FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Monday, July 23, 2012

BENTUK DIRI MENJADI INSAN BERPRESTASI TINGGI

SIAPA KITA ? APA KERJA KITA ? APA BIDANG TUGAS KITA ? DIMANA STANDARD KUALITI KERJA KITA ? APAKAH `KPI` KITA ? APAKAH BANCHMARK @ PETUNJUK PRESTASI KUALITI YANG ADA PADA DIRI KITA ? SEJAUHMANA KITA TELAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK BOS DAN ORGANISASI KITA ?

Semua soalan yang dikemukakan diatas adalah berkait rapat dengan prestasi dan kualiti diri kita.Kualiti diri kita,kita yang tentukan. Jika positif yang kita zahirkan & serlahkan,maka positiflah pandangan,persepsi dan penilaian orang lain pada diri kita.

Berikut adalah beberapa petunjuk yang meletakkan diri kita dalam kategori manusia berprestasi tinggi :

1. Mendahului Masa ( melakukan sesuatu kerja mendahului masa yang sepatutnya )
2. Mendahului arahan (melakukan kerja dan tugasan tanpa menunggu arahan daripada pihak atasan)
3. Kualiti kerja melebihi sasaran dan melangkaui batas `kebiasaan`
4. Tidak bertangguh dan berlengah-lengah dalam bertindak
5. Sentiasa positif dalam apa jua tindakan
6. Menyokong Bos dan peraturan syarikat secara bijaksana bukan membabi buta
7. Menerima pandangan,pendapat dan nasihat orang atasan secara `terbuka` dan `berlapang dada`
8. Tidak `melenting` secara melulu..berfikir dulu sebelum bertindak
9. Menganggap sesuatu yang BARU itu sebagai `Pencetus`kejayaan diri,organisasi dan masyarakat
10. Konsisten dalam pencapaian.Graf Pencapaian Peribadi sentiasa `mencacak`.

Sebenarnya banyak lagi petunjuk prestasi dalam menentukan sejauhmana KUALITI diri kita..
Cuba renungkan..buat refleksi diri dan Nilailah diri sendiri..Dimanakah kategori diri kita ?..Insan LEMAH,Insan yang BIASA2 je,Insan KEBANYAKAN,Insan BAGUS,Insan CEMERLANG @ Insan yang BERPRESTASI TINGGI..

INGATLAH ! KUALITI DIRI KITA YANG YANG `TENTUKAN`

Sekian, Salam Motivasi & Salam Sukses

Yang Sentiasa Berusaha Menjadi Manusia Berprestasi Tinggi

Tn.Syeikh Ghani AlGanuni
Trainer/Speaker/Motivator/Lecturer
Konsultan Jana Insan

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...