FACEBOOK:SYEIKH GHANI ALGANUNI

My photo
Pakar Motivasi,Speaker,Fasilitator & Trainer yang berkemahiran tinggi dalam program latihan kemahiran Interpersonal,Komunikasi,Team building dan kecemerlangan akademik.Program Parenting Skill juga disediakan.Mana2 organisasi spt Sekolah,Universiti,Kolej,Agensi Awam & Swasta bolehlah mengatur jadual untuk jalankan training.Motivator bertauliah dlm ESQ.ES2Q,NLP & Critical Thinking Moduls.Call/Mesej/Whatsapp:0194741209

Sunday, March 26, 2023

DARJAT PUASA KITA DIMANA?

 

3 Darjat@kedudukan Puasa Menurut Imam Al-Ghazali

Berpuasa di bulan Ramadan adalah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan bagi umat Islam yang berkemampuan. Definisi puasa dari sudut syarak pula ialah menahan dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, seperti menahan diri dari makan, minum, maksiat serta perkara-perkara lain yang membatalkan puasa.

 

Selain merupakan bulan yang diwajibkan bagi umat Islam berpuasa, bulan Ramdan ini juga bulan yang CUKUP istimewa kerana pada bulan inilah kitab Suci Al-Quran diturunkan. Dan seperti yang kita tahu bulan ini juga istimewa kerana Ramadan adalah bulan dimana pintu2 syurga dibuka seluas-luasnya dan ditutup pintu neraka.

 


Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

 

Maksudnya: “ Tatkala datang bulan Ramadhan, maka akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu dengan rantai “

 

Riwayat Muslim

 

Darjat Puasa menurut Imam Al-Ghazali

Imam Ghazali RA mengklasifikasikan darjat puasa ini kepada tiga bahagian iaitu:

 

1. Puasa al-Umum iaitu hanya menahan perut dan Syahwatnya daripada tuntutan nafsunya sahaja. Puasa ini adalah puasa golongan puasa awwam yang sekadar menahan diri dari makan, minum serta menjaga kemaluannya.

 

2. Puasa al-Khusus iaitu puasa bagi golongan para solihin. Mereka yang berada pada darjat kedua ini akan menjaga pendengaran, penglihatan, percakapan serta seluruh panca inderanya daripada melakukan kemaksiatan dan dosa.

 


Mereka ini menundukkan pandangan daripada apa yang membalikkan hatinya daripada mengingati Allah SWT. Menjaga percakapan daripada berbohong, mengumpat, mencela dan memaki. Dan mereka selalu memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan membaca al-Quran.

 

Terdapat 6 cara untuk mencapai tingkat Puasa al-khusus iaitu:

 

Menjaga pandangan

Menjaga Lidah

Menjaga pendengaran

Menjaga anggota badan dari melakukan maksiat

Tidak banyak makan ketika berbuka

Wujudkan rasa takut dan khauf ketika berbuka

 

3. Puasa al-Khusus iaitu puasa yang menjaga hatinya daripada mengingati hal keduniaan. Dan menumpukan sepenuh hatinya hanya kepada Allah SWT dan hari akhirat serta memikirkan dunia hanya untuk tuntutan agama sahaja. Puasa ini merupakan puasa para Anbia’, Sadiqin dan Muqarrabin.

 

 

Ramadan bulan membina tabiat @amal kebaikan baru

Bagi orang awam, tentunya bukan perkara yang mudah untuk mencapai tahap ketiga iaitu tahap puasa khusus al khusus, namun di sinilah titik permulaannya. Kita berlatih menjadi lebih baik meskipun tidak sehebat spiritual para nabi dan salafus soleh.

 

Hikmah Allah mendidik manusia untuk berpuasa adalah untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan. Orang yang berpuasa perlu sedaya upaya menahan diri daripada melakukan maksiat selama 30 hari. Mereka digalakkan untuk tidak membalas kejahatan, mengurangkan makan untuk mengawal hawa nafsu, menjaga pandangan mata dan pendengaran dan sebagainya.

 


Charles Duhigg dalam bukunya The Power of Habits telah memberitahu bahawa membentuk tabiat memerlukan tempoh masa kerana perubahan tidak dapat berlaku secara tiba-tiba. Dan menurut Duhigg, tempoh yang sesuai untuk berlatih perubahan sekurangnya 30 hari. Sesuai dengan Ramadan yang berlangsung selama 30 hari, umat Islam juga sebenarnya sedang melalui madrasah latihan membentuk tabiat baru.

 


Rasulullah SAW bersabda: “Puasa adalah perisai, maka orang berpuasa janganlah berbuat kotor dan jangan pula berbuat perkara bodoh. Apabila ada orang yang mengajaknya berkelahi atau menghinanya maka katakanlah aku sedang berpuasa dua kali” (Riwayat al-Bukhari).

 

Justeru, ayuh manfaatkan sebaiknya Ramadan yang kita sedang tempuhi ini untuk mencapai redha Allah dan bertaqarrub denganNya. Moga kita sentiasa direzekikan bangun malam dan dipermudahkan mengawal hawa nafsu.


Jika ada mana2 sekolah,IPTA,IPTS dan syarikat awam/swasta nak buat program bicara Motivasi Ramadhan,bolehlah hubungi talian : 019 4741209 atau 019 4001209 untuk bertanyakan modul,masa,hari & tempat program.

Kita bersedia memenuhi jemputan luar jika sesuai dengan kelapangan masa & waktu kami.insyaAllah.amin


yang menjadi penyampai amanah Allah


Tn Syeikh Ghani Alganuni
Motivator/Speaker/Trainer/Lecturer
Konsultan Jana Insan
Sg.Petani,Kedah D.Aman
019 4741209

 

No comments:

PERTENGAHAN TAHUN DAH.EXAM KIAN DEKAT.MOTIVASI MASIH RENDAH?

 ALHAMDULILLAH. HARI INI SUDAH MASUK HARI KE 20 SAMBUTAN AIDIL FITRI DIMANA-MANA TERMASUK SEKOLAH & INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. 10 HARI ...