FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Saturday, January 28, 2012

PROGRAM TRAINING SMA SG.PETANI,BEDONG KEDAH




Alhamdulillah,puji dan syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,sekali lagi diri ini diberi peluang untuk menggerakkan potensi pelajar2 . Semalam,tanggal 29.1.2012 ( Ahad ) bertempat diSMA Sg.Petani,Bedong,Kedah saya sekali diberi peluang & ruang untuk menyuntik semangat pelajar2 peperiksaan PMR & SPM sekolah tersebut.

Selama 2 1/2 jam masa yang diberikan, saya merasakan tidak cukup masa untuk menyampaikan ilmu,info,input2 berguna buat pelajar2 tersebut. Hasil dari pengamatan dan pemerhatian saya,pelajar2 disitu kurang diberi pendedahan program2 motivasi sebelum ini..ini kerana dilihat pada respon peringkat awal, seolah-olah pelajar2 disitu malu2,takut2 dan teragak2 untuk keluar kedepan & berinteraksi dengan Trainer/Motivator.

Alhamdulillah,setelah diberi perangsang dan suntikan semangat, mereka kembali dengan semangat & keyakinan baru. Alhamdulillah,pelajar2 sudah mula berani berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik . Moga ilmu yang dicurahkan mampu untuk diterjemahkan dalam kehidupan mereka sebagai pelajar dan mampu memberikan impak yang baik didalam peperiksaan PMR & SPM nanti.

Terimakasih pada Cikgu Zarina selaku Kaunselor sekolah yang telah mengambil langkah awal mengubungi saya,katanya biodata & profil tentang diri saya beliau dapatkan dari sumber internet.Alhamdulillah,berkat kerajinan dan kesungguhan meng`up-date` blog saya,ia sering dikunjungi oleh peminat2 motivasi terutamanya dari kalangan guru2 yang tercari-cari trainer/Motivator yang mampu untuk menggerakkan pelajar mereka.
Semoga ilmu yang dianugerahkan Allah ini,akan mampu digunakan sebaik mungkin untuk menggerakkan potensi pelajar2 diseluruh pelusuk tanah air.

Sekian..

Salam Sukses
Tn.Abd.Ghani Yusof
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah.
30.1.2012

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...