FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, February 15, 2012

PROGRAM SEMARAK CINTA RASULULLAH SAW ( CINTA RASUL VS CINTA VALENTINE )







Alhamdulillah,puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya ,sekali lagi diri ini diberi kesempatan untuk berbicara & memberi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar UniKL ( Malaysian Spanish Institue ) cawangan Kulim,Kedah .Program yang berlangsung pada 13.2.2012 pada jam 9.30 malam itu telah dimulakan dengan beberapa persembahan muzik islamik daripada student2 tahun 1 & 2 disitu.Alhamdulillah,persembahan mereka cukup mantap & hebat.

Topik yang diberikan kepada saya ialah : Cinta Rasulullah SAW VS Cinta Valentine ,sempena merayakan sambutan Maulidur Rasul sekaligus meneruskan kempen pulaukan sambutan Valentine yang jelas bertentangan dengan Ajaran Islam kita,sejajar dengan pewartaan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Selama hampir 2 jam lebih saya mengupas isu2 sosial,menjauhi hubungan cinta terlarang dan budaya couple dikalangan pelajar. Dipermulaan ceramah saya,saya mengajak audiens sama2 melahirkan rasa cinta pada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW dengan sama-sama bersalawat dengan diiringi video muzik salawat kumpulan Raihan. Kafeteria UniKL ( MSI ) yang besar tersergam indah itu bergema dengan laungan salawat & salam keatas nabi junjungan.

Alhamdulillah, ini adalah kali kedua saya diajak berbicara disitu. Komen dan respon yang diberikan cukup mantap dan memberangsangkan. Beberapa lagi slot Ceramah Motivasi akan diatur disitu tidak lama lagi. Saya terus akan diberikan peluang untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan para penuntut disitu.

Semoga Ceramah saya pada malam tersebut mampu melonjakkan lagi rasa kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW dan seterusnya menyuburkan lagi roh islam kedalam diri pelajar2 disitu.

Semoga budaya ilmu akan terus subur berkembang pesat diInstitusi Pengajian Tinggi sehebat UniKL ( MSI ) Kulim. insya-Allah..amin

Sekian, Salam Motivasi dan Salam Mahhabah

Yang berterusan mengajak manusia kearah kebaikan

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Konsultan Jana Insan.
Sg.Petani,Kedah
019-4741209 @ 04-4246033

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...