Friday, July 12, 2013

JUNIOR TALENT PROGRAMME @ NAZA KIA ACADEMY





ALHAMDULILLAH..PELUANG & KESEMPATAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK THE LEARNING STUDIO AMATLAH SAYA HARGAI..

PADA 6 & 7 JULAI 2013 YANG LALU,SAYA TELAH DIBERI PELUANG UNTUK MEMOTIVASIKAN SERAMAI 48 GRADUAN YANG DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI `PEMBURU KERJA`.

MEREKA INI TELAH DITEMPATKAN DI AKADEMI NAZA KIA,GURUN,KEDAH SELAMA 3 BULAN UNTUK DILATIH DENGAN PELBAGAI SKILL & KEMAHIRAN BAGI MENYEDIAKAN KEPERLUAN UNTUK MEMASUKI PASARAN KERJA.

RATA-RATA MEMPUNYAI IJAZAH SARJANA MUDA & SEBAHAGIAN KECIL DARI MEREKA TENGAH MENYAMBUNG PENGAJIAN DIPERINGKAT SARJANA ( MASTERS ).

ALHAMDULILLAH,TOPIK & MODUL YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA SAYA TELAH SEMPURNA DENGAN JAYANYA.

ANTARA KANDUNGAN MODUL ( ISLAMIC MODUL ) YANG TELAH DITERAPKAN KEPADA MEREKA IALAH :

1- KONSEP SYUKUR & MENGHARGAI NIKMAT
2- KONSEP HIJRAH ( HIJRAH MINDA & HIJRAH TINDAKAN PENCETUS KECEMERLANGAN )
3- MOTIVASI RAMADHAN & MOTIVASI SOLAT ( PEMBENTUK JIWA INSAN SUKSES )
4- MENGURUS EMOSI SECARA ISLAMI ( TERAPI SOLAT,ZIKIR & MUHASABAH DIRI )





ALHAMDULILLAH,DARI PEMERHATIAN & TINDAK BALAS YANG DITERIMA,JELAS MEREKA SEMUA PUNYAI SEMANGAT & KESUNGGUHAN YANG TINGGI.

DIHARAPKAN PROGRAM INI MAMPU MELAHIRKAN GRADUAN YANG BERDAYA SAING & MAMPU MEMENUHI PASARAN KERJA NANTI.

THANKS A LOT TO THE LEARNING STUDIO ATAS KEPERCAYAAN.

SEMOGA PROGRAM `JUNIOR TALENT` INI MAMPU MENJADI WADAH PENGGERAK KEJAYAAN PARA GRADUAN KITA.

SOKONGAN & DORONGAN AKAN SAYA TERUS BERIKAN SELAGI DIPERLUKAN.

PENYUMBANG ILMU & KEMAHIRAN
TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
CEO KONSULTAN JANA INSAN
SP.
019-4741209

No comments: