FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Wednesday, July 25, 2012

PECUTAN TERAKHIR MEMANG ADA `KESAN` !

Alhamdulillah,puji dan syukur padaMu ya Allah kerana dengan izinMu,diri ini masih lagi kuat dan punyai daya tenaga untuk terus menyumbang bakti dalam dunia Training & Motivasi yang sangat ku cintai ini..Semangat anak-anak pelajar ini perlu kita suntik..Motivasi mereka perlu kita sematkan..
Bagi yang punyai ibu & ayah yang mengambil berat tentang anak-anak mereka,tiadalah masalah buat mereka.Tetapi bagi mereka yang kurang bernasib baik,hanya pihak sekolah melalui usaha keras Guru Kaunseling sahaja Program Motivasi dapat dijalankan.Dengan adanya program Motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah,barulah anak-anak pelajar golongan `pertengahan` dan golongan `miskin` ini mampu untuk tersuntik semangat mereka melalui kehadiran golongan yang dipanggil `Trainer`/ `Speaker @ Motivator seperti saya.Kerja orang seperti saya adalah menyuntik semangat pelajar-pelajar ini untuk terus mencipta kejayaan. pelajar-pelajar ini akan dipandu arah oleh kami ( Trainer/Motivator ) untuk melihat masa depan mereka sendiri.apakah hala tuju mereka..apakah peluang-peluang yang boleh mereka perolehi ! bagaimanakah kejayaan boleh diciptakan...
Kini,bulan Julai 2012 sudah hampir kepenghujungnya..Tak lama lagi bulan Ogos akan menyusul..seterusnya bulan Sepetember..Bulan Ogos,September dan Oktober adalah bulan-bulan sibuk menjelang peperiksaan utama seperti PMR,SPM & STPM..Pujian dan Tahniah saya hamburkan buat barisan Guru Kaunseling @ kaunselor sekolah2 seluruh Malaysia yang berhempas pulas dengan penuh gigih menganjurkan program-program kecemerlangan untuk anak-anak pelajar sekolah mereka bagi menghadapi peperiksaan .Semua ini adalah bertujuan untuk memastikan anak-anak pelajar calon peperiksaan utama PMR,SPM & STPM mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Ketiga-tiga bulan ini ( Ogos,September & Oktober ) adalah bulan-bulan pecutan terakhir untuk menghadapi peperiksaan.Ketika inilah masih banyak berlangsung program2 Motivasi Pecutan Terakhir dilaksanakan.
Sebenarnya ada banyak `kepentingan` dan `faedah` program2 Pecutan Terakhir ini,antaranya :
1. Pelajar kekal bersemangat & bermotivasi tinggi untuk menghadapi peperiksaan
2. Pelajar kekal `membara`semangat mereka untuk diterjemahkan kedalam dewan peperiksaaan
3. Pelajar tidak mudah lupa segala apa yang kita sampaikan kepada mereka
4. Pelajar mampu mengekalkan `momentum` mereka
5. Pelajar masih lagi kuat daya ingatan mereka
6. Pelajar masih fresh minda & IQ mereka terhadap apa yang dipelajari dari Trainer/Speaker
7. Pelajar mudah aplikasikan apa yang kita ajarkan sepanjang program Motivasi
8. Pelajar mampu melakukan yang terbaik berdasarkan apa yang diperolehi sepanjang program Motivasi Pecutan Akhir
9. Pelajar takkan sia-siakan apa yang diperolehi semasa program kerana merasakan apa yang diperolehi saat akhir itu amat berguna sekali.
10. Pelajar tetap bersemangat & kekal bermotivasi tinggi hingga keakhir peperiksaan.

So,sebenarnya Program Motivasi pecutan akhir lebih `berkesan` jika dibandingkan dengan program Motivasi yang dijalankan pada peringkat awal kerana dibimbangi ianya mudah `sejuk` dan `luntur`.Apapun,ini adalah pandangan peribadi saya. Semua pihak boleh menilai & membuat pertimbangan yang wajar. Secara KONKLUSI nya,Apapun,tak kira awal,pertengahan atau saat akhir, Program Motivasi adalah suatu yang cukup BERMANFAAT,BERKESAN dan BERGUNA.
Sokonglah program-program Motivasi sebegini demi menggerakkan potensi anak-anak pelajar kita.

Salam Sukses dan Salam Motivasi

Yang berterusan memegang amanah

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan






No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...