Sunday, May 11, 2014

PROGRAM MOTIVASI PRA U,STPM & SPM - SMK MEGAT DEWA,KODIANG





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Kali ini agak terlewat update catatan diri selaku Motivator terlaris di Utara Semenanjung.

Walaupun program ini sepatutnya dijalankan pada 6.5.2014 ,ianya` terpaksa` dijalankan lewat 2 hari ( ditunda atas permintaan saya sendiri ) kerana bergegas pulang ke Miri & Brunei DaruSsalam menziarahi kematian kakak Ipar,Allahyarhamah Adiah bt Kadri yang telah pergi menemui Tuhan Rabbul Jalil sebegitu cepat.

Namun atas dasar tanggungjawab & amanah,saya tidak mahu menghampakan harapan pihak penganjur.Tanggal tarikh 8.5.2014 ( setelah kembali semula ke Bumi Utara dari Borneo )  saya memenuhi impian,harapan & hasrat penganjur yang tetap `berkeras` & `berdegil`mahu menggunakan khidmat bakti saya dalam menggerakkan potensi pelajar2 SMK Megat Dewa.

Selama 4 jam tanpa henti,saya telah menyentuh banyak perkara dalam sesi Motivasi kendalian saya tersebut,diselang seli dengan gelak tawa yang memecah kesunyian Dewan Al-Khawarizmi.

Antara tips2 & formula yang saya kongsikan :

1- Kuasai 4B dalam hidup
2- Elakkan 3G sebagai pelajar
3- Maksimakan 7K dalam diri
4- Kejar 5S dalam hidup
5- Tips menjadi pelajar Super
6- Kuasa Matlamat
7- Kuasa kemahuan & Keinginan
8- Peranan EQ dalam mengejar kejayaan hidup
9- Tips sukses dalam Exam
10-Peranan sebagai Pelajar,Anak & Hamba Allah SWT

Alhamdulillah,sambutan daripada 160 pelajar SMK Megat Dewa amat  memberangsangkan & amat menggembirakan hati saya .Bayangkan,selama 4 jam direct,mereka sedikitpun tidak berganjak dari tempat duduk mereka & mereka amat sporting dalam melakukan segala latihan yang diberikan sepanjang program !

Semoga mereka semua mampu menjadi pelajar Cemerlang.Terimakasih yang tidak terhingga saya hulurkan buat Puan Husna selaku Kaunselor sekolah yang sudi menjemput saya buat kali ke 3.

Diharapkan pencapaian SPM tahun lepas yang melonjak naik sehingga mendapat pengiktirafan PPD Kubang Pasu mampu diteruskan pada tahun 2014 ini. Amin Ya Rabbal Alamin

Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani Yusof
Pakar Motivasi MODID
Konsultan Jana Insan
SP
019-4741209 @ 04-4246033

No comments: