Monday, April 21, 2014

LADAP ( LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ) MODUL TEAM BUILDING ALA MODID-SMAASZA AKU DATANG LAGI...








ALHAMDULILLAH..SETELAH MENGHARUNGI PERJALANAN YANG PANJANG DARI UTARA MENGHALA KE BUMI KELAHIRAN TERCINTA,TERENGGANU DARUL IMAN SELAMA HAMPIR 7 JAM, AKHIRNYA TIBA JUA KEDESTINASI YANG DITUJU DENGAN SELAMATNYA.

SEPERTI YANG DIRANCANG & DIJADUALKAN, 18.4.2014 ( JUMAAT ) & 19.4.2014 ( SABTU ) BERLANGSUNGNYA PROGRAM TEAM BUILDING WARGA KERJA SMAASZA,SEKOLAH KLUSTER BERPRESTASI TINGGI TERULUNG DITERENGGANU ,BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA SMAASZA.

INILAH KALI PERTAMA WARGA SMAASZA DI DEDAHKAN DENGAN PROGRAM TEAM BUILDING YANG AGAK SANTAI,SEMPOI TAPI PENUH DENGAN INPUT2 YANG BERGUNA !
ALHAMDULILLAH,SAMBUTAN YANG DITERIMA CUKUP BAIK,POSITIF DAN MENDAPAT PUJIAN SELURUH WARGA SMAASZA.

SELAIN DIHIDANGKAN DENGAN CERAMAH RINGKAS TENTANG KONSEP PEMANTAPAN PASUKAN & PENGUKUHAN PASUKAN,PARA PESERTA TERPAKSA MELALUI BERBAGAI AKTIVITI-AKTIVITI BERSAMA YANG MANA DIDALAMNYA DITERAPKAN DENGAN NILAI-NILAI TEAM BUILDING & NILAI KEBERSAMAAN YANG TINGGI.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN SEHINGGA MENGGAMATKAN DEWAN UTAMA SMAASZA IALAH :

1- LATIHAN DALAM KUMPULAN
2- PEMBINAAN SLOGAN,PESANAN DAN IKRAR KUMPULAN
3- AKTIVITI TEAM BUILDING YANG MENYERONOKKAN
4- BINA LEGASI KITA ( BINA BINAAN MENGGUNAKAN BULUH LIDI & PLATESIN )
5- UJI IQ TEST
6- INI BUMI KITA
7- OMBAK MENYATUKAN KITA
8- MENJUNJUNG MARUAH
9- TIADA DUSTA ANTARA KITA
10- SESI REFLEKSI

ALHAMDULILLAH,RESPON DARI KAUNSELOR,PENGETUA CEMERLANG SMAASZA,TN.HJ.HASHIM EMBONG DAN SEMUA PESERTA AMAT MEMBERANGSANGKAN YANG TELAH MELONJAKKAN LAGI SEMANGAT & MOTIVASI DIRI SAYA UNTUK TERUS MENYUMBANG BAKTI KEPADA UMMAH.

SESUNGGUHNYA SAYA & TEAM MODID AKAN TERUS BERJUANG MENINGKATKAN KUALITI UMMAH PADA MASA-MASA MENDATANG SELAGI MANA KAMI DIPERLUKAN.

YANG BERSEDIA MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI YUSOF
MASTER TRAINER & SENIOR SPEAKER
KONSULTAN JANA INSAN
SP,KEDAH
019-4741209 @ 04-4246033

No comments: