FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, May 11, 2014

MOTIVASI TRANSFORMASI MINDA CALON UPSR SK JAWI - KAMI MAMPU BUKTIKAN






ALHAMDULILLAH...walaupun tertangguh selama seminggu,saya tetap bersemangat untuk memberikan perkhidmatan Motivasi yang terbaik buat klien2 saya. Selepas selesai berprogram selama 4 jam secara rali & direct di SMK Megat Dewa,Kodiang Kedah ( Khamis - 8.5.2014 ) , pada keesokan harinya 9.5.2014 ( Jumaat ) ,Jumaat yang lalu,saya memenuhi pula jemputan & melaksanakan amanah yang diberikan di SK Jawi,Nibong Tebal ,Pulau Pinang.

Selama 2 jam 30 Minit,saya memberikan Suntikan Motivasi yang `POWER` lagi `KAW-KAW` buat calon2 UPSR SK Jawi.

Suara Garau,Soprano dan Gemersik saya menggegarkan setiap ruang Dewan Terbuka SK Jawi demi menyedarkan sebahagian pelajar tahun 6 SK Jawi yang nampaknya masih lagi terbuai dengan mimpi indah dan nampaknya masih lagi tercari-cari rentak untuk menyahut cabaran UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada bulan 9 nanti.

Sepanjang tempoh 2 1/2 jam tersebut banyak yang telah saya kongsikan & sentuh,antaranya :

1- Keperluan Anjakan Diri
2- Perbaiki tahap kesedaran kendiri
3- Perlunya Transformasi Minda dalam memburu kejayaan
4- Perlunya Perubahan dalam hidup
5- Persediaan Mental & Fizikal menjelang UPSR
6- Perbaiki Kualiti Diri & Kualiti Akademik
7- Tips2 mengingati apa yang dibaca
8- Kaedah menghafal & mengingati
9- Rahsia2 kejayaan pelajar cemerlang
10-Elakkan halangan2 kejayaan

Semoga pelajar2 UPSR SK Jawi mampu menyerap apa yang disampaikan oleh saya selama 2 jam setengah tersebut !

Saya doakan mereka semua mampu membuat kejutan dalam UPSR 2014 nanti & doa saya semoga SK JAWI tersenarai diantara sekolah2 yang mencatat keputusan cemerlang dalam UPSR nanti,insyaAllah.

Sekian, Salam Motivasi & Salam Sukses

Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Pakar Motivasi & Inspiror
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah
019-4741209 @ 04-4246033

No comments:

JADILAH INFLUENCER YANG TERBAIK BUKAN SETAKAT RAMAI FOLLOWER JER

 ALHAMDULILLAH.. DUNIA IT SEMAKIN CANGGIH DAN SEMAKIN MEREBAK DENGAN CEPAT.KALAU DULU FB JER JADI TUMPUAN.KINI BILA ADA INSTAGRAM DAN AKAUN...