FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Saturday, February 11, 2012

SEMINAR TRANSFORMASI WARGA SK JAWI

Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,diri ini masih lagi diberi kekuatan untuk terus menabur bakti dalam bidang yang ku cintai ini,Training & Motivasi.Kali ini peluang diberikan oleh pihak pengurusan SK JAWI .

Program selama 3 jam ini telah berlangsung semalam ( 11.2.2012 ) di Dewan Kem Sri Impian,PLKN Relau,Jawi. Peserta-peserta adalah terdiri daripada hampir 60 orang guru-guru ,termasuk Guru Besar SK Jawi Sendiri.Alhamdulillah,komitmen yang ditunjukkan oleh pihak guru-guru SK JAWI cukup baik,interaktif,bersemangat & responsif.

Peserta2 telah dibuka minda bagaimana hendak memulakan Transformasi Minda,Transformasi Sikap,Transformasi Kualiti Kerja,Transformasi Komunikasi dan pelbagai lagi bidang transformasi.Ceramah motivasi kendalian saya diselang seli dengan aktiviti2 yang menyeronokkan.

Semangat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta cukup baik. Tahniah kepada Guru Besar SK JAWI yang turut hadir menjadi peserta & juga 3 orang penolong kanan yang turut setia bersama guru-guru lain . Semoga apa yang disampaikan oleh saya mampu direalisasikan dan digunapakai untuk kemajuan pihak sekolah bagi melonjakkan lagi prestasi akademik,ko-akademik & ko-kurikulum SK JAWI.

Alhamdulillah,jika tiada aral melintang,sekali lagi saya akan bersama dengan warga SK JAWI dalam program bersama pelajar2 tahun 6 pada bulan Mac nanti.Semoga sekolah hebat ini bakal muncul menjadi sekolah berprestasi tinggi pada masa-masa hadapan.

Doa dan harapan saya semoga SK JAWI terus gemilang dan cemerlang sepertimana misi dan visinya.
Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa-masa akan datang,insya-Allah..amin

Sekian Salam Motivasi & Salam Sukses

Penjana Potensi Insan

Syeikh Ghani Al-Ganuni
12.2.2012
Teratak Fahanie
Sg.Petani,Kedah D.Aman

 KOLEKSI GAMBAR SEMINAR TRANSFORMASI WARGA SK JAWI











No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...