FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, July 23, 2012

PANJATKAN SYUKUR,HINDARI KUFUR

Alhamdulillah,puji dan syukur pada Allah SWT kerana berkat dengan keizinan,limpah rahmat dan kurniaNya kerana diberi kesempatan untuk menikmati `indahnya` Ramadhan 1433 hijrah.Hari ini genap 4 hari kita berpuasa ..alhamdulillah Allah SWT masih lagi memberi kesihatan dan umur yang panjang untuk terus meraih anugerah Allah yang tidak terhingga dalam bulan Ramadhan kali ini.
Syukur padaMu yang Maha Agung,Maha Kaya dan Maha Pemberi kerana masih lagi SETIA menganugerahkan nikmat buat kami sekeluarga.Pesan saya buat diri sendiri,ahli keluarga dan sanak saudara,jomlah kita sama - sama meningkatkan rasa syukur pada Allah SWT dan berusahalah untuk menjauhi `sifat kufur nikmat`..

Semarakkanlah rasa syukur kita pada Allah SWT dengan cara :

1. Melafazkan rasa syukur melalui lidah.lisan,perbuatan dan amal ibadat
2. Berkongsi rezeki dengan orang lain yang memerlukan( anak yatim,ibu tunggal,fakir miskin )
3. Bersederhana dalam tindakan
4. Berbelanja secara sederhana dan berhemah
5. Tidak membazir
6. Mengingati Allah dalam apa jua tindakan,masa dan tempat
7. Memahami perasaan orang lain yang tidak bernasib baik( miskin,merana,merempat,dhaif,hina)
8. Mengingati Orang yang berjasa kepada kita ( ibu-ayah/ahli keluarga/Bos kita )
9. Infaq pada jalan Allah SWT dengan bersedekah pada masjid,memberi makan pada yang memerlukan dan membantu menyumbang dana pembinaan surau,masjid,sekolah agama dll.
10. Jangan lupa berzakat

Sebenarnya banyak lagi kaedah,bentuk dan cara bersyukur. Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk menterjemahkan rasa syukur itu pada Yang Maha Memberi

Sekian,Salam Ramadhan

Yang menjalankan amanah Allah

Syeikh Ghani AlGanuni
Trainer/Speaker/Motivator/Lecturer
Konsultan Jana Insan.

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...