Sunday, July 29, 2012

PERANCANGAN ITU PENTING..PENTINGNYA SATU PERANCANGAN...

TERLALU PENTINGNYA SEBUAH PERANCANGAN...UNTUK MELAKUKAN SESUATU TUGASAN @ KERJA,MAKA PERANCANGAN PERLULAH TERLEBIH DAHULU DIBUAT SECARA RAPI & TELITI! JANGAN GAGAL UNTUK MERANCANG,KERANA `KEGAGALAN `MERANCANG MAKA KITA SEBENARNYA SUDAH MERANCANG UNTUK GAGAL..

SESUATU PROGRAM YANG BESAR,PROJEK YANG BESAR,AKTIVITI YANG BESAR MAKA KITA PERLULAH TERLEBIH DAHULU MEMBUAT PERANCANGAN YANG SEBEGITU RAPI,AGAR HASILNYA NANTI MAMPU MENGGEMBIRAKAN HATI KITA & HATI2 ORANG LAIN DISEKELILING !

PERNAH TAK KITA DENGAR,PROGRAM YANG DILAKUKAN TIDAK BERJAYA @ TIDAK MEMBUAHKAN HASIL SEPERTI YANG DIHARAPKAN..SEBENARNYA IANYA DILAKUKAN TANPA PERANCANGAN YANG RAPI & SISTEMATIK !CUBA KAJI,SEMAK DAN BUAT ANALISIS SWOT @ SOIF. KITA PASTI AKAN KETEMU JAWAPANNYA !

KITA MESTI MERANCANG SETIAP PROGRAM,AKTIVITI,PROJEK ATAU APA JUA KERJA YANG INGIN KITA LAKUKAN,BAGI MENCAPAI OBJEKTIF YANG DISASARKAN.

JIKA KITA GAGAL UNTUK MERANCANG,MAKA KESANNYA SEPERTI BERIKUT :

1. PROJEK TAK DAPAT DIJALANKAN MENGIKUT JADUAL
2. PROJEK AKAN GAGAL @ TAK MENEPATI KEHENDAK KLIEN
3. KITA MEMBAZIRKAN MASA KITA & MASA ORANG LAIN
4. KITA MENGUNDANG RASA TIDAK PUAS HATI ORANG LAIN
5. KERJA YANG DILAKUKAN `LAST MINUTE`PASTI TIDAK `HEBAT` HASILNYA
6. KERJA TANPA PERANCANGAN SUDAH MESTI ADA CACAT CELANYA
7. KERJA YANG DILAKUKAN TANPAN PERANCANGAN 80 % KURANG BERJAYA
8. KEPERCAYAAN ORANG LAIN PADA KITA AKAN TERHAKIS
9. SUKAR UNTUK BEKERJASAMA DENGAN ORANG LAIN PADA MASA MENDATANG
10.MENYUSAHKAN PIHAK KEDUA & PIHAK KETIGA

SO,KENAPA GAGAL UNTUK MERANCANG DENGAN BAIK ? FIKIRKAN TERLEBIH DAHULU APA,BILA,DIMANA,BAGAIMANA HENDAKLAH MENJALANKAN SESUATU PROGRAM.

ORANG YANG `HEBAT` MERANCANG,SEBENARNYA DIA MERANCANG UNTUK JADI `HEBAT`

SELAMAT MERANCANG UNTUK MENJADI HEBAT !

SANG PERANCANG
TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER/SPEAKER/MOTIVATOR/LECTURER
KONSULTAN JANA INSAN
019-4741209

No comments: