Friday, October 4, 2013

KEMBALI MENABUR BAKTI DI SMAASZA ( SEKOLAH KLUSTER )- PULANG KE LUBUK





SETELAH SEHARIAN BERCAKAP TENTANG KEJAYAAN & SUKSES BERSAMA PELAJAR SPM SEK.MEN.AGAMA KHAIRIAH DI YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU PADA 29.9.2013 YANG LALU,KEESOKANNYA PULA ( 30.9.2013 ) MEMENUHI JEMPUTAN SEKOLAH LAMA SAYA SMAASZA BATU BURUK. KETIBAAN SAYA DISAMBUT OLEH 2 ORANG PEGAWAI JPN TERENGGANU & PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI SMAASZA TERMASUK PENGETUA CEMERLANG TN HJ HASHIM EMBONG.

ALHAMDULILLAH KESEMPATAN SELAMA 3 JAM TELAH DIMANFAATKAN UNTUK MENYUNTIK SEMANGAT PELAJAR-PELAJAR SPM SMAASZA.
BEBERAPA FOKUS UTAMA TELAH SAYA UTARAKAN DALAM SESI CERAMAH TERSEBUT,ANTARANYA:

1- BANDING BEZA ANTARA IQ & EQ DALAM MENENTUKAN KEJAYAAN SESEORANG
2- PENGARUH DAN KUASA YANG ADA PADA DIRI KITA
3- KUASA KEHENDAK & KEMAHUAN MENENTUKAN KEJAYAAN
4- TIPS SEBAGAI SEORANG PELAJAR CEMERLANG
5- LINGKARAN & KITARAN SANG `PEMENANG` & SI `GAGAL`

ALHAMDULILLAH,WALAUPUN HANYA 3 JAM MASA YANG DIPERUNTUKKAN,NAMUN NAMPAKNYA ADA RIAK WAJAH `TERKESAN` DAN `TERMOTIVASI` DEK PENANGAN CELOTEH GARANG,LAWAK,SINIS,SEDIH ,GEMERSIK DAN LUNAK DARI SAYA.

SEMOGA PELAJAR-PELAJAR SMAASZA BATU BURUK TERUS CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KO AKADEMIK.SEMOGA MEREKA SEMUA BERJAYA DIDUNIA & AKHIRAT ! AMIN YA RABBAL ALAMIN.

YANG MEMIKUL AMANAH

TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
PAKAR MOTIVASI
KONSULTAN JANA INSAN
SUNGAI PETANI
019-4741209 @ 04-4246033

No comments: