Yang Bersedia Berkhidmat

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...